Jumaat, 31 Julai 2009

JAGA DIRI - JAGA DIRI



UNTUK ANAK ANAK MUDA YANG BERANI


anak anak muda hari ini kamu turunlah ke jalan raya
acungkan tangan kamu ke udara
laungkan dan pekikan kebencian
terhadap semua kezaliman

anak anak muda hari ini kamu turun ke jalan raya
kamulah pereka dunia
anak anak muda kamu turun ke jalan raya
kamulah pengubah dunia

anak anak muda hari ini kamu turun ke jalan raya
genggam tangan kekasih mu
genggam tangan kawan mu
genggam tangan sahabat mu
simpaikan semangat
dobrak kezaliman

anak anak muda hari ini kamu turun ke jalan raya
sorak soraikan lagu kebebasan
kawan kawan kamu di tehran - istanbul -athens - baghdad - paris - london
sebaris bangun melakar sejarah

anak anak muda katakan kepada dunia
datanglah seribu setan
datanglah seribu puaka
datanglah seribu afrit
kamu anak muda tetap sebaris
mengacung tangan melakar dunia

anak anak muda yang gagah berani
kamu ke jalan raya
kamu membuat sejarah
anak anak muda yang gagah berani
kamu adalah sejarah nusa dan bangsa

anak anak muda
dunia ini akhirya adalah milik kamu !


NOTA : TUKAR TIUB AKAN CUBA MEMBERI LAPORAN LINTAS LANGSUNG


CARA KAKI BODEK CARI MAKAN



DEMONSTRASI ISA : ELAK BERKUMPUL DI MASJID NEGARA ESOK
- berita hairan


PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan umat Islam tidak berkumpul di Masjid Negara esok untuk menghadiri perhimpunan haram menyokong dan menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana tindakan itu akan mencemarkan kesucian masjid.

Ketua Pengarahnya, Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata umat Islam perlu mengekalkan masjid sebagai tempat perpaduan berkecuali dengan semua pihak boleh menggunakannya.

Beliau berkata Jakim yang bertanggungjawab menjaga dan mentadbir masjid bimbang berlaku kekecohan, sekali gus boleh mengganggu keharmonian masjid.

KAH KAH KAH... KAH KAH KAH..

woit... BILA JAKIM NAK KELUARKAN FATAWA TENTANG KEZALIMAN ISA...kah kah kah..

kah kah kah... PERHIMPUNAN INI TAK BERSUNAT KE ?... kah kah kah...

kah kah kah.... MACAM MANA PERHIMPUNAN INI JADI HARAM?...kah kah kah..

kah kah kah... PERHIMPUAN INI TAK BERSEMBELIH KE?... kah kah kah...

kah kah kah...YANG ZALIM TAK NAMPAK... kah kah kah...

kah kah kah...KEPALA AGONG NAMPAK...kah kah kah..

woit... CARI LAH LAH MAKAN CARA YANG BAIK... JANGAN LAH CARI MAKAN DENGAN MEMBODEK...kah kah kah..

kah kah kah... BUATLAH KERJA YANG SUCI... PERGI TEBAS RUMPUT KAT PLUS HIGHWAY... LEBIH BAIK DARI MENYUSAHKAN ORANG RAMAI...kah kah kah



KANG KONG CUBA MENJALAR



PELAJAR BANTAH PROGRAM UMNO DI UKM
- malaysiakini

Penganjuran sebuah forum anjuran Umno Serdang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapat bantahan sekumpulan pelajarnya kerana didakwa cuba melibatkan pelajar dalam aktiviti politik kepartian.

Bantahan tersebut disuarakan Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) yang mendakwa forum yang berjudul "Mengangkat Martabat Bangsa" itu bersifat politik.

Pengerusinya, Hisyamudin Che Ali berkata, penggunaan "dewan yang mulia", Dewan Canselor Tun Abdul Razak oleh sebuah pertubuhan politik itu, mencetuskan tanya tanya.

Program yang terbuka kepada orang ramai itu dijadual bermula jam 8 pagi sehingga 2 petang esok.

Mahathir Mohamad dan Naib Canselor Uniterveriti Teknologi Mara (UiTM), Ibrahim Abu Samah dijadual menyampaikan syarahan mereka, disusuli sesi soal-jawab bersama peserta.

KAH KAH KAH... KAH KAH KAH... KAH KAH KAH..

kah kah kah... HEBAT ANAK MUDA TELAH MULA BANGUN...kah kah kah..

kah kah kah...SAPA MUNKE MUNKEE NI... HEBAT SANGAT KE?..kah kah kah..

kah kah kah... TAK PERNAH PUN BACA TULISAN DALAM METRO...kah kah kah...

kah kah kah... TAK ADA PUN KOLUMN DALAM BACARIA...kah kah kah...

kah kah kah.... MUNKEEE PROFESSOR APA NI....KANG KONG LAAA...kah kah kah



AMINAH ABDULLAH TURUN KE PERMATANG PASIR



UMNO BERTANDING DI PERMATANG PASIR
– melayau

Umno akan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir ekoran kematian penyandangnya dari PAS, Mohd Hamdan Abdul Rahman pagi ini.

Keputusan itu diumumkan oleh Najib Razak yang juga presiden Umno selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibunegara petang ini.

"Ia sesuai dengan pendirian kita apabila kerusi kosong atas sebab keperluan perlembangaan, maka Umno dan BN akan bertanding," tambahnya.

KAH KAH KAH


kah kah kah...TERGOLEK.. GOLEK GOLEK GOLEK ITEK... kah kah kah..

kah kah kah...CAKAP NAK JIMAT DUIT... kah kah kah..

kah kah kah... SEKARANG PADAN MUKA... kah kah kah..

kah kah kah... DULU TAKUT KENA TIBAI... kah kah kah..

kah kah kah...TAKU AMINAH ABDULLAH...kah kah kah..

woit... SEKALI LAGI AMINAH ANDULLAH AKAN MUNCUL...kah kah kah



MAJNOON MEROYAN LAGI !!



PENDIRIAN UMNO MAHUKAN PENYATUAN UMAT ISLAM :NAJIB



KUALA LUMPUR: Umno tetap berpendirian bahawa parti itu mahu kepada usaha yang boleh membawa kepada kebaikan kepada umat Islam di negara ini, kata Najib Razak.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno berkata, sehubungan itu apa saja perbincangan dengan Pas ke arah penyatuan umat Islam diterima baik oleh parti itu.

WAH KAH KAH ... KAH KAH KAH..

Kah kah kah.... MEROYAN LAGI... MAJNOON.. kah kah kah..

kah kah kah... TAK SUDAH SUDAH...kah kah kah..

NOTA : Idea asal untuk kerajaan perpaduan dari Dolah Badawi.
Idea ini tidak ditolak oleh Pakatan Rakyat. Ini kerjaaan Perpaduan Kebangsaan
- Goverment of National Unity.

Kalau diperhatikan sebulan sebelum Dolah berundur kenyataan Pas, DAP dan Keadilan
semuanya menjurus ke arah ini.

Hadi membuat beberapa kali kenyataan resmi : Najib perlu membersihkan diri dulu.
Ini bermakna Najib dilihat kotor dan tidak boleh diterima. Sila buka arkib
semua laman berita.

Justeru Kerajaan Perpaduan Kebangsaan perlu satu syarat : Tanpa Najib Razak




BERTEMU GULAI ITEK



TERKINI DARI PERMATANG PASIR


Pak Cik dan Mak Cik warong sediakan
mee dan chow kway teo dua tan.

Sediakan juga satu kontena udang.

Jangan lupa - masukan semua itek ke dalam reban.

Untuk pesta menyambut hari jadi Siti Aminah Abdullah.