Selasa, 2 September 2014

SABAH SARAWAK MAHU MERDEKA






KOMENTAR

banyak berita
yang ditutup dari pengetahuan kita

hakikatnya:
ada gerakan pemisah di sabah
ada sentimen nak keluar malaysia
ada ngo borneo berpusat di uk

fakta sejarah membuktikan
tiada persekutuan baru 
dibuat tahun 1963

sabah dan sarawak sebenarnya
diheret masuk malaysia
untuk kurangkan jumlah cina
dari singapura

kini ada ngo memungut tanda tangan
untuk menuntut pbb kaji semula
petisyen 1962

kita tidak tahu apa labon muhyiddin
kalau tak ada laporan internet
sampai kiamat kita tak tahu fakta fakta ini






Dekolonisasi bukan isu pemisahan

 | September 1, 2014
"Dekolonisasi adalah isu yang belum selesai di Borneo. Oleh itu, kita harus berfikir dekolonisasi dan tidak memberi tumpuan kepada perkataan " S ". TPM berdiri atas alasan nipis dengan mendakwa bahawa Sabah adalah milik Malaysia."
Daniel-John-JambunKOTA KINABALU: Pemisahan bukan perkataan yang betul untuk digunakan jika Malaysia sememangnya dibentuk oleh Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya, dakwa beberapa aktivis di Borneo. Oleh itu, tiada apa-apa yang menghalang pembubaran pembentukan ini.
Sebaliknya jika Sabah dan Sarawak, menyertai Malaysia, di mana bukti bahawa ini adalah secara sukarela?
Daniel John Jambun, presiden Borneo’s Plight in Malaysia Foundation (BoPIM),yang berpangkalan di UK mengulas Timbalan Perdana Menteri (TPM) Muhyiddin Yassin yang menggunakan perkataan “S” dalam ucapannya di Sipitang pada Sabtu. TPM telah memberi amaran kepada “secessionists” untuk menghentikan dan berhenti atau hadapi risiko akibat daripada aktiviti “hasutan dan khianat” mereka.
Daniel berkata beliau tidak mahu masuk ke dalam retorik dan polemik sama ada kedua-dua negara Borneo membantu untuk membentuk Malaysia pada 16 September 1963 atau menyertai Persekutuan.
“Jika kita melihat definisi Persekutuan dalam Perkara 160 dalam Perlembagaan Persekutuan, tiada Persekutuan baru yang ditubuhkan pada 16 Sept 1963,” kata Daniel.
Menurut Ketua BoPIM, ini menimbulkan persoalan “apakah asas bagi Sabah dan Sarawak untuk berada dalam Persekutuan dengan Semenanjung?”
NGO hak asasi manusia mengambil pendirian bahawa Sabah dan Sarawak telah diheret ke dalam Persekutuan Malaya pada tahun 1963 oleh Kerajaan Malaya dan Kerajaan British untuk memudahkan penggabungan Singapura, yang bermajoriti Cina, dengan Semenanjung yang berbilang kaum.
“Singapura dikeluarkan dalam tempoh dua tahun dari Persekutuan yang dinamakan Persekutuan Malaysia pada 16 September, 1963,” jelas Daniel dari sejarah. “Walau bagaimanapun, Sabah dan Sarawak telah dikunci di dalam.”
Daniel berfikir bahawa daripada menggunakan perkataan “S” dan membuat ancaman, Timbalan Perdana Menteri perlu memahami mengapa aktivis telah memulakan kempen tandatangan untuk mendapatkan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya mengkaji semula Petisyen 1962 di mana rakyat menentang idea Sabah, Sarawak, dan Brunei mempunyai apa-apa kaitan dengan idea bersekutu dengan Malaya /Singapura.
“Dekolonisasi adalah isu yang belum selesai di Borneo,” kata Daniel. “Oleh itu, kita harus berfikir dekolonisasi dan tidak memberi tumpuan kepada perkataan” S “. TPM berdiri atas alasan nipis dengan mendakwa bahawa Sabah adalah milik Malaysia. “


KAH KAH KAH


nasib baik ada internet
dapat kita semua tahu
hal sabah sarawak
kalau harapkan media
semenanjung sampai
kiamat kita tahu tahu

terima kaseh
ronald reagan

KAH KAH KAH




---------

Isnin, 1 September 2014

MINTA AMPOON - POORAH



MUKA BADAK

leher berlapis lapis
nak minta ampoon
haram jadah apa
kah kah kah
Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata, persepsi negatif terhadapnya membuatkannya semakin cekal kerana apa yang dilakukan program Permata ‎Negara adalah ikhlas kerana Allah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 September, 2014.

Esok mati, minta ampun pada saya, kata Rosmah kepada pengkritik


Rosmah Mansor hari ini menyelar pihak tertentu yang memberi persepsi negatif dirinya membangunkan program Permata ‎Negara, kerana ia dilakukan semata-mata demi melihat kejayaan pendidikan anak-anak bangsa. 

Suami Najib Razak itu berkata,‎ persepsi negatif membuatkannya semakin cekal kerana apa yang dilakukan program itu adalah ikhlas kerana Allah.

"Kalau dengar itu, jangan percaya. Saya memang secara ikhlas menyatakan program in‎i bukan untuk saya, tetapi untuk anak bangsa kita maju dalam pendidikan mereka.

"Tetapi tak apalah saya cekal. Saya ikhlas. Saya tahu apa yang saya buat ini ikhlas kerana Allah. Apa dia hendak kata, dia katalah.

"Esok kalau dia mati, dia minta ampunlah pada saya. Orang bukan suka kita berjaya," katanya ketika berucap di Majlis Konvokesyen Picoms kali ke-2 di PWTC.



KAH KAH KAH

lebih indah
duduk di neraka
dari minta ampon
dari rosmah

poooorah

i rest my case 
mi lod

KAH KAH KAH 



----------

MERAYAKAN WARGA MISKIN KOTA




NASI

 PANGUNG
Displaying IMG-20140901-WA0012.jpg

DapurRaya pecah panggung!!

dari jam empat hingga lewat malam
kongsi makan, minum, berpuisi, berjoget
Ramai yang datang, ramai yang meyumbang
tak bernama, saling tak mengenal
merayakan nikmat hidup,
berpesta di jalanan 

Displaying 10615999_568133679959423_3180933312955918264_n.jpg
Antara list menu, hidangan, sumbangan di DapurRaya:
rendang ayam ninik / satey / dodol / Lemang / Nasi himpit / kuah kacang
Skewer Ayam / Mee Kuah / Bihun Goreng / Roti Canai / Langsat, Apple, oren /
Kopi Gloria jeans / kerepek, kek, cupcakes / kueh-kueh Raya dari anak semua bangsa!
Displaying IMG-20140901-WA0014.jpg
Jutaan terima kasih tak terhingga kepada yang menyumbang, menjayakan, buat ramai, bersetiakwan:
Tim Dapur, Tim Akademi Belia, Aisyah awek cun & kawan2, Kak Noreen sg Buloh, Saiful Gloria Jeans, Kak Nora Reformis, Angkatan Dato' Bahaman dari Temerloh, Tim Syed Syahir, Mujahid sekeluarga, Syafiq & kawan2 UniRazak, Qish awek cun, kawan2 dari UM, Fairus & awek2 cun dari USIM, Pak A Samad Said, Pak Abu @ Saari Sungib sekeluarga, Ustaz Wan Ji, Ayah halim, Pak Malek Baretta, keluarga dari Pajam, Eddy Gordo, Nazri Ayah Chik, Tim performance - Geng Kotak, band OKU penglihatan, Nik Jidan, Pyanhabib, Rahmat Haron, Rizal hamdan, Dum Dum Tak, Ida Syamila, radio island, hakim stone, Man Dewangga Sakti, Yeoh LostGeneration, adik Syazlyn Arissa & semua kawan-kawan, abang, kakak, minah-minah cun, mat-mat gagal yang turut sama hadir, memeriahkan & bersetiakawan di DapurRaya Jln Panggung!

Displaying IMG-20140901-WA0009.jpg
Festival DapurRaya 2014,
berpesta di tepi jalan, di tengah kotaraya,
bersama-sama warga kota tanpa rumah
paling cool, paling pecah!
TERIMA KASIH SEMUA


++ DapurJalananKL ada merchandise baru untuk isi tabung; Apron DapurJalananKL. Beli sambil membantu! Untuk maklumat info, sila cari dan tekan like Facebook page DapurJalanan KualaLumpur dan follow twitter: dapurjalananKL & insta - dapurjalananKL
++ Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun dapur jalanan
8001-7278-49 spkl collectiv

++ Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh tekan number dibawah ezzuandi = 019-2671285  atau Hadikhalid = 012-6648873. 

Setiakawan bersama warga miskin kota
Dapur Jalanan Kuala Lumpur
 *Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*

1 September 2014


----------

PROGRAM MENGHASUT DAN MELAWAN




HASUT 

DAN

LAWAN


JOHOR BARU
Displaying psm_johor.jpg


BATU PAHAT
KLUANG
Displaying forum_kluang_bp.jpg

-------------

PECAH BERITA SEDUNIA - WORLD BREAKING NEWS





AZMI 

SHAHROM


dituduh  atas akta hasutan 1948

azmin shahrom akan menambahkan lagi
jumlah sosok yang  akan didakwa
dibawah akta hasutan 1948


azmi saharom 
dekan fakulti undang-uandang
universiti malaya


akta hasutan 1948
ini adalah akta yang diwujudkan
oleh baginda queen
pada tahun 1948
untuk menangkap para nasionalis
yang berjuang 
menentang penjajahan british

akta hasutan ini
sama saperti ISA

kini najib dan rosmah
sedang menggunakan akta ini
untuk menangkap
semua musuh politik
dan wakil rakyat
yang berkeliber 

ini taktik british


nanti yang tinggal
hanya yang lembik
dan
kaki rasuah

NOTA
azmi shahrom didakwa
keran satu kenyatan dalam
akhbar malay mail

------------

LAWAK POLITIK KAH KAH KAH







MALAM INI





KAH KAH KAH

tukar tiub
 buat kah kah kah
isnin - 1 september 2014
jam 8:30 malam
crack house
taman tun

Displaying 10548930_1623906664502419_4186504413407728024_o.jpg







------------