Sabtu, 1 Ogos 2009
PENILAIAN TUKAR TIUB -
SYABAS ANAK ANAK MUDA
Pertama TT mengucapkan ribuan terima kaseh kepada
pemberita TT yang berselerak bersama para demonstran.
Mereka bukan saja melapor tetapi mereka juga berdemo.
Terima kaseh - Dakila - Harifi - Salehan - Faridah -
Jack - Michel- Lim - Shan - Irwani - Diko, Diki
Demang - mereka adalah diantara yang melapor berita.
Merciu beaucoup !
ANAK MUDA MELAKAR SEJARAH
Rata- rata dari apa yang diperhatikian bahawa yang turun
ke jalan raya kali ini 90% adalah anak muda.
Ini pertanda baik. Mereka telah berani keluar. Keberanian ini
tidak akan dapat dipadamkan lagi. Sekali berani turun berdemo
seratus kali menunggu lagi akan ada demo.
Inilah budaya turun ke jalan raya. Inilah budaya anak muda.
Inilah budaya yang wajib dirayakan.
Budaya turun ke jalan raya ini awjib di kekalkan.
Kepada kawan yang gagal datang - ceritakan kepada mereka pengalaman
berdemo. Jadikan ianya satu sejarah untuk diturun temurunkan.
Jadikan ianya sebagai lagenda untuk ditaburkan dari satu mulut ke satu mulut.
Jadikan turun ke jalan raya sebagai cara untuk membawa perubahan.
Kepada yang lain - berani kan jiwa - mari bersama membuat sejarah.
NOTA : Percayalah - ISA akan terus wujud jika tidak diguddam. Awas
jangan bagitu percaya bahawa aqda kajian akan dilakukanh. Kajian untuk apa?
Ingat bagaimana Suruhanjaya DiRaja untuk Teoh - lihat bagaiman satu Malaysia
ditipu. Betul ada Suruhanjaya - tapi bukan untuk menyiasat bagaimana Teph mati.
Suruhanjaya untuk menyiasat cara kerja SPRM. Waspada - ISA - mungkin akan menjadi
kes yang sama.
Biawak yang makan bangkai akan terus makan bangkai.
Lidak bercdabang akan terus bercabang.
Tukat Tiub mengucap jaga diri dan jumpa lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
21 ulasan:
saya antara orang muda tuuh..nak jmpa en.hisyam tak kenal muke plak kenal blog je
maaf bro- tak update utk perhimpunan tadi..
masa sampai di masjid jamek, lari lintang pukang. HP pecah terjatuh.
kamera DSLR aku pun dah rosak ni. jahanam punya FRU.
ps: keluar dari UIA dah ada road block utk mereka dari Karak. Jalan sgt sesak. tersangkut dekat sejam di situ.
apapun, salute utk anak muda!
td pglmn pertama aku turun berdemo. byk yg aku pelajari. lepas ni jika ada demo- aku akan pastikan lebih bersiap sedia dan lebih teratur!
Hidup anak muda!
SALUTE PADA SEMUA PENDEMO!!!
ANDA SEMUA BERANI MERAYAKAN DEMOKRASI DI MALAYSIA.
SEKALI LAGI TAHNIAH!!!
TT!bkn harifi!hehe!hafifi!
tadi aku dgn dia skali...
best dow!rugi ko tak dtg...
bley tgk ko berlari skali!
wakakak!
takkan anak-anak muda hilang didunia!!
TT tak turun sama demo kali ini?
terima kasih utk TT atas segala laporan
Aku stim lagi kena asap..
saya merupakan salah seorg anak muda yg dpt mandi free ptg tadi....kahkahkah
dan insyaALLAH kami igt jasa baik polis2 semua dan kami akan balas pada PRU ke-13 nnt dengan mengundi Pakatan Rakyat..
Takbir...!
kan lebih bagus orang2 islam buat demo supaya kerajaan pinda perlembagaan utk tegakkan syariat islam?...dok kata ISA haram, macamana ngan undang2 lain?...semua pun undang2 penjajah...
muchas gracias, senor tt..kat you tube dah ada ker..tahniah kpd semua ..yg turun dan terima kasih ..kerana anda.. buat ni utk satu malaysia..tq daripada saya.
Dengan kegagalan GMI menyerahkan memorandum Deklarasi Rakyat kepada Yang Dipertuan Agong membuktikan bahawa pihak berkuasa (POLIS & FRU) telah berjaya menyembunyikan suara rakyat daripada diketahui oleh Yang Dipetuan Agong. Adalah mustahil untuk menyatakan yang pihak istana negara tidak mengetahui yang perhimpunan rakyat ini atau pihak istana takutkan kehadiran beramai-ramai rakyat ke istana. Walaubagaimanapun tanggal 01 Ogos 2009 akan menyadi detik bersejarah dimana rakyat mula turun ke jalan untuk menunjukan rasa tidak puas hati mereka terhadap akta yang dirasakan amat kejam. Tahniah kepada semua yang hadir, kehadiran anda akan menjadi ingatan setiap warga malaysia dan dunia dalam usaha memansuhkan ISA.......
perg.. gempak bro... ini dah jadi sejarah.. ramai giler yg turun.. syabas anak muda malaysia.. semua dh bgun dri zZZZzzzZZ....
salam demonstrasi,,
setelah demo BERSIH,mansuh PPSMI dan mansuh ISA, saya rasa kita takleh berdemonstasi secara aman selagi pdrm bersikap cam kimak dan menjadi anjing suruhan umno.. kita harus tubuhkan satu pasukan penggembur dan pensabotaj...
diantara tugas2 mereka ini ialah menangkap fru lalu mengikat mereka dan memancitkan tayar2 trak fru(sebagai contoh)...
civil disobedience hanya akan berkesan jika pemerintah dan polis itu civilized...
Jojie : di menceste , kitaorang nak pergi sana la nie...
polis : Apa?mancester ?...bagus macam ini la anak MUDA. mesti BERANI , apa dok tidur di kampung aja. Jalan-jalan tgk DUNIA.
dedicated to anak muda yang BERANI tentang perubahan sedutan daripada " DARI JEMAPOH KE MENCESTE"
tukar tiub yang terbaik..walaupun bro dah tua bangka,bro tetap merayakan anak muda..bro dah buktikan darah muda bro suatu masa dulu,sekarang bro sanjung jiwa2 muda yang menuntut keadilan..syabas bro..
pada anak muda,jika semangatmu luntur kerana 1 ogos 2009,kajilah kembali perjuangan hishamuddin rais di zaman mudanya..bisa mengubah tekadmu,bisa juga mengalirkan air mata..
brahim ali? anak muda ko warga muda ?..hehe
Melalui peristiwa hari ini kita dapat liha Malaysia telah kembali pada zaman Maha firaun seperti tahun 98..Polis yg zalim ini digunakan sepenuhnya menghalang rakyat...Anak anak muda disepak..diterajang untuk menentang kezaliman pemerintah....pakcik2 makick2 diheret dan dikasari dengan kejam....BN akan tumbang di pru 13 nanti..Pemerintahan zalim akan kecundang juga akhirnya...
syabas semua..gua trpksa trn gi bundle ari ni sbb kasut kegemaran gua tlah hancur koyak kahkahkah..
betol. hari untuk anak muda. untuk semua. sy teringat cerita Harvey Milk. bagaimana dia berjaya membawa perubahan lanskap sosial, politik dan penerimaan masyarakat US ketika itu dalam memperjuangkan hak golongan homo dan dilihatkan kehebatan anak muda menentang politikus ortodox konservatif.
Anak muda bakal meneraju perubahan negara & institusi sosial.. DEFINITELY
Catat Ulasan