WOIT
BOLE CAYA KE
KAJIAN INI?
KAH KAH KAH
KALAU PH
DAPAT 4 KERUSI
PKR TETAP KALAH
AMIN
MELAYU
TAK SOKONG PKR
AMIN
4 KERUSI
DAP CHINA
YANG MENANG
KHALAS
KUALA LUMPUR: Firma penyelidikan bebas, ILHAM Centre meramalkan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mendahului persaingan di 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2026.
Dalam siaran media hasil kajian lapangan dikeluarkan firma itu hari ini, mendapati 'gelombang biru' hasil kesepakatan strategik kedua-dua blok politik Melayu berkenaan sedang mendominasi landskap pilihan raya negeri terbabit.
Berdasarkan unjuran ILHAM Centre, PH dilihat berada dalam kedudukan selesa di dua kerusi tradisinya, iaitu Kota Laksamana dan Bandar Hilir.
Sementara itu, dua lagi kerusi yang sebelum ini disandang PH, iaitu Ayer Keroh dan Kesidang, dikategorikan berada dalam persaingan sengit.
Panel penyelidikan ILHAM Centre merumuskan dominasi BN-PN dipacu tiga faktor utama, iaitu konsolidasi undi Melayu, moral jentera tinggi serta penerimaan positif rakyat terhadap pentadbiran kerajaan negeri sedia ada.
"Kajian terbabit turut mendapati perpindahan undi antara penyokong BN dan PN berlaku pada kadar tinggi apabila 91 peratus pengundi PN didapati berpindah kepada BN, manakala 78 peratus pengundi BN beralih menyokong PN.
"Situasi ini menjadikan 23 kerusi DUN dengan komposisi pengundi Melayu sekurang-kurangnya 50 peratus sebagai jajaran sukar ditembusi PH.
"Selain itu, faktor kelebihan penyandang turut memberi nilai tambah apabila program kerajaan negeri seperti Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) dan Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat mendapat sambutan baik," katanya.
Kajian berkenaan juga merekodkan tahap penerimaan (approval rating) terhadap Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh berada pada paras 86 peratus, manakala kerajaan negeri pula meraih 85 peratus.
Mengulas mengenai cabaran dihadapi pihak lawan, ILHAM Centre menyatakan PH masih berjaya mempertahankan undi terasnya khususnya dalam kalangan pengundi bukan Melayu dan pengundi bandar.
"Namun, gabungan itu berdepan kesukaran memperluas sokongan ke segmen baharu dan luar bandar berikutan ketiadaan naratif induk kuat untuk mencetuskan gelombang perubahan.
"Pada masa sama, Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) antara Kerajaan MADANI dan BERSATU juga didapati gagal diterjemahkan kepada penyatuan sokongan di peringkat akar umbi kerana sifat kerjasama berlangsung secara tertutup sehingga mengelirukan pengundi atas pagar (fence sitter).
"Bagi segmen anak muda, kajian mendapati 21 peratus pengundi di bawah usia 30 tahun masih belum membuat keputusan muktamad ketika kajian dijalankan dan cenderung membuat pilihan pada saat-saat akhir, "katanya.
Kajian lapangan terbabit dilaksanakan bermula 1 hingga 12 November 2026 merangkumi kesemua 28 DUN di Melaka.
Pengumpulan data dilakukan secara triangulasi membabitkan soal selidik tatap muka terhadap 805 responden kuantitatif, lima perbincangan kumpulan berfokus (FGD) dengan 40 informan serta temu bual mendalam (IDI) membabitkan 22 informan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan