Selasa, 8 Jun 2010

SEKRANG GARANG - BILA KENA GERTAK CUKONG PASTI LEMBIK





BUNYI GARANG - KITA LIHAT DAN TUNGGU




ISMAIL : SAYA TAK AKAN TUNDUK UGUTAN PENIAGA RUNCIT
– bernama

Kerajaan akan tetap meneruskan pelaksanaan lesen runcit untuk barangan kawalan berkuat kuasa 1 Julai ini walaupun Gabungan Persatuan Peniaga Barang-barang Runcit Malaysia hari ini mengugut untuk menghentikan penjualan tiga barang kawalan iaitu gula minyak masak dan tepung gandum.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian telah banyak berkompromi dan bersetuju dengan segala permohonan persatuan berkenaan sebelum ini.

“Kita telah bersetuju dengan permintaan mereka minta cepatkan proses permohonan lesen mansuhkan pembayaran RM10 untuk lesen dan tangguh kuat kuasa 15 Jun kepada 1 Julai kerajaan dah banyak berkompromi.

“Tujuan kita bukan kerana duit tapi untuk pantau tiga peringkat ini pengilang pemborong dan peruncit supaya masalah ketirisan gula tak berlaku sehingga timbul masalah kepada pengguna ” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini.
]
Beliau diminta mengulas mengenai keputusan persatuan itu untuk menghentikan penjualan tiga barang kawalan iaitu gula minyak masak dan tepung gandum berkuat kuasa 15 Jun ini jika kerajaan menguatkuasakan Lesen Runcit Barang Kawalan 2010 untuk menjual barangan itu.

Ismail Sabri berkata banyak pihak yang boleh dibenarkan dan berminat menjual barangan itu sekiranya persatuan berkenaan tetap dengan pendirian mereka untuk memboikot jualannya.

“Hypermarket dan supermarket akan jual gula mungkin kita akan benarkan stesen minyak yang ada kiosk untuk jual gula kedai koperasi Fama pasar tani dan persatuan peladang juga boleh jual gula.

“Saya juga akan bawa kepada Kabinet sekali lagi untuk membuka pasaran import gula ” katanya.

KAH KAH KAH…

woit… MARI KITA TENGOK SAPA ADA POWER… kah kah kah…

kah kah kah… TUNGGU DAN LIHAT KUASA CUKONG…kah kah kah…

kah kah kah…. BILA PROTEST BERTERUSAN ….KITA TUNGGU… kah kah kah

kah kah kah….PASTI AKAN KELUAR KENYATAN BAHAWA…. INI BUKAN MUKTAMAD…. kah kah kah..

kah kah kah…. KERAJAAN MAHU DENGAR PANDANGAN ORANG RAMAI…. kah kah kah..

woit… KITA TUNGGU DAN LIHAT SIAPA SEBENARNYA YANG MEMBUAT DASAR DALAM NEGARA INI….. kah kah kah

11 ulasan:

gents berkata...

RAKYAT yang berkuasa.. Itu yang sepatutnya terjadi dalam sebuah negara berkebajikan..

mi-phg berkata...

BERANI BERTARUH POTONG JARI(BUKAN JUDI HARAM) MESTI IKUT CAKAP CUKUNG BILA KENA GERTAK ! (BUKAN SONGKOK TINGGI)

Tanpa Nama berkata...

Hallo Semail Sabri.. tak yah nak putar belit la... kau punya putar belit tak power cam Samy Vellu punya.. tak akan tunduk kpd ugutan konon... piiiirahhhh... sejak kau jadi menteri dah beberapa kali harga bebarang naik... masa kau umum harga gula Rm1.65 sekelo pun diorang dah jual RM1.70 sekelo... ada elok kau balik Bera nengok-2 org asal yg ngundi kau dulu drpd kau mengampu cukong gula.. cukong gula tu memang bayak duit tapi undi dia satu aje.. Org Asal kat Bera tu beribu undi dia, jgn ingat doorang bodoh dulu, kini dan selamanya cam parti kau tu UMNgOk..

madbi berkata...

saya takkan tunduk...... kalau tunduk mana nak nampak cukong hulur rm!!!!!!hidup tuanku , daulat tuanku 4X....CUKONG!!

Jan berkata...

Tunggu 2 atau 3 hari lagi bila bos besar Semail Sabri ni cakap.....lesen untuk peruncit BELUM MUKTAMAD lagi...masih diperingkat apa nama tu..perbincangan.
Saya rasa semua menteri ni bila buat dasar ni..ikut suka hati aje tampa penyelidikan khusus iaitu "cause and effect". Yang Bos Besar pulak strategi yang di nasihatkan oleh APCO..jadi popular.. itu sebab banyak "controversial statements" yang keluar dari mulut Bos Besar berkenaan statement menteri-menteri nya. Ni lagi teruk dari pentadbiran Pak Lah.

Tanpa Nama berkata...

alla abah dafi...gu minat dafi la...jangan lupa kim salam sama dafi erk...

abang isham minat dafi...
anwar brahim minat dafi...
rosmoh pun minat dafi...

undi dafi... undi dafi... undi dafi...

dafi kepala butuh lu la... apa punya budak? ada abah jadi menteri, tapi bodoh bangan macam katak puru lagik ha... buttttuh lu la semek-eee eeee.

Lang berkata...

ni mcm perang saraf... buat isu dan kenyataan yg provokatif... pembangkang melompat menjerit2 nak kasi taruk dalam parlimen... heboh kat ceramah... rakyat marah bengang...

part II, pembangkang telah memprovokasikan isu ini, mempolitikkan isu, nak menangguk diair keroh... kerejaan belum memuktamadkan keputusan... kerajaan akan dengar apa ke namenye... ha.. pandangan rakyat... kerajaan perihatin, memenehui hasrat rakyat... pembangkang hanya tau bercakap saja tp tak mampu laksanakan... kenapa tak turunkan harga barang kawalan di dalam negara yg ditadbir pembangkang?

part III, kita akan menganjurkan program juara rakyat, kerajaan akan memaklumkan kenaikan, lesen runcit tak perlu, harga barang masih dikekalkan walaupon kerejaan akan berhadapan dengan masalah difisit dan kebangkrapan... kerajaan mendengar rintihan rakyat, ini kerejaan pilihan rakyat, kerejaan yang membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat...

part IV, terdengar jeritan...
satuuu... mesia
satuuu... mesia
satuuu... mesia

diikuti dengan tepukan gemuruh daripada hadirin....

umko menang lagi dalam pertembungan perang saraf ini.

Tanpa Nama berkata...

"Saya tak akan tunduk kepada cukong"

Besar sangat ke telor budak ni?
Kalau telor panjang sejengkal, jangan cukong hendak diduga!!

Buktinya?
Time budak ni jadi menteri jaga barang, barang apa yang tak naik harga? Semua pun naik harga laa!!

Piiiiiirah mabok!

Tanpa Nama berkata...

Mamat ni tak tunduk kat peniaga kecil je

kat Tnb, Kat Pos, Kat lebuhraya bertol, kat judi, kat petrol; semua dia tunduk

bukan saja tunduk, jilat kasut sekali!

Tanpa Nama berkata...

TT. APASAL GOMEN NI TAK AMBIL ALIH PENJUALAN GULA SKALA BESAR.APA...KONTRAK DEPA DENGAN ROBERT KWOK TAKLEH KANSEL KE...? CIPTALAH SATU SYARIKAT RM2 UNTUK AMBIL ALIH..MEREKA DAN KELUARGA MEREKA KAN EXPERT PASAL BAB TU....!! SATU MALAYSIA LAIN HARGA KAH....??

Tanpa Nama berkata...

woit… KITA TUNGGU DAN LIHAT SIAPA SEBENARNYA YANG MEMBUAT DASAR DALAM NEGARA INI….. kah kah kah

sekali kaki dihentak
berkali2 bumi bergerak
berpuluhkali lemakperut berolak
berulangkali keluar kata2 berdolak

bila bik mama gertak je,
bini rosemoh pun kata belum muktamad...

-average joe-
klakka-la.blogspot
klickdefella(klakka-la)