Rabu, 11 November 2026

WAL TAKUT TUN - IN KUNTUM KALAHHUN

IN KUNTUM

AMARIKUN

KALAHUN  

KAH KAH KAH

WAL TAKUTUN

WAL PADANON

WAL MUKARON

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada keperluan operasi ketenteraan besar-besaran terhadap Iran - Rubio

PARIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio, berkata tiada keperluan untuk melancarkan operasi ketenteraan berskala besar terhadap Iran, lapor Xinhua.

Pada sidang media selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Kumpulan Tujuh (G7) di Paris, Rubio berkata, beliau memaklumkan kepada sekutu G7 bahawa sekatan ekonomi AS dan sekatan laut yang dikenakan terhadap Iran berkesan "dengan begitu baik", sehingga Presiden AS, Donald Trump, tidak perlu melancarkan operasi tempur berskala besar terhadap negara itu.

Rubio berkata, tekanan ekonomi yang dikenakan Washington terhadap Tehran akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa, sambil menegaskan bahawa AS masih terbuka untuk mencapai "perjanjian sebenar" dengan Iran.

Mengenai konflik Rusia-Ukraine, beliau berkata, matlamat akhirnya adalah memperluas rundingan tiga pihak yang membabitkan Rusia, AS dan Ukraine dengan penyertaan Eropah kerana rakan kongsi Eropah "adalah sebahagian daripada usaha menyelesaikan masalah ini untuk jangka panjang".

Beliau menyifatkan hari pertama rundingan tiga pihak di Abu Dhabi sebagai "sangat produktif", namun menegaskan bahawa "masih banyak usaha perlu dilakukan". – BERNAMA-XINHUA

Tiada ulasan: