Khamis, 10 Jun 2010

MARI LAWAN ZIONIS TEMPATAN



MEREKA PUN DATANG LAH


mereka pun datang lah
siapa siaga
senjata di tangan
berdiri tecegak
jentolak besar mula bergerak
sebatang demi sebatang
jatuhlah pohon pohon zaiton

ha ha ha
maka gugur bertaburan buah buah zaiton
bertaburan seperti terputusnya tali tasbih

mereka pun datang lah
soldadu soldadu gagah berdiri
berselendang besi
berseligi di tangan
siapa siaga
membedil siapa sahaja

maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
lalu di tembak gas pemedih mata
ha ha ha
maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
lalu di tembak peluru getah
ha ha ha
maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
lalu ditembak peluru hidup

maka gugur darah ke bumi
maka bederailah ayer mata sang ibu
maka hilanglah seorang adik
maka pergilah seorang murid

lalu dilapor media antarabangsa
soldadu israel bertempur dengan gerombolan pengganas
ha ha ha
lalu di lapor media antarabangsa
soldadu isreal bertempur dengan gerombolan pengganas
ha ha ha

1x2

mereka pun datang lah
bertopi merah berbalut tebal
besi di kaki
besi ditangan
siap siaga memukul siapa sahaja

maka berkumpulah orang orang kampong
maka berkumpulah anak anak sekolah
maka berkumpulah orang orang surau

maka jentolak pun datanglah
di kiri soldadu
dikanan soldadu
ha ha ha
maka gugurlah pokok durian
maka gugurlah pohon belimbing
maka gugurlah batang kelapa

ha ha ha
jentolak masuk ke kampong
ha ha ha
jentolak datang menganas
ha ha ha

maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
lalu di tembak gas pemedih mata
ha ha ha
maka emak emak pun mula memukul periok
ha ha ha
lalu di tembak air beracun
ha ha ha
maka ayah ayah pun naik marah
ha ha ha
lalu ditangkap dan dilokap

lalu ranap lah sebuah kampong
lalu punahlah satu kehidupan
lalu berderailah air mata

lalu dilapor media melayu
polis pencegah rusuhan diserang gerombolan pengganas
ha ha ha
ha ha ha
lalu dilapor media melayu
polis pencegah rusuhan diserang gerombolan pengganas


ini tanah aku
ha ha ha
ini warisan aku
ha ha ha
seribu tahun dahulu datuk aku disini
ha ha ha
seribu tahu dahulu nabi aku berjalan ditanah ini
ha ha ha
inilah tuntuan sang zionis

maka hilanglah tanah d jenin
maka hilanglah tanah di yum kudus
maka hilanglah tanah di wadi safar

lalu didirikan kondo kondo mewah
maka datanglah sang yahudi dari seluruh dunia
menjadi warga tetamu israel

ini tanah aku
ha ha ha
lihat ini geran nya
ha ha ha
tanya tuan d.o dan tanya yb berapa ribu suapan telah aku beri
ha ha ha
inilah tuntutan sang cukong

maka hilanglah tanah di berembang
maka hilang kah tanah di pelentong
maka hilangllah tanah di chu badak

lalu didirikan kondo kondo mewah
maka datanglah sang kaya dari seluruh dunia
menjadi tamu dan warga malaysia

1x3

mereka pun datang kah
maka daerah ini pun mula di kepong
si sakit tanpa ubatan
si lapar tanpa makanan
sang ayah tanpa pekerjaan
sang ibu hilang ingatan

ha ha ha
gaza di kepong soldadu isreal
ha ha ha
gaza di kepong soldadu isreal

lalu kapal kapal dihantar
membawa makanan
lalu kapal kapal dihantar
membawa ubatan
lalu kapal dihantar
membawa khabar berita

ha ha ha
soldadu zionis israel siap siaga
ha ha ha
menunggu kapal difitnah pembawa senjata

ha ha ha
ketika laut ditutup malam
ketika tidur nyenak berbalam
ketika mimpi kelam kelam
soldalu israel datang menganas

ha ha ha
tum tam tum tam
ha ha ha
tum tam tum tam
bedil dilepas
senapang melutup
tum tam tum tam
bom dilempar
dooooom

maka matilah si pembawa makanan
maka matilah si pembawa ubatan
maka matilan si pembawa berita

ha ha ha
lalu di lapor media antarabangsa
soldadu isreal bertempur dengan segombolan penganas
ha ha ha
lalu di lapor media antrabangsa soldadu
soldadu israel bertempur dengan gerombolan pengganas

mereka pun datanglah
maka daerah itu pun mula dikepong
soladau mula mengawal
tiada makan dapat masuk
tiada ubatan dapat dicari
tiada warga dapat merentas
soldadu dan polis mengepong kampong

ha ha ha
soldadu diarah siapa sedia
ha ha ha
melawan segala ajaran sesat
ha ha ha
hanya satu ajaran benar
ha ha ha
yang lainnya adalah sesat

ha ha ha
ketika subuh memecah pagi
ketika selimut tinggal dikaki
ketika sejuk datang sekali lagi
soldadu mula mengganas

ha ha ha
tum tam tum tam
ha ha ha
tum tam tum tam
bedil dilepas
senapang melutup
tum tam tum tam
bom dilempar
dooooom

maka matilah si orang kampong
maka matilah si tuan guru
maka matilah si anak murid

ha ha ha
lalu dilapor di media melayu
soldadu diserang penggans di memali
ha ha ha
lalu di lapor di media melayu
soldadu diserang penggans di memali

ha ha ha
ha ha ha
ha ha ha

1x4

kau ingin melawan kezaliman
kau ingin menentang kejahatan
kau ingin menegak keadilan

ha ha ha
kau tak perlu belayar jauh
koyak kan mata
luka kan telinga
darahkan hati
dengar dan hayati

gaza berada di hadapan mata
gaza berada di kampong berembang
gaza berada di kampong pelentong
gaza berada di kampong memali
gaza berada di kem kamunting
gaza berada di simpang renggam
gaza berada di mahkamah jalan duta

yang saheed bernama kugan
yang saheed bernana teng beng hock
yang saheed bernama aminulrashid

ha ha ha
kau masih ingin melawan kejahatan
ha ha ha
kau masih ingin menentang kezaliman
ha ha ha
kau masih ingin menegak keadilan

ha ha ha
bangun bangun bangun
sebaris kita hapuskan zionis tempatan

nota:
9/6.2010 -
sajak ini ditulis dan dibaca oleh tt
di dewan sivik pj pada malam
kelmarin untuk menyatakan
sokongan terhadap warga
palestin


17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tika rakyat bangkit
menentang dan berdemo
menentang judi dan apco
mana jamil khir.....
mana harusani.....
mana zulkepalapelior.....
yang mengaut untung
penjual serban
bercorak petak dam
sapa pembekal serban.....
mungkin teng(korak)adnan
mungkin jaikisen
takmungkin tgna
maka seboklah mamakkuty....
maka seboklah mat monggoli...
maka seboklah segala pak sebok..
ikut belit dileher
nampak macam penentang tegar zionis
tapi tak nampakkelibat hirtoyo...
barangkali sedang memerhati.....
mat indon memasang tile dilantai istana.... lancaula amno, setakat buat sambutan meraikan sukarelawan dengan majlis makan makan bole la....!!!!!

abu simbel berkata...

ini sesuai untuk aktivis-aktivis yang jenis sentimental..kami pula bukan jenis baca sajak tapi jenis brutal...

Tanpa Nama berkata...

nice poem n nice new hair cut

JUDI anak HARAM jadah berkata...

NGO ISLAM JANGAN BUANG MASA
NGO ISLAM JANGAN BUANG TENAGA
NGO ISLAM JANGAN BUANG RINGGIT

BANGUN
BANGKIT
BERDIRI
BANTU BANTU BANTU KELUARGA, SAUDARA MARA DAN SAHABAT HANDAI YANG SEBAGSA DAN SENEGARA KERANA

gaza berada di hadapan mata
gaza berada di kampong berembang
gaza berada di kampong pelentong
gaza berada di kampong memali
gaza berada di kem kamunting
gaza berada di simpang renggam
gaza berada di mahkamah jalan duta

GAZA BERADA DI SELURUH PELUSAK NEGARA

FUCK ZOLL NOR
FUCK BRAHIM COLI
FUKC AZAM 6 KATAK
FUCK ANAK BERANAK MAMAK KUTTY
FUCK NGO KAPAL iSELAM
FUCK NGO meLAYU
FUCK GROMBOLAN FUCK FUCK FUCK

rtm klg

Gedung Akal berkata...

kah...kah...kah panjangnya sajak...
Zionis itu ada dalam rumah kita... masing-masing tak ambik tahu sebab semua Melayu pekak badak....kah..kah..

Anfaal Saari berkata...

suka!

Tanpa Nama berkata...

Syabas Abang Hisham, memang sentap sajak ni. Saya berada di dalam dewan sivic itu semasa sajak ini didendangkan. Semoga doa dan usahakan kita ke atas kesejahteraan Palestine di makbulkan Allah. Aminnn....

firdaus berkata...

aku harap TT dapat jaga kesihatan supaya terus berjuang menyedarkan anak2 muda yg tgh seronok dek gula2 dari gerombolan...

WM Impression Solutions berkata...

terbaik....

TT: gua xdapat datang mlm td...ruginya rasa...sbb dah plan awal nak gi...

Tanpa Nama berkata...

salam

pagi-pagi lagi
air mata ku telah tumpah kesekian kali
kerana anak-anak di gaza
kerana orang kampungku(diMemali)
kerana sajakmu yang panjang

adakah aku dan kau hanya bisa ketawa
kah..kah..
selain mencipta dan membaca sajak

apakah lagi yang harus ku perbuat
aku tak bisa memikul senjata
hanya yang ada secebis doa.

Tanpa Nama berkata...

Is the relocation of Parliament to Putrajaya going to be another case of flip-flop, after the sports betting fiasco?

In his written parliamentary reply to Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka), Nazri said the relocation was decided by the cabinet recently.

But according to Malaysiakini, Nazri later clarified to the press that the matter was still being mulled over by Cabinet. “It’s not decided yet… We will bring it to the Cabinet to be discussed,” he said.

Not again! Flip-flop – or testing the waters?

Tanpa Nama berkata...

Zionis di sana dan di sini
bezanya hanya pada rupa
hati niatnya serba sama
anjing berkaki dua
merantai nyawa rakyat melarat

apa ada pada sang raja
dan serban bertali sang mufti
sedang kaki terikat mulut bersuap
bimbang ufti melayang pergi
bezanya sang mufti dan kapitalis
hanya pada serban terlekat

dan sang merajalela
suara lembut bersimpul dusta
senyum manis dianyam auta
lalu simarhaen yang kebingungan
bertepuk-tepuk, angguk-angguk
entah kerana apa
entah berita apa

lalu sang merajalela mengirai taring
dan menjelma menjadi zionis
menghisap darah demi darah
simarhaen yang menanti disembelih
dan sang raja juga mufti berserban
tangan kirinya menepuk dahi kekesalan
jari telunjuk diarah pada mulutnya yang tersumbat
sedang tangan kanan terus berdoa meminta ufti sentiasa melekat

kerusi singgah sang raja
jubah janggut serban sang mufti
hari ini tidak lebih
hanya selendang sari sang merajalela
menegakkan kuasa dan harta

hari ini kerusi jubah serban dan janggut
adalah lambang angguk-angguk si rakyat jelata

fatah85 berkata...

ha ha ha.
kau ada bisa.

Lang berkata...

ni sajak matematik... dalam matematik ada subjek persamaan atau equation... mcm aljebra...

secara saikonya yg dekat ni cerminan yang nun disana yang jauh... hanya pelakon dan watak yg berbeza... cerita yg sama.

tak gitu tt?..

KTB berkata...

Pedang atau Kalam?

Tanpa Nama berkata...

Aku hanya mampu berdoa agar matinya nanti bukan sebagai ahli yahudi dan nasrani

kerana sekarang dia telah menuju ke arah itu

Tanpa Nama berkata...

Wei! apa main sajak-sajak nih
betul tak cool

taun 2010 pun ada mamat main sajak lagi ke? Ceh!

Kan lebih baik kalau kita tabor sebijik-sebijik
terang jelas nyata dan tepat
diaorang bukan paham pun sajak-sajak nih

sajak-sajak ni geli gua!