Selasa, 21 Julai 2009

KES PELIK - BACA SEKALI LAGI – APA JADI DENGAN KES INI ?



DARI ARKIB MALAYSIAKINI
19 Jan 2009


Selepas mendiang A Kugan didakwa mati sewaktu dalam jagaan polis, kini pemimpin Umno Maran, Pahang pula mendakwa dibelasah oleh sekumpulan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Halimi Kamaruzzaman, 46, mendakwa beliau dipukul sepanjang empat hari ditahan reman di pejabat SPRM Kuantan pada mulai 23 Januari dalam siasatan berhubung politik wang.

Penahanan itu didakwa berkaitan siasatan terhadap anggota Majlis Tertinggi (MT) dan ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Norza Zakaria.

Pemimpin Umno itu bagaimanapun menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan Norza.

Beliau juga menyifatkan penderitaan yang didakwa dialaminya itu dengan kem penyeksaan Abu Ghraib di Iraq sewaktu pentadbiran Saddam Hussein.

Dalam laporan polisnya semalam, ahli jawatankuasa Umno Maran itu mendakwa tiga pegawai SPRM termasuk seorang ketua unit menumbuk "kepala, perut dan bahunya bertubi-tubi".

Halimi juga mendakwa beliau di tendang di bahagian rusuk, dipaksa bertelanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan berbogel.

"Pegawai yang dikatakan ketua unit (siasatan) ini telah mencekik saya sehingga saya tidak dapat bernafas sambil menolak saya ke dinding," laporannya di balai polis Damansara, Petaling Jaya.

"Mereka telah mengugut saya bahawa isteri saya akan ditangkap dan dibogelkan jika saya tidak membuat pengakuan bahawa Norza Zakaria-lah yang menyuruh saya untuk memberi duit kepada ahli-ahli Umno yang terbabit," dakwanya lagi dalam aduan polis tersebut.

"Seorang pegawai telah mengugut untuk meletakkan puntung rokok yang dihisapnya pada kemaluan saya."

Norza sewaktu dihubungi Malaysiakini hari ini enggan mengulas dengan alasan beliau sedang disiasat.

Beliau juga berkata tidak mengetahui laporan polis tersebut.

Pengarah siasatan SPRM Mohd Shukri Abdull pula berkata suruhanjaya itu menyerahkan kepada polis untuk menjalan siasatan terhadap dakwaan Halimi dan enggan mengulas lanjut.




13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ha ha ha ..nie dah mcm kes di larikan UFO ...semua org kat USA penah di culik UFO utk kajian ilmiah ...berduyun2 org Amerika masuk OPRAH , Jerry Springer Show kata penah di khalwatkan UFO .
sekarang semua aduan2 tentang SPRM dah keluar ...SPRM nie macam ALIEN lah kira kidnap org

Ikhwan Muslimin berkata...

Beware! AMENO (Full of SHIT) Spin Doctors at work! AMENO goon claiming that he was abused? Fat chance! STOP ALL THIS CRAP! DO YOU THINK ANY SANE MALAYSIAN WILL BELIEVE YOUR BULLSHIT?

Tanpa Nama berkata...

Gestapo aka SPeRM..lebih dasat dari PDRM, macam ada persamaan RM aje..dulu wa punya kawan cakap dia kena BPR banyak sial punya stail, last minta wang sama dia sebab takde kes kalu tidak nanti ada kes! Wa tidak percaya tapi ini kes ada kluar paper BPR punya pegawai rasuah! Sekarang sudah naik jadi SPeRM lagi siau ma! Bunuh orang sudah masuk job description lo!

LC135 berkata...

babie punya pegawai SPRM, mentang-2 dia ada kuasa,dia bole buat sesuka hati, harap-2 satu hari nanti dia akan rasa apa yg dia buat naya kat org.

Tanpa Nama berkata...

SPRM - Segerombolan Penyanyak Rosakkan Malaysia.

KrisLamPir berkata...

Lepas ni.. baru nampak APA DAN SIAPA sebenarnya SPRM. Saya tak tau pula yang SPRM ni diberi kuasa menyiasat sampai gitu sekali gerangannya. Orang kata, itu dah sama macam kuasa "pegawai penyiasat polis" tu... Tapi saya rasa lebih daripada itu... bukan macam polis, tapi macam kuasa "gestapo" semasa zaman Hitler di German dulu. Lesen besar tu... lesen bunuh orang suka hati dia. Dah melampaui KUASA TUHAN !

Kan baik kalau macam ni... semua orang bersatu tanpa mengira fahaman politik yang berbeza. UMNO, PAS, PKR, MCA, atau mana-mana partipun... boleh satu hati MENENTANG KETIDAKADILAN, PENYELEWENGAN, KEGANASAN DAN LAIN-LAIN PENCABULAN HAK ASASI.

Sebab... selalunya kesilapan bukan datang daripada badan atau organisasi.... sebaliknya datang daripada "individu" yang menggerakkan "badan atau organisasi" itu sendiri. Jadi, carilah individu yang terlibat itu! Heret dia ke muka pengadilan. TEGAKKAN KEADILAN! KEADILAN UNTUK SEMUA! KEADILAN UNTUK RAKYAT!

mudz berkata...

Baguih ...Lanun belasah Penyangak.

Tanpa Nama berkata...

X-files versi Malasie.

Krew-krew produksi:
1. Atuk Jin Din sebagai penerbit
2. Atuk Devid Duvkosaid sebagai ketua pengerah (tukang cut & paste filem)
3. Atin tiang sori Bik Moma sebagai ejen skurli versi gedempol.
4. Atin @ Atuk Tiang sori Bini Bijan sebagai ejen haram

Tanpa Nama berkata...

Sham kah kah kah!
Teo Beng Hock dah mati tinggalkan dunia .......
kah kah kah! SPRM tak bersalah dan tak tahu tahu pun bagaimana beliau mati, kah kah kah!
Keluarga beliau berkata :"mustahil beliau terjun bangunan dan esok pula nak kahwin, kah kah kah!
Semua kaluk salah menyalah, kah kah kah!
Mungkin bahana daripada Jin atau UFO, Qarin, hantu raya, saka, pelesit dan ....... kah kah kah!
Perbuatan mereka mustahil dapat dikesan atau meninggalkan kesan, kah kah kah!
Sepatutnya tidak payah ditubuh Suruhanjaya penyisatan,kah kah kah!
Panggil saya bomoh @ penyiasat CSI ...kah kah kah!
CSI Ustaz al-Ismail al-Qamus dan al-Harun al-Din ...kah kah kah!

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa kan bang..hmm..saya tau sape yang wat..otromen yang runtuhkan staium gong badak..

Tanpa Nama berkata...

aku rasa skang ni diowg sibuk carik si KAMBING HITAM kot.. sibuk nk crik CERITA PUTAR ALAM utk kasi pusing kes.. last2 kes tutup coz x cukup bukti.. damn it..

aku dah tak percaya pun KERAjaan geng gerombolan ni.. kasi jatuhlah!!

Tanpa Nama berkata...

SPRM INI DIA KERJA UTK UMNO-BN JADI KALAU PR TIADA KES DIA KENA BUAT KES. TAPI KALAU BOS2 DIA YG BANYAK KES DIA KENA TUTUP KES2 SEMUA. TENGOK LAH KES LEMBU MB LAH APA PENGARAH SPRM KATA "KAMI SEMUA DAH JADI LEMBU UMNO-BN" TAPI KES VK LINGGAM,K TOYOL BANGGLO 24J,KEJAR MICKEY MOUSE KAT LA DAN JEPUN,APPT KAT MADINAH DLL, ADUM BN HABIS KAN 1/2 JUTA PERUNTUKAN DLM MASA 2 BLN SAJA,SEMUA SENYAP DIA INGAT SEMUA TU DUIT BAPAK DIA TOLONG LAH SIASIAT NI RAKYAT 1 MALAYSIA NAK TAHU, SPRM JANGAN LUPA GAJI YG KAMU TERIMA BAGI MAKAN ANAK BINI HARI2 KENA SUMPAH LAMA2 MELEKAT

Tanpa Nama berkata...

siasat sapa yg menyoal tu adakah SPRM atau alien dari arahan org atasan....bongkar jgn tak bongkar