Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Isnin, 26 April 2010

SEJARAH HULU SELANGOR




PENJAJAH MEMANGGIL KAUM PATRIOT DI TANAH JAJAHAN BANDITS !




SALUT PADA PEJUANG – SEJARAN HULU SELANGOR

Kempen politik sedang berjalan rancak di Hulu Selangor. Petang itu suhu alam di Kuala Kubu Baru agak panas lalu aku mencelah ke lereng bukit menuju ke arah Bukit Frazer. Wilayah yang sejarahnya dimiliki oleh budaya kiri.

Sesiapa yang ada yang membaca buku sejarah pasti akan bertemu dengan ‘babak’ selekoh Bukit Frazer - Henry Gurney, Ulu Yam dan Batang Kali.

Batang Kali, sejarahnya samalah seperti My Lai Massacre di Vietnam – dimana orang-orang kampong telah disusun berbaris kemudian di tembak mati seorang demi seorang kerana menyokong perjuangan anti kolonial.

Warga di sekitar kawasan lereng pergunungan ini kebanyakan menyokong perjuangan kiri – Kelumpang, KKB, Behrang, Slim River – semuanya memiliki sejarah kiri yang merah. Hanya kolonial British meletakan kawasan ini sebagai kawasan hitam – hitam untuk penjajah – merah untuk rakyat.

Manakala, disalah satu selekoh di jalan Bukit Frazer ialah tempat terkuburnya Henry Gurney. Henry Gurney ini adalah orang jahat. Di Palestine, susuk ini menjadi setiausaha kerajaan kolonial British Mandate ( 1946-1948 ). Orang jahat ini juga pernah bertugas di Afrika sebelum menjadi wakil kolonial British di Tanah Melayu.

Di lereng Bukit Frazer orang jahat ini telah di tembak mati oleh Gerila Pembebasan Rakyat Malaya dibawah pimpian Parti Komunis Malaya. Justeru setiap kali aku melintasi lereng Bukit Frazer aku akan bersurah kepada sesiapa sahaja yang duduk disebelah aku tentang babak bersejarah yang amat membanggakan ini.

Pada tahun 1971 bila aku mula berkenalan dan jatuh cinta dengan perjuangan rakyat Palestin aku terbaca bagaimana gembiranya rakyat Palestin apabila mendapat tahu yang Sir Henry Gurney telah ditembak mati. Ertinya ada pertalian darah yang amat intim antara Palestine dan Tanah Melayu.

Bukit Frazer di kaki banjaran Titiwangasa sebelah barat - pergununagn ini bersambung ke Pahang – ke Temerloh dan Lubuk Kawah. Lubuk Kawah adalah wilayah kelahiran Regimen Ke 10 Tentera Pembebasan Rakyat Malaya. Gunung ganang ini tidak dapat memisahkan setiakawan dan solidariti kaum tani progresif Melayu di Temerloh dengan kaum kiri buruh China di Batang Kali. Justeru bila aku datang ke KKB – aku hanya mengulangi pejalanan sejarah kiri yang gilang gemilang itu.

Setiakawan bangsa-bangsa amat ketara di wilayah ini. Solidariti ini berjalan dari awal lagi – dibakar – dicair dan di pahat di zaman menentang kolonial. Hulu Selangor adalah wilayah Ahmad Boestaman, wilayah Pak Sako. Di awal permulaam Perang Kolonial 20 Jun 1948 – ratusan Melayu Kiri di tahan di wilayah ini. Baca kembali sejarah – maka kita aka berbangga dengan warga Hulu Selangor.

Tyahun 2010 sejarah berulang lagi. Kali aku di Kuala Kubu Baru untuk menerangkan kepada warga Hulu Selangor bahawa ejen ejen Zionis Isreal telah mula meresap sekali lagi ke tanah air kita. Kalau dulu ejen zionis menyerap masuk melalui susuk Henry Gurney – kali ini ianya meresap dan merayap masuk diatas jemputan United Malays National Organisation.

Zionis Isreal sekarang telah memasang jerangkap yang bertahan lama bukan sahaja dalam pentabiran kerajaan malah ianya meresap hingga ke struktur pertahanan dalaman negara kita.

Justeru sesiapa yang hadir dan bekerja di PRK Hulu Selangor minggu lalu sebenarnya kita sedang meneruskan tradsisi melawan penjajah. Kalau dulu PKM membunuh dan membasmi Henry Gurney yang menjajah Palestin - kali ini kita berjuang untuk membasmi – APCO-UMNO – zionis international dan zionis tempatan.

Petang itu aku ingin ke Pertak untuk merendamkan badan dicelah celah limpahan sejuk air gunung yang kini menjadi tadahan empangan besar. Meninggalkan pekan KKB – aku memasuk wilayah hutan yang redup. Kemudian di kaki bukit kereta kami ditahan oleh satu pasokan polis yang lengkap bersenjata. Ini mengingatkan aku kepada apa yang terjadi di Isreal di mana saban hari warga Gaza akan dihantui oleh pelbagai bentuk ‘road block ’.

Road Block ini adalah senjata yang telah digunakan oleh British untuk memagar anak-anak negeri di tanah tanah jajahan dari bebas bergerak. Di zaman perang Kolonial Anti-British di Tanah Melayu dahulu bukan sahaja road block diwujudkan malah pekan pekan kecil dan kampong kampong baru juga dipagar dengan kawat berduri.

Jentera kolonial British sesudah perang dunia kedua telah menggunakan pelbagai teknik untuk menundukkan rakyat Palestine agar menerima kewujudan Zionist Isreal untuk menduduki tanah Palestin pada tahun 1948. Penjajah British telah mengumpulkan pengalaman menjajah Arab di Palestine kemudian membawa teknik menjajah ini ke Tanah Melayu.

Dalam tahun 1948 yang sama , kolonial British telah melancarkan Perang Kolonial di Tanah Melayu. Lihat bagaimana pegawai kolonial British yang telah pernah bertugas di Palestine telah membawa pengalaman mereka menindas warga Arab untuk menindas orang Melayu. Kerana itu apabila Henry Gurney di bunuh di Bukit Frazer, warga Palestine bersyukur gembira.

Sejarah berulang sekali lagi. Hari ini APCO adalah badan zionist yang diupah untuk menasehatkan pentabiran regime Najib Rosmah. Tidak dapat tidak APCO ini memiliki strateji bejangka lama. Waspada ! Gerakan Zionist antarabangsa adalah anai-anai - licik dan tersusun.

Kereta yang aku tumpangi – satelah dipereksa – dibenarkan begerak. Kami terus meluncur mendaki jalan berliku-liku ke arah pegunungan Bukit Frazer.

( bersambung esok )

35 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Potong stim la lu TT , kasi habis la ...

Puan Ainon Mohd. berkata...

Artikel ini sungguh informatif!

TOKEY berkata...

Salam sahabat,
- ada kawan pesan, rukun sembahyang yg ke-12 yakni memaling muka kearah kanan, beri salam dan sambung salam lagi "salam 1 malaysia"

wakakaka....

apa nak buat madey dulu pung dah habaq, melayu mudah lupa, haprak. kalu nak kira jenis manusia yg tak sedar diri nie bukan benda baru, zaman kesultannan melayu melaka bah kan zaman nabi pung mcm tu.

apa nak buat, umat hulu selangor, bagan pinang, dah mcm tu.

aku pung nangis semalam, nangis pasal duit habis kat toto...

tapi tu la, yg aku tak puas hati, apasai la boleh kalah kat tempat sendiri??

adakah kita kena tukaq tektik cakap "botol atau kakap betul"????

wakakakak...

melayu merdeka berkata...

Melayu memang bangang. Zionis Israel bukan main dimaki hamun. Zionis depan mata buat-buat tak nampak.

Holden Caulfield berkata...

Gua dah baca lu suruh baca tentang Walking with the Comrades tu.Gua inspired dengan orang India yang mulai sedar tentang diskrimikasi kelas,terutamanya kasta dan mereka menentangnya.

Gua nak berkongsi dengan semua orang link ni.

Walking with the Comrades

madbi berkata...

n3 ni yang buat semangat menderhaka aku meluap luap selepas peristiwa prk kk.... gatal seluruh badan!!! kalau amno ada dekat aku sekarang mau kena pelempang ni...

Tanpa Nama berkata...

Melayu susah nak berubah, mudah lupa dan insaf pon sekejap. Baru saja tsunami PRU12 dua tahun yg lepas, dah balik nak sokong umngok. Inilah melayu, 50 tahun di bawah pemerintahan dan cengkaman umngok@be end boleh sabar tapi 2 tahun di bawah kerajaan negeri PR, tak boleh nak sabar2. Yahudi zionis dimaki hamun, tapi umngoapco di depan mata, buat2 buta. Apalah dah nak jadi dgn bangsaku.

worldofoutdoor berkata...

PROMOTION

http://beliabenciumno.wordpress.com

MAsuk lah dapat hadiah melancong bersama Bik MAMA

49-51 berkata...

Aku dah cakap dulu, kalau Tukar Tiub yg bertanding tak mungkin keputusan jadi mcm ni....tapi Pkr taknak dengar.
Ambik kau firaun kecil Pkr..!!!...firaun kecil tau tak bahawa ramai yg frust menonggeng skrg?

Tanpa Nama berkata...

masyuk r lepak tmpt sejarah

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah kah golongan kiri konon kah kah kah senang cakap kominis jek la tak payah tentera pembebasan rakyat kah kah kah....

kah kah kah zionis dah kalahkan golongan kiri kah kah kah kah wkaka tak sador boss ngko tulaH ejen zionis nombor wahid wahai ashabussyimal...kah kah kah

kene tipu jek lah ngko pak janggut kah kah kah

digger berkata...

Tak mengapa,menang kalah adat perjuangan...yg pasti,semangat aku x pernah luntur! LAWAN TETAP LAWAN! Walau tak mampu angkat senjata menentang Zionis di Palestin,kita seharusnya berasa bangga menentang Zionis di tanah air yg dicintai. Tujuannya & matlamatnya sama,hanya cara yg berbeda.

Tanpa Nama berkata...

Betul le... memang banggang bangsa melayu ni, tk pandai menilai mana satu intan dan yg mana satu kaca... Nasib baek aku ni orang minang .. .

Tanpa Nama berkata...

makcik makcik BN kat Kuala Kubu memang cool! cukup friendly!

cicitHJHASSANu berkata...

ada manfaat bersama untuk diberi peringatan kepada generasi kita hingga anak cucu...wajib melawan Umno-Apco

minta kebenaran copy untuk arkib.tq

Tanpa Nama berkata...

Alamak??? Apa ni bang, tak sempat nak pancut...entot baru 5 minit!!!

Takper, lepas buang air besar nanti...sambung balik yer???

Mana citer "Perjalanan 21000 batu" ???

Tanpa Nama berkata...

bagus bro. ini la tulisan yang baik dan setaraf dengan anda. kami memang mahu yang ini lebih dari yang selalu. bukan setakat kutuk bik mama dan gelak kahkahkah je. selamat berjuang.

Tanpa Nama berkata...

citer le pasai tabong2 melayu yg dikerok.

Lopong dah

Tanpa Nama berkata...

..memang potong la luu..main sambung2 pulak...dah la semalam kalah ....stim boleh main sambung2 keee......tak rock la lu...cept sambung bro ..kalu tidak gua c4 lu.gua tau lu punya pot...

azmie berkata...

isham, ni kau punyo expertise. ulas sket pasal kak rose dapat award baru-baru ni. siap nyanyi we are the world lagi.

Tanpa Nama berkata...

woi komunis..tak habis habis lagi ke dengan nostagia...komunis dah kalah dah..tembok berlin dah roboh...bodo la lu ni...

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Pada pendapat aku, perjuangan Islam itu tidak ke arah Barat dan tidak juga ke arah Timur, tidak ke kiri dan juga tidak ke kanan... Perjuangan Islam itu lurus ke pada Allah SWT...tidak boleh di samakan dengan mana2 ideologi ciptaan manusia, ugama-ugama yg menyeleweng dan kepentingan2 atas dasar apa saja...
Islam itu tinggi dan tidak ada yg lebih tinggi daripadanya.

Kita mesti ingat, British Kapitalis dan China Komunis ini bersekongkol menentang kuasa Fasis Jepun di Tanah Melayu. Selepas Jepun menyerah kalah,British dan cina komunis sama2 ingin menguasai tanah melayu akibat arahan dari kerajaan/parti mereka masing2.

Semestinyalah, sama ada kuasa British atau kuasa komunis, mereka akan menganggap Islam sebagai musuh kerana Islam itu menyeru manusia menghambakan diri kpd Allah sdgkan kuasa komunis adalah atheis, kuasa kristian pula sesat dan agama Kristian hanya sebagai alat untuk British/gog and magog ini berkuasa ke atas politik dunia.

Tanpa Nama berkata...

Nostalgia? salahkah bernostalgia? kalu TT siarkan perihal Yahudi, ada pulak yg kata sia2 saja bernostalgia pasal yahudi padahal dlm kitab Al-Quran banyak di ceritakan ttg Yahudi dan Bani Israel...

Semua yg berlaku atas dunia ini pd hakikatnya sangat berkait dgn Yahudi dan pecacai kpd Yahudi iaitu Nasara/Nasrani/Kristian...&komunis. British pecacai Yahudi, komunis di cipta Yahudi Karl Marx. Utk apa? Teori manusia dr beruk, utk apa? Umno digalakkan oleh British di anut oleh org2 Melayu selepas 1946, kenapa? Apa jadi pd Malayan Union?
Kenapa org2 Melayu boleh berdemonstrasi menentang Malayan Union?..polis dan askar British tengok saja org2 Melayu berdemonstrasi(kenapa polis british dan askar british tak tembak,pendemonstrasi Melayu di Kota Bharu, 10,000 org, Alor Star, 50,000 org?Susah sgt ke British nak tgkap atau tembak?...sama tak dengan PERKASA berdemonstrasi...
polis tengok saja...ada permit?

apa2pon pakai otak, jgn pakai kepala lutut yer..

Tangkup berkata...

PR harus merancang apa nak buat PRU13 untuk menentang dan mengalahkan UMNO-APCO supaya keseluruhan rakyat Malaysia akan menikmati hasilmahsul negara..dan bukan ditangan segelintir pemimpin BE END.
Buat lah PRK HS sebagai panduan dan teladan. Abalisa harus dibuat untuk mengetahui dimana letaknya kelemahan berkempen. Saya percaya semua anggota pekempen PR telah berbanting tulang..malangnya BE END telah menggunakan alatjentera Kerajaan Perseketuan untuk memujuk pengundi pengundi memilih calon nya. Ini biasa lah dibuat oleh Kerajaan. Wang bermilin ringgit ditaburkan musim PRK. Ini tetap dianggap rasuah tetapi BN menafikannya. Soalnya kenapa wang sedemikian banyak tidak dibelanjakan diluar PRK? Kalau BN tidak taburkan begitu banyak wang ringgit PR tetap menang!!

Kecuali posmotem, biarkan lah keputusan itu. Jangan buang masa. PR tumpuhkan tenaga untuk PRU13.

Allahuaakhbar Allahuakhbar.

Tanpa Nama berkata...

SEJARAH HULU SELANGOR.
Terasa macam berada di dewan kuliah. Informatif, sinis dan menusuk rasa. Celoteh sinis TT diKKB sebelum ini bertukar kepada maklumat yang memantul ingatan dan semangat mahukan pembebasan / keadilan. Ana salut enta sejak dulu dan menunggu sambungan...

PAS pis PUS gi mampos ler... berkata...

yer daaa potong stimmm ler main sambung2 lak...baru nak terpancut....apa pun teruskan...pergi mampus sama komen2 bangang tu....

Tanpa Nama berkata...

masih lagi nak bangga dgn komunis...tak paham aku...
aku nak citer...masa zaman komunis dulu, ada sebuah kampung melayu kat Johor...ni cerita daripada orang2 tua di daerah tu...

nak pendekkan cerita, semua orang kampung dibunuh kejam...termasuk la org kampung yang angkat bendera putih...kanak-kanak dan wanita juga dibunuh...kampung dibakar...

ni cerita benar...

jadi ni yang dikatakan pejuang pembebasan rakyat? ni akibatnya tak belajar betul2 sejarah...bukan setakat dalam buku teks...

tahun 70-an...perarakan maulidur rasul dilempar objek keras oleh puak2 bekas komunis ni...

penghujung 90-an...kepala babi serta darah babi di lempar di masjid...last2 kariah buat solat hajat...sorg demi sorg puak2 tu mati...klimaksnya sekeluarga maut dalam nahas...

tak usahlah nak sokong tanpa ilmu...ni la padahnya...

Tanpa Nama berkata...

adalah lebih baik brader isham teruskan blog2 ni dgn sejarah2 kiri...kami anak2 muda kadang2 cukup tersepit nak berhujah dgn fakta2 sejarah orientalis...utk bik mama dan sebagainya, brader letak gamba pun da cukup...keh3....tak pun brader leh train org lain utk buat analisis akhbar2 bangang di malaysia..takde lu penat sgt nnt bro...regards..

rozali53uk berkata...

Kita berehat sebentar untuk memberi laluan kepada iklan Hancurkan APCO...aka....

ha ha berkata...

Salam Bro TT,

Bila hang Sebut pasal Perjuangan Komunis tu baik (sebab tidak ada Komunis yang memperaktikan 100% ajaran komunis), saya tak setuju...akan tetapi kalau Perjuangan Golongan Kiri yang fitnah oleh Penjajah sebagai komunis..that was true.

Banyak hikmah boleh di ambil dari peristiwa pembunuhan ini. Antaranya mempercepatkan proses keMerdekaan Tanah Melayu.

WasSalammm

anak posmen chemor berkata...

potong stim kau sham. kasi abis la lain kali kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Topik menarik. tapi saya tak mahu sama kan UMNO/BN dengan British kerana polisi kedua mereka lain. mmglah ada persamaan dalam kaedah yang digunakan.

dulu british tutup jalan org melayu. british tak bg pendidikan, ambil tanah org melayu yg ada deposit timah dan ganti dengan tanah yg jauh di kampung yg tak ada apa2 nilai. org cina yg kaya raya menjadi lebih kaya kerana kontrak kerajaan di bagi pada mereka dan kontraktor2 eropah. kesudahannya org melayu tak ada pendidikan yg baik, tak mampu tinggal dikota, tak dapat perkhidmatan kesihatan yg baik. mmg patutlah mereka memberontak.

sekarang, org melayu dah banyak yg berjaya. ada yg pergi luar negara dan bekerja, ada yg mampu hantar anak2 belajar ke luar negara, ada yg mampu urustadbir syarikat2 besar dan boleh berdikari.

jadi, polisi bn/umno tak sama dengaan polisi british.

Sepukal berkata...

Tabik kepada mereka yang membunuh Henry Gurney!

Kalau takde komunis dan gerakan nasionalis tulen Melayu masa tu memang tak merdeka la Malaya!

UMNO adalah ciptaan penjajah dan Malayan Union adalah reality show oleh para penjajah...dan barisan para pelakonnya ialah...jeng jeng jeng...UMNO! kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Sememangnya umno dan british tidak sama jika di tinjau secara zahirnya...krn zaman berubah, maka proses evolusi TUAN-HAMBA berubah mengikut kesesuaian masa.

Tetapi hakikatnya, umno mengambil/mewarisi dasar british dlm mentadbir malaysia. Cth mudah, undang2 yg kita gunakan...siapa yg cipta? Bukankah Lord Reid. Ianya bukan undang2 Islam.
Agak2nya ada keberkatan tak undang2 lord reid? Memberikan keadilan kpd semua?

Dasar kawalan ke atas org2 melayu, penafian mendapat akses maklumat yg sahih, ekonomi melayu yg tidak berkembang(ekuiti cuma 19% termasuk GLC)ugutan/mengawal pemikiran org2 melayu melalui media2 berbahasa melayu dan siaran TV, adakah bukan bersifat seperti penjajah? Cuba baca suratkaba cina dan English, bezakan akses maklumat tanpa tapisan yg diterima, perbahasan bebas dlm akhbar mereka, akses kpd peluang ekonomi yg sgt luas, persatuan perniagaan mereka yg mengawal parti politik mereka...win win situation antara mereka dan umno, 'ali baba' dr syarikat RM2...

Keadaan ini samalah semasa British secara hakikatnya, kecuali segolongan org2 yg sengaja membutakan mata melihat realiti.

Tanpa Nama berkata...

Piagam Atlantik 1945, untuk apa? Adakah sengaja dibuat...ada maksud terselindung? Adakah ada kaitan dngan KERAJAAN SATU DUNIA ?

UMNO mudah lupa!

Penjajah tetap penjajah...akan datang silih berganti...

Adakah penjajah tidak akan dtg lagi ke Malaysia/Tanah Melayu?

Menangislah skrg supaya kita sedar di mana kedudukan kita...

Kerajaan SATU DUNIA sudah berada di depan pintu, tapi kita masih lagi bermain2...mereka sudah dtg kembali, dlm bentuk yg berbeza tapi masih hasrat yg sama... MENJADIKAN MANUSIA GILA DUNIA SEBAGAI HAMBA MEREKA.

Beruntunglah sesiapa yg memperjuangkan kebenaran Islam & di lindungi Allah SWT dr terpengaruh dgn DAJJAL AL MASIH LAKNATULLAH.