Selasa, 28 Disember 2010
MARI DI CARI - SIAPA TAHU ?
GAMBAR UNTUK HIASAN SAHAJA
SIAPAKAH MENTERI ROGOL AMAHNYA? – harakah daily
Soalan siapakah menteri yang terlibat merogol seorang pembantu rumah Indonesianya kini menjadi persoalan paling hangat diperkatakan ekoran pendedahan kembali isu ini oleh WikiLeaks.
Laporan awal Harakahdaily mengenai hal ini telah menjadi berita paling hangat dan paling ramai dibaca oleh pelayar Harakahdaily.
Dalam laporan itu, Harakahdaily melaporkan kembali tulisan pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan dalam blognya mengenai peristiwa seorang menteri merogol pembantu rumahnya pada tahun 2007 lalu.
Namun menteri berkenaan selamat walaupun laporan mengenainya sampai ke Kedutaan Indonesia, Kedutaan Amerika bahkan juga ke pejabat Perdana Menteri waktu itu, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Badawi.
Semalam, NGO Tenaganita menyiarkan kembali satu kenyataan akhbar yang pernah dibuat oleh Migrant Care, sebuah badan kebajikan pekerja Indonesia yang mengesahkan kejadian yang berlaku pada tahun 2007 itu.
Kenyataan yang ditandatangani oleh Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director) dibuat pada 1 Ogos 2007.
Dalam kenyataan akhbar itu, Migrant Care berkata, pembantu rumah Indionesia itu bernama Robengah dan ketika itu dia berada di bawah penyeliaan Migrant Care.
Dalam kenyataan itu juga, Migrant Care menamakan RELA sebagai salah satu badan yang sangat dimarahi oleh warga Indonesia walaupun Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan diplomatik yang sangat baik.
Satu blog popular, Tukartiup juga kini memainkan sentimen siapakah perogol bertaraf menteri itu?
Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan, menteri berkenaan telah bersara namun menurut maklumat terbaru, dia masih berada dalam kebinet kerajaan Malaysia sekarang.
Sementara itu, Country Director Migrant Care, Alex Ong ketika dihubungi Harakahdaily hari ini mengesahkan kejadian itu.
"Beliau dirogol pada 19 Februari 2007 di Kuala Lumpur. Kemudiannya dihantar balik ke Indonesia pada 20 Februari 2007," kata Alex kepada Harakahdaily.
Selepas mendapat maklumat dari orang ramai, kata Alex, Migrant Care telah menjejak mangsa ini ke kampungnya yang terletak di Banjar Negara, Jawa Tengah.
"Dua kakitangan kami telah menemui dan mewawancara beliau pada 23 Julai 2007 di Banjarnegara," kata Alex lagi. Migrant Care kemudiannya telah mengeluarkan kenyataan media pada 1 Ogos 2007.
Ketika ditanya, apa berlaku selepas itu, Alex memberitahu, tindakan susulan tidak boleh diambil kerana wanita berkenaan tidak mahu diganggu kerana tidak mahu malu dan juga akibat dari ketakutan.
"Dia telah diminta bersumpah untuk tidak memecahkan rahsia itu jika tidak akan disumpah tiga keturunan," cerita Alex kepada Harakahdaily.
Sebelum ini, Migrant Care pernah membantu Exco kerajaan negeri Kelantan, Husam Musa dan Adun Paroi, Taufek Abdul Ghani untuk membawa pulang Azreen Che Ishak dari Kampung Hulu Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa lari pemuda Indonesia ke Lombok, Indonesia.
Husam membantu keluarga Che Ishak yang berasal dari Kelantan itu melalui NGO yang dipimpinnya ketika itu, Kijang Care.
nota:
kenapa tidak ada mufti yang buat kenyataan?
mana perginya mufti johor?
kenapa baju santa ambil pot
kes rogol ini tak ambil pot
mana perginya mufti perak
selalu ada saja fatwa
kali ini tak ada fatwa ke?
mana perginya pejuang islam mat bisul
kenapa perempuan islam ini dirogol tetapi senyap sahaja
ATAU
ini fitnah dari indon?
atau ini ftanah dari migrant care?
kalau fitnah maka kenapa kerajaan malaysia
tidak saman migrant care
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
17 ulasan:
Polis Raja di Malaysia diam-diam sahaja....
wa caya sama lu TUKAR TIUB!
Mengapa bila berita "Menteri Rogol Pebantu Rumah" gambar Rais Yatim diselitkan bersama. Apa hubungan cerita rogol itu dengan gambar Rais?
Saya amat kelirulah Hisham! Jika boleh tolong pejelaskan agar kekeliruan saya tidak terkeluar daripada sasaran kepada kepercayaan pula.
Siape ageknye Menteri dari Johore? Ini pelik sekali. Tetapi "siape makan lade dia mesti rase pedas"!!
nasib baik dia disuruh bersumpah je.
kalau kena C4 kan ke naya!!!!
bro isham, hang mcm konfiden je yg menteri mangkuk ni yg rogol amah tu. kasilah relevan lagi. barulah gempak
Saper Menteri Entot tu? Kabinet Malaysia di penohi oleh penjenayah....
Sudah tentu Menteri berkenaan mempunyai gelaran 'DSPP'
Datuk Seri Pejuang Panchut...kah kah kah kah
Sampai hari ni aku tak jmpa link / fail dari wikileaks tu. sume dakwa sana, dakwi sini. sbenarnya apa isi wikileaks tu? wikileaks tu just kemukakan dakwaan kah? wikileaks dedahkan bukti2 kah? ni kan zaman internet. bukan susah bg link. tapi habuk pun tarak. adui.
yg harakah pon satu. mamat rocky tu bgtau kat blog dia, dia tak pasti. dia cuma kemukakan dakwaan orang, bukan dia yg dakwa. adesh payah2.
tapi apa pun keadilan kena la ditegakkan. cuma fakta tu biarlah betul. dulu pon wikileaks ada sbut pasal anwar.. pembangkang tak suka wikileaks.. la ni sebut pasal kerajaan korup, pembangkang plak sensasikan.
adui la politik.
Ta TT,
3-0
lubang depan,lubang belakang, lubang tembolok!
handal menteri ni.
Salah tak salah, tak penting.
Bila ada daun pokok kelapa bergoyang, siasatlah.
Itu yang penting.
Salah hukum, tak salah lepaslah.
Ini tidak, asyik menangkis aje.
Macam kes APCO.
Nak buktilah dan entah apa-apa haramjadah lagi.
Dah ada bukti pun tak mau terima.
Kalau PR tu berdetik aje, kusemangat siasat hingga ke lubang jubur, oop... maaf lubang cacing.
Pukul sana tolak sini, sampai mati.
Habis macam mana rakyat tak bengang.
Shah...
Mangape kao lombab pepalih..
Wikileaks..keluar cerita mana boleh buat bukti..terpulang kepada kita yang buat persepsi cerita tersebut...tetapi Shah perlu inggat!!!!
Mengapa Migrant Care keluarkan kenyataan Akhbar tanggal 1 Agustus 2007 mengatakan adanya peristiwa Rogol Amah oleh Pak Menteri..maka persepsi yang dilontarkan oleh RockyBru..telah disokong oleh kenyataan akhbar Migrant Care..menimbulkan cerita di Tukar Tiub untuk kita nilai...ha ha ha.
Nah..sudah diterangin...masih ngak paham lagi kok!!!! ha ha ha.
SHAHMETAL,
TAK PERLU WIKILEAKS LAGI BRO, AMAH TU SENDIRI DAH MENGAKU, MEMANG ADA KENA ROGOL,AKU RASA DAK MIGRANT CARE PUN DAH TAHU SAPE MENTERI TU, CUMA TAK NAK DEDAHKAN LAGI. SEBAB TU DORG YAKIN SEBAR BERITA NI
NAPE TAKDE SIASATAN? KENE ADA SIASATAN YANG TELUS, INI TAKDE LANGSUNG, WALHAL PERDANA MENTERI MASA TU (DOLLAH) PUN TAU, KENAPA DIAM AJE? KALAU MACAM TU MEMANG BETUL LAH,
MANA MUNGKIN POKOK BERGOYANG KALAU TAKDE ANGIN, INGAT MIGRANT CARE NI JENIS YANG MACAM BLOGGER UMNO KE, NAK BUANG MASA 'SET UP' FITNAH MACAM NI.
CUBA TANYA ORANG JELEBU, ORANG JELEBU LEBIH TAHU DARIPADA KITA, TT PUN ORANG JELEBU... HEHE
Dulu ader bekaih menteghi yg ghaber CELAH KANGKANG oghang - dah pon pergi keluor negeghi. Kini ader pulak menteghi yg tikam CELAH KANGKANG org.Sebelom itu,ader juger menteghi daghi Kedah yg tikam CELAH KANGKANG org lagi. Memang betoi ler kater bekaih ahli pekembor....muker pemimpin yg besor-besor tu kebanyakannyer muker CELAH KANGKANG.CELAH KANGKANG yg ader dighomah tu dibiorkan terlepap disitu,tak berusik2,sampai dah naik cendawan.
Dulu ader bekaih menteghi yg ghaber CELAH KANGKANG oghang - dah pon pergi keluor negeghi. Kini ader pulak menteghi yg tikam CELAH KANGKANG org.Sebelom itu,ader juger menteghi daghi Kedah yg tikam CELAH KANGKANG org lagi. Memang betoi ler kater bekaih ahli pekembor....muker pemimpin yg besor-besor tu kebanyakannyer muker CELAH KANGKANG.CELAH KANGKANG yg ader dighomah tu dibiorkan terlepap disitu,tak berusik2,sampai dah naik cendawan.
sdr shahmetal (28 Dis 09:56): anwar tlh didakwa melakjukan sodomi II dan sdg dibicarakan, tapi menteri yg dikatakan "perogol amah" itu tidak dibicarakan! itulah bezanya!
Catat Ulasan