RANCANGAN
LICIK & JAHAT
KAUM ZIONIS
AMIN
RAMAI TERMAKAN
RACUN ZIONIS
AMIN
ANTI ROHINGYA
ERTINYA
SOKONG ZIONIS
KHALAS
Dari Myanmar ke Aceh, dan kini Malaysia: Taktik Israel cetus kebencian terhadap umat Islam Rohingya
Kebanjiran kandungan dalam talian yang menyebarkan kebencian terhadap pelarian Rohingya di Malaysia sejak akhir-akhir ini sebahagian besarnya didorong oleh maklumat salah dan slogan perkauman, dipacu oleh bot dan akaun palsu yang menggunakan ratusan video dijana teknologi AI dengan matlamat menyemai permusuhan orang ramai terhadap komuniti pelarian dan migran.
Gerakan berasaskan maklumat palsu ini menyerupai apa yang berlaku di Aceh pada 2023, apabila kempen kebencian dalam talian cuba membangkitkan kemarahan orang ramai dan tuntutan penduduk tempatan supaya mengusir pelarian Rohingya, hanya beberapa bulan sebelum pilihan raya presiden Indonesia.
Rohingya-hatespeech_MnowTinjauan dan pemerhatian mendedahkan bahawa ledakan kandungan dalam talian ketika itu tidak berasal dari Aceh, sebaliknya direka di tempat lain sebelum diolah dan diselaraskan bagi memastikan ia memberikan kesan maksimum dalam kalangan penduduk tempatan, sekali gus memberi tekanan kepada calon presiden.
“Ia merupakan kandungan yang dibuat secara profesional,” kata Ann Mayman, wakil Indonesia bagi agensi pelarian PBB, UNHCR, yang dipetik oleh akhbar Britain, The Guardian, pada Januari 2024.
“Ia bukan dibuat dalam kampung nelayan di tepi pantai Aceh. Semua ini dibuat secara profesional dan melibatkan banyak penggunaan ‘bot’.”
Kandungan yang disebarkan itu serupa dengan apa yang kini membanjiri media sosial dan platform perkongsian video di Malaysia, yang menggambarkan Rohingya sebagai golongan tidak bersyukur, membazir sumber dan mengancam penduduk tempatan, di samping tuntutan agar pihak berkuasa mengusir mereka walaupun ia bermakna nasib mereka akan ditentukan oleh sebuah junta tentera yang telah membunuh puluhan ribu rakyat beragama Islam.
Selama beberapa dekad, pihak berkuasa Myanmar dan gerakan nasionalis yang dipimpin sami ekstremis Buddha cuba menggambarkan Rohingya sebagai orang asing yang tidak sepatutnya berada di negara itu. Mereka berulang kali dilabel sebagai pendatang haram berketurunan Bengali walaupun wujud bukti lama mengenai kehadiran mereka di Arakan, yang kini dikenali sebagai Negeri Rakhine.
Pihak berkuasa Myanmar mewujudkan persepsi bahawa mereka bukan komuniti asli yang mempunyai hak sah, sebaliknya kelompok orang asing yang kehadirannya menimbulkan ancaman kepada negara.
Antara individu yang menyebarkan dakwaan sedemikian ialah Ashin Wirathu, sami ekstremis dan ultra-nasionalis Myanmar yang terkenal dengan retorik anti-Islam yang menghasut orang ramai menyerang umat Islam.
Time_WirathuPada 2013, majalah Time mengisytiharkan Wirathu sebagai “wajah terorisme Buddha”. Dalam banyak cara, dia merupakan versi Burma bagi rabbi pelampau dari Israel, Dov Lior, yang secara terbuka menyeru agar rakyat Palestin dihapuskan.
Pada 2016, ketika junta Myanmar sibuk melakukan siri serangan kejam dan pembunuhan, keganasan seksual dan pembakaran perkampungan etnik Rohingya, Wirathu meraikan kemenangan pilihan raya Donald Trump dengan menyifatkan dirinya dan Trump sebagai mereka yang “menyekat bahaya Islamisasi”.
Antara pandangan lain yang dipegang Wirathu ialah Presiden AS Barack Obama “dicemari oleh darah orang kulit hitam beragama Islam”, bangsa Arab telah mengambil alih PBB, dan 90% umat Islam di Myanmar adalah “golongan yang jahat dan radikal”. Pandangan terakhir itu, bahawa orang Rohingya adalah “jahat”, kini menjadi slogan utama dalam kempen kebencian di Malaysia.
Sentuhan Israel
Dalam usaha membangkitkan kemarahan Melayu-Islam, salah satu naratif dalam kempen kebencian yang sedang berjalan sekarang ialah menyamakan umat Islam Rohingya dengan pendatang haram Yahudi yang merampas tanah rakyat Palestin. Tujuannya ialah sebagai peringatan kepada penduduk tempatan bahawa negara mereka juga bakal diambil alih oleh golongan pelarian ini.
Naratif ini juga turut disebarkan kepada penduduk tempatan di Aceh tidak lama dulu.
Hakikatnya, penghapusan etnik yang sudah lama dilakukan rejim Myanmar terhadap minoriti Rohingya bukan sahaja diinspirasikan oleh Israel, malah ia juga mendapat sokongan rejim Zionis itu.
Junta Myanmar merupakan salah satu sekutu paling rapat Israel di rantau ini. Malah, Myanmar (dahulunya Burma) merupakan negara pertama di Asia yang secara rasmi menjalinkan hubungan diplomatik dengan entiti Israel pada Julai 1953.
Sejak itu, hubungan politik dan ketenteraan berkembang, dan kedua-dua kerajaan saling bergantung dalam berdepan kecaman antarabangsa terhadap kempen genosid masing-masing.
Israel bukan sahaja membekalkan senjata kepada pasukan tentera “Tatmadaw” dari Myanmar yang bertanggungjawab melakukan genosid terhadap minoriti Islam di Rakhine, tetapi juga mengadakan perjanjian dua hala di mana kedua-dua negara bersetuju menulis semula sejarah mereka untuk memastikan bagaimana mereka diwakili dalam buku dan penulisan.
Pada 2019, apabila pemimpin Myanmar ketika itu, Aung San Suu Kyi, hadir ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk mempertahankan pentadbirannya daripada tuduhan pembunuhan beramai-ramai Rohingya, duta Israel ke Myanmar, Ronen Gilor, memuat naik tweet mengucapkan beliau “semoga berjaya”.
Sebuah analisis yang diterbitkan oleh seorang penyelidik Palestin pada 2018 memperincikan persamaan antara layanan terhadap Rohingya di Myanmar dan rakyat Palestin di bawah pendudukan Zionis, dan mengenal pasti beberapa mekanisme yang sering diguna pakai: menafikan golongan minoriti identiti kebangsaan, melabelkan mereka sebagai pendatang, menggambarkan mereka sebagai ancaman, mengadakan kawalan pergerakan dan seterusnya pengusiran.
Muhammad Shehada menyenaraikan lapan kaedah penindasan Israel yang ditiru junta Myanmar.
1. Kewarganegaraan eksklusif
Kedua-dua Myanmar dan Israel mendefinisikan identiti nasional berdasarkan kumpulan etnik atau agama dominan, menyebabkan penduduk Rohingya dan Palestin dinafikan hak kerakyatan dan politik.
2. Melabel golongan minoriti sebagai Muslim/Arab
Kedua-dua Myanmar dan Israel menggunakan label seperti “Muslim” dan “Arab” dalam usaha menafikan identiti tersendiri komuniti Rohingya dan Palestin serta menimbulkan tanggapan kononnya mereka berasal dari tempat lain.
3. Panggilan ‘pendatang haram’
Walaupun wujud bukti sejarah tentang kehadiran mereka sejak sekian lama, kedua-dua Rohingya dan Palestin digambarkan sebagai orang asing yang berhijrah dan oleh itu tidak memiliki hak tuntutan sah.
4. Menggambarkan minoriti sebagai ‘ancaman kewujudan’
Pemimpin politik dan agama di kedua-dua negara cuba menggambarkan Rohingya dan Palestin sebagai ancaman keselamatan, di mana kewujudan mereka kononnya membahayakan identiti nasional yang dominan.
5. Pengusiran dan peluasan penempatan secara sistematik
Kedua-dua Rohingya dan Palestin berdepan perpindahan, pengasingan, sekatan pergerakan dan dasar penempatan, menyebabkan komuniti mereka semakin dihimpit ke wilayah yang sempit dan terkawal.
6. Diaspora yang diabaikan
Kedua-dua komuniti wujud sebagai diaspora besar akibat perpindahan, manakala mereka yang melarikan diri berdepan halangan untuk pulang ke tanah air. Dalam kes Rohingya, mereka juga tidak memiliki pasport kerana kewarganegaraan mereka dibatalkan.
7. Keganasan tajaan kerajaan
Di Myanmar dan Israel, Rohingya dan Palestin disasarkan oleh kumpulan bersenjata atau pendatang, dan jenayah itu dibiarkan malah digalakkan oleh pihak berkuasa.
8. Cubaan menggambarkan penghapusan etnik sebagai ‘dakwaan palsu’
Kedua-dua rejim cuba menggambarkan keganasan terhadap Rohingya dan Palestin sebagai kononnya respons terhadap ekstremisme, sekali gus mengalihkan perhatian daripada dakwaan pengusiran sistematik dan penghapusan etnik.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan