SELAGI ISRAEL
WUJUD DUNIA
TIDAK AKAN
AMAN
SELAGI KAPITALIS
BERKUASA
DUNIA
AKAN SENTIASA
KHACAU
KHALAS
China, Russia, AS keluar pengisytiharan bersama ke arah keamanan
SHENZEN: Presiden China, Russia dan Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan satu 'Pengisytiharan Ke Arah Keamanan' bersama selepas mengadakan sidang kemuncak tiga hala bersejarah di Shenzhen, tenggara China, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Pertemuan yang berlangsung di hab teknologi Shenzhen itu bermula kira-kira 4.30 petang waktu tempatan (0830 GMT) dan berakhir sekitar 5.50 petang (0950 GMT), dengan tempoh kira-kira 80 minit.
Dalam pengisytiharan empat perkara itu, Presiden China, Xi Jinping, Presiden Russia, Vladimir Putin dan Presiden AS, Donald Trump menegaskan bahawa perang nuklear 'tidak boleh dimenangi dan tidak boleh sama sekali dicetuskan'.
Mereka juga berikrar mengadakan dialog bagi mengurangkan risiko nuklear serta mencegah percambahan senjata nuklear.
Berikut ialah teks penuh dokumen empat perkara yang dikeluarkan oleh Kremlin serta media kerajaan China.
Deklarasi Ketua Negara China-Rusia-AS ke Arah Keamanan
'Xi Jinping, Presiden Republik Rakyat China, Vladimir Putin, Presiden Persekutuan Russia dan Donald J Trump, Presiden AS mengadakan pertemuan di Shenzhen pada 19 November 2026.
Ketua negara Russia dan AS merakamkan penghargaan kepada China kerana menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak tiga hala bersejarah ini.
Ketiga-tiga ketua negara mengadakan pertukaran pandangan secara mendalam mengenai situasi antarabangsa semasa serta komited untuk mengekalkan kestabilan strategik dan keselamatan antarabangsa.
1. Sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), China, Russia dan AS komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ini bagi membolehkannya bertindak dengan lebih berkesan dalam menangani cabaran global serta memenuhi misi asasnya dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.
2. Ketiga-tiga negara merancang untuk meningkatkan pengeluaran dan bekalan produk petroleum bertapis demi manfaat semua negara. Mereka turut menegaskan semula kepentingan aliran bekalan tenaga yang stabil.
3. Ketiga-tiga ketua negara mengiktiraf bahawa prinsip persetujuan negara serta penghormatan terhadap kekebalan pegawai kerajaan sesebuah negara adalah perkara yang amat penting.
Mereka turut bersetuju bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan badan seumpamanya tidak boleh menyalahgunakan bidang kuasa masing-masing.
4. Ketiga-tiga ketua negara menegaskan semula bahawa perang nuklear tidak boleh dimenangi dan tidak boleh sama sekali dicetuskan. Ketiga-tiga negara akan mengadakan dialog bagi mengurangkan risiko nuklear serta mencegah percambahan senjata nuklear.'


Tiada ulasan:
Catat Ulasan