Jumaat, 13 November 2026

IRAN SERANG PANGKALAN AMERIKA

 

IRAN SERANG

PENGKALAN ASKAR

AMERIKA DI BAHRAIN

KHALAS

TEATER LOKE SKRIP BARU

 

TEATER LOKE

SKRIP BARU

AMIN

LOKE AKAN LETAK

JAWATAN BILA

ROSMAH NAJIB

SERUMAH BERENTOT

KHALAS

PKR AKAN MENANG BERAPA?

 WOIT

BOLE CAYA KE

KAJIAN INI?

KAH KAH KAH

KALAU PH

DAPAT 4 KERUSI

PKR TETAP KALAH

AMIN

MELAYU

 TAK SOKONG PKR

AMIN

4 KERUSI 

DAP CHINA 

YANG MENANG

KHALAS


BN-PN diramal menang 24 kerusi, gelombang biru di Melaka - ILHAM Centre


KUALA LUMPUR: Firma penyelidikan bebas, ILHAM Centre meramalkan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mendahului persaingan di 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2026.

​Dalam siaran media hasil kajian lapangan dikeluarkan firma itu hari ini, mendapati 'gelombang biru' hasil kesepakatan strategik kedua-dua blok politik Melayu berkenaan sedang mendominasi landskap pilihan raya negeri terbabit.

​Berdasarkan unjuran ILHAM Centre, PH dilihat berada dalam kedudukan selesa di dua kerusi tradisinya, iaitu Kota Laksamana dan Bandar Hilir.

Sementara itu, dua lagi kerusi yang sebelum ini disandang PH, iaitu Ayer Keroh dan Kesidang, dikategorikan berada dalam persaingan sengit.

Panel penyelidikan ILHAM Centre merumuskan dominasi BN-PN dipacu tiga faktor utama, iaitu konsolidasi undi Melayu, moral jentera tinggi serta penerimaan positif rakyat terhadap pentadbiran kerajaan negeri sedia ada.

"Kajian terbabit turut mendapati perpindahan undi antara penyokong BN dan PN berlaku pada kadar tinggi apabila 91 peratus pengundi PN didapati berpindah kepada BN, manakala 78 peratus pengundi BN beralih menyokong PN.

"Situasi ini menjadikan 23 kerusi DUN dengan komposisi pengundi Melayu sekurang-kurangnya 50 peratus sebagai jajaran sukar ditembusi PH.

"​Selain itu, faktor kelebihan penyandang turut memberi nilai tambah apabila program kerajaan negeri seperti Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) dan Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat mendapat sambutan baik," katanya.

Kajian berkenaan juga merekodkan tahap penerimaan (approval rating) terhadap Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh berada pada paras 86 peratus, manakala kerajaan negeri pula meraih 85 peratus.

​Mengulas mengenai cabaran dihadapi pihak lawan, ILHAM Centre menyatakan PH masih berjaya mempertahankan undi terasnya khususnya dalam kalangan pengundi bukan Melayu dan pengundi bandar.

"Namun, gabungan itu berdepan kesukaran memperluas sokongan ke segmen baharu dan luar bandar berikutan ketiadaan naratif induk kuat untuk mencetuskan gelombang perubahan.

"​Pada masa sama, Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) antara Kerajaan MADANI dan BERSATU juga didapati gagal diterjemahkan kepada penyatuan sokongan di peringkat akar umbi kerana sifat kerjasama berlangsung secara tertutup sehingga mengelirukan pengundi atas pagar (fence sitter).

"​Bagi segmen anak muda, kajian mendapati 21 peratus pengundi di bawah usia 30 tahun masih belum membuat keputusan muktamad ketika kajian dijalankan dan cenderung membuat pilihan pada saat-saat akhir, "katanya.

​Kajian lapangan terbabit dilaksanakan bermula 1 hingga 12 November 2026 merangkumi kesemua 28 DUN di Melaka.

Pengumpulan data dilakukan secara triangulasi membabitkan soal selidik tatap muka terhadap 805 responden kuantitatif, lima perbincangan kumpulan berfokus (FGD) dengan 40 informan serta temu bual mendalam (IDI) membabitkan 22 informan.

APA KATA BEKAS PEMIMPIN DAP - PRN MELAKA


BEKAS

 PEMIMPIN DAP KATA

PH AKAN BUNGKUS

KAH KAH KAH

BETUL KE ?

ATAU NAK BUAT

LAWAK BERDIRI

KAH KAH KAH 

LU TAK CAYA 

LU GI TANYA 

PUTERI REFORMASI

 KAH KAH AH

KHALAS

Gelombang BN-PN sukar disekat, Kian Ming ramal PH kecundang

KUALA LUMPUR-  Dr Ong Kian Ming meramalkan Barisan Nasional (BN) bersama Perikatan Nasional (PN) mampu mencatat kemenangan besar dengan menguasai antara 24 hingga 25 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, esok.

Bekas pemimpin DAP itu berkata, ramalan itu kekal berdasarkan penilaian awal yang dibuat pada 13 Oktober lalu dan tidak berubah meskipun kempen pilihan raya berlangsung selama dua minggu.

Beliau yang pernah dikenali sebagai pakar strategi pilihan raya DAP berkata, jangkaan itu dibuat selepas Pakatan Harapan (PH) dilihat gagal melaksanakan kempen yang meyakinkan, selain manifesto dua halaman yang disifatkan tidak cukup kuat untuk menarik perhatian pengundi.

Kian Ming berkata, calon Ketua Menteri PH juga dilihat lebih banyak menyerang pentadbiran kerajaan negeri sedia ada berbanding mengetengahkan visi dan hala tuju pentadbiran sekiranya diberikan mandat.

Katanya, DAP pula masih menggunakan pendekatan kempen tradisional menerusi ceramah dan program turun padang, khususnya di kawasan majoriti pengundi Cina.

Manakala PKR cuba mendekati pengundi muda menerusi penggunaan pempengaruh Gen Z di media sosial.

Beliau juga mengakui kempen BN-PN juga tidak terlalu menonjol dan masih menggunakan pendekatan konvensional, termasuk menawarkan air percuma serta bantuan kebajikan dalam manifesto.

Namun, kelebihan sebagai kerajaan negeri, kepimpinan Ketua Menteri,  Ab Rauf Yusoh serta naratif penyatuan Melayu memberikan kelebihan kepada BN-PN sejak awal kempen.

Dalam pada itu, Kian Ming berkata, terdapat beberapa kerusi DUN yang wajar diberikan perhatian kerana berpotensi menjadi petunjuk kepada landskap politik negeri serta Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Antaranya ialah Kota Laksamana dan Bandar Hilir yang mempunyai lebih 70 peratus pengundi Cina, dengan DAP sebelum ini memperoleh lebih 80 peratus undi popular pada PRN 2021.

Beliau berkata, prestasi MCA di kedua-dua kerusi itu akan memberikan gambaran sejauh mana DAP masih mendapat sokongan kukuh daripada kelompok pengundi terasnya.

Selain itu, beliau turut memberi perhatian kepada kemampuan calon PKR, Farzana Hayani untuk mencabar penyandang N.14 Klebang, Lim Ban Hong, khususnya dalam usaha menterjemahkan pengaruh media sosial kepada sokongan sebenar di lapangan.

Beliau juga melihat persaingan di N.21 Duyong sebagai antara kerusi penting untuk menilai kemampuan penyandang UMNO, Mohd Noor Helmy, meningkatkan majoriti 200 undi yang diperoleh pada PRN 2021 ketika berdepan calon DAP, Poo Long Suan.

Di N.17 Bukit Katil pula, beliau menjangkakan penyandangnya, Adly Zahari daripada Amanah berdepan risiko kehilangan kerusi kepada calon PAS.

Beliau turut menyorot peluang Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh untuk meningkatkan majoriti di N.27 Merlimau, khususnya dalam kalangan pengundi bukan Melayu yang membentuk kira-kira 28 peratus daripada keseluruhan pengundi di kawasan itu.

Satu lagi kerusi yang menjadi perhatian ialah N.16 Ayer Keroh apabila penyandangnya, Kerk Chee Yee daripada DAP berdepan persaingan calon Gerakan, Bersatu dan Bersama.

Menurut beliau, keputusan di Ayer Keroh penting kerana komposisi pengundinya yang terdiri daripada kira-kira 44 peratus Melayu, 46 peratus Cina dan lapan peratus India menjadikan kerusi itu antara kawasan paling kompetitif.

Beliau tidak menolak Kerk dapat mempertahankan kerusi berkenaan kerana melihat pemimpin itu sebagai antara generasi baharu yang mampu membawa idealisme politik merentasi kaum dan latar belakang.
Mengulas implikasi keputusan PRN Melaka terhadap politik nasional, beliau berpandangan kemenangan besar BN-PN akan meningkatkan tekanan terhadap Kerajaan Perpaduan yang dipimpin  Anwar BIN Ibrahim.

Katanya, keputusan sedemikian juga akan memberikan gambaran bahawa isu peletakan jawatan Anthony Loke dan perkembangan berkaitan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Najib Razak tidak memberikan kesan besar terhadap pengundi Melaka.

Bahkan, beliau berpandangan, perkembangan itu berpotensi memaksa PH mencari pendekatan politik baharu bagi melemahkan pengaruh BN dan PN menjelang PRU16. – 

ANSARALLAH SERANG BARUA AMERIKA

 APAKAH 

ANSARALLAH

HANYA HANTAR DUA

DRONE SAHAJA?

KAH KAH KAH

BIASANYA 

BERBELAS DRONE

DATANG MENYERANG

KHALAS

Houthi dakwa serang saluran paip minyak Arab Saudi

SANAA: Kumpulan Houthi di Yaman yang disokong Iran mendakwa menyerang sebuah stesen pam minyak di saluran paip Timur-Barat Arab Saudi.
 

Kumpulan itu turut mendakwa menyerang sebuah kemudahan minyak di bandar Yanbu, di pesisir Laut Merah, serta bangunan milik syarikat minyak Aramco di ibu negara, Riyadh.

Bagaimanapun, gabungan tentera pimpinan Arab Saudi yang memerangi Houthi memaklumkan pihaknya memintas dan memusnahkan dua dron yang dilancarkan kumpulan itu semalam.

Dua dron itu masing-masing dipintas di wilayah Riyadh dan Wilayah Timur Arab Saudi yang kaya dengan sumber minyak.

Arab Saudi belum memberikan maklum balas berhubung dakwaan serangan itu. Houthi juga tidak menyatakan bila serangan berkenaan dilakukan.

Kumpulan itu sebelum ini melancarkan peluru berpandu dan dron ke arah lapangan terbang, pelabuhan serta kemudahan minyak Arab Saudi.

Tindakan itu meningkatkan tekanan terhadap Arab Saudi, sekutu Amerika Syarikat (AS), dalam konflik yang bermula selepas AS dan Israel menyerang Iran pada Februari lalu.

Susulan konflik di Asia Barat yang menjejaskan penghantaran minyak melalui Selat Hormuz, Arab Saudi mengalihkan kira-kira empat juta tong minyak mentah sehari melalui Saluran Paip Timur-Barat ke Yanbu.

Jumlah itu bersamaan kira-kira empat peratus daripada bekalan minyak dunia.

Saluran paip berkenaan membantu Arab Saudi, pengeksport minyak terbesar dunia, mengurangkan kesan penutupan Selat Hormuz akibat perang yang turut menjejaskan eksport minyak negara jirannya.

Dalam perkembangan berasingan, jurucakap tentera Houthi semalam menafikan kumpulan itu melancarkan dua peluru berpandu balistik ke arah Makkah.

Sebelum ini, pihak pertahanan awam Arab Saudi memaklumkan kedua-dua peluru berpandu itu berjaya dipintas dan dimusnahkan pada Rabu, manakala serpihannya jatuh di beberapa kawasan di wilayah Makkah, termasuk kampung Sabuhah.

Houthi berulang kali menafikan menyasarkan Makkah dan Madinah, dua kota paling suci dalam Islam. Kumpulan itu turut menolak dakwaan sebelum ini bahawa mereka melancarkan dron ke arah kedua-dua kota berkenaan. - REUTERS

IKUT CARA NAJIB


KITA SEMUA

IKUT CARA NAJIB

AMIN