Jumaat, 31 Julai 2009

JAGA DIRI - JAGA DIRI



UNTUK ANAK ANAK MUDA YANG BERANI


anak anak muda hari ini kamu turunlah ke jalan raya
acungkan tangan kamu ke udara
laungkan dan pekikan kebencian
terhadap semua kezaliman

anak anak muda hari ini kamu turun ke jalan raya
kamulah pereka dunia
anak anak muda kamu turun ke jalan raya
kamulah pengubah dunia

anak anak muda hari ini kamu turun ke jalan raya
genggam tangan kekasih mu
genggam tangan kawan mu
genggam tangan sahabat mu
simpaikan semangat
dobrak kezaliman

anak anak muda hari ini kamu turun ke jalan raya
sorak soraikan lagu kebebasan
kawan kawan kamu di tehran - istanbul -athens - baghdad - paris - london
sebaris bangun melakar sejarah

anak anak muda katakan kepada dunia
datanglah seribu setan
datanglah seribu puaka
datanglah seribu afrit
kamu anak muda tetap sebaris
mengacung tangan melakar dunia

anak anak muda yang gagah berani
kamu ke jalan raya
kamu membuat sejarah
anak anak muda yang gagah berani
kamu adalah sejarah nusa dan bangsa

anak anak muda
dunia ini akhirya adalah milik kamu !


NOTA : TUKAR TIUB AKAN CUBA MEMBERI LAPORAN LINTAS LANGSUNG


10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

orang nogori sombilan ni semua bodoh-bodoh. kadang-kadang macam bertanding sapa lagi bodoh pon ade.

Pyanhabib berkata...

anak-anak muda yang berani!

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...

Selamat Berjuang Semua. Semoga ALLAH melindungi kita semua daripada perosak agama, bangsa, dan negara.

Kerosakan pada negara dan rakyatnya semakin terserlah selepas Najib naik menjadi PM.

Manusia hina yang penuh dengan dosa MAKSIAT ZINA, DITUDUH MEMBUNUH, RASUAH dan sebagainya diangkat menjadi pemimpin no 1 negara.

H1N1 (selsema babi), Jerebu dan baru-baru ini banjir di Melaka, adalah antara bala yang jelas setelah 100 hari menjadi PM.

Kita harus lihat ini sebagai bala kerana kita harus sedar bahawa pemimpin seperti ini yang telah melakukan kerosakan di bumi ALLAH tidak layak untuk terus memimpin kita.

Mengapa saya katakan dia adalah penyebab segala bala diturunkan?

Kita tahu siapa dia. Tetapi kita masih membenarkan dia memegang dan memimpin kita.

Kita telah disaksikan dengan pelbagai bencana sejak pemerintahan beliau yang hanya baru lepas 100 hari. H1N1 ini terlalu cepatnya merebak berbanding di negara lain. Banyak institusi seperti sekolah-sekolah telah ditutup tetapi perkara ini dilenyapkan daripada pengetahuan kita semua. Ini satu lagi kerja buruk yang dilakukan olehnya.

Oleh yang demikian, perkuatkan perjuangan untuk kita untuk memastikan kepimpinan negara diberikan kepada mereka yang lebih layak.

Marilah kita bersama-sama mendekatkan diri kepada ALLAH serta berdoa supaya ALLAH melindungi kita daripada sebarang bala yang diturunkanNYA.

ALLAHHUAKBAR!

Tanpa Nama berkata...

tiada apa yang ingin aku berikan,
melainkan segugus doa buat mu..
tiada apa yang ingin aku katakan melainkan selamat berjuang buat mu..
tiada apa yang boleh aku sisipkan,
melainkan segempal semangat buat mu..
selamat berjuang sahabat..
aku salute semua..
aku juga ada perjuangan hari ini..
perjuangan untuk menjadi seorang ayah baru..

bro din penang..

Tanpa Nama berkata...

Tiada lagi kehebatan yang boleh dinikmati tatkala anak muda berjaya menghapuskan IBU segala akta yang maha zalim ini. AKTA usang yang bermaksud menanangi keganasan komunis telah diguna untuk mebungkam para pembangkang tak kira dari siapa aje untuk kepentingan UBN!Salam perjuangan hai anak muda!

kaki demo berkata...

bro,gua harap sgt ko buat lintas lansung ttg prhimpunan ni..please,dri kol 12 semalam aku dah online tukar tiub..xde berita lagi ni..tq..

sy x dpt pergi,terlantar kt hospital..

Tanpa Nama berkata...

sham, semua pembaca setia kau pegi turun berhimpun. kau buat lintas langsung siapa yg nak baca hehehehehe

lagipun dah pukul 11 ni..mana lintas langsung tak start lagi...ok gua nak gerak kl sekarang...

semoga kita ketemu di jalanraya jap lagi...boleh interview-interview sikit beb hahahahha

eniXzul berkata...

SALUTE PADA SEMUA PENDEMO.
ANDA YANG MENJADI SEJARAH PEJUANGAN ANAK BANGSA.
BRAVO!

Tanpa Nama berkata...

insyaAllah bro. kami akan turun , akan langar kezaliman itu moga generasi akan datang tidak dizalimi lagi. apa2 pun kesukaran dan kesakitan itu kita rempuh jua kerana itulah harga yang perlu kita bayar untuk sebuah keadilan.

nabi Muhammad saw dulu pun tidak pernah dibentang dengan permaidani merah untuk melaksanakan kerja2 ini. bermacam2 anok duri mehnah yang baginda tempuh rempuh ...

takbirrrrr.

AnakSemuaBangsa berkata...

ISA bermakna menteri lebih berkuasa daripada semua hakim daripada semua mahkamah yang ada di Malaysia. Yang mana lebih arif, hakimkah atau menteri. Perkara songsang berlaku. Law Flaw

ayuh anak muda, turun sekarang!! anaksemuabangsa-lokasi kg attap on da way masjid negara.