Rabu, 11 November 2026

PAGI INI


PAGI INI



HARI INI

RABU 11 NOVEMBER 2026

PERANG DUNIA PERTAMA TAMAT


DAMAI DI EROPAH
Pada  11 hari bulan  11 tahun  1918  jam 11 pagi TELAH DI TANDA TANGANI  DAMAI - PERANG DUNIA PERTAMA TAMAT.

Tanda tangan DAMAI  berlaku di Campeigne di Peranchis antara German dengan  Pasukan Berikat – UK, France, Itali, Rusia , Jepun dan Amerika.

Hari ini EROPAH CUTI -Hari Perdamaian.
Di Amerika di panggal  VETERAN DAY.
Negara COMMONWEALTH – seperti Malaysia hari ini HARI INGATAN – simbolnya BUNGA POPI.

SILA RUJUK SAJAK TONGAT – Bunga Popi.
PRN MELAKA
Kemarin Undi Awal dah berjalan – semua beres – kempen di teruskan.

NAJIB KINI DI TAHAN DI RUMAH – soalan timbul – RUMAH BINI MANA ?  Najib ada dua BINI kah kah kah.

TONI LOKE letak jawatan – HAIRAN dan TAKJUB pasai apa Mamat ini letak jawatan?

ROMBAK KABINET
Madafaka akan rombak kabinet ? JENG JENG JENG

Zahid mahu PRU di jalankan bukan ROMBAK KABINET. Amin

HOKKIEN
Pagi ini hujan – gua tak masuk Hokkien – Pagi-pagi bila gua  buka balkoni nampak kereta bersusun – jem – emak abah nak anta anak ke sekolah. Hujan Subuh tak lebat tapi basah.

Gua bawa Tak Tak dan Minah  ke  bawah bangunan – tempat letak kereta. Untuk kencing dan berak.

Nasi untuk warga Hokkien  masih dalam periuk – mungkin petang gua beri untuk mereka.

Bila gua mengetik ini ujan dah reda – mata hari dah bersinar – awan putih dah sampai  tapi langit masih mendung.

Gua harap panas sampai – petang hujan malam sejuk santai. Amin

BRO
SENYUM
SAMBUT PAGI RABU
DENGAN SENYUMAN

BRO 
Kemarin yang dah pergi dia tak akan datang lagi.

BRO
Lu jika berjalan di landasan yang betul lu pasti sampai ke tempat baik yang lu tuju.

BRO
Lu kalau tak pernah buat salah ini maknanya lu tidak pernah membuat perkara baru. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan: