Selasa, 28 Disember 2010

SENYUM PETANG SELASA




SIAPA COOL DAN SIAPA POYO


nota:
senarai siapa cool
dan siapa poyo untuk tahun 2010
akan keluar minggu ini
who is the coolest dude in town?
who is the poyoest bloke in the corner ?
kah kah kah




JANTAN TAKUBIN



nota:
siapa jadi bini
dan sapa jadi laki
lihat dan kaji
kah kah kah







KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH





GADUHKAN LAGI !




TERTUNGGUL!




SHAHIDAN PERTIKAI MD ISA TERAJUI UMNO PERLIS
– berita hairan

Bekas MB dakwa sukar kerjasama, syak ada campur tangan.

Bekas Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim yang dilantik Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, semalam berpendapat keputusan mengekalkan Md Isa Sabu mengetuai UMNO negeri itu mempunyai kaitan dengan campur tangan pihak tertentu.

Beliau yang mengisi jawatan menggantikan Ketua UMNO Padang Besar, Zahidi Zainul Abidin turut mempersoalkan sejauh mana Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) dijadikan penanda aras oleh pucuk kepimpinan UMNO terhadap pencapaian seseorang pemimpin, terutama di negeri itu.

Shahidan juga menyatakan sukar baginya untuk bekerjasama dengan Md Isa yang dianggap sebagai ‘perampas’ jawatannya sebelum ini.

"Pada saya, Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis kini tidak menepati KPI berkenaan. Mungkin keputusan mengekalkannya itu dibuat atas dasar campur tangan baik oleh ahli parti atau mereka dari luar atau mungkin juga campur tangan veteran UMNO.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… BETUL LAAA… MD ISA NI LEKEH…. kah kah kah..

kah kah kah… MUKA PUN MUKA LEKEH…. kah kah kah..

kah kah kah…. MACAM MANA BOLEH JADI PEMIMPIN…. kah kah kah..

kah kah kah….INI SEMUA MENANTU AYAH PUNYA KERJA…. kah kah kah..

kah kah kah... INI KJ PUNYA RANCANGAN... NAK JATUHKAN PEMIMPIN MUTLAK... kah kah kah..

kah kah kah…. PEMIMPIN TUNGGUL opps... UNGGUL DI PERLIS IALAH SHAHIDAN KASSIM… kah kah kah…

woit.. TERULUNG… TERBIJAK.. TERIMA RASUAH… kah kah kah..

kah kah kah…. TER BAWA LARI BERAS DARI SIAM…. kah kah kah

nota:
biarkan dua malaon ini terus gaduh
bubuh minyak lagi
gaduhkan lagi
hingga
letih
kah kah kah



KEPALA PEMBAWA SESAT




PELIK ?




AMK SELANGOR TOLAK KHUSRIN
– harakah daily

Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK) dalam satu kenyataan hari ini menolak perlantikan Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

Menyifatkan tindakan kerajaan pusat itu sebagai tidak menghormati kerajaan negeri, ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin yakin, perlantikan itu dibuat untuk mencapai kepentingan politik pihak tertentu.

"AMK Selangor menegaskan bahawa kerajaan pusat sewajarnya hormat kepada kerajaan negeri khususnya dalam perlantikan jawatan kanan kerajaan Selangor dan tidak mencampurkan adukkan agenda politik sempit Umno-Barisan Nasional dalam pentadbiran kerajaan.

"Kita juga menggesa kerajaan pusat memahami dan hormat semangat federalisme yang termaktub dalam perlembagaan negara," katanya yang juga timbalan ketua AMK Malaysia.


INI MUKA BARUA MAT MONGOL




PENGIKUT SHIAH DITAHAN MAHU PENGARAH JAIS MOHON MAAF SECARA TERBUKA
- minsider

Kumpulan pengikut ajaran Syiah hari ini menggesa Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Muhammed Khusrin Munawi memohon maaf secara terbuka ekoran penangkapan 200 pengikut ajaran itu dua minggu lalu dengan mendakwa berlaku pencabulan hak asasi manusia terhadap mereka.

Ini kerana menurut jurucakap kumpulan itu, Kamil Zuhairi Abdul Aziz, tindakan Jais yang diketuai Muhammed Khusrin yang menyerbu sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor pada 15 Disember lalu mencabul hak mereka.

“Kamil ketika sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) juga mahu Mohd Khusrin membuktikan bahawa ajaran Syiah yang dibawa mereka adalah sesat sebelum melemparkan sebarang tuduhan.

“Tindakan Jais menceroboh dan memecah masuk ke Majlis Tahlil Arwah Saidina Hussein yang sedang berlangsung pada malam tersebut tidak ada kaitan sama sekali dengan penyebaran ajaran Syiah.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… INI MALAON JENIS APA?.... kah kah kah..

kah kah kah… JENIS SETIA UNTUK JADI BARUA MAT MONGOL… kah kah kah..

woit…. LIHAT KERJA NYA TANGKAP SHIAH… kah kah kah..

kah kah kah… SEKARANG NAK JADI KSU PULAK…. kah kah kah..

kah kah kah... NAK TANGKAP SAPA PULAK?.... kah kah kah..

nota:
waspada ini adalah sebahagian
dari rancangan najib rosmah untuk
mengambil kembali selangor
najib rosmah sedar jika selangor
tidak dimenangi maka najib rosmah
juga akan menerima nasib seperti
mat zzzzzzz kah kah kah

nota:
caranya agak senang
bila malaon ini masuk ke pejabat
berikan dia satu meja dan satu
kerusi dan biarkan duduk berjam jam
jangan beri malaon ini kerja apa apa
tiap hari suruh dia pulang awal
akhir bulan minta dia buat laporan jadual
keretapi dari madras ke mumbai
bulan depan lagi satu dari minta
laporan keretapi apa dari chennai ke malabar
bulan depannya minta laporan
harga sireh dan pinang di dacca
ulang pekara ini sehinnga dia
minta diri dan mengaku ini kerja bodoh !
kah kah kah


TUTUP MULUT DAPAT UPAH




INI BUKAN MIKE MAT MONGOL



nota:
bayangkan jika mike ini
adalah mike mat mongol
kah kah kah




ISA DISAHKAN DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI FELDA BARU - melayau

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohd Isa Abdul Samad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berkuat kuasa pada 1 Jan 2011.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, pelantikan itu dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Mohd Isa untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif.

Mohd Isa menggantikan Mohd Yusoff Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA.

Pelantikan ini berkuatkuasa pada 1 Jan 2011.


ANAK : ISA TIDAK LAYAK TERAJUI FELDA
– harakah daily

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membantah keras pelantikan Isa Samad sebagai pengerusi Felda yang baru dan mendesak menarik semula pelantikan tersebut.

Pengerusinya, Mazlan Aliman yang kecewa dengan pelantikan itu berkata, Isa tidak layak untuk memegang jawatan tersebut kerana latar belakangnya yang pernah terbabit dengan politik wang dalam pemilihan Umno pada 2004.

"Saya mewakili Anak membantah keras pelantikan Isa Samad ini. Berdasarkan salah laku yang pernah dilakukan beliau, sudah cukup jelas beliau bukan pemimpin beramanah yang sepatutnya menjadi pilihan Najib.

"Sehubungan itu saya mendesak Perdana Menteri menarik balik pelantikan itu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mazlan yang juga exco lajnah pembangunan tanah dan wilayah PAs Pusat juga menegaskan, sekiranya Najib enggan berbuat demikian pihaknya akan membuat pungutan suara warga Felda yang membantah pelantikan itu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… ANAK INI BETUL BETUL TAK FAHAM POLITIK… kah kah kah..

woit… ANAK INI BETUL BETUL TAK FAHAM SEJARAH…. kah kah kah…

woit… CUBA INGATKAN… BUKANKAH ISA INI MB NEGERI SEMBILAN?.... kah kah kah…

woit… CUBA INGATKAN…BUKAN KAH PORT DICKSON DALAM NEGERI SEMBILAN.. kah kah kah..

kah kah kah… APA TERJADI DI PORT DICKSON ?..... kah kah kah..

woit… JANGAN CEPAT LUPA…. JANGAN LUPA TENTANG BUDAK ITAM… kah kah kah…

kah kah kah…. JANGAN LUPA TENTANG ZIANA ZAIN…. kah kah kah..

kah kah kah… INI UPAH MENYIMPAN RAHSIA….. kah kah kah..

woit... INI BUKAN KES RASUAH... INI UPAH TUTUP MULUT DARI MAT MONGOL... kah kah kah

kah kah kah... YANG JADI MANGSA PEGAWAI AGAMA... kah kah kah..


nota:
siapa di negri sembilan tahu
kemana perginya pegawai jabatan agama
islam yang kena buang kerja kerana
melihat konsert ziana zain di port dickson
pada malam yang bersejarah itu?
kah kah kah


MARI DI CARI - SIAPA TAHU ?




GAMBAR UNTUK HIASAN SAHAJA




SIAPAKAH MENTERI ROGOL AMAHNYA? – harakah daily

Soalan siapakah menteri yang terlibat merogol seorang pembantu rumah Indonesianya kini menjadi persoalan paling hangat diperkatakan ekoran pendedahan kembali isu ini oleh WikiLeaks.

Laporan awal Harakahdaily mengenai hal ini telah menjadi berita paling hangat dan paling ramai dibaca oleh pelayar Harakahdaily.

Dalam laporan itu, Harakahdaily melaporkan kembali tulisan pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan dalam blognya mengenai peristiwa seorang menteri merogol pembantu rumahnya pada tahun 2007 lalu.

Namun menteri berkenaan selamat walaupun laporan mengenainya sampai ke Kedutaan Indonesia, Kedutaan Amerika bahkan juga ke pejabat Perdana Menteri waktu itu, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Badawi.

Semalam, NGO Tenaganita menyiarkan kembali satu kenyataan akhbar yang pernah dibuat oleh Migrant Care, sebuah badan kebajikan pekerja Indonesia yang mengesahkan kejadian yang berlaku pada tahun 2007 itu.

Kenyataan yang ditandatangani oleh Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director) dibuat pada 1 Ogos 2007.

Dalam kenyataan akhbar itu, Migrant Care berkata, pembantu rumah Indionesia itu bernama Robengah dan ketika itu dia berada di bawah penyeliaan Migrant Care.

Dalam kenyataan itu juga, Migrant Care menamakan RELA sebagai salah satu badan yang sangat dimarahi oleh warga Indonesia walaupun Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan diplomatik yang sangat baik.

Satu blog popular, Tukartiup juga kini memainkan sentimen siapakah perogol bertaraf menteri itu?

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan, menteri berkenaan telah bersara namun menurut maklumat terbaru, dia masih berada dalam kebinet kerajaan Malaysia sekarang.

Sementara itu, Country Director Migrant Care, Alex Ong ketika dihubungi Harakahdaily hari ini mengesahkan kejadian itu.

"Beliau dirogol pada 19 Februari 2007 di Kuala Lumpur. Kemudiannya dihantar balik ke Indonesia pada 20 Februari 2007," kata Alex kepada Harakahdaily.

Selepas mendapat maklumat dari orang ramai, kata Alex, Migrant Care telah menjejak mangsa ini ke kampungnya yang terletak di Banjar Negara, Jawa Tengah.

"Dua kakitangan kami telah menemui dan mewawancara beliau pada 23 Julai 2007 di Banjarnegara," kata Alex lagi. Migrant Care kemudiannya telah mengeluarkan kenyataan media pada 1 Ogos 2007.

Ketika ditanya, apa berlaku selepas itu, Alex memberitahu, tindakan susulan tidak boleh diambil kerana wanita berkenaan tidak mahu diganggu kerana tidak mahu malu dan juga akibat dari ketakutan.

"Dia telah diminta bersumpah untuk tidak memecahkan rahsia itu jika tidak akan disumpah tiga keturunan," cerita Alex kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Migrant Care pernah membantu Exco kerajaan negeri Kelantan, Husam Musa dan Adun Paroi, Taufek Abdul Ghani untuk membawa pulang Azreen Che Ishak dari Kampung Hulu Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa lari pemuda Indonesia ke Lombok, Indonesia.

Husam membantu keluarga Che Ishak yang berasal dari Kelantan itu melalui NGO yang dipimpinnya ketika itu, Kijang Care.

nota:
kenapa tidak ada mufti yang buat kenyataan?
mana perginya mufti johor?
kenapa baju santa ambil pot
kes rogol ini tak ambil pot

mana perginya mufti perak
selalu ada saja fatwa
kali ini tak ada fatwa ke?

mana perginya pejuang islam mat bisul
kenapa perempuan islam ini dirogol tetapi senyap sahaja

ATAU

ini fitnah dari indon?
atau ini ftanah dari migrant care?

kalau fitnah maka kenapa kerajaan malaysia
tidak saman migrant care


Isnin, 27 Disember 2010

SATU LAGI REKOD MELAYU




INI PUN BUAT REKOD





PENDAKI SOLO PERLU RM250,000 CATAT REKOD DUNIA DAKI MENARI KL
- melayau

Pendaki solo negara, Mohd. Noor Mat Amin memerlukan perbelanjaan sebanyak RM250,000 untuk cabaran terbaru beliau yang bakal mencatatkan rekod dunia iaitu pendakian solo tangga di Menara Kuala Lumpur tahun depan.

Beliau berkata, berikutan kesukaran untuk mendapatkan penajaan bagi membiayai program itu, cabaran yang sepatutnya diadakan pada 9 dan 10 Oktober lepas, terpaksa ditunda kepada 2 Februari hingga 3 Februari 2011.

"Program ini terpaksa ditunda sekali lagi kepada 16 hingga 17 April 2011 kerana sehingga kini masih tiada pihak yang mahu menaja, walaupun kecewa saya akur dan tetap meneruskan latihan," katanya.

Mohd. Noor, 43, yang juga jurugambar Utusan Malaysia sebelum ini pernah memecahkan rekod negara dan diiktiraf oleh Malaysia Book of Records bagi cabaran mendaki sebanyak 50 kali Gunung Kinabalu secara solo selama 60 hari pada 10 Julai hingga 10 September 2007.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
inilah hasiilnya apabila
melayu menjadi bonsai
akal fikiran tersimpai
selalu buat kerja bodoh
apa gunanya turun naik turun naik

nak naik tangga ini kena belanja pulak
kalau digunakan wang sebanyak itu
membuat kerja amal alangkah baiknya

kerja bodoh nak buat rekod?

kenapa tak buat rekod ramai ramai menonggeng
dan kentut beramai -ramai di dataran putrajaya
atau berkumpul ramai ramai sambil mengetok
kepala masing masing dengan lesong batu
jamin tidak sesiapa dapat
pecahkan rekod orang malaysia ini
ianya akan menjadi rekod dunia hingga hari kiamat
ini kerana orang puteh, orang afrika dan orang latin amerika
tak ada lesung batu dan mereka malu nak kentut secara terbuka

banyangkan betapa hebatnya kita
rekod sampai hari kiamat kah kah kah