JEREBU IALAH
PROJEK
KURANGKAN
PENDUDUK DUNIA
AMIN
INDONESIA
DIBAWAH
PROBOWO
DI PILIH MULAKAN
PROJEK GLOBALIS
INI
KHALAS
Kerajaan Indonesia didakwa cuai tangani kebakaran, jerebu
JAKARTA: Kerajaan Indonesia didakwa melakukan 'kecuaian serius' dalam kes mahkamah yang bermula semalam berhubung jerebu toksik akibat kebakaran hutan yang menyelubungi sebahagian pulau Borneo.
Empat plaintif, termasuk cawangan tempatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) masyarakat adat AMAN, memfailkan saman tindakan kelas itu bulan lalu di sebuah mahkamah di Pontianak, Kalimantan Barat.
Wilayah itu terjejas teruk akibat kebakaran dan jerebu hingga menyebabkan sekolah ditutup, manakala ratusan penduduk mendapatkan rawatan kerana masalah pernafasan.
Presiden Prabowo Subianto dan Gabenor Kalimantan Barat adalah antara 10 defendan dalam kes berkenaan.
Peguam plaintif, Glorio Sanen, berkata selepas pendengaran pertama bahawa kes itu adalah langkah untuk menangani masalah kebakaran hutan yang berlaku setiap tahun.
Kebakaran itu sebahagian besarnya dikaitkan dengan kemusnahan hutan dan tahun ini semakin buruk akibat fenomena cuaca El Nino yang menyebabkan kemarau luar biasa.
Indonesia sejak beberapa minggu lalu berusaha mengawal kebakaran yang memusnahkan kawasan luas di Sumatera, Papua dan Borneo, selain menyebabkan jerebu tebal hingga menjejaskan Malaysia dan Singapura.
Menurut wartawan AFP yang berada di mahkamah semalam, tiada seorang pun daripada 10 defendan hadir pada prosiding itu.
"Kami berasa sedih dan kesal dengan ketidakhadiran mereka... Namun, pada masa sama, kami memahami mungkin keadaan jerebu ini menyebabkan mereka tidak dapat mendarat di Pontianak," kata Glorio kepada pemberita.
Ratusan penerbangan turut terjejas akibat asap tebal daripada kebakaran itu.
Menurut dokumen mahkamah yang dilihat AFP, plaintif mendakwa kerajaan melakukan 'kecuaian serius' kerana gagal menangani masalah kebakaran dan jerebu yang berulang setiap tahun.
Mereka mahu kerajaan mengisytiharkan keadaan itu sebagai bencana nasional supaya langkah pemulihan dapat dilaksanakan secara menyeluruh, termasuk menanggung kos rawatan penduduk yang terjejas.
Saman yang hampir sama difailkan tahun lalu di sebuah mahkamah di Sumatera Selatan, tetapi ditolak. – AFP


Tiada ulasan:
Catat Ulasan