Khamis, 22 Oktober 2026

JEREBU PROJEK BUNUH RAKYAT


INI BUKTI

JEREBU 

PROJEK BUNUH

RAKYAT

KHALAS 


Jerebu toksik: Indonesia wujudkan 477 'rumah oksigen' rawat penduduk terjejas

JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia mewujudkan 477 tempat perlindungan oksigen kecemasan atau 'rumah oksigen' di semua pusat kesihatan masyarakat, hospital serta kemudahan awam di tujuh wilayah.

Menurut laporan agensi berita Antara, ia bagi merawat penduduk yang terjejas akibat jerebu toksik daripada kebakaran hutan dan tanah yang berterusan.

Ketua Biro Komunikasi dan Penerangan Kementerian Kesihatan, Aji Muhawarman, semalam memaklumkan bahawa Kalimantan Tengah mencatat jumlah tertinggi dengan 295 pusat perlindungan, diikuti Kalimantan Selatan (127) dan Kalimantan Barat (35).

Menurut data Pusat Operasi Kecemasan Kesihatan Awam kementerian, itu, kebakaran hutan yang merentasi 65 daerah serta bandar di tujuh wilayah berkenaan menyebabkan 314,124 kes jangkitan pernafasan akut (ARI).

Daripada jumlah kes dilaporkan itu, sebanyak 70,890 membabitkan bayi dan kanak-kanak bawah umur lima tahun.

Pada 20 Oktober lalu saja, kementerian itu merekodkan 3,269 kes baharu berkait masalah pernafasan.

Sebagai tindak balas terhadap lonjakan kes berkenaan, kementerian telah memperkukuhkan kesediaan 1,691 pusat kesihatan masyarakat dan 360 hospital serantau.

Rawatan perubatan percuma disediakan untuk penyakit berkaitan kebakaran hutan, termasuk ARI dan cirit-birit, menurut laporan itu.

Kerajaan juga mengedarkan 578,878 bungkusan ubat penting termasuk sirap batuk, antibiotik dan ubat anticirit-birit, bersama 1,500 kit vitamin serta bekalan kesihatan kecemasan.

Malah, Aji berkata, kira-kira 3.7 juta N95 dan topeng pembedahan telah dihantar bersama penumpu oksigen serta peralatan perlindungan diri (PPE).

Selain itu, lebih 2,600 profesional kesihatan, termasuk pakar perubatan, jururawat dan ahli epidemiologi, telah dikerah ke kawasan terjejas.

Bagi melindungi kumpulan berisiko tinggi terutama kanak-kanak, wanita hamil dan orang tua, kementerian turut bekerjasama dengan pihak pentadbiran tempatan dan pekerja kesihatan masyarakat untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan dari rumah ke rumah.

Tiada ulasan: