Khamis, 22 Oktober 2026

PROJEK PECAH BELAH RAKYAT




TERSUSUN &

DIRANCANG

AMIN

BILA HAMPIR 

PRU16 KES

MACAM INI AKAN

KERAP BERLAKU

AMIN

INGAT KES

KEPALA BABI

DALAM MASJID ?

KHALAS


Simbah cecair busuk dalam masjid,


 lelaki berdepan hukuman penjara


Seorang buruh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di Pasir Mas hari ini atas dua pertuduhan menceroboh dan mencemarkan Masjid Al-Aziz Al-Hadi, Tumpat dengan menyimbah cecair berbau busuk, awal bulan ini.

Pengakuan S Manjesh Singh, 38, direkodkan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.

Dia didakwa memecahkan cermin dan merosakkan karpet masjid dengan menyimbah cecair berbau busuk dengan mengetahui perbuatan itu suatu keaiban kepada penganut agama Islam di Masjid Al-Aziz Al-Hadi, Kota SPP Warisan, Tumpat pada 4.35 pagi 5 Okt.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain itu, dia didakwa menceroboh masuk ke dalam masjid itu dengan niat melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang pada waktu dan lokasi sama.

Bagi kesalahan itu, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 448 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda hingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Zharifah Insyirah Zahari manakala Manjesh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Noor Suhadah Mohamed Ripim.

Nik Zharifah Insyirah mencadangkan jaminan RM6,000 bagi setiap pertuduhan namun Noor Suhadah merayu kadar minimum diberikan memandangkan anak guamnya hanya bekerja sebagai buruh.

Mahkamah membenarkan jaminan RM8,000 dan menetapkan 23 Nov untuk tarikh jatuh hukum.

Sementara itu, Manjesh juga didakwa memasukkan dadah jenis metamfetamina ke dalam badannya di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Tumpat pada 1 pagi 17 Okt.

Bagi pertuduhan itu, mahkamah membenarkan jaminan RM2,500 dan menetapkan sebutan semula pada 20 Jan 2027 untuk laporan kimia

JEREBU PROJEK BUNUH RAKYAT


INI BUKTI

JEREBU 

PROJEK BUNUH

RAKYAT

KHALAS 


Jerebu toksik: Indonesia wujudkan 477 'rumah oksigen' rawat penduduk terjejas

JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia mewujudkan 477 tempat perlindungan oksigen kecemasan atau 'rumah oksigen' di semua pusat kesihatan masyarakat, hospital serta kemudahan awam di tujuh wilayah.

Menurut laporan agensi berita Antara, ia bagi merawat penduduk yang terjejas akibat jerebu toksik daripada kebakaran hutan dan tanah yang berterusan.

Ketua Biro Komunikasi dan Penerangan Kementerian Kesihatan, Aji Muhawarman, semalam memaklumkan bahawa Kalimantan Tengah mencatat jumlah tertinggi dengan 295 pusat perlindungan, diikuti Kalimantan Selatan (127) dan Kalimantan Barat (35).

Menurut data Pusat Operasi Kecemasan Kesihatan Awam kementerian, itu, kebakaran hutan yang merentasi 65 daerah serta bandar di tujuh wilayah berkenaan menyebabkan 314,124 kes jangkitan pernafasan akut (ARI).

Daripada jumlah kes dilaporkan itu, sebanyak 70,890 membabitkan bayi dan kanak-kanak bawah umur lima tahun.

Pada 20 Oktober lalu saja, kementerian itu merekodkan 3,269 kes baharu berkait masalah pernafasan.

Sebagai tindak balas terhadap lonjakan kes berkenaan, kementerian telah memperkukuhkan kesediaan 1,691 pusat kesihatan masyarakat dan 360 hospital serantau.

Rawatan perubatan percuma disediakan untuk penyakit berkaitan kebakaran hutan, termasuk ARI dan cirit-birit, menurut laporan itu.

Kerajaan juga mengedarkan 578,878 bungkusan ubat penting termasuk sirap batuk, antibiotik dan ubat anticirit-birit, bersama 1,500 kit vitamin serta bekalan kesihatan kecemasan.

Malah, Aji berkata, kira-kira 3.7 juta N95 dan topeng pembedahan telah dihantar bersama penumpu oksigen serta peralatan perlindungan diri (PPE).

Selain itu, lebih 2,600 profesional kesihatan, termasuk pakar perubatan, jururawat dan ahli epidemiologi, telah dikerah ke kawasan terjejas.

Bagi melindungi kumpulan berisiko tinggi terutama kanak-kanak, wanita hamil dan orang tua, kementerian turut bekerjasama dengan pihak pentadbiran tempatan dan pekerja kesihatan masyarakat untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan dari rumah ke rumah.

JANGAN JADI HAMBA KAPITALIS


ANAK MUDA

BANGUN MELAWAN

AMIN

JIKA TIDAK

AKAN JADI 

HAMBA KAPITALIS

KHALAS 

JEREBU - PROJEK KURANGKAN PENDUDUK DUNIA


JEREBU MACAM

KOBID ADALAH

PROJEK 

KURANGKAN

PENDUDUK DUNIA

AMIN


15 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi


KUALA LUMPUR – Sebanyak 15 kawasan di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan Nilai di Negeri Sembilan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi iaitu 163.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), dua lagi stesen pemantauan di Negeri Sembilan turut merekodkan trend sama iaitu Seremban (155) dan Port Dickson (148).

Di Selangor, lima kawasan berada pada kategori tidak sihat iaitu Klang dan Johan Setia, yang masing-masing mencatatkan bacaan 155, diikuti Petaling Jaya (154), Shah Alam (152) serta Banting (131).

IPU tidak sihat turut direkodkan di Melaka membabitkan Bukit Rambai (159) dan Bandaraya Melaka (142), manakala di Johor melibatkan Tangkak (153) serta Pasir Gudang (108).

Di Kuala Lumpur, dua kawasan merekodkan IPU tidak sihat iaitu Batu Muda (152) dan Cheras (140) manakala Putrajaya (140).

Sementara itu, APIMS melaporkan sebanyak 50 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala hanya tiga kawasan kekal pada tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.- BERNAMA






 

HARI HARI AKHIR SAEKOR MADANI


HARI HARI AKHIR

SAEKOR MADANI

KHALAS



PRESIDEN TERAM - DENGAN SEGALA HORMAT JEMPUT SERANG IRAN

 

WAHAI

PRESIDEN TERAM

CEPATLAH SERANG

IRAN

AMIN

AJAK NETANYAHAU

SERANG BERSAMA

KHALAS