Rabu, 25 November 2009

MELAYU TIPU MELAYU



MONOPOLI INDIVIDU SAHAM BERNAS , KERAJAAN TERUS DIPERSOAL
– harakah daily

Ahli Parlimen Pakatan rakyat hari ini terus mempersoal kepekaan kerajaan berhubung monopoli saham Padi Beras Nasional Bhd. (Bernas) iaitu sebuah sektor strategik makanan utama negara oleh seorang tokoh perniagaan.

Jika sebelum ini, isu pemilikan 32 peratus saham Bernas oleh syarikat asing Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak) dipertikai, kini isu pengambilan milikan Wan Tak tersebut pula dipersoal.

Tradewinds (Malaysia) Bhd (Tradewinds), yang dimiliki oleh tokoh perniagaan Syed Mokhtar Al Bukhary telah diarah untuk membeli kesemua milikan Wan Tak, selepas kerajaan dikritik hebat kerana membiarkan syarikat berpengkalan di Hong Kong itu memegang saham tunggal terbesar Bernas.

Hasil pembelian 32 peratus itu, dan ditambah 55 peratus lagi milikan Budaya Generasi yang juga syarikat milik Syed Mokhtar, menjadikan jumlah keseluruhan milikan tokoh perniagaan tersebut adalah 87 peratus.

KAH KAH KAH…

kah kah kah...INI BETUL BETUL MONOPOLI… kah kah kah…

kah kah kah… INILAH LANUN MONOPOLI YANG MEROSAK PETANI PADI…kah kah kah..

kah kah kah… TAK PERCAYA?... kah kah kah..

nota:
untuk perniagaan yang lebih lumayan bernas
pasti tidak suka negara kita cukup beras. jika cukup
beras ditanam kita tidak perlu impot. kalau tak ada impot
beras makan bernas tak ada jalan nak buat duit banyak.

ertinya bernas akan menggalakan dasat tidak cukup beras.

dalam masa yang sama hanya bernas yang boleh impot beras.
syarikat lain tak boleh. bila ini berlaku maka bernas akan menetapkan
harga beras yang dijual.

kalau kita semua boleh impot beras makan beras akan murah
ini kerana harga beras murah. sekarang ini kita bayar mahal kerana
hanya stau syarikat sahaja yang ada lesen impot. kita juga kena
bayar duit birokrasi bernas.

ini projek melayu tipu melayu kerana penenam padi dalam
negara kita majoriti adalah melayu.




9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

untuk pendaftaran telepon line and streamyx sila la tgok package disini



http://streamyxwireless.blogspot.com/

Johan berkata...

Dari tangan kapitalis asing pindah kepada kapitalis nasional,tetap sama je akibat kepada petani dan rakyat..

pelan nak "jajah" jelapang Sulawesi ape cite sekarang?

Tanpa Nama berkata...

bila banyak lambakan beras dari luar, beras tempatan tak laku lagi, para petani akan ter'mampus' tak boleh tanamn padi lagi....jadi apa kejadah nyer kerajaaan nak menggalakkan pertanian lagi?

bila petani tidak berminat tanam padi, bendang dijadikan tempat untuk dimajukan dengan rumah-rumah dan bangunan, akhirnya jika ada darurat, rakyat malaysia jugak yang 'mampus' sebab tak ada makanan.

Mohd Naim berkata...

kalau semua org boleh angkut beras dari siam, harga beras akan murah..mmg bagus untuk semua rakyat..tapi mcm mana pula dgn golongan petani ?

bila harga beras murah, maka kilang beras dlm negara perlu turunkan harga beras tempatan, harga beras turun, jadi kilang akan beli harga padi dari petani dgn harga yg murah..

akhirnya, yg rugi ialah petani2 kita..

kalau mcm tu, petani takkan usahakan lagi sawah mereka..pergi ke bandar dan kerja kilang..sampai satu masa, siam hentikan export beras ke negara kita dan yg akan melupur mati kelaparan ialah org miskin di negara kita...org kaya xapa..boleh makan pizza dan burger...

Tanpa Nama berkata...

Betul gak kata naim tu...

Tanpa Nama berkata...

Dengar khabar Najib nak buat sawah padi kat Indonesia...?

Mat Dangdut berkata...

hmmm..SILA LAMPIRKAN KOMEN 'BERNAS' ANDA.LOL

ha ha ha berkata...

Lawak sial...

Dari Mulut Naga masuk Mulut Rimau..rakya juga jadi mangsa..

Patutnya akta Padi dan beras negara kena Overhull dulu..

Bab padi Sulawesi tu Gagal..Menteri Indon kata Subsidi Indon untuk Rakyat Indon aje...Dan Pemimpin kita pun kena ikut macam tu juga...Bukanya Subsidi untuk penyokong BN aje..Bro Isham dah tulis dalam TT yang dulu..

Wassalammmmmmmmmmmmm

Wassalmmmm

Tanpa Nama berkata...

Siapa belakang Wang Tak Co. Ltd, jika tidak Maha(B). Hangpa pi tengok anak syarikat2 mana dlm Wang Tak. Semua ini kerja Kuala Lumpur tunjuk wayang. Pi mai, pi mai, tang tu jugak . Menipu Melayu. Hukum HARUS.

ZolSatibo