Ahad, 16 November 2008

RM525 JUTA PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI DIGUNA BINA RUMAH 15.000 KELUARGA MISKIN TEGAR – bernama

PANTAI REMIS 16 Nov. Sebanyak RM525 juta daripada pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini akan digunakan untuk membina rumah bagi 15,000 keluarga miskin tegar di seluruh negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, semua keluarga miskin tegar itu akan memiliki rumah sendiri dengan dua atau tiga bilik.

Pembinaan rumah ini akan menyelesaikan 90 peratus masalah rumah keluarga miskin tegar kerana dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), jumlah rumah yang akan dibina adalah sebanyak 20,450. Datuk Seri Najib telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membolehkan pembinaan rumah ini dijalankan secepat mungkin, kita akan mulakan pembinaan ini tahun depan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Apa Khabar Orang Kampung di Kampung Matang Acheh, Pantai Remis di sini hari ini.

Beliau berkata, kerja-kerja pembinaan rumah ini perlu dipercepatkan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi di semua kawasan yang terlibat.

kah kah kah….. 15,000 buah rumah !..... kah kah kah…. RM525 selesai masaalah perumah untuk 15,000 keluarga! ….. kah kah kah….

kah kah kah….. duit ini sama banyak dengan duit komisen yang isteri razak baginda dapat….. kah kah kah….

kah kah kah…..duit banyak ini sama macam duit komisen beli sukhoi…. kah kah kah

kah kah kah….. kalau tak beli kapal selam 2 bilion ringgit SELESAI SEMUA MASAALAH PERUMAHAN DALM NEGARA INI…. kah kah kah…. ini bukan tt yang cakap…. kah kah kah…. ini munkeee mi no spik inglis yang bagi tahu….. kah kah kah




10 ulasan:

jab sp berkata...

1-jika dekat pilihanraya"TIADA KEMISKINAN TEGAR DIMALAYSIA.
2-bila PRU masih jauh:RM bla bla bla disediakan untuk rakyar termiskin.
3-nak bagitau kepada makluk makluk yg tak pernah guna otak sendiri bahawa negeri/negara maju telah tercapai:pendapatan isi rumah bulanan :RM480 sebulan.
4.bila PR Selangor naik takrif kemisikinan kepada RM1500.00;Toyo bercakap,rakyat telah menjadi miskin dibawah Khalid Ibrahim.

Tanpa Nama berkata...

Kita tunggu betulke rumah murah berkualiti bagi 15,000 boleh dibuat. Rumah berkualiti mesti mempunyai ruang yang luas bagi penduduknya bergerak, sistem pengaliran, saliran, ada taman berkreasi, ada surau, ada tempat boleh menunggu bas awam, jangan nanti dah siap kelompok rumah itu tak ubah seperti rumah padat-padat dan tidak lama kemudian menjadi sebuah penempatan yang kumuh seperti banyak projek rumah kos rendah untuk rakyat yang ada sekarang, Sebahagian besar drp RM525 tu mesti ke poket lain. Orang UMNO tetap tanya pada Najis' Tak ada apa-apa kut untuk kami". Siapa kan audit perbelanjaan itu? BPR? Panjang umur kita tunggu projek ni.

Tanpa Nama berkata...

baguslah,jangan nanti 30% advance payment main cont dapat,sub-kon pada sub-kon pada sub-kon pada sub-kon buat kerja duit tak dapat dari main-kon,lepas tu terbengkalai sampai 7-8 tahun...

Kenariterbang berkata...

Salam,
Benda yang elok untuk rakyat tak payah la permainkan. Benda yang tak baik barula dikritik.

Tanpa Nama berkata...

to kenariterbang>

org kutuk2 ni bukan tak bersyukur.
tp kita kene tengok result2 yg lepas2. dr situ kita berfikir dan membuat konklusi bahawa biasa nya apa yg kerajaan buat utk rakyat miskin ni, akan ada banyak masalah dan pelbagai alasan. secara fizikal/media cetak akan cakap baik2.
tp kalau bab2 nak tolong syarikat2 besar(kroni) tp dia pusing ayat cakap nak tlg ekonomi negara ( sebenarnya ekonomi kroni mereka), time tu cepat jek, tak payah wat persidangan ape2 terus lulus..
cthnya tengok 5billion dr KWSP ntah kemana dah lesap...HASIL TADAK>


tp disebalik tu, kerajaan mungkin akan dapat menjimatkan lagi dr kos2 tersebut kalau dibuat secara telus.
bukan nye nak main kutuk jek, tp mostly that is the case.

hang jangan dok percaya la, die org nie cakap jek manis...
tengok la seko2 naik kerete ape, duduk kat mane...mane ade jiwa rakyat nye...tok guru nik aziz jek berjiwa reakyat btol2 nye.

Tanpa Nama berkata...

Maseh belum terasa nak mula kerja dipejabat pagi ini.... Rumah adalah satu keperluan asas bagi yang berkeluarga atau bujang tak kira apa bangsa , warna kulit dan bahasa pertuturan .

Satu -satu bangunan rumah itu harus ada ruang tamu, bilik tidur, ruang makan, bilik mandi dan dapur . Dibandar kosmopolitan KL keluasan yang paling kerdil pembinaan satu unit rumah pangsa ialah lebih kurang 560 kaki persegi. kalau dikawasan kampung rumah "PPRT" hanya memiliki satu bilik dan kelengkapan asas .
Keselesaan adalah subjektif dan bergantung kepada jumlah penghuni atau ahli-keluarga . Orang melayu lazimnya mempunyai keluarga yang sederhana besar contohnya tiga atau lima orang anak tak kira latar belakang socio ekonomi . Ini disebabkan orang melayu berpendapat banyak anak selesa dan senang pada hari tua (jangan lupa dirumah kenangan ramai ahli penghuninya orang melayu yang ada keluarga).

Melayu, Cina dan India sama saja profil keluarga jumlah agak besar olih itu tak sesuai untuk rumah atau rumah pangsa yang kecil keluasan binaanya. Itu sebab mereka tidak dapat menerima unit unit kecil yang mampu disediakan olik kerajaan.

Berlainan sekiranya kita tengok dan lihat pendirian masyarakat orang Jepun . Di Jepun rumah bersaiz kecil. Olih kerana pembinaan plan lantai dan atur susun struktur maka pengunaan keluasan lantai yang minima itu dapat digunakan secara optimum. Contoh nya ruang tamu yang jugan digunakan sebagai ruang makan dan bilik tidur di malam hari.

Olih itu konsep rumah "PPRT" harus lebih efektif sebagai memberi keselsaan kepana penghuni dengan mengambil kira struktur keluarga penduduk tempatan dan penyediaan plan bangunan dan binaan dalaman yang kreatif dan innovatif bertemakan "multi purpose usage"

- Alangden

Tanpa Nama berkata...

Muhd Taib buat kee???? Boleh Caya keee????? Jawatan Kuasa kee??? Pertumbuhan ekonomi ksn setempat ke ?? atau pertumbuhan ekonomi ahli UMNOK keee?? atau petumbuhan ekonomik mat-mat indon keee???? Insyaallah sy nak tgk nti wahai Najib n Muhd Taib

Tanpa Nama berkata...

Cubalah bersikap positif dengan cadangan kerajaan. Ini tak, semua nak dihentam...

4942 Jalan Bangau berkata...

kesian nyer nko nih.

Tanpa Nama berkata...

tipuuu..kerajaan tipu..skrg baru nak bg macam kt rakyat.. aku nengok muka bakal pm ke6 kt tv pun dah naik muak..sam jgak ngan channel tv1,2,3..byk mengampu dan dipergunakan 100% oleh kerajaan..sebutan paling aku benci ketika bakal pm ke6 ni sebut ialah 'MEMPERKASAKAN'.. buelkk! nak muntah aku..aku mmg harap ssgt agar dier ni tak jadi sbg pm ke6.
dlm bujang lapok p.ramlee dah kata dlm skripnya yg alif mim nun wau tu adalah sarkis(sarkas) yg byk guna trick utk menarik perhatian penonton..umno pun samalah byk guna trick utk tarik perhatian rakyat..aku rasala umno ni ni mmg mmg dr zaman p.ramlee lg guna trick utk tipu rakyat..pasal tu la p.ramlee sindir melalui filemnyer..bukan secara kebetulan lg..sah mmg betul2 p.ramlee maksudkannyer..