SiLA BACA
SILA HAYATi
SURAT SB
SURAT TERBUKA KEPADA KERAJAAN
Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli keluarga, saudara mara, sahabat, jiran, serta anak Malaysia yang bencikan kemungkaran, yang tidak berhenti-henti memberikan galakan serta mendoakan keselamatan diri saya serta keluarga. Saya amat terhutang budi.
Sesungguhnya galakan dan doa-doa suci inilah yang memberikan saya kekuatan dan keberanian untuk terus memerangi kemungkaran.
Saya juga amat terhutang budi kepada pihak media kerana telah sudi memberikan ruang untuk menyiarkan rintihan hati kecil saya ini untuk tatapan rakyat Malaysia yang berasa amat terguris hati, marah, kecewa, hampa, geram serta terhimpit dengan "tingkahlaku tidak bertanggungjawab" pemimpin-pemimpin kerajaan sejak kebelakangan ini.
Sesungguhnya keputusan yang saya ambil untuk menulis SURAT TERBUKA KEPADA KERAJAAN ini adalah keputusan saya sendiri tanpa disogok atau dibatu-apikan oleh mana2 individu atau organisasi yang berkepentingan.
Saya bertindak atas sifat sebagai seorang pegawai kerajaan yang TERANIAYA, disebabkan oleh pendirian saya tidak mahu bersekongkol dengan pihak yang secara terang-terangan telah melakukan kesalahan besar kepada negara.
Saya faham bahawa sebagai seorang pegawai bawahan saya terikat dengan beberapa peraturan yang melarang saya untuk menyuarakan apa2 kritikan terhadap kerajaan tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan dari ketua jabatan. Saya juga faham bahawa satu bentuk tindakan disiplin boleh dikenakan ke atas diri saya. Malahan surat Beri Penjelasan 1 oleh Ketua Polis Negara telahpun saya jawab panjang lebar pada 15 Sept lalu.
Tetapi di waktu yang sama saya juga sedar tentang hak dan tanggungjawab saya, yang jauh lebih besar dan suci, di bawah PERLEMBAGAAN dan UNDANG-UNDANG NEGARA untuk mempertahankan negara dari segala bentuk ancaman termasuk yang berkaitan dengan JENAYAH. Apatah lagi saya adalah seorang pegawai Polis Di Raja Malaysia yang telah mengangkat sumpah untuk berkhidmat dengan penuh kejujuran sebagaimana yang dikehendaki oleh AKTA POLIS.
Oleh demikian dengan penuh keinsafan dan berbekalkan doa orangramai ini saya memberanikan diri untuk berusaha menegakkan kebenaran bagi menyelamatkan pertiwi dari ancaman manusia-manusia rakus yang sedang bermaharajalela memporakperandakan segala sistem pentadbiran sedia ada dan secara terang-terangan melanggar undang-undang bagi memuaskan nafsu buas mereka.
"What choice do I have???". Perlu juga saya tegaskan di sini bahawa niat saya BUKANNYA UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN. Niat suci saya hanya untuk MENEGAKKAN KEADILAN.
Siapa yang bersalah maka dialah yang akan menerima padahnya di sisi undang-undang. Sesungguhnya undang-undang itu buta dari segi darjat dan kedudukan......tiada bezanya di antara seorang Pembantu Am Rendah dengan seorang Menteri......di antara seorang prebet dengan seorang general......di antara seorang konstabel dengan seorang komisioner dan di antara seorang peneroka FELDA dengan seorang jutawan terbilang!!! Jenayah tetap jenayah.
Ramai juga rakan-rakan saya yang ikhlas menyuarakan kebimbangan mereka tentang keselamatan diri saya. Ada di antara mereka yang menyarankan kemungkinan besar "hired killer atau killers" dari Selatan Thai telah diupah oleh "perompak-perompak" wang rakyat ini untuk membunuh saya. Insya Allah saya tidak sekali-kali akan berundur. Saya akur dengan KEAGUNGAN ALLAH SWT.
Lagi cepat saya mati....lagi cepat mereka masuk jel dan digantung leher sampai mati. Jika saya gugur sekalipun saya yakin perjuangan saya ini tidak akan terhenti di situ saja.
Ingin saya tegaskan di sini bahawa usaha saya ini bukannya bermatlamatkan untuk saya mendabik dada demi kemenangan. Usaha saya ini hanyalah untuk menegakkan keadilan.
Saya lakukan semua ini semata-mata untuk menghambakan diri saya kepada rakyat bagi menyedarkan kerajaan bahawa keadaan negara semakin meruncing dan rakyat sudah loya melihat segala sandiwara yang dipersembahkan oleh pemimpin-pemimpin haprak ini.
Jauh sekali niat di hati kecil saya ini untuk cuba menjadi jagoh atau mencari populariti. Saya bukannya manusia yang egoistik.....bukan seorang berdarah panglima.....seorang yang sudah besar kepala......atau JOBO, mengikut slang orang REMBAU. Saya hanya ingin berbakti pada pertiwi tercinta. Apabila sudah pencen nanti saya tidak akan menyesal kerana saya telah berusaha gigih menjalankan amanat Allah SWT.
Saya mendapat tahu bahawa usaha untuk menghakiskan kredibiliti saya sedang giat dijalankan oleh pucuk pimpinan Cawangan Khas yang ada sekarang.
Saya digambarkan sebagai seorang yang kecewa dan selfish kerana tidak dilantik menjadi Pengarah Cawangan Khas. Kononnya saya tidak mengenang budi apabila permohonan saya untuk pencen awal telah ditolak oleh Ketua Polis Negara. Bila pulak saya memohon untuk pencen awal?
Saya menyeru kepada Dato Sri Fuzi Harun, Pengarah Cawangan Khas, supaya ingat pesanan arwah orangtua kita dulu......jangan berbohong dan jangan gadaikan maruah diri dengan membela orang yang terang-terang bersalah demi merebut jawatan.
surat ini panjang untuk
sambungan baca disini:
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
----------------


















