Isnin, 15 Jun 2009
JANGAN TUAKAN ANAK MUDA
PINDAAN PERLEMBAGAAN PARTI KEADILAN RAKYAT'
Empat usul lagi ialah mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun; memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa; memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti; menukar istilah bahagian kepada cabang, cawangan kepada ranting, majlis kepimpinan tertinggi kepada majlis pimpinan dan badan perhubungan negeri ditukar kepada majlis pimpinan negeri.
Pengarah Komunikasi, Jonson Chong, berkata dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan, pindaan itu diterima seperti peruntukan Perkara 31.1 perlembagaan PKR.
Dalam satu kenyataan, 941 perwakilan bersetuju dengan pindaan itu, 103 menentang dan sembilan lagi bersikap berkecuali "selepas pengiraan undi penuh emosi". (malaysiakini)
ANGKATAN MUDA PKR ORANG TUA
Parti Keadilan Rakyat baru sahaja meminda dan mengubah perlembagaan parti untuk menjadi satu gerakan yang lebih demokratik. Ini satu yang amat baik. Tetapi demokratik bukan hanya pada perlembagaan. Perlembagaan parti adalah untuk menjadi rujukan dan semangat perjuangan.
Satu pekara yang amat menonjol ialah had umur Angkatan Muda - di turunkan dari 40 tahun ke 35 tahun.
Ini kerja bangang.
Satu Malaysia tahu sesiapa yang berumur 35 tahun BUKAN anak muda.
Tiga puluh lima tahun ialah umur orang tua.
Kalau di kampong sudah ada tiga anak. Kalau di zaman Jepun mungkin sudah ada menantu. Kalau kahwin janda telah ada anak lima.Tidak percaya? Sila tanya PM kita.
Bayangkan – kalau umur 30 tahun : Kalau sawit sudah empat kali tanam semula. Kalau getah sekerap pun tak ada lagi. Kalau pokok durian kampong sudah naik saka. Kalau pokok kelapa hanya berbuahkan mumbang.
Anak Muda ertinya mereka yang berumur 16 tahun hingga ke 25 tahun. Malah 25 tahun pun agak telah agak kotai.
Tidak ada anak muda yang dapat beridentifikasi dengan orang tua berumur 35 tahun. Ertinya Angkatan Muda PKR akan di pimpin oleh ORANG TUA.
Anak Muda telah bosan dengan orang tua. Dengan idea tua. Dengan perangai tua. Dengan gaya hidup tua. Umur 35 tahun bukan anak muda tetapi telah menjadi Mat Dangdut.
Anak Muda mahu di lihat cool. Mahu dilihat rock. Mahu mengubah dunia. Mahu melakukan apa sahaja yang MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH - bukan kah ini senikata lagu resmi PKR ?
John Lennon mengubah dunia ketika berumur 23 tahun. Nabi Isa mengubah dunia ketika berumur 26 tahun. Karl Mark menulis Phd nya ketika berumur 19 tahun. Orson Wells membuat Citizen Kane ketika berumur 27 tahun. Ahmad Boestaman memimpin API ketika berumur 19 tahun. Ong Boon Hua aka Chin Peng memimpin warga Perak mengangkat senjata menggempur tentera Jepun ketika berumur 17 tahun.
Hanya Anak Muda yang boleh mengubah dunia.
Umur 35 tahun adalah Mat Skema.
Siapa agaknya diantara 103 yang menentang pindaan perlembagaan itu. Jika undian yang mementang datangnya dari anak muda – yakinlah tidak lama lagi AMK akan menjadi gerakan Mat Dangdut.
AMK wajib diubah untuk dinamakan Angkatan Masyarakat Kotai. (TT)
NOTA : Kalau tidak tahu makna kotai jangan jadi rakyat Malaysia. Pindah ke Saudi Arabia pergi jaga Makam Nabi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
27 ulasan:
sham
ayam katek tu nak letak mana?
Tapi banyak sosok manusia yang membuat sesuatu impak/dampak besar tidak berusia bawah 30 tahun.
Bagaiamana Ibu Teresa, Sukarno, Ho Chi Ming, Mahatma Gandi, Raja Petra Kammarudin, Nabi Muhamad, Ibrahim Lincon dan aden kiro ada banyak lagi?
adakah maksud anda negara harus dipimpin orang muda?
wujudkan kembali Golongan Muda dan Golongan Tua?
begitu?
Mansuh kan AUKU...
baru org muda lg bebas berfikir..
Hahaha...
Sememangnya umur 30an tu dah 'old school' sangat. Gua terlalu setuju.
Hahaha...
kepala hotak ko laa isham. besday aku baru 3 hari lepas. baru masuk 33. tak pasal2, aku baca blog ko ni terus rasa macam dah tua sangat.
cissss...blah la lu.
aku masih dengar lagu napalm detah lagi tau...
Rosli Dhobi menumbangkan Penjajah Sarawak sir duncan pada umur 17 tahun !
Amboi sampai jaga makam nabi.awat?
umur tak ponting.. walaupun gua dah nak masuk 75 tahun ujung bulan ni.. cucu pun dah ado 6 orang... tapi yang ponting jiwo kono mudo bro..
Dey Isham.
Banyak keras ngko punya komenlah Isham, nanti supporter PKR kasi baling telor sama ngko, baru tau. Dulu masa aku umur 17 taun, aku sudah jadi pemimpin Belia Bell Tamil Estate Sungai Siputlah Isham. Itu time Samie Velo baru mau jadi ahli Emm Ai Cee cawangan Sungai Siput.
Ayoyo kadayvale ......
- Tamilselvam
MIC mungkin berpecah masuk DAP atau PKR?
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/29556-a-brutal-fight-on-the-cards-in-mic
Nak..nak..nak pi! nak pi jugak la Mekah. Tapi duit lum cukup lagi. Nak buat haji ngan nak tengok makam Nabi.
Moga MASIN kata2 TT itu. aminn.
Aminnnn..
Aminnnn..
Aminnn..yarabbal a' lamin.
apa la lu isham
lu mau gua email lu artikel pasal saberkas,....
untuk orang2 muda dan belia di sarawak
u tau sapa pengerusi??
cm??
u tau brapa dia punya umur??
ha ha ha
tu lagi ok kasi turun
takkan nak letak 21
apa da lu!!!
21 daftar pun kurang mengundi dalam umur 22 23 24
itupun kalau daftar
lu ada daftar ka isham?!
by the way nice posting
tapi angin sikit
amenda la!!!
Young men are smart but not wise! hau hau hau hau....mcm wine daa orang tua!
sham! kepala otak kau memang bergeliga. aku dah lama terasa .tapi tak terlintas untok menulis tentang had umur pemuda. aku rasa 30 masih ok lah memimpim pemuda. pas tu dah tak buleh. kita masti bagi peluang kat pemuda memimpim pemuda.
John lennon bersama kawan2 the beatles memimpin dunia muda pada usia muda...dapat MBE pada usia 25 tahun, pulangkan balik MBE pada usia 29 tahun....
hehheheehe...hidup orang muda...
he...
Live fast die young baby....
PINANG KOTAI ADO LAIEE KOR BRO????
ni gua tak setuju dengan lu hisham. Lu bagi pandangan yg amat dangkal tentang nilai anak muda. Lu letak gaya hidup orang tua pada umur orang muda..sape suruh? Bangang jugak lu ni rupanya. Selama ni gua ingat lu punya idea advance dr komunis. rupanya lebih kurang bebal jugak dgn gerombolan. kahkahkahkah.. hang tu pun da tua...mana tau hal anak muda...poraahhhhh!!!!!!!!
sure tak siar komen gua..kah kah
Anak muda 33 tahun.
K.L.
salam bro isham,
lama aih tak baca blog hang. bz... apa nk buat. Anyway, aku paham maksud bro, meaning by opening the membership of angkatan muda to the "real" young generation will help them to grow up faster and we'll have younger leaders. Ini age mid-life crisis yg dianggap pemuda. Takleh terima la bro. I have no idea however about US' politicians. Are they to start at a very young age cuz I see Obama is young. And brillant as well. Just my 2 cent.
-susu kocak-
Aku akan Mati muda pada umur 90 tahun!!!
BETUL TU BRO TT...
35 TU DAH TUA ...
ORANG TUA SELALUNYA DAH PAKAI BAJU BATIK LENGAN PANJANG...
ORANG MUDA TAK....
amboi.
marah na nampak bang.
betul2 muda ni.
kah kah kah.
Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan “kotai” sebagai 1. terkelepai, terkulai, tergantung (seperti dahan patah); 2. kurus kering (tubuh), tua; tua ~ sangat tua; 3. kering (seperti buah yang dijemur); nyiur ~ buah nyiur yang dikeringkan untuk dijadikan benih; pinang ~ buah pinang yang tua dan sudah dikeringkan.
Revolution(the Beatles)
Lennon/McCartney
Lyrics:
You say you want a revolution
Well, you know
We all want to change the world
You tell me that it's evolution
Well, you know
We all want to change the world
But when you talk about destruction
Don't you know that you can count me out
Don't you know it's gonna be all right
all right, all right
You say you got a real solution
Well, you know
We'd all love to see the plan
You ask me for a contribution
Well, you know
We're doing what we can
But when you want money
for people with minds that hate
All I can tell is brother you have to wait
Don't you know it's gonna be all right
all right, all right
Ah
ah, ah, ah, ah, ah...
You say you'll change the constitution
Well, you know
We all want to change your head
You tell me it's the institution
Well, you know
You better free you mind instead
But if you go carrying pictures of chairman Mao
You ain't going to make it with anyone anyhow
Don't you know it's gonna be all right
all right, all right
all right, all right, all right
all right, all right, all right
Availability:
1967-1970 (Blue Album) (CD)
Past Masters Volume Two (CD)
Hey Jude (US)
Hey Jude (UK 45)
Hey Jude (US 45)
Lead Singer: John
Recording: 7/9/68, 7/10/68, 7/11/68, 7/12/68
Mixing: 7/12/68, 7/15/68, 12/5/69
Length: 3:21
Take: 16
http://www.youtube.com/watch?v=87yq372R4Ts
a cool song uncle TT, a cool song....untuk orang2 muda...:-)
kah...kah...kah..Isham ketua persatuan Rockers tua...kah..kah
Catat Ulasan