Isnin, 31 Ogos 2009

BIAR LAMBAT - ASALKAN TAK BODEK




GAPENA DESAK KERAJAAN MANSUH SEGERA PPSMI
- mStar

Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) hari ini mendesak kerajaan supaya memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan segera iaitu sebelum bermula sesi persekolahan Januari tahun depan.

Ketua Satu Gapena, Ismail Hussein berkata, pemansuhan PPSMI yang sebelum ini diputuskan pada 2012 seharusnya dibuat serta merta dengan Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dan bukan lagi secara dwibahasa.

Katanya, tindakan tersebut adalah wajar dan boleh dilaksanakan memandangkan keputusan pelaksanaan PPSMI enam tahun lepas mampu dibuat serta merta.

KAH KAH KAH…

kah kah kah…. BARU LAH HEBAT… kah kah kah..

kah kah kah…..BARULAH SATU MALAYSIA TAHU APA DIA GAPENA…kah kah kah…

kah kah kah… DULU ORANG RAMI INGAT GAPENA INI SATU JENIS PENSIL…. kah kah kah…

kah kah kah.... ASIK ASIK SAIN YES SIR... YES SIR SAJA... kah kah kah..

kah kah kah…. INI BARU BERANI.... kah kah kah..

kah kah kah....LAMBAT SIKIT TAK APA…ASALKAN JANGAN KAKI BODEK…kah kah kah…



5 ulasan:

Confidentialist berkata...

Aku pelik, jelik, marah dengan sebahagian orang negara ni.

Dulu waktu aku belajar di US, bila buat keje berkumpulan dengan omputih dan orang kita, omputih tu selalu tegur aku suruh cakap bahasa inggeris bila bersembang. Dia tak paham, katanya.

Mana2 aku pegi, semua akan cakap bahasa inggeris. Baik untuk tujuan pembelajaran, mahupun perbualan harian. Munasabah sangat la tu, sebab negara diorang memang negara berbahasa inggeris.

Tapi negara kita Malaysia ni, lain pulak halnya. Semua orang berlumba2 nak cakap inggeris. Menjamin kerjaya, katanya. Padahal keupayaan berfikir dan kecekapan membuat kerja tu jauh, jauh, jauh lebih penting.

Bahasa Malaysia semakin dipinggirkan dalam bidang akademik dan perindustrian, dan jugak semakin terpinggir dalam perbualan harian, terutamanya di kalangan warga bandar.

Apa? Hina sangat ke nak cakap bahasa ibunda, bahasa kebangsaan, bahasa rasmi negara? Hilang maruah ke kalau buat ayat dalam bahasa Malaysia?

Baik cina, baik melayu, baik india, sama aje. Semuanya macam teruja sangat dengan bahasa inggeris. Semuanya beriya2 nak belajar bahasa inggeris seolah2 bahasa inggeris tu bahasa syurga, bahasa keramat.

Sekarang ni aku tak bagi muka kat sape2 yang cuba nak berbahasa inggeris ngan aku. Aku cuma berbahasa inggeris dengan warga asing yang tak faham bahasa Malaysia.

Walaupun bahasa inggeris aku antara yang paling baik di tempat kerja, mintak maaf banyak2 rakyat Malaysia, aku akan terus gunakan Bahasa Malaysia, bahasa kebangsaan kita sebagai bahasa perantaraan.

Dan untuk orang Malaysia yang tak tahu cakap bahasa Malaysia, dan memilih untuk terus tak tahu cakap bahasa Malaysia, dan tak berusaha untuk belajar bahasa Malaysia, ini ucapan aku untuk kalian:

Kalian adalah orang yang paling tak kenal dek untung, paling tak layak untuk berpijak di bumi Malaysia ni, inikan pula mengaku sebagai rakyat Malaysia.

Haji Kepala Lembu berkata...

PPSMI penyumbang kegagalan dan kemunduran pelajar melayu..poyo punya ungno..

nz_henry14 berkata...

baru nk buka mulut

Tanpa Nama berkata...

syarat nak jadik melayu, kena pandai bertutur dalam bahasa melayu... halau je orang-orang yang takleh cakap bahasa melayu tuh... apa kebabi tak reti cakap bahasa kebangsaan...

tambah-tambah yang cina tak tau langsung cakap melayu... tah-tah baru datang dari cina sana, bagi ic... senang nak suruh undi bn...

Nunca Caminaras Solo berkata...

Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah

- beragama Islam
- mengamalkan adat budaya Melayu
- bertutur menggunakan bahasa Melayu
- dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapura
- atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura.