Isnin, 31 Ogos 2009
SELAMAT BERBUKA PUASA
PESTA SAKAN
datang awal dan ambil kerusi
lihat dan perhati
tengok satu satu
sampai puas hati
seribu satu macam selera
semua mengancam
semua rencam
semua nikmat
pilih dan pilih
yang manis dan yang mendidih
dari kedah dari melaka
dari kelatan dari negeri sembilan menambah selera
yang tak jumpa masakan pahang
mungkin buah perah dan ikan pedas
mercun dan bunga api pilih dan cari
yang haram
yang halal
apa di peduli
nak buat bising
setahun dua kali
kueh raya
lemang rendang
belum muncul lagi
tunggu minggu depan
untuk menyenangkan hati
bulan puasa ini
satu pesta makan
merayakan hidup melayu
tiap detik kena tekan
nak pergi rock concert
ada fatwa bukan bukan
nak pegang tangan awek
kena paksa kahwin minggu depan
tak ada jalan lain
lalu duduk terus makan
akhirnya:
perempuan melayu obese satu macam
jantan pun sama gedempol berkoyan koyan
sebulan berpuasa berkilo naik badan
perempuan melayu umur tiga puluh
badan dulu slim
mula jadi lusuh
nak suruk jangan malu
pakai baju kurung
tak tahu mana pingaang
tak tahu mana punggung
jantan melayu 40 puluh satu macam
perut mula buncit
nafas mula sesak
ke hulu ke hilir
meraban-raban
bila puasa sampai kita raya gila sakan
siang tak boleh makan
malam kita bahan
tak perlu takut
tak perlu sopan
tok imam kata
agama kita agama pilihan
lalu kita terus makan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 ulasan:
"mercun dan bunga api pilih dan cari yang haram yang halal apa di peduli nak buat bising setahun dua kali"- Hishamudin, mercun dan bunga api budaya Islam? Tapi kalau kamu bukan Islam, tak pa la, nak merepek apa pun lantak kat hang la!!!
"nak pergi rock concert ada fatwa bukan bukan" - what are you implying here? What do you mean "fatwa bukan-bukan"? You are trying to be funny or mocking Islam?
oi tanpa nama 19.20,lu pesal,ni nukilan hati seorang yang memberontak terhadap kerajaan,lu apa tau??lu tau hukum hukum hukum hukum...p mampos sama lu.
To Tanpa Nama Ogos 31 19:20
You are trying to be funny or mocking Islam?
Bukan mocking..tapi fatwa tu tak selaras.Faham tak?
Bila rakyat biasa minum mabuk,nko cakap salah.OK,tapi bila pak menteri,pergi clubbing mabuk sana mabuk sini,tak pulak disalahkan.
Berapa kali JAIS pecah masuk rumah orang?Yang berkhalwat sana sini,tapi pernah tak tangkap pak menteri?
Bila rakyat nak enjoy,nak pergi rock concert,nkoram bantah.Tapi bila putera raja rembat duit rakyat,mana pergi JAIS JAIP tu semua?
Yang buat undang-undang ni mereka yang berkuasa.Tu yang dia nak nko fikir.
Pergi potong tangan Raja Saud yang kebas duit rakyat berbillion-billion dulu sebelum nak preach pasal keadilan.
HISHAM, YOU ARE THE ONE THAT IS FULL OF CRAPPP!!!!
tanpa nama 19.20, anda tak kenal puan satira kah?
sikit sikit mocking islam
sudah lah
alaaa yg bg nasihat tu bgus sgt ke..
xpenah wat dosa..
kecik2 dlu xkan xmain mercun kot..
hampeh..
You want to know what you all are? PATHETIC FULL OF CRAP SONS OF BITCHES ASSHOLES!!!!
Sebab 2 la kte xjadi hakim.. Menghukum orang xtgk isi..
Catat Ulasan