Isnin, 5 Mei 2025

AGAMA WUJUD KERANA KPERLUAN MANUSIA


AGAMA WUJUD

KERANA 

KEPERLUAN

MANUSIA

AMIN

Unknown commented on
 "TERSUSUN DAN TERANCANG"

Awal zaman manusia bergaduh sesama sendiri berebut tanah makanan minuman tetapi tidak sampai walaupun sembah pokok batu gunung matahari sebagainya, apabila masuk agama masing-masing nak melihat sebagai terbaik terulung termasyhur sampai perang berbunuhan juga semua agama, masuk projek kaya dengan agama masuk projek ketuanan masuk projek bangsa dengan nama negara kah kah kah

semuanya mengikut turutan bijak cerdik pandai dahulu sehingga sekarang tetapi hampeh apabila logik akal logik kudarat badan tidak digunakan dengan mempercayai segalanya seratus peratus dimonopoli sehingga sekarang, siapa sudah sampai ke mana-mana destinasi yang dijanjikan? Hanya kepercayaan hanya satu sahaja yang nampak baik atau buruk, dunia mengajar kita semua membuat kebaikan bukan kejahatan tak kira apa alur pemikiran, 

jangan pra sangka buruk terhadap orang lain terutama berkaitan agama kepercayaan kebudayaan masing-masing itu hak masing-masing jangan kacau budaya orang tak payah mengikut juga buat cara sendiri setiap hari tanpa mengacau orang kah kah kah


Unknown commented on 
"CARI MAKAN JADI WAKIL TUHAN"

Buat apa DUIT banyak-banyak!!


Unknown commented on
 "CARI MAKAN JADI WAKIL TUHAN"

Geng pokok banyak DUIT aik..


Unknown commented on
 "CARI MAKAN JADI WAKIL TUHAN"

Kami tak berkenan aik kat anak supperchai..Kouk bagi 110 juta..CP nak bagi 2 juta sahaja??


Unknown commented on 
"CARI MAKAN JADI WAKIL TUHAN"

CP group bayar zakat saham dengan zakat harta tak??zakat saham TAK bayar..zakat harta bayar kat ADIK-BERADIK sahaja..


Unknown commented on
 "CARI MAKAN JADI WAKIL TUHAN"

geng pokok ligan anak hang..tu hang tak berkenan tuh..belah lawan hang semua kaya-kaya..aku nak sangkut dengan nak BELI!!Mai 3 juta..

RAFIZI CALON TETAP PM MALAYSIA


RAFIZI CALON

TETAP PM

MALAYSIA

KHALAS


Unknown commented on 
"AHLI PKR TETAP SETIA DENGAN RAFZI"

‘Biar Rafizi diberi laluan mudah’ - Anwar

'Tiada isu Rafizi cuti' - Anwar

Mohd. Rafizi luah hasrat letak jawatan

'Empat Jam Duduk Dengan Rafizi, Saya Ada Empat Hari Untuk Istikharah' – Saifuddin

'Formula sedang berjalan lah bahalol bodoh'

kah kah kah

PAGI INI

 

PAGI INI

PAGI INI

SENIN 5 MEI 2025


DATIN SRI HILANG
Berita tersebar seorang Minah Datin Sri hilang dalam perjalanan ke pejabat SPRM di Putrajaya. Jeng jeng jeng.

Di lapor Datin Sri ini datang untuk beri maklumat tentang kes pengubahan wang haram. Jeng jeng jeng. Wang haram sapa? Jenge jeng jeng.

Di laporkan juga laki Datin Sri ini sedang bergaduh nak CERAI dengan DATUK SERI jeng jeng jeng. Sapa Datu Sri suami Minah ini ?  Politikus? Ahli perniagaan ? Kepala samseng ? Sapa?

Pelik amat pelik – kes kena culik ini bulan lalu baru sekarang heboh./WAT IS DE  BEKOS kah kah kah.

Dalam lebuh raya ada TOL pasti ada kamera. Lebuh raya AMEX ke Putrajaya pasti banyak kamera. Jeng jeng jeng. Mustahil tak ada gambar.

Dari gambar dalam akhbar nampak Datin Sri ini bergetah dan cun. Kalau cerai ada seorang  lagi janda kaya kah kah kah.

YAMAN
Peluru berpandu dari Yaman berjaya menembus benteng Israel. Meledak di Lapangan Terbang Ben Gurion – ini lapangan terbang utama Israel.

ISRAEL
Setanyahu marah sangat keran Ben Gurion di tembak oleh Houthi Yaman. Setanyahu berjanji akan membalas.

ROMANIA
Penyokong kuat Trump di Romania menang kiraan undi pertama untuk memilih Presiden.

AMERIKA
Trump umum tarif 100% untuk filem yang masuk ke Amerika dari luar negara.

RUSIA
Putin kata senjata nuklear tidak termasuk dalam perancang Rusia dalam Perang Ukraine.

IRAN
Mendedahkan peluru berpandu jenis baru. Jarak sampaian 1200 kilometer.

INDIA- PAKISTAN
Aliran air Sungai Chenab ke Pakistan di tutup. DI PBB  Wakil Pakistan menyatakan rasa gusar terhadap perkembangan baru ini.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar sejuk. KL & KL Sentral cerah. Kemarin petang hujan lebat. Matahari dah keluar. Cahaya masih lemah.
Langit  berawan putih biru. Tidak kelihatan awan gelap.

Pagi ini Hokkien agak sunyi – tak dengar suara unggas. Hanya suara Warga Asal yang di dengar.

Berjalan pulang di tepi hutan belukar tepia pagar Murai berkicau. Ha ha. Pagi menjadi indah bila Murai berkicau.

Ketika gua mengetik gua dengar sayu-sayu Jantan berkokok entah dari arah mana.

Gua yakin hari ini akan panas. Petang mungkin hujan. Jika hujan malam jadi sejuk.

BRO
SENYUM
SENYU DI PAGI SENIN

Sarat  sampan berisi sagu
Sagu rumbia sedap rasanya
Kesian Rafizi kena  tipu
Jelas nampak kena aniaya

Mulia umat kerana beradat
Adat terpakai akhlak terpuji
Ramai di  tipu tanpa syarat
Inilah nasib   budak Rafizi

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA

Ahad, 4 Mei 2025

RAFIZ TETAP CALON PERDANA MENTERI

 

RAFIZI TETAP

CALON 

PERDANA MENTERI

MALAYSIA

AMIN 

TANAH MELAYU

 


Malaysia selamanya Tanah Melayu, jangan jadi `kaduk naik junjung’ – Akmal

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO,  Dr. Mohamad Akmal Saleh menegaskan Malaysia selamanya merupakan Tanah Melayu dan perkara itu tidak akan berubah.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Timbalan Pengerusi Biro Hubungan Etnik dan Agama MCA, Roger Yapp supaya memahami sejarah dan asas pembentukan negara terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan, dan tidak menjadi seperti kaduk naik junjung.


Tegas beliau, sekiranya Roger Yapp beranggapan beliau warganegara Malaysia, maka beliau sepatutnya memahami Perkara 152 dan 153 Perlembagaan negara.

“Jika terlupa, maka kami nak ingatkan disini: Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu.

“Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan walau bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam

“Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberikan Yang di-Pertuan Agong (Raja Malaysia) tanggungjawab untuk “menjaga kedudukan istimewa ‘Melayu’ dan penduduk asli mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah komuniti lain,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Roger Yapp dalam kenyataan berkata, Malaysia bukan milik mana-mana kaum secara eksklusif, sebaliknya adalah milik semua warganegaranya tanpa mengira kaum.

Tambah Roger Yapp, masa depan negara ini juga mesti diasaskan kepada kepercayaan, persefahaman dan cita-cita bersama antara pelbagai kaum, bukannya ketakutan, kebencian atau perpecahan. 
 

   TANAH MELAYU

NAMA ASAL

AMIN

KEMBALIKAN

NAMA INI

AMIN

MALAYA

MALAYSIA

TIDAK ADA 

MAKNA

KHALAS

AHLI PKR TETAP SETIA DENGAN RAFZI



Adun Bersatu: Tindakan Rafizi bercuti panjang tak bertanggungjawab
Adun Taman Medan, Afif Baharuddin menyifatkan keputusan berkenaan yang dibuat ketika rakyat dihimpit kos sara hidup yang tinggi sebagai tidak bertanggungjawab.

"Ketika rakyat terus dihimpit kos sara hidup yang meningkat, pelabur asing makin ragu-ragu dengan dasar ekonomi negara, dan ekonomi global semakin mencabar, tindakan Rafizi Ramli mengambil cuti panjang sehingga hujung Mei adalah tidak bertanggungjawab dan sangat mengecewakan.

"Sebagai Menteri Ekonomi, beliau sepatutnya tampil ke hadapan memimpin usaha pemulihan ekonomi, bukan menyepi tanpa penjelasan yang munasabah kepada rakyat.

"Lebih memalukan, hanya perdana menteri yang tampil mempertahankan cuti tersebut – seolah-olah portfolio sepenting ini boleh ditinggalkan sesuka hati,” katanya dalam kenyataan.

Afif berkata, tindakan itu memberikan mesej yang salah kepada pelabur antarabangsa.

"Apakah mesej yang cuba disampaikan kepada rakyat dan pelabur antarabangsa? Bahawa kepimpinan ekonomi negara boleh diremehkan?

"Bahawa kegagalan dalam pemilihan parti lebih penting daripada kesejahteraan ekonomi negara?

"Kami tegaskan – negara memerlukan Menteri Ekonomi yang stabil, efektif dan komited sepenuhnya kepada tanggungjawab. Bukan menteri yang menghilang waktu krisis.

"Jika Datuk Seri Rafizi tidak mampu lagi menunaikan amanah ini, beliau wajar meletakkan jawatan dengan segera," katanya.


‘Ada pun macam tak ada’

Sementara itu, Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman pula menyifatkan tindakan Rafizi bercuti sebagai tidak munasabah ketika situasi ekonomi yang amat kritikal berikutan pengumuman tarif oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

“Agak tidak munasabah dalam tempoh ini dalam Kabinet tidak ada Menteri Ekonomi yang boleh menasihati, memberikan pengesyoran kepada Kabinet, memandu Jemaah Menteri dalam aspek ekonomi luar dan juga dalam negara," ujarnya seperti dilapor Harakahdaily,

Syahir berkata rakyat kini berdepan isu kenaikan kos sara hidup dan bakal menghadapi pelaksanaan subsidi bersasar yang dijangka bermula Julai tahun ini.

Menurutnya sehingga kini butiran untuk pelaksanaan subsidi bersasar yang telah dinyatakan Perdana Menteri pada Belanjawan 2025 tahun lalu masih samar.

“Ini amat mengecewakanlah dan amat janggal apabila tempoh sebegini Menteri Ekonomi mengambil cuti yang panjang. Cuma seingat sayalah, kita sebagai rakyat ni kira YB Rafizi telah lama menyepi dan menghilang. Ada pun seperti tidak ada," katanya.

Rafizi, yang juga timbalan presiden PKR, dilaporkan ketika ini mengambil cuti sehingga 31 Mei. Sebelum ini seorang menteri kabinet, yang enggan namanya didedahkan mengesahkan perkara itu tengah-tengah spekulasi Rafizi mungkin meletakkan jawatan dalam kerajaan.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata cuti Rafizi tidak menjadi masalah malah secara berseloroh mengatakan dia juga sedang mencari masa yang sesuai untuk bercuti.

Ketika ditanya sama ada cuti Rafizi dikaitkan dengan rasa tidak puas hati terhadap pemilihan PKR, Anwar menafikannya.

Pada hari yang sama, Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Harris Idaham Rashid menggesa cuti Rafizi dibatalkan, dengan alasan negara memerlukan semua menterinya bekerja dalam tempoh ini.

Sementara itu, ketua jawatankuasa pemilihan PKR Dr Zaliha Mustafa semalam menafikan dakwaan bahawa penangguhan pencalonan bagi jawatan kepimpinan parti – yang mulanya dijadualkan hujung minggu ini – mempunyai kaitan dengan cuti Rafizi.

Pencalonan kini ditetapkan pada 8 dan 9 Mei. Rafizi dijangka mempertahankan jawatannya sebagai timbalan presiden PKR.

 BAKAL PM

KENA SAILANG

AMIN

AHLI PKR

TETAP SETIA

DENGAN RAFIZI

KHALAS