Selasa, 20 Januari 2009
200,000 PEKERJA HILANG KERJA - melayau
KUALA LUMPUR 19 Jan. – Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan 200,000 pekerja di negara ini terpaksa diberhentikan berikutan merudumnya ekonomi global berbanding 85,000 pekerja sewaktu kemelesetan ekonomi 1998.
Menurut MEF yang dianggotai 4,500 majikan itu, kemelesetan ekonomi global 1998 hanya membabitkan peringkat Asia berbanding krisis semasa yang lebih meluas kesannya.
Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan berkata, sektor yang terjejas teruk pada masa ini ialah industri komponen elektronik dan elektrikal apabila ada di antaranya tidak menerima tempahan produk untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
PEKERJA CUTI SEMENTARA MENINGKAT - melayau
KUALA LUMPUR 19 Jan. - Jumlah pekerja kilang yang akan diberi cuti sementara oleh majikan ekoran kegawatan ekonomi global mungkin meningkat pada hujung bulan ini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, pihaknya tidak dapat menganggarkan angka sebenar yang akan diberi cuti sementara itu, tetapi jumlah tersebut sudah pasti melebihi 45,000 pekerja.
Menurutnya, pemberian cuti sama ada cuti bergaji atau tanpa gaji selama dua atau tiga minggu itu adalah salah satu cara majikan untuk mengatasi masalah kekurangan pengeluaran syarikat masing-masing.
NEGARA MILIKI ASAS KUKUH – ISTERI ROSMAH - melayau
KUALA LUMPUR 19 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta para pelabur asing dan tempatan agar tidak merasa resah atau gelisah dengan kekuatan ekonomi negara ini.
Jelas Timbalan Perdana Menteri, negara memiliki asas yang kukuh dengan lebihan dagangan yang sihat dan rezab antarabangsa yang mencecah RM316.8 bilion dan
memastikan ekonomi negara berada dalam keadaan baik sepanjang tahun ini.
kah kah kah…. kah kah kah…. NEGARA MILIKI ASAS KUKUH ?.... kah kah kah..
woit…. terok laaaa mat mongol ini….. mana munkee ni punya otak… tak kan ngok sangat…. rakyat dah mula hilang kerja…. munkeee ni masih nak lebong… kah kah kah…
woit…. cukuplaaa …. jangan tipu melayu…. hentikan projek membodohkan melayu… cukuplaaaaa…. dah ramai melayu bodoh…. cukuplaaa… kah kah kah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
Salam Tuan,
Kami pekerja kilang di Pulau Pinang dah semakin terasa bahang dan kesannya... mula-mula.. cuti.. lepas tu... hilang kerja.. lepas tu..????
Waduh-waduh macamana macai-macai Indon,Bangla ,Yaman , Pakistan, Afrikaan nih nanti masyuk hero gerombolan mana Bn bakal pengundi hantu atau jadi hantu untuk cari makan kerja sudah jadi ciput macam mana nak rasuah ka nak bayar tol ke kena bayar uptikan kan jadi sesak penjara...
yang hilang kerja, yang bersara yang ditamatkan kerja...alhhai duit sudah dihabikan diKT
rezab 316.8 billion tu termasuk duit epf dan tabung haji sama ka?.kalau termasuk alamat lingkuplah duit aku
Salam bro Isham,
Apa yang F.A.Z.R.U.L.L.S tu kata mmg betul. This CNY, mmg banyak kilang tutup 3 minggu sampai Februari. Lepas tu tak taula whether they still want to operate or not. Nowadays pon banyak yg beroperasi mcm chipsmore, sat ada sat tadak. Yg company Polyglass Fibre yg masuk NTV7 news semalam tu, kes nya depa nk buang pekerja local and keep foreign worker. Alasan mudah aja, foreign worker ni gaji murah pastu tadak demand tu demand ni. Yalah... depa bukannya bayaq sewa rumah, keta motor, anak skolah. Kalau ada pon mungkin belanjanya tak seteruk kita. Dok pulak setinggan tak pon 20 orang serumah. Mmg situasi sekarang ni sangat meruncing dalam sektor industri di Penang ni. I just pray for the best to all of us. Insya Allah. Moga2 ekonomi kita akan pulih segera.
-pisang susu-
[Tanpa Nama]
- That is truth...that the current fact and situation.. and the goverment must do it something..
Nasib pekerja malaysia telah digugat....tergugat..
Berita Terbaru: TNB Loss RM944J....Abihla duit KWSP kena korek lagi buat bailout....granse
Pekerja-pekerja yang dibunag kerja atau bakal dibuang kerja disyorkan cari pekerjaan lain secepat mungkin supaya dapat meneruskan kehidupan. Kalau dah tak tau nak kerja apa, join je MLM...
Catat Ulasan