Selasa, 23 September 2025

HAJIJI TUNJUK KUASA


Peguam beri Hajiji 24 jam jelaskan 'arahan' halang Tei masuk Sabah

Peguam Albert Tei hari ini menuntut Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor memberi maklum balas dalam tempoh 24 jam mengapa pembocor maklumat kontroversi itu sempat dihalang daripada memasuki Sabah hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Mahajoth Singh berkata, Tei mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi dan dijadual menghadiri sebutan kes di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu jam 9 pagi esok.

Bagaimanapun, dakwa Mahajoth, sebaik tiba Tei dihalang dan diberitahu oleh “timbalan penolong pengarah imigresen” yang dikenali Ms Mimie bahawa dia dia tidak boleh memasuki Sabah kerana ada sekatan daripada Pejabat Ketua Menteri Sabah.

"Apa yang mengecewakannya, anak guam saya terpaksa membuktikan bahawa dia ada kes mahkamah yang sedang berjalan dengan menghubungi pegawai penyiasat dan menghantar e-mel dokumen yang berkaitan kepada pegawai imigresen.

“Selepas itu baru dia dibenarkan masuk. Itu pun bukan kerana dia berhak sebaliknya didakwa atas budi bicara pegawai imigresen.

“Itu pun dia hanya diberi tempoh dua hari,” katanya.

Tambah Mahajoth, kejadian itu sangat membimbangkan kerana seseorang warganegara Malaysia tidak boleh sewenang-wenangnya dihalang daripada memasuki Sabah.

Untuk mewajarkan tindakan sedemikian atas dakwaan ada arahan daripada pejabat ketua menteri, katanya. adalah tindakan yang menyalahi undang-undang dan melanggar Perkara 5 dan 9 Perlembagaan Persekutuan secara langsung.

Dia menegaskan bahawa perkara itu lebih serius memandangkan dakwaan rasuah Tei terhadap Hajiji.

Dalam konteks itu, tambah Mahajoth, sebarang sekatan ke atas kemasukannya kelihatan mementingkan diri sendiri dan menyalahgunakan kuasa secara terang-terangan.

"Saya nak tanya Ketua Menteri Sabah: Adakah pejabat anda mengeluarkan arahan menghalang kemasukan anak guam saya? Jika tidak, mengapa imigresen Sabah mendakwa terdapat arahan sedemikian?

"Tidak mungkin kedua-dua pihak bercakap benar.

“Sama ada Pejabat Ketua Menteri Sabah membenarkan tindakan menyalahi undang-undang ini, atau jabatan imigresen bertindak menyalahi undang-undang.

“Dalam mana-mana keadaan, anak guam saya berhak – mengikut undang-undang negara – untuk mendapat penjelasan yang penuh.

“Anda mempunyai 24 jam untuk menjawab," kata Mahajoth.

Akan adakan sidang media

Tei pada awal hari ini, memfailkan laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sabah terhadap Hajiji dengan menuntut siasatan tentang bagaimana butiran siasatan sulit dibocorkan.

Dalam laporannya, Tei – yang mendedahkan skandal perlombongan melibatkan pemimpin gabungan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Hajiji – dengan menuduh ahli politik terbabit melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) dan Seksyen 203A Kanun Keseksaan dengan membocorkan maklumat sulit.

Dia merujuk kepada ucapan Hajiji pada 14 Dis tahun lalu yang disampaikan tidak lama selepas Tei mengeluarkan satu siri video dengan ketua menteri terbabit mengaku tahu mengenai soal siasat SPRM terhadap Tei.

Klip TikTok menunjukkan Hajiji berkata dia "dimaklumkan" Tei "tidak mengaku melakukannya" apabila disoal SPRM.

Tei yang berkali-kali menuduh pihak berkuasa menutup skandal itu berkata, insiden terbaru berkenaan mengesahkan kebimbangannya terbesarnya mengenai kes berprofil tinggi.

“Kejadian ini mengukuhkan kebimbangan saya bahawa dalam siasatan kes berprofil tinggi yang melibatkan pemimpin politik berkuasa dan berpengaruh seperti Hajiji bahkan rakaman keterangan saya kepada SPRM tidak terlepas daripada bocor kepada orang yang sepatutnya disiasat.

“Seolah-oleh Hajiji kebal daripada tindakan undang-undang, tidak dapat disentuh,” katanya.

Tei akan menghadiri prosiding mahkamah di Kota Kinabalu berkaitan skandal itu berkata, dia bercadang untuk mengadakan sidang media di kompleks mahkamah pada jam 10 pagi esok untuk mendedahkan butiran lanjut.

HAJIJI TUNJUK

DIA KEBAL

 BERKUASA

AMIN

KES INI KEMARIN

1 JAM LAGI DAH

MASUK 24 JAM

JENG JENG JENG

APA TINDAKAN

SETERUSNYA?

ATAU

HANYA CAKAP

BESAR TAKDA

TINDAKAN

KHALAS

DEMO LAWAN RASUAH


DEMO LAWAN

RASUAH

AMIN

DI MALAYSIA PUN ADA




Doktor berusia 100 tahun di Jepun masih berkhidmat, tiada hasrat bersara

KAINAN: Seorang doktor wanita berusia 100 tahun di Wilayah Wakayama, Jepun, masih setia berkhidmat demi menjaga kesihatan penduduk setempat.

Dr Teru Kasamatsu yang berkhidmat di Hospital Kasamatsu di bandar Kainan, menjalankan rawatan pesakit luar tiga kali seminggu dengan kebanyakannya pesakit tetap.

Di hospital yang menghadap Teluk Wakayama itu, beliau kelihatan tenang berbaju kot putih, menyambut pesakit dengan senyuman sambil meneliti rekod perubatan mereka.

"Tekanan darah anda agak tinggi. Sila bawa buku rekod ubat pada kunjungan akan datang," katanya kepada seorang pesakit dengan penuh mesra.

Hospital Kasamatsu ditubuhkan pada 1909 dan Dr Kasamatsu sudah hampir 80 tahun memeriksa serta merawat penduduk di kawasan berkenaan.

Prinsipnya sebagai doktor jelas iaitu mendengar apa yang ingin disuarakan pesakit.

Kini, hospital itu diterajui anak keduanya, Dr Satoshi, 68, sebagai pengarah, manakala menantunya, Hitomi, 61, mengetuai jabatan kejururawatan.

Kedua-duanya mengakui Dr Kasamatsu sangat dihormati serta diyakini pesakit.

"Beliau pandai mewujudkan suasana yang mudah untuk berbual. Pesakit sangat bergantung harap kepadanya," kata Dr Satoshi.

Hitomi pula berkata, Dr Kasamatsu tidak kekok berbual apa saja perkara termasuk perkara kecil dan ia berhasil meringankan beban di hati pesakit.

Menurut Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun, pada akhir 2022 terdapat kira-kira 340,000 doktor berdaftar, dengan 86 daripadanya berusia 98 tahun ke atas.

Dilahirkan pada 1925 di Kinokawa, Wakayama, Dr Kasamatsu adalah anak bongsu daripada lima beradik.

Beliau memilih kerjaya perubatan ketika perang dunia semakin memuncak, selepas bapanya menasihatkannya supaya belajar berdikari kerana ramai wanita kehilangan suami akibat perang.

Selepas menamatkan pengajian perubatan pada 1948, beliau berkahwin dengan pakar bedah ortopedik, Dr Shigeru pada usia 24 tahun.

Apabila suaminya mengambil alih pengurusan Hospital Kasamatsu daripada bapanya, Dr Kasamatsu turut menyertai beliau merawat pesakit di hospital berkenaan.

Pasangan itu menguruskan hospital sambil membesarkan tiga anak, malah Dr Kasamatsu mengakui pernah merawat sehingga 120 pesakit dalam sehari.

Memandangkan hospital menerima pesakit kecemasan, ada kalanya beliau terpaksa berjaga sepanjang malam untuk membantu pembedahan.

"Saya lakukan semua, daripada memeriksa pesakit, memberi ubat hinggalah menguruskan akaun," katanya mengenang zaman awal perkhidmatannya.

Apabila hospital semakin menerima ramai pesakit wad dan memerlukan tukang masak bagi menyediakan makanan, beliau nekad melakukannya sendiri.

Ketika usianya 30-an, beliau memperoleh lesen memasak untuk memenuhi keperluan hospital.

Walaupun sibuk dengan tugasan harian yang padat, Dr Kasamatsu terus bekerja cergas biarpun pernah dimasukkan ke hospital untuk rawatan kanser.

Ditanya rahsia umur panjang dan kesihatannya, beliau mengakui ia melalui amalan pemakanan.

"Banyakkan makan sayur-sayuran seperti bayam, brokoli, kubis dan bendi. Sayur-sayuran membantu menurunkan paras gula dalam darah, jadi ia baik untuk kesihatan," katanya.

Suaminya, Dr Shigeru, meninggal dunia pada 2012 pada usia 91 tahun dan kini Dr Kasamatsu tinggal sendirian di rumah bersebelahan hospital.

Pada usia 100 tahun, beliau masih mampu berjalan tanpa tongkat dengan sokongan sekeliling, selain kekal sihat secara fizikal dan mental.

Rutin hariannya ialah menyelesaikan teka silang angka, yang dianggapnya sebagai cara mencegah demensia.

Beliau memperuntukkan satu hingga dua jam sehari bagi aktiviti itu untuk memastikan mindanya terus cergas.

Selain tugas sebagai doktor, Dr Kasamatsu gemar bermain piano. Terinspirasi daripada suaminya, Dr Shigeru yang mula belajar lebih awal daripadanya, beliau mengambil langkah sama ketika berusia 70 tahun.

Kini beliau mampu bermain dengan mahir sambil bersenandung lagu seperti Moon River.

Beliau masih mengikuti kelas setiap minggu dan pernah berusaha keras menguasai karya Für Elise oleh Beethoven, sehingga berani membuat persembahan di pentas bersama pemain muda lain.

Pada masa sama, Dr Kasamatsu sentiasa cuba meningkatkan pengetahuan perubatannya dengan membaca bahan daripada persatuan perubatan setiap kali ada kesempatan."Saya tidak berasa todak sihat langsung," katanya, sambil menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang hasrat untuk bersara dalam masa terdekat.




INI BUKAN

SATU YG PELIK

KAH KAH KAH

KITA DI MALAYSIA

ADA JUGA DOKTOR

100 TAHUN

AMIN

MASIH AKTIF

MASIH CERGAS

MASIH BERKHIDMAT

UNTUK NEGARA

KHALAS

TUNJUK RASA MARAH DI JALAN RAYA


TUNJUK 

RASA MARAH

DI JALAN RAYA

AMIN

Unknown commented on 
"APA AKAN JADI LEPAS INI ?"

depa cakap tanah sg baru bukan tanah mas... sebab ada je bukan melayu duduk..

tanah musang king kat raub..tanah kuil haram dulu langsung tak ada geran pun ada bukan melayu duduk..

tanah kat perak dengar cerita lagi hebat.. tanah rizab melayu tapi milikkan bukan melayu... boleh je..

ada duit semua beres...

kah kah kah

PUCI BUKAN PUKI


PUCI

BUKAN PUKI

AMIN

NAMA MANJA

UNTUK KUCING

ATAU ANJING

KHALAS

Unknown commented on 
"PAGI INI"

Bro xde nama lain ke selain panggil Puki Puki puki..panggil la nama jubo jubo jubo baru lu blh ingat selalu kat madafaka

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SELASA 23 SEPTEMBER 2025

PBB NEW YORK


Bangsa- Bangsa Bersatu sedang bersidang di New York. Agenda utama ialah PALESTIN. Kemarin Senin Presiden Macron umum Peranchis iktiraf Palestin. Ini untuk menyusur apa yang di katakan TWO STATES SOLUTION – PENYELESAIAN DUA NEGARA. 

Yang penting bukan INI tapi  gencatan senjata. Hentikan genosid. 

DI PBB MACAM PEMENTASAN TEATER  nak alih pandangan dunia DARI MELIHAT  jenayah Zionis Israel Blackrock. Dunia bincang perkara karut. Perkara hakiki yang perlu diselesaikan wujud TAPI tutup mata.

Hentikan perang dan genosid. Ini agenda utama sekarang.

PBB wajib hantar soldadu macam 60’an di Congo atau 80”an di Bosnia. Baru tepat.

Negara Arab dan negara Islam dalam OIC wajib tubuhkan TENTERA – untuk sama datang membantu. Jangan hanya cakap dan  GARU TELOR. Amin

PENYAKIT
Gua dah lihat gambar tangan Anwar Ibrahim menggelembung. Lalu cerita AIDS – main bontot - muncul kembali. Ini bukan tanda AIDS – penyakit AIDS wataknya BUKAN NGELEMBONG tapi MENGECIL DAN MENGURUS – pesakit AIDS akan kurus bukan negelembong. 

Di Kenya  Uganda di Afrika penyakit ini awalnya di panggil THIN DISEASE – Penyakit Kurus. 

Gua bukan doktor dan bukan bomoh tak tahu sakit apa. Tapi dalam politik semua pemimpin akan rahsiakan penyakit mereka. mereka rahsiakan sakit mereka hingga  terbocor.  Dulu arwah Tun Razak ada barah  darah tapi hanya yang rapat saja  yang tahu.

Kesian Anwar bin Ibrahim – tak dapat sorok tangan menggelembung. KAH KAH KAH. Tapi ada  baikinya – LU TAK TAHU ? kah kah kah.

AMERIKA
Maharaja Trump umum gerakan  ANTIFA – Anti Fasis – gerakan melawan  kaum kanan yang ekstremis sebagai kumpulan PENGGANAS.

UK
Umumkan negara ini bersama Poland akan mempertahankan ruang udara NEGARA NATO dari di ceroboh oleh Rusia.

ITALI
Beratus ribu keluar ke jalan raya di banyak kota di Itali. Mereka menutup sekolah, menutup kereta api. Semua di lakukan untuk menyokong  Palestin  dan membantah genosid.

ISRAEL
Zionis Blackrock melarang FLOTILA yang membawa bantuan makanan dan ubatan ke Gaza dari masuk ke Gaza.

NEW YORK
Setiausaha Agong PBB Antonio Guterres  berkata Prinsip ASAS PBB  terancam ketika PBB menyambut ulang tahun ke 80. 

HOKKIEN
Pagi ini basah segar. Matahari dah  bersinar lembut. KL & KL Sentral di balut kabus nipis. Kemarin hujan lebat – ribut petir.

Di wilayah Le Chateau ada pokok sekah. Daun-daun hijau bertaburan di jalan hasil pukulan  angin kuat.

Satu kumpulan Warga Asal datang menyerang EZI – nasib baik gua sampai cepat,  Tak Tak datang meluru. Ezi dah berumur. Ini kumpulan tak campur dengan yang tinggal di Wakaf depan Pokok Ara. Pagi ini Wakaf kosong.  

Di tepi jalan Puppy dua ekor datang. Bila gua beri makan  Emak dan Abah pun datang sama – mereka berkenduri. Sekarang gua beri mereka nasi campur Abu Tulang. Seronok melihat mereka. Sekarang gua dah boleh hampiri mereka. Puppy  dah tidak takut. Malah saekor nak bermain dengan Tak Tak dan Ezi.

Berjalan pulang di Pintu Masuk suara Murai – bukan siulan tapi suara Murai marah. Ini diikuti oleh siulan Murai gumbira – menjadikan pagi ini indah.

Matahari dah bersinar. Hari ini akan panas. Jika petang hujan malam pasti sejuk. 

BRO
SENYUM DI PAGI
SELASA

BRO
Kawan itu tidak satu darah. Tidak satu rumah. Tidak satu arah tapi inilah saudara, pembela dan pemberi arah.

BRO
Kawan  tidak selalu dapat selesaikan masalah. Tapi bila dia disebelah  lu maka lu akan jadi yakin dan gagah.

BRO
Kawan ini macam tembok. Lu boleh bersandar. Dan lu gumbira kerana dia berada disebelah lu.

BRO
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BEKERJA