Selasa, 10 November 2026

ANSARALLAH SERANG BARUA AMERIKA

 

ANSARALLAH

SERANG

BARUA AMERIKA

AMIN

Letupan kedengaran di Riyadh


RIYADH -Beberapa letupan kedengaran di ibu negara Arab Saudi, Riyadh, pada hari Selasa ketika pakatan tentera yang memerangi kumpulan Houthi di Yaman memaklumkan pihaknya berjaya memintas peluru berpandu balistik yang dilancarkan kumpulan disokong Iran itu ke arah Riyadh.

Wartawan AFP melaporkan terdengar beberapa letupan, manakala penduduk menerima mesej amaran menerusi telefon bimbit yang mengarahkan mereka berlindung susulan ancaman serangan udara.

“Pertahanan udara berjaya memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik yang dilancarkan militia pengganas Houthi ke arah Riyadh,” menurut kenyataan pakatan pimpinan Arab Saudi menerusi platform X.

Mesej tersebut dikeluarkan agensi pertahanan awam negara yang memaklumkan ancaman berkenaan sudah berakhir.

Sebelum itu, pakatan berkenaan turut memaklumkan sistem pertahanan udaranya berjaya memusnahkan peluru berpandu balistik yang menuju ke wilayah selatan negara itu pada malam sebelumnya.

Arab Saudi, pengeksport minyak terbesar dunia, berdepan serangan hampir setiap hari oleh kumpulan Houthi dari Yemen sejak beberapa minggu lalu susulan kegagalan gencatan senjata dalam konflik berpanjangan kedua-dua pihak yang kembali memuncak pada Julai lalu.

Pada hari Ahad, kumpulan Houthi mendakwa melancarkan serangan ke atas daerah perniagaan Riyadh, yang menyaksikan Menara Aramco mengalami kerosakan, menurut saksi.

Pihak berkuasa Arab Saudi berkata, bangunan itu mengalami kerosakan kecil akibat serpihan yang jatuh susulan satu “cubaan serangan”.

Imej yang dikeluarkan agensi berita Arab Saudi pada hari Selasa menunjukkan Timbalan Gabenor Wilayah Riyadh bersama beberapa pegawai lain meninjau bangunan berkenaan yang memperlihatkan kerosakan pada beberapa tingkat.

Kumpulan Houthi sebelum ini berulang kali menyasarkan kapal tangki minyak, loji penapisan, kawasan penyimpanan serta ibu pejabat syarikat Aramco.

Pakatan pimpinan Arab Saudi mula melancarkan operasi ketenteraan terhadap kumpulan Houthi pada Mac 2015, beberapa bulan selepas kumpulan itu menawan ibu negara Sanaa sehingga memaksa kerajaan Yemen yang diiktiraf masyarakat antarabangsa berundur. – Agensi

Tiada ulasan: