Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 10 September 2008

SELAMAT BERBUKA PUASA

 

Kuala Lumpur cuaca enak dan gemilang
Macam musim bunga di San Sebastian
Tuan empunya warong jajan senang hati

Kueh gulung makin kecil
Kueh lapis makin nipis
Gula melaka menguli kecil
Ketul ayam makin petite
Semua tanda tanda

Raya lagi 20 hari
Cepat betul hari beralih

Malam kelmarin saya di batu road dan chow kit
Beli buah dan rokok keretek
Belum jam 12.00 malam – banyak warong telah tutup kedai
Tak sibuk tak berpusu-pusu
Tak ade kedai batik
Tak ada kedai songket
Tak ade kedai songkok
Hairan – ini bukan macam tahun dulu
Di kaki lima batu road dbkl telah sediakan tempat niaga
Banyak yang kosong
Tak rebut rebut
Tak rasuah rasuah

Paling menarik – ada banyak warong Bundle dibuka sepanjang batu road
Tanda-tanda masa – tanda-tanda zaman – tanda tanda fulus
Tanda-tanda…. tanda.. tanda apa lagi…. tanda-tanda kita akan dapat kerajaan baru.

7 ulasan:

cucupakkasim berkata...

ketul ayam makin petite..??!! kah..kah..kah.. cantikkkk...

KING CAI berkata...

Jgn lupe perkataan "KAH KAH KAH!" brader.

hafiz berkata...

betul tu bro! haris ini dan hari-hari seterusnya...ayoh kita rayakan kehidupan!

i.k berkata...

kat bundle ada jual manolo blahnik and birkin bags?
kot2 terjumpa bagitau. Nak bagi awek.
Malaysia kan ramai yang kaya pakai beg,kasut satu season je.
Jaket Zegna Samy V kalau ada nak bagi atok kat kampung.
kalau ada baju kurung susuk pesak atau cekak musang atau bulu musang italian silk yang datin, puan sri tak nak pakai pun cun jugak. Adik, kakak mesti suka.

shahrizalisme berkata...

Monsieur,

Di Australia musim bunga sekarang. Puasa bukak awal pukul 6 ptg. Cuaca nyaman kadang2 sejuk pula. Kuih lapis, onde2, murtabak semua takde. Yang ade hanyalah fish n chips, pizza dan lasagna. Tak sedap!

radioroom berkata...

Salam Bro!

Buka posa di Ulsan lagi leceh.....hari hari makan kimchi...:-(

Mujur ada blogs kawan kawan, boleh la jugak ambik tau pasai politik.

Lambat lagi nak balik :-(

Wassalam

Tanpa Nama berkata...

tanda,tanda,tanda,tanda org dah semakin takdak duit lah.