Khamis, 13 Ogos 2009

JENG JENG JENG




TEOH MUNGKIN DISERET SEBELUM MATI
- malaysiakini

Saksi forensik polis dalam prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini tidak menolak kemungkinan mendiang diseret sebelum ditemui mati tertiarap di atas lantai tingkat lima Plaza Masalam, Julai lalu.

Pegawai penyiasat Cif Inspektor Mazli Jusoh , 31, dari cawangan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor berkata demikian selepas ditunjukkan kesan geseran pada tapak kasut sebelah kanan mangsa yang ditemui di tempat kejadian.

"Setuju bahawa geseran bahagian tapak kasut ada implikasi yang penting?" tanya peguam pemerhati bagi kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar dan Mazli menjawab: "Setuju".

Mazli juga berkata beliau tidak pula menjumpai sebarang kesan gentian fabrik seluar pada bingkai tingkap di tingkat 14, yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

Dalam keterangannya lagi, beliau berkata tingkap seluas hampir 0.6m, dengan ketinggian 0.9m dari aras lantai itu, boleh dilangkah keluar.

Bagaimanapun, beliau berkata hasil pemeriksaannya menunjukkan tiada kesan tapak kasut di bingkai dan cermin tingkap serta lantai di kawasan tersebut.

"Saya ada periksa kawasan itu, ia berhabuk, kalau berhabuk, dan dipijak mesti meninggalkan kesan (tapak kasut) tapi tiada kesan," katanya.

Nota: Suspen gila. Berdebar debar. Macam Aliens nak datang ambil Minah cun Sigourney Beras. Lebih suspen dari High Noon – sepetol Garry Cooper pada tangan Malik Imtiaz – bila dia akan menembak.



17 ulasan:

tukar kasut berkata...

siap ada muzik bekgraun effek saspen citer p.ramlee .. hehe

Starmandala berkata...

arf arf arf arf arf arf arf

[Somewhere in the distance a poodle can be heard yapping through the night...]

P.S. Enjoyed your brief visit very much! My blog was flagged by the Hassan Ali fan club; waiting for it to be unblocked by Google! :-)

Tanpa Nama berkata...

ikut jugak la jeng jeng jeng...kalo mendiang x pijak camne member ni ble terjun plak??jeng jeng jeng...handal betul...kalo die x pijak mesti ade yg tolong angkat...jeng jeng jeng...kalo kaki ade kesan kene seret makne nye mesti mamat ni kene tibai sampai pengsan...jeng jeng jeng...x kan la mamat ni tido berjalan plak???kalo sendal tingkap dah jatuh skali dgn mangsa...mesti tersangkut kat mangsa mase "keluar tingkap tu"...jeng jeng jeng...sape plak yg "tolong" mamat ni terjun ek???jeng jeng jeng...aziz satar x terjun perigi buta wei...die turun pun pakai tali...sape mambang tu ek...

Tanpa Nama berkata...

saspen betoi nieh..!
berdebar-debar, dub-dab..dub-dab..

tak sabar nak tunggu episod2 seterusnya..

Kematian Altantuya tak ada inkues macam nie ka?
Kalau ada mesti best punya.
Boleh bikin filem.

Bro TT, bikin filem lar !
Mesti panas dan laris..

gemagong berkata...

jeng jeng jeng...lepas ni bro TT bole buat skrip filem

Tanpa Nama berkata...

Pertama tak ada rekoding tentang perjumpaan Teoh dengan pegawai penyiasat". Pelik sekali. Kedua tak ada bekas tapak kasut ditingkap pejabat MACC. Kalau tak ada rekoding kenapa Teoh tunggu hingga berjam jam lama? Kalau tak ada bekas tapak kasut kenapa Teoh boleh jatuh dari tingkap?

Mesti undang Nujum Pak Belalang untuk mengesan apa jadi dengan Teoh.

Tuhan Mahakuasa dan Mahaadil. Tuhan akan tunjukkan pengkhianat atas Teoh. Orang yang berdoas tidak akan hidup selesa dalam dunia ini. Sudah tentu si pengkhianat akan menemui malapetaka satu hari nanti.

Allahuakhbar Allahuakhbar.

Tanpa Nama berkata...

trademark baru ke bro
smart r
hahaha

Keylee Daud berkata...

pakai topeng pakai tpoeng haha

Khun Pana aka johanssm berkata...

Now i cant read "Magickriver ".
Terima kaseh betol kepada hassan a/l ali ponya kelab kipas (fan).
Pandai tutop antares ponya blog tapi tak tahu tutop Petra punya Raja punya blog.

Melayu Sengal berkata...

Bang, bang,

"tiada kesan tapak kasut"?? Camne nie Bang Isham? Kalau takde kesan tapak kasut TBH di bawah tingkap tu, maknanya TBH tak ke tingkap tu. Kalau ada orang "tolong" angkat dia, mana lak kesan tapak kasut dia, kalau 2 orang tolong angkat TBH mesti lagi banyak kesan, kalau 3 orang lak...lagi banyak kesan. Tapi dia kata takde kesan walaupun berabok bawah tingkap tu.
Betul ke TBH terjun dari tingkap 14 nie atau tingkat lain? Ke dah di alih "pandangan"?? Jeng, jeng, jeng......

Tanpa Nama berkata...

"I find capitalism repugnant. It is filthy, it is gross, it is alienating... because it causes war, hypocrisy and competition." -- Fidel Castro, President of Cuba.

mydairy berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mudz berkata...

Macam dah ada kambing hitam yang akan dikorbankan.....membunuh tanpa niat......kes tutup.

karim jabar berkata...

Bro isham,bila lagi nak diadakan forum tentang gologan kiri?mlm tu memang best la bro dngr lu punye speech..

PutiH berkata...

jeng...jeng...jeng... gedik gedik gedikk... sound effect nya...

kita tungguuu...

Tanpa Nama berkata...

ni dari utusan online hari ni...

Inkues : Geseran tapak kasut bukan sebab diseret
14/08/2009 9:52am

SHAH ALAM 14 Ogos – Geseran pada tapak kasut kanan milik Teoh Beng Hock berlaku akibat kaki Setiausaha Politik Exco Selangor itu mencecah lantai terlebih dahulu semasa dia terjatuh dari tingkat 14, Plaza Masalam dan bukannya disebabkan diseret.

Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Dr. Khairul Azman Ibrahim berpendapat sedemikian berikutan wujudnya kesan geseran serupa di lantai berhampiran mayat Beng Hock.

Beliau yang menyambung keterangan pagi ini juga berkata, ia konsisten dengan kecederaan dialami Beng Hock yang menunjukkan yang menunjukkan badannya condong ke arah kanan dengan kaki dan punggungnya mencecah lantai dahulu sebelum anggota badan lain. - Utusan

ni mesti dah kasi fulus..tipu terus menipu...

Tanpa Nama berkata...

Another lies another set-up..
Khir Toyo makan bermillion..
Kuncu-kuncunya berbahagi untung sesama mereka..
jahat dan ganas sungguh pengkhianat bangsa!