Jumaat, 20 November 2026

INGAT KHAMIS 24 OGOS 2028


INGAT DARI

SEKARANG

 KHAMIS

 24 OGOS 2028 

AMIN

NETANYAHU KE KEUALA LUMPUR ?



APAKAH 

ANWAR 

BIN IBRAHIM

AKAN JEMPUT

NETANYAHU

UNTUK LAWAT

KUALA LUMPUR?

KHALAS

Ketika xenofobia dan dasar meraikan junta, Mahkamah Dunia sabitkan Myanmar lakukan genosid terhadap Rohingya

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) hari ini mendapati Myanmar bersalah melakukan pembunuhan beramai-ramai (genosid) terhadap etnik Rohingya, keputusan yang mengesahkan tindakan tenteranya menindas golongan minoriti Muslim itu ketika masyarakat pelarian berdepan kempen xenofobia (kebencian) di Malaysia.

Keputusan bersejarah itu diumumkan hanya sebulan selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyambut mesra pemimpin junta tersebut, malah berjanji untuk membawa masuk Myanmar ke dalam Asean meskipun rejim itu terus melakukan keganasan.

Dalam penghakiman panjang lebar dibacakan di mahkamah di The Hague, Belanda, Presiden ICJ Yuji Iwasawa dari Jepun, berkata sembilan daripada panel 15 hakim memutuskan bahawa Myanmar telah melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik Rohingya di wilayah Arakan (Rakhine) pada 2016–2017, tindakan yang mencetuskan salah satu krisis pelarian paling buruk dalam sejarah moden.

Menurutnya, rejim Myanmar “membunuh beribu-ribu orang awam Rohingya, melakukan keganasan seksual, serta keganasan melampau terhadap kanak-kanak”.

“Mahkamah yakin sepenuhnya bahawa Myanmar telah melakukan tindakan yang tertakluk di bawah konvensyen pembunuhan beramai-ramai, dengan niat untuk melenyapkan sebahagian besar populasi Rohingya di Myanmar,” kata Iwasawa.

Keputusan hari ini muncul ketika kempen menyemai kebencian terhadap etnik Rohingya semakin tidak terkawal di Malaysia, apabila media sosial dibanjiri ucapan penghinaan, aksi kumpulan yang berkeliaran sambil mengganggu pelarian, serta desakan supaya mereka dihantar pulang ke tangan junta Myanmar.

Keputusan ICJ itu juga menimbulkan tanda tanya terhadap langkah mengejut kerajaan Malaysia untuk menjalin hubungan mesra dengan pemimpin Myanmar, Min Aung Hlaing, yang bulan lalu diraikan di Kuala Lumpur bersama janji Anwar untuk membawa masuk negara itu ke dalam Asean dan memperkukuh kerjasama ekonomi.

Pendirian Anwar itu tidak selari dengan keputusan Asean semalam untuk melanjutkan larangan terhadap pemimpin Myanmar daripada menghadiri mesyuarat sidang kemuncak blok itu, disebabkan kegagalan rejim tersebut melaksanakan pelan damai Konsensus Lima Perkara (5PC).

Dalam penghakimannya, ICJ berkata Myanmar melakukan tindakan yang tertakluk di bawah Konvensyen Genosid, dengan niat untuk menghapuskan etnik Rohingya.

Kempen ketenteraan pada 2016–2017 memaksa lebih 700,000 orang melarikan diri ke Bangladesh selepas jenayah pembunuhan beramai-ramai, rogol dan serangan ke atas kampung dilakukan junta Myanmar. Kira-kira 200,000 pelarian Myanmar, sebahagian besarnya etnik Rohingya, turut mencari perlindungan di Malaysia.

Selama beberapa dekad, pihak berkuasa Myanmar dan gerakan nasionalis yang dipimpin sami ekstremis Buddha cuba menggambarkan Rohingya sebagai orang asing yang tidak sepatutnya berada di negara itu. Mereka berulang kali dilabel sebagai pendatang haram berketurunan Bengali walaupun terdapat bukti lama mengenai kehadiran mereka di Arakan, yang kini dikenali sebagai Negeri Rakhine.

Pihak berkuasa Myanmar telah mewujudkan persepsi bahawa etnik Rohingya bukan komuniti peribumi yang mempunyai hak sah, sebaliknya kelompok asing yang kehadirannya dianggap sebagai ancaman kepada negara tersebut.

Keputusan hari ini merupakan kali pertama ICJ menyabitkan sebuah negara atas jenayah genosid, di samping memberi isyarat terhadap kes yang dibawa ke atas Israel berhubung tindakannya di Gaza yang mengorbankan lebih 100,000 orang awam sejak Oktober 2023.

Ia juga dilihat akan meningkatkan tekanan terhadap Myanmar berhubung layanan terhadap etnik Rohingya, sekali gus menjejaskan usaha beberapa negara sejak akhir-akhir ini untuk menjalinkan hubungan dengan rejim tersebut.

Kempen kebencian

Semakan mendapati sebahagian besar kandungan kebencian di media sosial dipacu oleh bot dan akaun palsu yang menggunakan ratusan video dijana teknologi AI dengan matlamat menyemai permusuhan terhadap komuniti pelarian dan migran, menyerupai apa yang berlaku di Aceh pada 2023 apabila kempen kebencian dalam talian cuba membangkitkan kemarahan penduduk tempatan supaya mengusir pelarian Rohingya, hanya beberapa bulan sebelum pilihan raya presiden Indonesia.

Anwar dan sebilangan kecil ahli politik dilihat bersetuju dengan naratif yang melabelkan pelarian Rohingya sebagai golongan yang mencetuskan kekacauan.

Malah ketika ICJ bersidang menyampaikan penghakimannya hari ini, ahli politik Bersatu, Radzi Jidin, sekali lagi melaungkan slogan anti-Rohingya, dengan mendesak kerajaan supaya tegas mengusir masyarakat pelarian kembali ke Myanmar.

Radzi juga cuba mewajarkan kelakuan kumpulan jalanan yang mengganggu pelarian, dengan alasan mereka muncul disebabkan kegagalan pihak berkuasa, di samping mengulangi naratif TikTok yang menyerang pihak yang mengkritik penghantaran pulang pelarian Rohingya.

“Kalau tidak mahu kami hantar balik, ambillah mereka,” kata Radzi, yang sebelum ini menggesa agar tentera dikerah di seluruh negara bagi menangkap pendatang tanpa izin.

Pada September, Anwar mengulangi naratif yang melabelkan pelarian Islam Rohingya sebagai golongan yang menimbulkan kekacauan, dengan mendakwa mereka “melanggar kampung, melanggar peraturan, buat perhimpunan haram dan mempertikaikan kedudukan rakyat Malaysia”.

Ia disusuli keputusan Anwar membelakangkan dasar kerajaan Malaysia selama ini untuk melindungi pelarian Islam Rohingya yang dilucutkan kewarganegaraan oleh junta Myanmar, di samping pengumuman mengusir ribuan pelarian.


BERPAKAT BERTOLAK ANSUR


BERPAKAT

BERBINCANG

BERTOLAK ANSUR

KUNCI 

PERSERIKATAN

AMIN


PAS-BN rakan setara, tiada pihak boleh tentukan syarat - Mohd Amar



KOTA BHARU: PAS dan Barisan Nasional (BN) perlu menjalin kerjasama politik berasaskan kedudukan sama rata tanpa mana-mana pihak mempunyai kuasa menentukan syarat kepada pihak lain.

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah, berkata kenyataan Pengerusi PN, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berhubung tiada istilah 'Abang Long' dalam cadangan kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan BN adalah tepat.

Katanya, perbincangan antara parti perlu mengambil kira kedudukan politik semasa dengan mengekalkan status quo sebagai asas rundingan seperti pendekatan digunakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

"Itulah asas perbincangan kita. Banyak lagi kerusi lain yang boleh dibincangkan kemudian.

"Kita boleh duduk semeja dan berbincang sesama sendiri. Ia bukan soal satu parti boleh mengarahkan parti lain. Kita tidak mahu bentuk kerjasama seperti itu.

"Tiada siapa boleh menentukan syarat dalam kerjasama ini.

"Keputusan perlu dibuat melalui perbincangan bersama yang membabitkan semua pihak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahmad Samsuri malam tadi, yang menegaskan tiada istilah 'Abang Long' dalam rundingan politik antara PN dan BN, sebaliknya kedua-dua gabungan perlu duduk semeja sebagai rakan yang mempunyai kedudukan sama rata.

Dalam ucapannya pada sambutan ulang tahun ke-70 PAS Dungun dan Himpunan Teguh Memimpin Terengganu (TMT 2.0), Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu, berkata tiada pihak sepatutnya mengharapkan pihak lain melakukan semua pengorbanan atau bertolak ansur dalam rundingan berkenaan.

Kerjasama PN-BN menyaksikan kemenangan dalam tiga PRN berturut-turut tahun ini, bermula di Johor pada Julai, diikuti Negeri Sembilan pada Ogos dan Melaka pada 14 November.

REJIM GENOSID


TAK LAMA DULU

ANWAR

BIN IBRAHIM

SAMBUT HEBAT

KEPALA REJIM

MYANMAR

AMIN

HARI INI SAH

REJIM INI

MELAKUKAN

GENOSID 

AMIN

LU NAK 

CAKAP APA?

KHALAS


Genosid: UK usir atase pertahanan Myanmar


GENEVA: United Kingdom (UK) mengumumkan tindakan mengusir atase pertahanan Myanmar dan menggesa mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ini dilakukan susulan keputusan bersejarah mahkamah yang mendapati Myanmar melakukan genosid terhadap masyarakat Islam Rohingya, lapor Anadolu Ajansi.

Setiausaha Luar UK, Ed Miliband, berkata langkah itu dilaksanakan serta-merta sebagai tindak balas terhadap penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), selain memperkukuh sekatan sedia ada Britain terhadap rejim tentera Myanmar.

"Kami mengambil tindakan segera hari ini susulan penghakiman ini. Selain sekatan sedia ada terhadap rejim Myanmar, kami mengarahkan pengusiran Atase Pertahanan Myanmar dari UK.

"UK juga menggesa satu sesi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) diadakan segera bagi membincangkan penghakiman itu," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mengumumkan rancangan untuk memanggil kuasa usaha Myanmar bagi menyampaikan pendirian UK serta menggariskan langkah tambahan 'dalam beberapa hari akan datang' bagi memastikan pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

"UK bertekad untuk mengambil tindakan dan memastikan akauntabiliti terhadap jenayah kejam ini," katanya sambil mengecam 'layanan mengerikan' terhadap masyarakat Islam Rohingya oleh rejim tentera Myanmar.

Miliband turut menegaskan sokongan Britain terhadap ICJ dan undang-undang antarabangsa, selain menegaskan bahawa Myanmar perlu mematuhi sepenuhnya penghakiman berkenaan.

"Masyarakat antarabangsa kini perlu memainkan peranan dalam menyokong pelaksanaan keputusan, akauntabiliti dan keadilan untuk masyarakat Rohingya," katanya.

"Kita mesti memastikan keputusan mahkamah itu menghantar mesej jelas bahawa jenayah sedemikian tidak boleh dilakukan tanpa sebarang tindakan undang-undang," katanya.

ICJ pada Khamis memutuskan bahawa Myanmar melakukan genosid terhadap masyarakat Islam Rohingya ketika operasi ketenteraan pada 2017 di utara Negeri Rakhine.

Keputusan itu menandakan kali pertama mahkamah tertinggi PBB mendapati sesebuah negara bertanggungjawab melakukan genosid.

Mahkamah turut mengarahkan Myanmar membayar pampasan serta mengambil langkah bagi mencegah pelanggaran seumpamanya daripada berulang.

PEMANASAN GLOBAL



MAKLUMAT INI 

WAJIB DITAMBAH

AMIN

SABAN TAHUN AKAN

LEBIH MELUAS

LEBIH GANAS

AKIBAT PEMANASAN

GLOBAL

KHALAS

PERANAN BERSAMA DI PERLUKAN



TANPA BERSAMA

PN/BN AKAN GAGAL

KE PUTRAJAYA

AMIN




Unknown commented on
 "PARTI BERSAMA ADA PERANAN BESAR"

Wei jangan lagi ramai lagi meriah, lagi banyak berpecah-belah menjadi sikit, bukan sikit sikit lama lama jadi bukit tetapi sedikit demi sedikit menghancurkan sesama sendiri kah kah kah kah


Unknown commented on 
"PARTI BERSAMA ADA PERANAN BESAR"

besama baru tubuh tak dapat undi itu biasa.. PKR parti kerajaan tabur duit tabur janji dah berpuluh tahun wujud masih gagal menang undi apa pasal.. ? kenapa tak suruh bubar PKR.. ini pelik lagi melik

kah kah kah