RUANG UDARA
INDONESIA MAKIN
PULEH
AMIN
Lapangan terbang Jakarta dan beberapa lagi dibuka semula selepas krisis abu gunung berapi
JAKARTA: Lapangan terbang utama Indonesia dan beberapa hab penerbangan lain dibuka semula awal Selasa selepas ditutup selama beberapa hari akibat abu letusan gunung berapi, kata Kementerian Pengangkutan.
Kementerian itu menerusi Instagram memaklumkan lapangan terbang yang berkhidmat untuk ibu negara Jakarta dan empat lagi lapangan terbang berhampiran bandar itu atau di sekitar Pulau Jawa kini kembali beroperasi.
Ini susulan ancaman keselamatan penerbangan yang sebelum ini menyebabkan ratusan ribu penumpang terkandas semakin reda.
Gunung Anak Krakatau, kira-kira 150 kilometer (km) dari Jakarta, meletus pada Sabtu, memuntahkan lahar serta kepulan abu gunung berapi.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan