Rabu, 3 Jun 2026

KANCIL AKAN TIBAI ANWAR BIN IBRAHIM


NASIB KANCIL

CUKUP BAIK

AMIN

PELUANG BESAR

UNTUK BUKTI ADA

SOKONGAN RAMAI

AMIN

PELUANG UNTUK

TIBAI ANWAR

BIN IBRAHIM

KHALAS 


PRN16 Johor: BERSAMA akan turut turun gelanggang bertanding


KUALA LUMPUR: Kurang sebulan Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) dilancarkan, parti pimpinan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli itu sah akan mencuba nasib pada Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN16) Johor.

Berdasarkan kenyatan dikeluarkan Rafizi dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, perbincangan lanjut berhubung jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi pada PRN16 itu bagaimanapun hanya akan dibincangkan hari ini.

Menurut mereka, penyertaan BERSAMA dalam PRN16 Johor membolehkan parti membina jentera dalam tempoh singkat dan menguji kecekapan serta kelemahan jentera, selain sebagai persiapan ke arah pilihan raya akan datang.

"Keputusan itu dimuktamadkan setelah beberapa perbincangan diadakan dengan pimpinan BERSAMA dan ahli terpilih dari seluruh negara.

"PRN Johor membuka ruang untuk memperkenalkan BERSAMA kepada pengundi Johor, walaupun parti itu baharu dilancarkan semula pada 17 Mei lalu.

Isnin lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mengumumkan pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada PRN16.

Pada PRN ke-15 yang berlangsung Mac 2022, Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Pakatan Harapan (PH) pula memenangi 12 kerusi dengan DAP memperoleh 10 kerusi, manakala PKR dan AMANAH masing-masing satu kerusi.

Perikatan Nasional (PN) memenangi tiga kerusi, sementara MUDA memperoleh satu kerusi.

Rafizi dan Nik Nazmi berkata selaras dengan hasrat itu, BERSAMA akan melancarkan siri jelajah dikenali sebagai 'Jelajah Kancil' ke Johor bermula Sabtu ini.

Menurut mereka, program itu akan memberi tumpuan kepada 12 Agenda BERSAMA, dengan setiap negeri menumpukan kepada satu agenda.

"Jelajah Kancil juga akan melawat setiap negeri lain selepas Johor iaitu Melaka pada Ahad ini, diikuti Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis sehingga bulan depan," katanya.



SOLDADU AMERIKA SOLDADU UK MATI KETIKA BERLATIH ?


SOLDADU AMERIKA

SOLDADU UK

DI KLIM MATI 

KETIKA BERLATIH

KAH KAH KAH 

BUKAN KENA BEDIL

OLEH

 SOLDADU IRAN

KHALAS 

TERAM LAWAN TOWKAY


TERAM LAWAN

TOWKAY

KAH KAH KAH

TOWKAY SURUH

SERANG IRAN

TERAM IKUT

KAH KAH KAH

SEKARANG TERAM

SEDANG  DITEKAN

AMIN

BULAN NOVEMBER

JIKA KALAH

MUNGKIN DI PECAT

KHALAS

Hubungan Trump-Netanyahu retak?, Presiden AS gelar PM Israel 'gila'


WASHINGTON: Hubungan antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kini dilaporkan semakin retak dan tegang selepas pemimpin AS itu didakwa menggelar rakan sejawatnya sebagai 'gila'.

Memetik laporan portal berita Axios dan ABC News, Trump melepaskan kemarahan dengan kata-kata kesat menerusi panggilan telefon kepada Netanyahu berikutan ancaman Israel untuk mengebom ibu negara Lubnan, Beirut.

Trump dilaporkan bimbang tindakan agresif Israel itu akan menjejaskan rundingan damai AS dengan Tehran.

Insiden berkenaan mendedahkan kerapuhan hubungan antara kedua-dua sekutu yang kini berdepan risiko politik yang besar akibat perang di Asia Barat selain kedua-duanya dikritik hebat kerana terlalu tunduk antara satu sama lain.

Trump ketika ini amat terdesak untuk mencari jalan keluar daripada konflik peperangan yang menjejaskan ekonomi AS secara teruk, terutamanya menjelang tempoh kurang enam bulan sebelum pilihan raya pertengahan penggal November ini, yang bakal menentukan sama ada Parti Republikan mampu mengekalkan penguasaan di Kongres.

Presiden Republikan berusia 79 tahun yang kini berkhidmat untuk penggal kedua itu turut berdepan tentangan dalaman daripada pakatan gerakan Make America Great Again (MAGA) miliknya, yang mendakwa beliau mengikut telunjuk Israel dalam perang menentang Iran.

Sementara itu, Netanyahu, pemimpin veteran Israel, berdepan risiko kejatuhan kerajaan gabungan sayap kanannya dan dikritik hebat di negaranya sendiri kerana tunduk kepada tekanan Trump dalam isu keselamatan selepas membatalkan pelan serangan ke atas Beirut.

"Kamu (Netanyahu) memang benar-benar gila. Kamu sudah lama meringkuk dalam penjara jika bukan kerana saya. Saya yang menyelamatkan kedudukan kamu. Sekarang semua orang benci kamu. Semua orang benci Israel disebabkan perkara ini," lapor Axios memetik jeritan Trump kepada Netanyahu dalam panggilan telefon pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, media Israel dilaporkan menafikan naratif perbualan berkenaan.

Ketika diminta mengesahkan laporan Axios dan mengulas mengenai status hubungan kedua-dua pemimpin itu, pegawai Rumah Putih sekadar merujuk agensi berita AFP kepada hantaran Trump di platform Truth Social miliknya.

Melalui hantaran berkenaan, Trump mengucapkan terima kasih kepada Netanyahu atas apa yang dikatakannya sebagai persetujuan untuk mengundurkan tentera dari Beirut dan "menghentikan serangan" dengan kumpulan Hizbullah.

Sebelum ini, Iran dilaporkan menangguhkan rundingan damai ekoran serangan bertubi-tubi Israel ke atas Lubnan.

Penganalisis berpendapat, ini bukanlah kali pertama kedua-dua pemimpin itu bertelagah, dan ia pasti bukan yang terakhir.

"Hakikat wujudnya ketegangan peribadi antara Netanyahu dengan mana-mana Presiden AS bukanlah perkara baharu," kata bekas Duta AS ke Israel, Dan Shapiro, yang kini adalah Felo Kanan di Atlantic Council kepada AFP.

"Malah, beliau mempunyai 'rekod bersih' dalam mencapai tahap kekecewaan dan konflik dengan setiap Presiden AS yang pernah bekerjasama dengannya."

Selama tiga dekad, Netanyahu cuba memujuk barisan Presiden AS untuk menyerang Iran berhubung program nuklearnya, dan menerusi Trump, beliau akhirnya menemui sekutu yang mempunyai ideologi yang sama.

Menurut laporan The New York Times baru-baru ini, Netanyahu bertemu dengan Trump beberapa kali sejak kembali berkuasa dan menjadi watak penting dalam mempengaruhi pemimpin AS itu pada Februari lalu, ketika Trump masih berkira-kira sama ada mahu melancarkan perang atau tidak.

Namun, apabila perang semakin berlarutan, konflik berkenaan dan pakatannya dengan Netanyahu kini mula memakan diri dari segi politik.

Terdesak kekal berkuasa

Bekas sekutu kuat Trump, termasuk pengacara televisyen terkenal, Tucker Carlson dan bekas Ahli Kongres, Marjorie Taylor Greene, kini menuduh Trump membiarkan Israel mengheret AS ke dalam satu lagi kancah peperangan di Asia Barat.

Mereka menegaskan, tindakan itu jelas bertentangan dengan prinsip "Utamakan Amerika" (America First) yang menjadi tunjang kepada gerakan MAGA.

"Sokongan terhadap Israel nampaknya hanya bermakna tentera AS yang akan terkorban," kata bekas pengacara Fox News, Megyn Kelly dalam rancangannya baru-baru ini.

Walaupun Parti Republikan sekian lama dikenali sebagai penyokong kuat Israel, isu berkenaan kini mula memecahbelahkan parti itu. Kajian badan penyelidik Pew Research pada April lalu menunjukkan sekitar 57 peratus penyokong Republikan berumur 18 hingga 49 tahun mempunyai pandangan negatif terhadap Israel, meningkat daripada 50 peratus pada tahun lalu.

Kesan perang Iran terhadap lonjakan harga barangan turut mengancam peluang Republikan dalam pilihan raya pertengahan penggal November ini. Sekiranya Parti Demokrat berjaya merampas semula kawalan Kongres, Trump berdepan risiko didakwa (dipecat) untuk kali ketiga.

Bagi Netanyahu pula, taruhannya jauh lebih besar memandangkan beliau kini berdepan konflik peperangan di Lubnan, Iran, dan Gaza, selain rentetan pertuduhan rasuah di mahkamah domestik.

"Netanyahu sangat terdesak untuk kekal berkuasa," kata Mairav Zonszein daripada International Crisis Group kepada AFP.

"Trump pula sedang cuba mencari jalan keluar, dan beliau jelas mempunyai pengaruh serta tekanan yang besar ke atas Netanyahu. Netanyahu tidak boleh sewenang-wenangnya menentang Trump."

Tambah beliau, Trump kini "cuba melangkah ke hadapan (ke arah perdamaian), manakala Netanyahu pula masih mahu meneruskan peperangan. Itulah perbezaan utama antara mereka ketika ini." - AFP


PRN JOHOR TIBAI ANWAR BIN IBRAHIM


PRN JOHOR

BUKTI JOHOR TAK

IKUT CAKAP

ZAHID BIN HAMIDI

DAN TIBAI

ANWAR

BIN IBRAHIM

KHALAS 


Unknown commented on
 "KENAPA DUN JOHOR 
DI BUBAR KEMARIN"

Putar spin macam mesin basuh, sentiasa berpusing, sejarah dipusingkan, peraturan dipusingkan, undang-undang pusing mengikut kehendak pemimpin, tembak lembu jadi harus, hukum hakam sentiasa diputarkan juga, apapun kamu buat sekarang, ada hikmahnya, ada masa nanti untuk membalas jasa anda, itu pasti, 

dalam negara yang majoritinya kaum kaum, bercakaran merebut jawatan bergaduh sesama sendiri merupakan satu senario politik amat penting, kah kah kah kemudian mula salahkan Bangla salahkan Indon salahkan pendatang haram, asam garam kehidupan sendiri sudah mewah semuanya diperolehi dengan percuma amin, 

sentiasa bersyukur kerana apa yang ada mungkin hilang sekelip mata, jangan ego jangan takbur riak kerana semuanya perlu dibayar nanti amin

politikgilababi commented on
 "KENAPA DUN JOHOR 
DI BUBAR KEMARIN"

Budak tu dah takut seriyau bimbang di sailang...kahkahkah


Unknown commented on
 "KENAPA DUN JOHOR
 DI BUBAR KEMARIN"

Cheebai kan semua palatikus tak bleh pakai.


DAGING TAK MINTA !!!


BRO

HAL DAGING

GUA TAK MINAT

 SANGAT

KHALAS 

Unknown commented on
 "PAGI INI"

nak makan anjing hitam tu boleh x?
cam sedap je

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

RABU 3 JUN 2026

PERANG HARI KE 96

GENCATAN SENJATA MASIH BERJALAN


AMERIKA SERANG IRAN
Berita terkini – Amerika telah menyerang Pulau Qeshm. Teram kata ini balasan kerana Iran serang Kuwait.

Iran serang Kuwait – betul – APA yang diserang di Kuwait ialah PANGKALAN ASKAR AMERIKA – jeng jeng jeng.

Kuwait menjadi pusat tentera  Amerika untuk menyerang Iran – maka adalah logik dan masuk akal  bila Iran menyerang  BARUA AMERIKA. Amin

Dunia berharap perang tamat tapi TIDAK akan tamat selagi Zionis Israel TIDAK MUSNAH DAN HACUR. Amin.
PRN DI JOHOR   - ini bijak – bagi Madafaka marah kah kah kah.

PRN DI NEGERI SEMBILAN – jika DUN BUBAR ini amat baik – untuk huru harakan  Madafaka. 

PRN di N9 – jalan selesai –  KERAJAAN BARU, MB BARU dan YAM TUAN BARU .

NURUL BIN IZZAH – kah kah kah – JANGAN BUAT FITNAH Nurul bin Izzah TIDAK BUNTING – Khalas.

HOKKIEN
Pagi ini  sejuk berangin – kering – kemarin panas sepanjang hari – matahari belum bersinar. Langit berawan putih dan  kelihatan kelam. KL & KL Sentral berkabus nipis.

Awalnya jalan kosong – kemudian Siti datang – pagi ini tak ramai datang. Gua gumbira kerana Puppy Itam yang kurus datang makan sama Tapi dia masih takut-takut. Tiong pun datang makan.

Di Wakaf Tiga ketika gua bersenam – Jantan Putih menjadi pengawal – dia  semakin mesra dengan gua – gua beri Friskies, keropok dan hati ayam. Pasti dia merasa pelik melihat gua lonjak melonjak.

Depan Pokok Ara – 4 orang Abang Potong Rumput sedang bekerja – wow ! Ramai Tiong berterbangan  mencari rezeki.

Di Wakaf Pertama – hanya Siti dan Tiong Laki Bini yang datang – yang lain entah kemana.

Hari ini akan panas – gua harap panas sepanjang hari. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI RABU

BRO
Jika lu nak tahu apa itu cinta – cuba buka seluar lu.

BRO
Lu boleh beri tanpa cinta. Tapi lu tak boleh cinta tanpa memberi.

BRO
Lu jatuh cinta lu akan kenal  sapa diri lu. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA