Ahad, 31 Oktober 2010

ABA DI SANA SINI





ABA - DUIT DUIT DO IT






SENTIMEN ABA MULA MEREBAK


ABA – Asalkan Bukan Azmin - adalah sentimen yang kelihatan bergerak memberikan undi kepada Zaid Ibrahim.

Sentimen Aba ini cukup kuat di pelbagai cabang PKR.
Ini arus dibawah yang bergerak tanpa heboh dan bising.

Asas sentimen Aba ini kelihatan bukan satu asas politik
yang kukuh. Mereka bersatu dalam arus – tidak sukankan azmin ali.
Period.Khalas.Baas. Finito.Abis.Ini saja.

Kalau ditanya mereka yang tidak mengundi Azmin kenapa tidak
suka kepada Azmin - pasti jawapan bersimpang siur.

Ada yang mengatakan Azmin membawa budaya gerombolan. Berintrik,
berklik dan berpuak puak seperti budaya gerombolan.

Ada yang mengatakan Azmin ini sombong dan angkuh.

Ada yang mengatakan ketika Azmin jadi SU Anwar dahulu, Azmin
ini kaki pau dan jaga pintu siapa yang boleh jumpa Anwar
dan budaya ini sedang mula di bawa ke dalamn PKR.

Ada yang mengatakan Azmin ini tidak disukai oleh Presiden Parti.

Ada yang mengatakan Azmin ini sedia bersekongkol dengan
sesiapa sahaja untuk memastikan dia menjadi MB Selangor.

Ada yang mengatakan segala huru dan hara terhadap Khalid Ibrahim
di Selangor ini adalah kerja Azmin Ali.

Ada yang mengatakan bahawa Azmin memasang bakal ketua pemuda
yang amat lembik ( sekarang telah tarik diri ) agar ketua AMK ini
boleh dijadikan kuda tunggangan.

Ada yang mengatakan Samsul Iskandar menjadi Mat Turun Naik – kerana
putar alam Azmin Ali.

Semua hujah hujah ini bukan hujah dasar politik.
Ini semua hujah sembang kedai mamak.

Amat jelas bukan garis politk yang memisahkan
antara Azmin Ali dengan Zaid Ibrahim.
Bukan perdebatan garis politik yang sedang bertarung.
Inilah yang memilukan lanskap politik tanah air kita.
Parti politik tidak bertempur kerana garis politik.
Pemimpin parti bertempur kerana entah apa apa.

Sayugia diingati juga - Azmin Ali ini juga bukan kecik anak.
Dengan memiliki ‘double degree – dua ijazah ’ ilmu hisab
dari Amerika. Cara dan gerak kerja Azmin Ali tersusun rapi.
Bak kata orang putih - very mathemitical.

Azmin Ali juga dikatakan memiliki kesetiaan yang maha kuat. Hujah
kesetiaan inilah yang sedang dijaja sebagai kekuatan Azmin Ali.
Kesetiaan Azmin Ali ini dibandingkan dengan kesetiaan Nala Kurap Pan ,
Mat Ezam, Zahrin dan beberapa bengolan yang lain.

Lalu persoalan timbul – setia kepada apa? Kepada perjuangan ?
Kepada garis untuk menghumbankan gerombolan? Setia
kepada perjuangan rakyat?

Kalau setia kepada Anwar Ibrahim ini bukan politik -
ini cari makan.

Justeru sentimen Aba ini merebak.

Dalam masa yang sama Zaid Ibrahim tidak seharusnya tersenyum puas
kerana telah mendapat undian terbanyak - setakat ini sahaja.

Jangan kita lupa Zaid Ibrahim juga terdidik
dan dibesarkan dalam budaya gerombolan.

Sokongan yang datang ke peti undi Zaid bukan sentiman pro-Zaid
tetapi sentimen Aba – asalkan bukan azmin.

Disini Zaid Ibrahim jangan salah perhitungan.
Azmin akan menyusun baris sekali lagi.
Kunci kemenangan ialah Selangor dan Sabah.
Kalau Azmin berjaya mendapat sokongan dari Selangor
dan dari Sabah maka tergelincir Zaid Ibrahim.

Untuk Azmin menang di Selangor pada ketika ini bukan mudah.
Sentimen Aba telah merebak. Justetu Azmin perlu merendah diri
untuk bertemu dan berbincang dengan pucuk pimpinan PKR Selangor.

Azmin Ali tidak dapat lari dari menerima hakikat dan mengakui
bahawa intrik yang telah dilakukan dahulu
terhadap Khalid Ibrahim tidak disukai
oleh ahli-ahli PKR di Selangor. Ini hakikat.
Inilah punca Aba merebak di Selangor.

Jalan kemenangan masih terbuka untuk Zaid Ibrahim dan Azmin Ali.
Setakat ini jelas Aba sedang merebak.



CIK GU BADRUL, NURUL DAN ZAID TERATAS


Dari keputusan kelmarin amat jelas bahawa
rata-rata anak muda dalam Parti Keadilan Rakyat
telah memilih Cik Gu Badrul sebagai ketua mereka.

Sentimen memihak kepada Cik Gu Bardrul ini lahir kerana
Shamsul Iskandar dilihat sebagai Mat Turun Naik. Ini
berikutan dengan cita cita Shamsul Iskandar yang pada awalnya
menawarkan diri sebagai Naib Presiden kemudian menarik diri.

Cik Gu Bard …..459
Shamsul……….....328


KEPUTUSAN KELMARIN

Nurul Izzah
Fauziah Saleh
Tian Chua
Dr. Mansor

Zaid Ibrahim…..1552
Azmin Ali….....1509
Musthapa ......636

Cik Gu Bard …..459
Shamsul………..328

SHAMSUL ISKANDAR MANGSA ABA

Shamsul Iskandar dilihat oleh anak anak muda
sebagai orang yang ‘disponsor’ oleh Azmin Ali.

Sama ada Shamsul Iskandar ini dalam chai Azmin Ali
atau tidak adalah perbincangan akademik.

Dalam politik yang penting ialah persepsi.

Setimen Aba yang sedang merebak ini telah turut sama
membakar Shamsul Iskandar a.k.a Mat Turun Naik.


30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam

apala bang isham ni kutuk azmin....pkr dan lain2 tu. tak bestla camni. Selalu bang kata kalau gerombolan berlawan kita kipas lagi..kita gasak bagi dia bergaduh lagi..lagi bergaduh lagi baik. Kalau pkr-dap-pas depa bergaduh janganlah kita tibai depa. Kita pi lah urut belakang suruh depa bersabag. Ingat tujuan kita sekarang ialah nak humban gerombolan dalam tong sampah. Kalau dok berlawan sama sendiri camana nak angkat tong gerombolan..nak angkat sorang tak laratla.

Nanti gerombolan dah kena humban masa tu bolehla nak bergaduhka, wat keluag pistol ka...

ABU -Aku asalkan bukan UMNO

Sivakumar berkata...

Saya kecewa Tukar Tiub memberi sokongan kepada puak Azmin.

Sepatutnya Tukar Tiub neutral dan mengucapkan selamat bertarung kepada dua-dua Azmin dan Zaid.

Cuma, kita mahukan pengundian YG TELUS DAN TERBUKA DAN ADIL, seperti yang telah diminta oleh Zaid Ibrahim. Permintaan seperti ini TIDAK DIBUAT oleh puak Azmin, aneh sekali.

Telah didokumentasi salahlaku dan persoalan dalam peringkat pencalonan dalam pilihanraya PKR (tolong baca di laman web peguam hak asasi manusia, Haris Ibrahim).

Kemudian, buatlah keputusan nak undi siapa.

Kaji dan fahami KEDUA-DUA calon utama --> iaitu Zaid Ibrahim dan Azmin Ali.

TOLONG JANGAN TERMAKAN DENGAN KATA-KATA SIAPA SIAPA ("Azmin ni mathematical lah" apa lah), walaupun kita ni suka pada Tukar Tiub. Saya menyokong Tukar Tiub dalam segala isu KECUALI ISU AZMIN.

Tukar Tiub mesti BERKECUALI.

Mengapa Tukar Tiub macam nak merendahkan Zaid dan mengangkatkan Azmin?

Sivakumar berkata...

Berikut rancangan dan manifesto (pelan 9 poin) Zaid Ibrahim untuk parti PKR untuk pilihanraya ini: "Memperkukuhkan Keadilan".

Saya tidak jumpa senarai rancangan dan aspirasi calon kedua, iaitu Azmin Ali di websitenya.

Boleh tak siapa-siapa cari apa rancangan dan pelan Azmin Ali untuk PKR dan share kat sini, nanti boleh kita banding dgn rancangan dan pelan Zaid Ibrahim?

Ini untuk membolehkan para penyokong Pakatan Rakyat membuat keputusan terbaik mengenai kualiti kedua-dua calon ini.

Terima kasih.

Sivakumar berkata...

Dah jumpa.

Di sini manifesto pilihanraya PKR Azmin Ali.

Di sini manifesto pilihanraya PKR Zaid Ibrahim.

Sila baca, banding, dan BUAT KEPUTUSAN SENDIRI menggunakan akal sendiri.

Tolong jangan termakan kata-kata parti ketiga tanpa membuat analisa sendiri.

dukun berkata...

ABA lahir krn budaya kita sendiri..biasalah,gerombolan menerapakan ilmu cantas,kill the messanger,takut nanti kalau...

Azmin muda(alasan yg gerombolan suka,dan dilihat tak sempoi.memang dia tak sempoi,tak rupa kampung pun berbanding hero malaya anuar,atau tan sri khalid yg sempoi,cukup kampung,MB x sikat rambut (cool sangat,salute!).dan kita tak suka org tak sempoi,takut kalau...dia nanti akan... (boleh isi tempat kosong,sbb ni skrip hantu gerombolan yang mereka suruh kita hafal)

azmin keperluan untuk malaysia,infact...setiap segi dalam pakatan amat perlu.kita bukan demokrasi AF.kita mau pilih yang kuat,bijak,berani,tak tipu,tak cuak.kita perlu wibawa mereka,pengetahuan mereka sbb berani dan sempoi sahaja x cukup.semoga selepas ini,demokrasi akan semarak di bumi tumpah darah aku.

Tanpa Nama berkata...

azmin mmg ade kelebihan nye..tp kenape dlm berdpena dgn lawan separti beliau jd pondan..lwn secare gentel..xperlku lah anjurkan sidang media yg kononnye menyatakan sokongan mp kat die..calon2 lain ade wat cam tu ke..semue calon ade kelebihan dan kekurang..jd bertnding le atas lantai yg same rate..kalo nak diukur dr segi kesetian, org yg plg rapat ngan anwar le yg byk membelot..kesetian bkn utk anwar..kesetian utk perjuagan..kite bela anwar sbb die dizalimi gerombolan..

Tanpa Nama berkata...

Azmin Ali, Ibrahim Ali , Hassan Ali, Ali Rustam...semua ni tak boleh pakai, tak boleh percaya !!

Ali...Ali Baba !!!

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn Tanpa Nama di atas.

Kenapa Azmin nak kumpul MP2 sekalian buat show tanda sokong plak?

Biar la kami para ahli PKR yg buat keputusan sendiri. Toksah nak tunjuk power konon.

Kita maukan pucuk pimpinan yg berkaliber dan ada wawasan, siapa yg berkelakuan adil, bukan nak cabulkan proses pilihanraya semata2 kerna nak pangkat. Kita tak kisah dia veteran ke baru join. Yg penting, niat dia baik dan ada visi dan kebolehan.

~Rojak Penang~

Tanpa Nama berkata...

Kurang minat kat azmin krn sikapnya yg mirip gerombolan. Sikap zaid menongkah arus even dlm umno lg. Pejuang jalanan jiwanya memberontak. Yg betul dikatakan betul dan yg salah akan dikatakan salah. Kalau Khalid Ibrahim salah maka ditegur bukan dicantas atau dihina kemudian menghidu peluang utk dpt ganti jawatan tsb. Ini sikap oportunis. Ini sikap gerombolan. Jika kami benci gerombolan maka kami juga WAJIB benci sikap org pkr yg mirip gerombolan. Anak muda berfikiran neutral wpun jadi ahli pas atau pkr. Kami benci gerombolan sb gerombolan membonsaikan fikiran kami. Jadi,kami WAJIB benci azmin jika dia cuba membonsaikan fikiran kami. Buatlah berpuluh sidang media pun, kami tidak akan terpengaruh dgn kata2 mereka. Kami ada cara berfikir tersendiri. Kami ada cara kami sendiri utk sokong sape2. Kami perlukan pemimpin berjiwa aktivis bkn mamat skema yg jadi pilihan kami. Sudah lebih 50 thn dijajah pemikiran kami serta org tua kami oleh mamat2 skema dr gerombolan. Tak ada hasil. Pemberontakan aktivis2 ini mengatasi segala kajian ilmiah. Mengatasi ilmu isap mengisap yg azmin ada. Sikap ini tidak sepenuhnya ada pd zaid tp jika dibandingkan dgn azmin maka zaid kekal di atas mengatasi ilmu isap mengisap yg dimiliki oleh azmin. Kami pandang dr segi perwatakan serta cara berpakaian dan pergaulan. Aku pernah berbual dgn zaid dan azmin. Zaid tiada protokol, tp azmin penuh dgn protokol yg merimaskan. Pejuang jalanan tiada protokol. Bkn pkr saja, pas juga perlu berubah jika mahu menggantikan gerombolan. Jgn ikut sikap dan perangai buruk gerombolan.

Tanpa Nama berkata...

Syabas Sivakumar.Kita mahu gaya pemerintahan politik berubah tapi pihak media tidak mahu berubah cara mereka mengulas aktiviti politik.I'm surprised Isham berkelakuan macam reporter utusan melayau..patut ditonjolkan manifesto bakal pemimpin.Jika cara media berfikir masih di tahap lapuk, letak lah malaikat dari langit pun, kita masih otak negara ketiga.

Tanpa Nama berkata...

reformasi gelombang kedue perlu bermule dlm pkr dulu..anwar ibrahim msh di hrpkan utk mengepalai perjuangan reformasi kerane idea nye..yg perlu di usir ialah pembodek2 anwar ibrahim kerane bkn saje akan menjatuhkan beliau,malah boleh menjatuhkan perjuangan reformasi tu sindri..

Tanpa Nama berkata...

sivakumar,
jgnla jd bodoh!!
baca artikel TT baik2
ini adalah artikel yg PALING tidak bias utk pemilihan kali ini
sila lihat blog2 lain,sila lihat komentar2 lain dan bandingkan dgn TT
semuanya pergi lanchowlaa
btl kata TT,segala hu ha hu ha tentang keburukan azmin dan zaid,hanyalah politik kedai kopi
tidak ada perbedaan berdasarkan garis pemisah politik yg jelas,yg ada hanyala londeh melondeh peribadi...fuck laaaa

-anti sivakumar-

Unknown berkata...

kah kah kah ..

Cuba ler Isham betanding
sure menang nyer.. kah kah kah
Dah derang tak mo dengar
nasihat ko Isham
ko tulis la yg lg pedas lg panas
baru ler bedesing telinga
pemimpin2 PKR tu
gitu2 jgk xde perubahn
kat derang tu

Hanya keikhlasan jer yg bule
meruntuhkan kebathilan
Nak bejuang kena la ikhlas
Org yg ikhlas jer yg lebih berani
Org yg ikhlas jer yg tak cilok
Org yg ikhlas jer yg x gelabah

Tanpa Nama berkata...

Dalam politik pemilihan PKR kerenahnya hampir serupa dangan cara pimilihan UMNOAPCO.tidak banyak berubah, jadi pemerhati atas pagar cukup berhati hati tindak tanduk mereka PKR dalam kempen pemilihan calun parti tersebut.

apabila pengundi benci UMNOUPCO, PKR haruslah tunjukkan keiklasan mereka dalam setuasi tersebut, ketika besama Pakatan Rakyat sekarang.

Perlu fikir bahawa undi orang atas pagar juga penting dalam PRU..

Tanpa Nama berkata...

inilah penyakit Pkr, sebab mereka ni keturunan dari umno jugak, menang kalah biasa la, tu namanya bertanding, jgn dok memburuk2kan pemimpin, batu api ni memang merbahaya, dok kat mana pun dia nak bergesel je.

suka ikut cara PAS.

Tanpa Nama berkata...

bagus jugak kalau Azmin kalah kali ini. Dapat di uji tahap kesetiaan yg di bangga2 kan nya itu..

SL Chan berkata...

Mr Siva,

I think you get it all wrong on TT..bro..TT did not say he supported Azmin..TT mention all this is hearsay and there might be some truth in it...infact what TT say is right..he is mentioning this in total neutrality and not siding anyone...as for me Fxxxxk the gerombolan..

Sivakumar berkata...

Kepada pengulas yang bernama -Anti Sivakumar-:

Terima kasih kerana pandangan anda.

Saya dengan hati terbuka menerima pendirian anda yang anti dengan saya. Saya langsung tidak tersinggung.

Cuma saya minta yang satu ini saja daripada kamu (dan pembaca yang lain):

Biarlah anti-saya, tetapi tolong jangan sesekali anti dengan fikiran anda dan daya menilai anda sendiri.

Tolong luaskan pembacaan, kaji pendirian, polisi dan kebolehan semua calon -- termasuk calon lawan -- fikir, buat penilaian yang objektif dan mantap, dan akhirnya binalah satu keputusan tersendiri yang jujur dan berdasarkan maklumat terbaik.

Jangan terikut-ikut saja sokongan mana-mana pihak, termasuk saya sendiri.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

pada komentar semua... jgn lupa bro berfahaman N.G.I... sama seperti segelintir pembaca lain, serta diri saya sendiri.. kit berdiri atas diri kita sendiri.. Komen TT tidak menyebelahi sesiapa.. siapa yang kong sila turun.. siapa yang total sila naik.. kerja kita adalah untuk kaum buruh, bukan untuk pengampu,dll.. ingat dikatakan PR menang nnt, jika mereka pun sama seperti yang sedia ada,, kita tetap tentang...!!!

din lutu kaki dreba berkata...

Kebanyakan kita di sini pun bukan neutral manapun, sedangkan kita tidak pernah merasa hentakan cota FRU, air kimia atau Isa.

Saya lihat ramai condong ke arah zaid dan membuka pekung azmin walaupun hanya dengar/ baca berita yg kita sendiri tak tahu pasti.

Cuma yang saya pasti, zaid hanya muncul selepas PKR kukuh. Nafas zaid saya rasa masih berbau gerombolan. Cara zaid menggunakan akhbar gerombolan saya lihat dia masih berjiwa gerombolan.

Saya melihat zaid dari sudut sejarah masa lampau. Penentangan beliau pada hudud. Ulasan beliau pada anwar.

Saya tidak akan mudah lupa pada sejarah beliau. Saya tidak akan mudah lupa dengan "budi baik" rakan beliau/ gerombolan dulu. Kerana saya pernah merasa manisnya cota dan hanyirnya air kimia serta indahnya gas pemedih mata.

Anda tidak begitu bukan??

Saya Ahli PAS berkata...

Setuju dengan TT. Kumpulan ABA hanya bertindak atas desas-desus dan sentimen peribadi bukan asas politik.
Bilakah lagi agaknya orang kita nak matang dalam berpolitik?

Tanpa Nama berkata...

aku nak azmin,aku tak percaya zaid.aku nak orang yg dah lama bersama parti,

tindakan azmin tu kita boleh maafkan,itu kes terpencil,biar lah,kena lihat secara lebih menyeluruh

-ilovezahirah

Tanpa Nama berkata...

Woi hisam kecut mana komen aku hisam kecut!!bila bab aku kata kau x berani siar!kau kata orang boleh!!hisam kau ada organisasi?
Kau tu yg cuba caturkan AMK?oooo kalau kau yg buat x apa..,kahkahkah
sudah lah hisam kau serang orang boleh..kau lupa siapa musuh sebenar kau. Kata pengikut sosialis. Displin asas organisasi pun x de.

Sivakumar berkata...

Setuju dgn Tanpa Nama 20:33.

Semua ini cuma satu adegan dalam landscape perjuangan rakyat.

Akhir sekali, kita pastikan kebajikan rakyat dan keadilan terus terjaga.

Calon yg mewakili perjuangan rakyat, biar dia punya perjuangan selari dengan perjuangan rakyat marhaen.

Maaf sekiranya saya mengguris perasaan siapa-siapa, termasuk Tukar Tiub.

Cuma saya ingin menasihatkan semua agar berhati-hati. Jangan kita mau bebaskan diri dari gerombolan UMNO lalu terjatuh dalam perangkap gerombolan yang baru yang sama sifatnya seperti UMNO cuma nama berbeza.

Thank you.

Tanpa Nama berkata...

hisam..mana komen aku...kau langgar orang suka hati kau je.aku cuma cakap sikit x berani siar..apa kes ni hisam..

ooo lupa kau dokong kebebasan media..cakap suka hati je apa nak cakap.tapi rupanya kau sorokan juga apa yang orang tegur kau.

kau boleh caturkan amk so x salah lah orang lain cuba caturkan amk.kau buat boleh orang lain buat x boleh....

kau pun ada ego hisam x boleh ditegur.sedar lah yang kau serang tu orang dalam parti bukan musuh sebenar.kau dah lupa garis perjuangan dan asas organisasi parti displin..

kau tau makna organisasi dan displin?

Tanpa Nama berkata...

Azmin for timbalan presiden Keadilan!

Zaid pergi mampuslah! Gemuk, kaki arak, kaki judi, pembohong!

Baru setahun masuk Keadilah, terus rakus kuasa na jadi timbalan presiden.

Pergi lanchow laa Zaid!!!

Hidup Azmin! Hidup Reformasi!

Tanpa Nama berkata...

Helo hisam gua punya pos lu sudah baca. Bila mau pos hisam. Gua ilang hormat pada lu. Cakap degar2 tentang kebebasan tapi lu sendiri ego x dengar pandangan orang.

Tanpa Nama berkata...

perjuangan kita untuk menghumban UMNGOK dan menegakkan keadilan dlm membela rakyat..baik buruk azmin dan zaid kita nilaikan bersama dan buat pilihan yg betul..masing2 ad kelemaham dan kelebihan..masing pernah wat salah..so kalah menang adat pertandingan..yg penting matlamat perjuangan kita di PR..yg lg penting kita boleh guna kelebihan dan kebijaksanaan yg dimiliki oleh zaid dan azmin..supaya kita tidak rugi..nilai dan buatlah pilihan yg bijak..kalah menang kita perlu bersatu..segala kekurangan kita perlu betolkan..

Tanpa Nama berkata...

oit, isu mudah ini kan dah diterjemahkan "satu ahli satu undi".. lu mau pikir apa pundek ka.. pilih la ikut kepala lu sendiri.. apa pasal mau pengaruhi orang lain pulak.. TT sudah kasik sumer neutral, apa biasanya pulek nih.. kalo tak paham isu, pergi hantuk kepala kat dinding lal..

azmin tak bagus, zaid tak bagus.. ikut la kepala butuh lu mau pilih, kalo azmin bagus, pilih jer azmin, kalo kepala butuh lu kata zaid bagus, pilih jer la.. apa susah sangat?

kita sumer boleh tengok apa jadiknya "satu ahli satu undi".. kalo sapa2 menang pun, gua akan pachucheng macam biasa jugak.. jangan pulak dikenakan cukai pachucheng pulak yer lepas ni..

Tanpa Nama berkata...

Asalamualaikum dan salam sejahtera. pada pikiran saya, saya setuju dengan TT. Zaid masa di hulu selangor cakap utusan akhbar gestapo nazi. kemudian waktu pemilihan bagi interbiu dengan utusan.
apa ni?
siapa yang berani cakap DSAI tak perlu jadi isu penting PKR itu buta sejarah keadilan dan reformasi orang ini tidak layak memimpin parti!
puak2 gerombolan sedang terdesak sekarang. gerombolan tahu kekuatan DSAI sebagai simbol gerakan rakyat untuk menghumbankan UNITED MALAY NATIONAL ORGANIZATION ke dalam tong sampah sejarah mcm kata TT.
gerombolan yang tidak relevan mahu menjadikan DSAI tidak relevan.