Tidak perlu timbul lagi isu DAP perlu minta maaf – Zahid
KUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk DAP memohon maaf serta menarik balik segala tohmahan yang dilemparkan terhadap UMNO bagi membuktikan bahawa parti itu benar-benar ikhlas dalam menjalinkan persahabatan.
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu tidak timbul lagi kerana ia sudah melalui rundingan lebih awal antara UMNO dan DAP sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan.
“Perkara itu tidak perlu timbul lagi, kerana mereka telah menyatakan perkara ini beberapa kali.
“Malah di dalam perundingan kita untuk membentuk kerajaan ini pun perkara itu menjadi syarat utama kepada kita.
“Mereka bersetuju 100 peratus dan tidak perlu kita ulangi perkara yang telah mereka persetujui,” katanya pada sidang media di Laman Media pada Perhimpunan Agung (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mendesak DAP meminta maaf serta menarik balik segala tohmahan yang dilemparkan terhadap UMNO sebelum ini.
Dr Akmal berkata, jika Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sanggup ke Sarawak untuk meminta maaf kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum Kerajaan Perpaduan ditubuhkan, mengapa tidak perkara yang sama dilakukan terhadap UMNO. –
1 ulasan:
Dulu lawan sekarang kawan, kawan sebab ada kepentingan masing-masing, ini semua biasa, dulu Mahathir cakap PAS pun Taliban tapi sekarang jabat tangan, semua kira settle, janji boleh selamat diri anak beranak, dalam politik seperti TT selalu cakap, tak ada yang kekal habis samada kawan atau lawan, ikut musim ikut suasana ikut iklim, kalau UMNO menang besar mana nak kawan dengan DAP? Pakai otak bukan emosi bukan zaman Pak Kaduk lagi kah kah kah jadi cerdik sikit, bangsa sendiri sudah tolak, agama sendirian sudah tolak jadi kena kawan dengan musuh supaya selamat luar penjara itu saja, senang kan, susah nak terima lagi kah? Kah kah kah lagi satu jangan buang duit buat poster buat banner buat iklan sign board besar, tak payah tak payah, orang sekarang dah pandai baca dah pandai menulis, duit kempen pakai bagi makan minum karaoke bantu orang senang sekali sekala, asyik bagi orang papa kedana, orang senang dapat apa? Tapi nak undi orang senang saja, kah kah guna akal guna cara moden kempen boleh tak? Kah kah kalau tidak masuk longkang masuk gaung tak boleh bangkit lagi ada faham tak kah kah kah
Catat Ulasan