Jumaat, 9 Jun 2023

RAJA-RAJA MELAYU TIDAK DIMAKLUMKAN


Titah Sultan Selangor bukti isu kalimah Allah belum dirujuk ke Majlis Raja-raja, kata Hamzah

Titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada Anwar Ibrahim semalam berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam membuktikan perkara ini dikeluarkan oleh perdana menteri sendiri, kata Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, titah baginda yang meminta supaya isu itu dirujuk kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) sebelum dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja jelas menunjukkan bahawa isu ini belum dirujuk Majlis Raja-raja seperti yang didakwa oleh Anwar sebelum ini.

"Kes Jill Ireland dikeluarkan oleh (ahli Parlimen) Tambun sendiri apabila kata dah rujuk kepada Majlis Raja-raja," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

"Semalam kita dapat tahu Sultan Selangor telah keluarkan kenyataan selaku pengerusi MKI bahawa baginda mahu isu ini dibawa ke Majlis Raja-raja.

"Maknanya isu ini belum dirujuk lagi."

Pada 15 Mei, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah "Allah" dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Notis pemberhentian rayuan yang difailkan pada 18 April lepas itu menyatakan bahawa kedua-dua perayu tidak berniat meneruskan notis rayuan dikemukakan pada 12 Mac 2021 dan memberhentikan keseluruhan rayuan di Mahkamah Rayuan tanpa perintah terhadap kos.

Seterusnya pada 23 Mei lalu, Anwar ketika di Dewan Rakyat menafikan dakwaan bahawa keputusan menarik balik rayuan kes kalimah Allah di mahkamah tidak dirujuk kepada Majlis Raja-raja.

Beliau yang juga ahli Parlimen Tambun berkata, keputusan perkara itu telah dirujuk kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum memberi pandangan supaya semua keputusan harus terikat dengan keputusan Majlis Raja-raja.

Pada masa sama, Hamzah turut memaklumkan bahawa usul persendirian yang dikemukakan Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail untuk meminda Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388) bagi memuktamadkan tafsiran dan penggunaan kalimah Allah di negara ini ditolak Yang di-Pertua Dewan Rakyat, semalam.

HAMZAH NI

CAKAP BENAR

AMIN

INI BUKTI

AMAT  JELAS

AMIN

TAPI RAJA RAJA

MELAYU TAK MAHU

TALIBAN  JADIKAN

MELAYU ARAB

AMIN

KHALAS

ZAHID AMAT JUJUR



Tidak perlu timbul lagi isu DAP perlu minta maaf – Zahid

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk DAP memohon maaf serta menarik balik segala tohmahan yang dilemparkan terhadap UMNO bagi membuktikan bahawa parti itu benar-benar ikhlas dalam menjalinkan persahabatan.

Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu tidak timbul lagi kerana ia sudah melalui rundingan lebih awal antara UMNO dan DAP sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan.

“Perkara itu tidak perlu  timbul lagi, kerana mereka telah menyatakan perkara ini beberapa kali.

“Malah di dalam perundingan kita untuk membentuk kerajaan ini pun perkara itu menjadi syarat utama kepada kita.

“Mereka bersetuju 100 peratus dan tidak perlu kita ulangi perkara yang telah mereka persetujui,” katanya pada sidang media di Laman Media pada Perhimpunan Agung (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mendesak DAP meminta maaf serta menarik balik segala tohmahan yang dilemparkan terhadap UMNO sebelum ini.

Dr Akmal berkata, jika  Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sanggup ke Sarawak untuk meminta maaf kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum Kerajaan Perpaduan ditubuhkan, mengapa tidak perkara yang sama dilakukan terhadap UMNO. – 

ZAHID BERCAKAP

JUJUR

AMIN

DIA JAGA

DIRINYA DULU

AMIN

ZAHID TAHU TANPA

DAP KERAJAAN

AKAN RUNTUH

AMIN

BILA KERAJAAN

RUNTUH DIA AKAN

MASUK PENJARA

AMIN

KHALAS

INI DARI MALAYSIA


INI DARI

MALAYSIA

AMIN

Unknown commented on
 "WAJIB TONTON PENYANYI
 BUTA DARI INDONESIA"

apa beza penyanyi buta indon ini dengan penyanyi buta malaysia?

LELAKI GEMBIRA


LELAKI  WANITA

GEMBIRA 

BERADA 

DI MANA MANA

KHALAS

Unknown commented on 
"ADA TALIBAN GEMBIRA"

Roslan sms lah tu. Dalam Twitter dia banyak dia like porno gay. Lepas dah terbongkar dia nafikan dan kata twitter nya kena hacked. Sejak tu dia dah ghaib dari alam Twitter.

MANGSA VAKSIN


MANGSA VAKSIN

KHALAS

Unknown commented on
 "PROJEK KURANGKAN MANUSIA"

Saya warga mas. Sejak kena suntik saya terus tak boleh jalan. Kini guna kerusi roda.

ESOK UJUNG MINGGU


UJUNG MINGGU

JUMAAT 9/6/2013

ESOK UJUNG MINGGU
KITA MELIHAT CUACA MAKIN PANAS
PERUBAHAN IKLIM MAKIN JELAS
KELAMRIN UJAN LEBAT
BAWA SEJUK YANG DITUNGGU

CANADA
HUTAN MASIH TERBAKAR
RIBUAN HEKTAR MUSNAH
JEREBU 
MEREBAK  SAMPAI KE NEW YORK

BANTUAN BOMBA
DATANG DARI BANYAK NEGARA
EROPAH HANTAR 300 BOMBA
TAPI PANAS KERING
TERUS MEMBAKAR HUTAN

AMERIKA
SELASA INI TRUMP
AKAN DI DAKWA LAGI
KALI INI KERANA AMBIL
MAKLUMAT SULIT 
BAWA PULANG KE RUMAH
SATELAH TAK JADI PRESIDEN

UKRAINE
PERTEMPURAN HEBAT
SEDANG BERJALAN
ASKAR UKRAINE
CUBA AMBIL KEMBALI
WILAYAH YANG TELAH MERDEKA
BERPISAH DARI UKRAINE

BANJIR KERANA EMPANGAN PECAH
BERTERUSAN
WABAK CHOLERA MUNGKIN MUNCUL

PALESTIN
JURUGAMBAR PALESTIN
DITEMBAK DI KEPALA
KETIKA MENGAMBIL GAMBAR
ZIONIS MERUNTUHKAN RUMAH

HOKKIEN
PAGI INI INDAH SEGAR CERAH
DI TEBING PINTU MASUK
DENGAN LANTANG
HOW WOW TELAH BERSUARA
DARI POKOK TINGGI

SAEKOR GAGAK
TERBANG MELINTAS
SAMBIL  BERSUARA KUAT

WOW
APAKAH ADA KEMATIAN
PAGI INI KERANA
GUA NAMPAK BANYAK KERETA
BESAR BESAR  MELINTAS

MATA HARI DAH KELUAR
LANGIT BIRU INDAH
GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM DAN SAMBUT
PAGI JUMAAT YANG NYAMAN

BRO
HIDUP KITA INI
ADALAH PESANAN KITA

BRO
CARI KEBENARAN
BUKAN CARI KENYAMANAN

BRO
LU JADIKAN KEBERANIAN
SEBAGAI  KAWAN SETIA
BILA MERONDA DALAM HIDUP

BRO
LU JADI LU
TERUSKAN
LU JADI YANG TERBAIAK

BRO
KITA MESTI BERANI
AMBIL RESIKO
ATAU HILANG KESEMPATAN

BRO
TAK MUNKIN
PADA SESIAPA
YANG TIDAK MAHU

BRO
KALAU BATU ITU
TIDAK DI HIMPIT
IANYA TAK JADI BERLIAN

BRO
KALAU LU ADA HARAPAN
SEMUANYA MUNGKIN

BRO
SAPU BUKAN SEBARANG SAPU
SAPU LIDI BANYAK GUNANYA
TAHU BUKAN SEBARANG TAHU
TAHU DIRI NAMPAK TUAHNYA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERJUMAAT
ESOK UJUNG MINGGU