Ahad, 16 November 2008

MADEY : NAJIB PELU HAPUS POLITIK WANG KUASAI PRU-13 -mStar

"Banyaklah kesalahan kerajaan pimpinan Abdullah yang perlu dibetulkan. Kemerosotan ekonomi, kehilangan peluang-peluang kerja, kenaikan harga barang, tidak adanya lagi kontrak bagi kontraktor kecil, semua ini perlu diberi perhatian oleh Najib dan pasukannya," katanya.

Katanya, tindakan berkesan perlu diambil bagi mengatasi masalah-masalah tersebut.

Malah tegas Dr. Mahathir, pemimpin-pemimpin Umno menghentikan amalan penyalahgunaan kuasa untuk memperkayakan ahli keluarga bagi menarik balik sokongan pengundi-pengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

"Di masa yang sama penyalahgunaan kuasa untuk memperkayakan ahli keluarga perlu dihentikan. Cara hidup yang mewah yang diamali oleh pemimpin-pemimpin parti dan kerajaan perlu dihentikan," katanya.

Jelas beliau, kontrak-kontrak perlu diagih dengan adil kepada semua pihak dan tidak hanya kepada orang tertentu diantara pemimpin politik sebagai sogokan untuk mendapat sokongan.

"Kerosakan besar yang kedua, yang berlaku dan berkembang semasa kepimpinan Abdullah ialah rasuah di kalangan pemimpin dan ahli Umno di semua peringkat," katanya.

kah kah kah…. mahafirauan ingat bila rasuah mula…. kah kah kah…. apa punya tuuuur… apa mahafiraun ni ingat rasuah baru mula sabtu lepas….. kah kah kah kah kah…

zaman mahafiraun memerintah…… kah kah kah…. politk wang dah hebat….. kah kah kah… melayu mudah lupa….. kah kah kah…. mahafiraun lupa dia menangis kerena rasuah dalam united malays national organsation….. kah kah kah….



13 ulasan:

Bijen M. berkata...

tapi dia xpikir pulak amalan penyalahgunaan kuasa waktu dia memerintah..
tapi yala..
time tu suma dok pakat undi dia..

Tanpa Nama berkata...

bila dia jadi blogger dan mula blogging,baru dia dapat tahu benda ini semua ada terjadi,madey..!madey..!

Tanpa Nama berkata...

Sejurus selepas menikmati secawan kopi dan memerhatikan gelagat dua ekor kucing bermain-main dari tepi jendela.... rasuah yang berleluasa melibatkan pemberi & penerima -makanismanya .

pada prinsipnya untuk melancarkan pergerakan makanisma ini maka perlu ada pelincirnya ( sogokan imbuhan ) dalam bentuk wang, harta bolih alih, harta tetap,khidmat seks.

Struktur rasuah dalam kontek orang malayu yang berkuasa ( Bureaucrats) disebabkan kedudukan umpamanya kakitangan kerajaan, dari peringkat pegawai sehingga ke pemandu kereta jabatan agak memalukan dan konsisten . Seorang towkay cina akan memberi wang kopi pada pemandu kereta kerajaan yang menghantar kereta untuk dibaiki sebanyak RM10.00 untuk mengesahkan bil tuntutan bayaran bagi kerja membaiki sebanyak RM700.00 atau seorang pegawai kerajaan berseronok "berkaraoke" dengan minuman dan dua dozen kepak ayam & keropok menyanyi semalaman bertemankan wanita filipina atau mak indon yang di biayai olih kontrektor berbangsa tionghua untuk melunaskan bil berjumlah RM2,000.00 untuk meluluskan kerja-kerja kontrek kerajaan dimana dia perolehi dari En. Samad kontrektor asal yang mendapat kontrek tersebut.

Yang lebih sedih lagi bila pencari fail dan ragam budak pejabat yang akan membuat kerja walaupun diwaktu rehat masa kerja sekiranya orang awam, En. Samad, Wilson Lee, Raja Petramani sanggup memberikan RM10.00 untuk mendapatkan dokumen atau carian fail dalam urusan di pejabat tanah atau majlis tempatan.

bagi saya isu rasuah ini berakar umbi dari "rumah" dan bukan pucuk pimpinan. Pucuk pimpinan merupakan fasilitator .Orang melayu harus dipersalah kan kerana mereka inilah punca kepada rasuah . Orang melayu pengamal rasuah sebab mereka berkuasa dan ada kuasa (tanda tangan mereka diperlukan atau mata meraka harus dipejamkan).Rasuah dikalanga orang tionghua dan orang india sekadar untuk mempercepatkan proses dalam urusan dengan institusi milik kerajaan dan mendapat peluang merebut aktiviti ekonomi. Struktur yand sedemikian ini akan meruntuh dan memusnahkan system ekologi sosial bangsa melayu Perlu diingatkan tidak ada satu bangsa yang maju apabila rasuah berleluasa didalam ethnic itu sendiri kerana ia menidakan ahli dikalangan angota ethnic yang betul-betul ingin berjaya. contoh ini mengklasifikasikan iaitu angota masyarakat yang rasuah tidak akan dapat bertahan dan berjaya untuk bersaing .nasib orang melayu, meraka yang tempah sendiri ."harapkan pagar, pagar makan padi" orang melayu itu akan menjadi satu masyarakat yang ter"jarjis" dimasa hadapan . Inilah peningalan untuk cucu-cicit kita. nauzzubillah - Alanden

jab sp berkata...

pelupur melayu mudah lupa ingatkan orang melayu memang telah lupa apa yang pemimpin umno dan bn setiap peringkat telah lakukan.habis khuyub depa sapu,dan disebabkan apa yang nak disapu hampir kering,fatwa baru di keluarkan olih madey

Tanpa Nama berkata...

Apa ni Madey asyik merepek. Semua tahu rasuah tingkat tinggi sudah membatin khasnya di kalangan orang UMNO, tentunya yang berpangkat tinggi lebih sakan lagi budaya menerima dan memberi rasuah. Cara paling berkesan untuk menghapusnya adalah dengan menafikan orang UMNO berkuasa dan memilih parti yang baharu misalnya PR memerintah, itupun parti baharu itu mesti mula mengakarumbikan budaya nirrasuah, jka tidak ia akan semula sama dengan UMNO. Biar UMNO musnah baik dengan cara semulajadinya( rasuah merobek kewujudannya) atau rakyat sama-sama bantu menafikan UMNO tidak lagi boleh berkuasa seperti menolak orang-orangnya dipilih sebagai Wakil Rakyat. Nak harap Madey menasihati orang UMNO hapuskan rasuah sama seperti 'menghabis boreh den ajo'
Kalau Pak Lah seorang pemimpin kaki tidur, tak berminat nak memimpin dan tak tahu apa itu memimpin sebuah negara apa kurangnya Madey yang tak faham-faham dengan orang UMNO sudah sepenuhnya dirasuk dek amalan rasuah apa lagi nak ditunggu. Buangkan UMNO!
Madey, sebelum dia mati, dan AI masih ada potensi sebagai PM dia akan terus cuba menyibuk sana sini dan mencari jalan yang AI digagalkan dalam impiannya nak jadi PM Malaysia.

Quantum Metal Consultant berkata...

Rasuah dah berlaku awal dari zaman sebelum mahathir, dari zaman sebelum zaman zaman mahathir dan berlaku sebelum zaman zaman zaman mahathir dan dah berzaman zaman zaman..

Klentong mat tiub pun dah bermula dari zaman sebelum mat tiub dan sebelum zaman zaman mat tiub..

Cuma rasuah sekarang lebih ketara dari sebelum dan jika tidak dibendung akan lebih ketara ketara lagi dan merebak menjadi ketara ketara ketara hebat..

Itu saja Madey dan RAMAI ORANG nak katakan..

Tanpa Nama berkata...

dia ni dah nyanyok kot..
gila ka apa cakap bab rasuah...
hang tak rasuah ka woi..
hang ni HARAM JADAH la madey..

Oleh admin Bebas Malaysia berkata...

nyanyuk!!!

Gila!!!!

Gila Kuasa!!!

Dia buat lawak bangang.. Dia ingat dia baik sangat..

Kah kah..

Pakcik Isham, arituh masa forum 10 tahun reformasi aku rasa agak frust sikit..

hehe..

Sebab kenapa anak-anak muda yang bawahan umur pada masa reformasi tidak dinamakan salah satu kejayaan reformasi..

Ramai pada masa reformasi itu berusia dalam lingkungan 14 tahun ke bawah cuma ramai yang bersembunyi kerna umur yang belum matang untuk berkancah dalam reformasi atau takut dibuang sekolah..

Tapi anak-anak muda itu sekarang sudah berusia 20an keatas dan sudah layak mengundi.. Bukankah itu juga satu reformasi ke atas anak-anak muda..

Itu kan juga kejayaan reformasi meski sikit...

;)

Unknown berkata...

Orang tua ni dah lupa, memang dia mudah lupa, dialah orang yang mula-mula merosakkan UMNO.

painah berkata...

Rasuah berleluasa ketika zaman dia dan spt biasa dia menuding jari kpd org lain (pak lah).

Dia tak pernah mengakui bahawa ketika zaman pemerintahan kukubesi dialah Melayu mula berpecah dan utk menutup kesalahan, dia berkata "melayu mudah lupa". Apa yg dia buat ditopengkan atas nama melayu tetapi suku sakat kroni moni dia yg kenyang.

Rakyat terus terpinggir dan kini spt selalu dia akan beretorik ngan kata2 busuknya.

rasuah kunun ....

cukupla busuk bau mulut kau tu.

Apa menteri nazri nak cakap pasal ni. Masa mahathir jadi tuan, nazri nilah yg jadi kaki pukul dia tapi nampak dah mula gaduh ngan suara yg sumbang. .......

Sekali mahafiraun seumur hidup mahafiraun

Tanpa Nama berkata...

Orang Melayu dan umno rosak disebabkan Madey. Rasuah sebelum Madey mungkin ada tapi "terkawal". Rasuah bertambah dan bertambah dan terus menjadi darah daging Melayu umno bermula dari pemerintahan diktator mamak melayu bernama Madey. Siapa yang memperkenalkan 'undi bonus' dalam pemilihan umno kalau bukan Madey?! Undi bonus is equivalent to rasuah and equivalent to salah guna kuasa! Zaman Tun Hussein Onn ada dengar pasal rasuah dalam umno? Zaman Tun Razak, ada dengar pasal politik wang? Zaman Tunku, orang langsung tak tau apa itu 'politik wang'! Jadi Madey adalah pelopor rasuah dalam umno dan yang menanamkan bibit-bibit rasuah dalam jiwa orang Melayu, khasnya umno. Masalahnya, masih ada lagi orang Melayu umno yang masih tak henti bodohnya dalam mengagongkan Madey! Kesian..........


Chiselstone

Tanpa Nama berkata...

mahathir tidak pernah walau sekalipun mengkritik diri dia sendiri ataupun mengakui kelemahan sewaktu dia jadi PM.jangan lah nak kata masa dia jadi PM semunya "suci murni bersih".mesti ada "kesan kotoran" kat mana-mana.

Mahathir hanya nampak kesalahan orang lain sedangkan kesalahan tersebut sudah wujudpun ketika dia menjadi PM sebelum ini.

sekarang ini semuanya serba tidak kena pada Mahathir.atau dia nak tunggu mana-mana pemimpin atau PM yang boleh ikut cakap dia baru dia boleh tutup mulut?

bau busuk yang jauh dapat dihidu tapi tahi berdekatan tak nampak pula.

Unknown berkata...

Mahathir tak pernah fikir ke yang benda ni jadi jugak masa dia jadi PM dulu.macam lawak jugak la dia kata benda ni sedangkan benda ni ada berlaku sebelum ini.

kerajaan pimpinan Pak Lah diwarisi dari siapa.mestilah dari Mahathir.tapi takkanlah Mahathir nak cari kesalahan sendiri.mestilah dia cari kesalahan orang lain supaya orang tak nampak salah dia kan.hehehe.