Selasa, 30 November 2010

KETUANAN MELAYU MULA BERBAJU HIJAU





BAJU BARU KETUANAN MELAYU



PAS TAK RELA KERAJAAN DITABIR BUKAN ISLAM - berita hairan

PAS tidak akan menggadai prinsip perjuangannya iaitu untuk menegakkan sebuah kerajaan Islam dengan membiarkan negara ditadbir oleh bukan Islam yang tidak mengamalkan sistem pemerintahan Islam.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan, berkata perjuangan PAS adalah untuk membentuk sebuah kerajaan Islam dan bukannya untuk menukar kerajaan supaya dipimpin oleh bukan Islam.

“Kita mahu sistem pentadbiran diislahkan (diperbaharui) dan saya yakin akan meminimumkan segala apa yang berlaku (rasuah dan salah guna kuasa) itu sewajarnya.

“Kita tidak mahu duduk di bawah sistem perjuangan bukan Islam, walaupun pemerintahan itu tidak mengamalkan rasuah. Kita boleh menerima kerajaan itu sama ada kerajaan Melayu ataupun Cina sekiranya Islam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

nota:
lihat apa yang disuarakan disini
amat jelas bahawa agama disini hanyalah
baju hijau untuk ketuanan melayu.
ini adalah taktik musuh dalam selimut.
didup menyamar bergeak bersama tetapi cuba membuat yang lain.
ini adalah benteng akhir gerombolan.
buka serban hijau maka nampaklah
ketuanan melayunya !

tak percaya!
lihat ada yang di tulis : menukar kerajaan supaya
dipimpin oleh bukan islam.

ayat ini adalah pembohongan. ayat ini untuk menakut nakutkan
orang melayu yang negara ini akan jatuh
ketangan china. bezanya dengan kenyataan perkasa atau gerombolan
ianya di mula kan dengan bismillah dan diakhiri dengan amin. isinya sama

baca sekali lagi :

jalur ini sanggup menenolak kerajaan yang tidak mengamalkan rasuah
hanya kerana kerajaan ini bukan islam.

ya habibi ana mau tanya : apakah kerajaan saudi arabia itu islam?
apakah kerajaan pakistan itu islam
apakah kerajaan husni mubarak di mesir itu islam
apakah kerajaan moroko islam
kalau negara ini islam kenapa berbondong bodong orang islam dari negara negara ini
lari dan ingin hidup di sweden, denmark, france, norway !

tak percaya!

sila baca akbar pakistan – lihatlah iklannya
sila baca iklan mencari jodoh.
akan ditemui ayat : lelaki muslim ada mba, ada green card sanggup
memindahkan keluaraga ke amerika, mencari anak dara
puteh dan aptuh kepada lelaki.

ini bukan iklan fitnah – pergi ke kedutaan pakistan – ambil akhbar THE DAWN
sila baca. kunci iklan ini ialah GREEN CARD – hak bermastautin di amerika

keadilan bukan di monopoli oleh sweden
keadilan bukan di monopoli oleh amerika
keadilan bukan di monopoli oleh kristian
keadilan bukan d monopoli oleh yahudi
keadilan bukan di monopoli oleh islam
keadilan bukan di monopoli oleh melayu


bangsa dan agama tidak menjamin keadilan wujud
parti politik dan individu tidak menjamin keadilan
yang menjamin dan menjana keadilan dan kesaksamaan untuk wujud
ialah struktur dan bentuk sistem ekonomi dalam
sesebuah negara. amin


nota:
sebelum mengutuk mengatakan tt
anti islam - sila tanya abang mat sabu
tentang kenyataan ini
atau tanya dr. zul
atau tanya khalid samad
atau tanya shaari sungip atau pak abu


37 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tolong suruh nasruddin longgarkan skit lilitan serban dia. ikat ketat sangat kot. sampai oksigen tak masuk otak.

Tanpa Nama berkata...

baca tak berita harini... carik la paper mane pun..

RAJA ABDULLAH menyuruh AS menyerang IRAN

kah kah kah ISLAM KAH SEBEGITU RUPA?? sanggup mintak bantuan AL-KAFIRUUN utk serang saudara seislam..

maka.. tidak heran lah dlm Kera..Jaan MALAYSIA nie...

Tanpa Nama berkata...

Salam TT,

Aku pun mcm ko juga, takut dituduh anti-Islam, anti Tuhan dsbg.

Apa boleh buat, semua agama memecahbelahkan manusia.

Tanpa Nama berkata...

salam, apa yang dikata oleh kppp betul siapa pun boleh perintah negara ini cina, india tapi beragama islam, syabas kppp

Tanpa Nama berkata...

Pak abu ni sape tt?

Tanpa Nama berkata...

si nasaruddin ni kan geng 'perpaduan'..... dah mula lah dia jalankan agenda UMNO, menakutkan pengundi2 bukan melayu !!

Tanpa Nama berkata...

Apa yg salahnya dengan ucapan di atas? memang itulah yg kita nak! Tak kira engko cina ke, india ker, mamak benggali ker, afrika kulit hitam ker, asal engko seorg islam yang baik aku terima belaker!

Islam yg baik tidak rasuah, islam yg baik takkan curi harta kerajaan bagi sanak keluarga. Islam yg baik takkan aniaya orang, islam yg baik berlaku adil kepada semua.

islam yg baik bukan arab saudi, bukan musharaff pakistan..bukan! jgn samakan keluarga saudi pembunuh sistem khalifah dengan Islam sebenar!

Tanpa Nama berkata...

Saya pengikut setia TT. Minta maaf. Harap TT dan tuan2 dapat baca habis kenyataan nasruddin dlm harakah.net

Yip Man berkata...

yang ko pegi komen mcm ni buat apa TT? ni berita Hairan punya report ..pastu ko komen mcm ni..
mmg Islam kena pimpin dunia..tp tgk la jenis mana plak islam tu...

budakbalun berkata...

c'mon la TT..
ko still macam subjudis dengan Islam plak..

Apa yang Bro ni kata..
Tak kisah nak Cina ke India ke melayu ke..serani kee..
Janji Islam..
Dan Islam yang baik!
Bukan Islam macam Rosmah!!!

c'mon laaa....

Tanpa Nama berkata...

dalam pas ada banyak kepala
dalam pr lagi banyak kepala
dalam umno lagilah banyak kepala
dalam bn paling banyak kepala

sampai kiamat kepala2 ni ler yang tak bleh duduk diam utk pecahkan rakyat

kepala ni kepala bana
otak duk dalam spenda

jangan kata aku anti islam plak

Tanpa Nama berkata...

aku setuju ngan pendapat ko isham. yang tuntut adalah keadilan baik sosial, ekonomi dsbg.
kalu naik kerajaan " yang beragama islam " apa jaminan bhw semua permasalahan yg ada skrg ni dpt dihapuskan? kalu bukan islam yg mentadbir negara apa mslhnya? kalu dia menegakkan keadilan utk semua. itu adalah antara maqasid syariah yg lima. paling tidak, nilai-nilai islam spt yg dibawa oleh junjungan SAW dilaksanakan oleh mereka. jepun lebih mengamalkan prinsip islam dr msia. baik dr segi sistem , ekonomi dan keadilan sosial.
inilah yg dikatakan oleh kbykn sarjana-sarjana islam " islam bila muslim" = non muslim yg mengamalkn prinsip-prinsip islam.
mesia= muslim bila islam?
keadilan sosial?
keadilan ekonomi?
tepuk dada tanya diri sendiri....

Tanpa Nama berkata...

tidakkah gerombolan tuee muslim? tidakkah si jawa reban ayam muslim?
tidakkah pakar motivasi tu muslim?
tidakkah KM MELAKA tu muslim?
tidakkah denan pahang tu muslim?
tidakkah fairus bekas tkm tu muslim?
tidakkah lawyer ALI RUSTAM yg mewakilinya dlm kes politik dlm pemilihan umno tu muslim?
PM JEPUN TU MUSLIM KA?
PM BRITEN TU MUSLIM?
PM SWEDEN TU MUSLIM KA?

Tanpa Nama berkata...

jgn samakan keluarga saudi pembunuh sistem khalifah dengan Islam sebenar!
- sokong!!

Islam sebenar bukan seperti yg kita lihat sekarang ni kat tanah arab dan sbg nya... Islam sebenar ialah ialah Islam yg disampaikan oleh Rasulullah s.a.w

ucapan ni bukan untuk menakut-nakutkan melayu...ape kene mengene melayu dgn Islam..?? adakah kemestian seorang melayu itu Islam.?? apa yg cuba di utarakan di sini ialah Islam..tiada batas samada melayu cina apa bangsa sekali pon...

Asalkan sebuah kerajaan berdiri diatas nama Islam yg sebenar... !!

Tanpa Nama berkata...

Bro tt, blog bro dah cecah 10 million hits.kalau boleh,harapnya ada inisiatif untuk bukukan blog ni.bayangkan kalau satu buku jual rm20 x 10 million readers.duit untung boleh sponsor buat parti baru.hahaha.btw,salute ur thinking on empowerment of youth.steady la isham!

Tanpa Nama berkata...

keadilan baik sosial, ekonomi dsbg hanya ada dalam Islam yg sebenar...

jepon amalkan sistem Islam...tp bkan menganut Islam...so amacam dgn benda2 yg dah tentunya haram still halal kat Jepun..??kite nak macam tu ke kat negara kita??? bila dapat bala semua umat kene!!

Tanpa Nama berkata...

Sudahlah,aku naik muak dengar orang macam kau ni bercakap pasal islam. ini islam itu islam. kau betul-betul faham ke apa itu islam. berbuih-buih mulut kau bercakap pasal islam.

Kau banyak sangat bercakap pasal islam tapi berapa banyak yang kau TUNJUK apa itu islam? Islam bukan semata-mata kepercayaan, islam ialah tentang apa yang kau BUAT.

Tanpa Nama berkata...

Apa hal ni? Bila sebut Islam je semua gelisah. Pasai pa?

Tanpa Nama berkata...

Kita semua khuatirkan kalau penggunaan label tertentu digunakan dgn sewenang2nya seolah2 merupakan ajaran agama.


Klau nk guna label melayu adil biarlah. Betul2 adil. Adil bukan sama hak. Adil memberi hak pada yg berhak.

Kalau syiah islam sejati kenapa syiah mengucap nama ali sebagai nabi? Knapa syiah azan sebut nama ali? Knapa syiah anjurkan hari karbala?
Kenapa nak solat kena letak batu kt kepala?
Kenapa dibenarkan seks bebas pada malam tertentu kunun nak sebarkan benih syiah?
Syiah Mengakafirkan sahabat2 nabi.
Klau yg tak ngaku tu dia menipu dan berpura2.
Dalam syiah berpura2 dan menipu dpt pahala... Hahahaha sbb tu org syiah tak kan ngaku...

Pantang aku orang kata syiah tu islam. Syiah ni ajaran yahudi nak pesongkan islam.

Tanpa Nama berkata...

Saya keliru apa neraca TT dalam mengukur "keadilan" parti bukan, individu bukan, agama bukan. struktur dan sistem ekonomi katanya. Tapi neraca mana pulak yang mengukur struktur dan sistem itu sama ada adil atau tidak? neraca Islam, kapitalis, sosialis, komunis atau neraca TT saja? Apa guna PAS memperjuangkan Islam bila menang Dasar keadilan Islam tak dapat dilaksanakan? Nak kenal keadilan Islam jangan pandang saudi, Jordan, kuwit, mesir,tapi renunglah alQuran, hadis, kalu tak reti belajar, baca

Tanpa Nama berkata...

Yg kita nk adalah negara yg mengamalkan nilai-nilai keadilan sejagat.
nilai-nilai "rahmatan lil'alamiin"
nilai-keamanan, nilai-nilai keadilan, dsbg.
kalu pemerintah yg mengaku muslim tp mengamalkan sifat org jahilin buat pa. tidakkah raja najasyie dulunya org kuat kristian? tp dia mengamalkan nilai-nilai islam. dan memeluk islam.

mansika yogurtia berkata...

LAWAK LAWAK! tolong bagi perhatian! alert please!

anak dara putih...hahaha nak gedik kawin dgn laki ada mba dan berpindah ke luar negara.

yang pastinya patuh, patuh kepada suami! hahahahahhahahaha

newly married

asyMok_Aambo berkata...

Kawan-kawan,

Yang menjadi persoalan...
APA PERLUNYA Seorang Ketua Pemuda Pusat mengeluarkan Kenyataan Sebegitu?

Tanpa Nama berkata...

jagan bercakap pasal islam kalau tak tau apa itu islam...islam itu tinggi dan tak ada agama yg lbh tinggi dari islam, kenapa nak samakan islam dgn agama2 lain..sesungguhnya kita dimuliakan kerana islam, barang sesiapa yg meninggalkan islam maka dia akan hidup dalam kehinaan..
TT, aku salute ko dlm menentang UMNO/BN tp at last ko kena berbalik kepada agama Islam jugak...jgn terlalu sosialis sgt...

Suku Samdol berkata...

kebanyakkan pembaca TT melenting bila TT komen pasal islam.
negara islam mana yg dapat memberi teladan yg bagus dari segi pentadbiran kepada seluruh dunia buat masa ini?
jawapannya: yilekkkkk! satu pun tarak!

1Crony berkata...

Yang Dikasihi Bro TT. Jangan lah risau orang kata TT anti islam. Mengaku ajelah TT memang anti islam. Rasanya cara hidup dan ideologi islam amat mengongkong fahaman dan karakter TT kot? Hatta TT cuma pelajari islam dan memandang islam dari sudut di mana negeri yang TT menetap atau tinggal dahulu (negara komunis dan kapitalis). Aku percaya kalau Mat Monggol dan Bik Mama pun kutuk islam menggunakan Utusan Meloya, TT pun akan setuju... confirm! Untuk mengatasi permasalahan tersebut mudah sahaja... TT jangan cakap pasal islam. Sekarang pun peminat blog TT suka jika TT bercakap soal keadilan sejagat dan membongkar korupsi kerajaan pemerintah, tetapi kurang setuju jika TT bercakap tentang islam. Kerana untuk bercakap darihal islam, rasanya TT kurang relevan dalam bidang tersebut. Aku tahu memang ramai pengikut TT sekarang, kalau TT kutuk islam pun mereka setuju, tapi kalau ramai yang munafik dan lalok (melayu dan islam celup) nak buat apa? Mereka ni nak berdemo? Sudahlah! Hanya dengan kekuatan iman dan kepercayaan sahaja yang berani berdemo... yang lain berdemo depan PC atau Laptop bolehlah. Maaf Bro TT!

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 2010 N0v 30 11.13:
"Apa boleh buat, semua agama memecahbelahkan manusia." - nak tanya sikit, termasuk Islam?

Tanpa Nama berkata...

Bro aku kira ko tersasar buat sekian kalinya bila ia berkaitan Islam.

Ko anggap & sentiasa samakan Islam dengan lain-lain "agama" dan "sistem" malah lebih tragis anggap Islam = Muslim.

Memang apa! Sebagai "manual manusia" yang suci Islam bukan sekadar monopoli keadilan malah jauh lebih hebat hanya keadilan menurut perspektif Islam sahajalah sebenar-benarnya keadilan paling sejati lagi fitrawi buat semua manusia.

Hji Hadi selalu ulang keadilan menurut Islam ialah meletak perkara kena pada tempatnya.

Soal kenapa ada ramai Muslim (baca penganut Islam termasuk ahli tegar PAS) sendiri gagal memahami atau menghayati ajaran dan tuntutan Islam adalah perkara berbeza yang memerlukan pendekatan berbeza.

Cara ko berhujah ingatkan aku kisah lama iaitu kisah NC IPTA termuda dalam sejarah si Zaini Ujang (orang kampong ko).

Waktu arwah Kalim Sidiqui datang UTM Zaini masih pelajar yang menyoal begini, "why Islam is in decay?"

"My young brother, Islam was, is & never will be in decay - Muslims is in decay", begitu jawap arwah.

Ko yang terlalu pesimis terhadap kenyataan Nasrudin sebab anggap dia golongan agamawan kolot & ketinggalan LRT walhal intipati kenyataan itu gagal ko selami.

Aku pun boleh cabar ko, bro! Pegi tanya Mat Sabu & semua nama yang ko sebut di mana tak betulnya kenyataan Nasrudin itu?

Kenyataan itu menjangkaui faktor bangsa malah meletak Islam sebagai paksi utamanya.

Ia menjangkaui 1Malaysia yang ko sebenarnya amat bersetuju tapi malu nak sebut sebab UMNO/BN yang mewarwarkannya.

Buat komen yang sebut pasal mamat tu geng perpaduan - helo, ko tu yg banggap. Yang mendepani usul perpaduan ialah Presiden PAS sendiri. Malangnya usul besar itu telah diputarbelit hingga kantoi.

Bro, ko pun macam Mahadir juga. Tak semua bende ko betul walau ko dah keliling dunia. Mamak tu pun tak salah semua.

Ko suka beri contoh negara2 umat Islam sebagai "bukti" Islam gagal. Kenapa ko tak buat list negara yang amal mana-mana sistem lain tak kiralah demokrasi ke, sosialis ke, komunis ke, atau doktrin Max Groucho ko itu yang berjaya?

Fakta ialah Islam membina peradaban teragung dalam sejarah manusia & planet bumi ini.

Apabila Muslim meninggalkan atau tak mengendahkan Islam - maka kejatuhan berlaku.

Ko terlalu berpegang dengan sumber orientalis kawan.

Ia seperti meminta mat saleh yang pengsan bau durian untuk bercerita tentang betapa lazat & enaknya isi buah durian itu.

Sudahlah menjadi sang liberal tak karuan - jadi macam aku.

Ahli Perkasa yang mendokong iltizam perpaduan anjuran Hadi Awang.

Tanpa Nama berkata...

Islam itu candu pada pendapat sosialis kominis.

Tanpa Nama berkata...

ni la kesan pemerintahan UMNO..buat jahanam tp mngaku Islam..akhirnya org lain wlupon dlm kalangan pmbgkang sndri tidak percaya pmrintahan Islam..

P/s: kps semua, percayalah..Islam adlh yg terbaik...plih la pmimpin bdsrkn taqwa nya..bukan sebab bangsa nya..btol pe yg dickpkn oleh KPPP tu..sya skong 100%

Tanpa Nama berkata...

berita hairan memanglah gitu..
dgn isu2 PKR sekarg mungkin diorg rasa dah dapat mengurangkn kepercayaan rakyat terhadap pkr.
nak lwn PAS kena pulak main isu lain pulak..
Afghanistan diperintah oleh Taliban dulu sgt aman walaupun tdk kaya.. jenayah hampir zero.sekrg dah jadi huru-hara semula.

Tanpa Nama berkata...

TT, aku tau engko bukan anti Islam, cuma engko betul2 JAHIL tentang Islam! Org yang jahil tentang Islam lebih bahaya drp org kapir yang cakap pasal Islam. Kalu kapir cakap dah tentu kita tak caya, tapi kalo ko nama macam islam, dah tentu ada gak org 2x5 mcm ko akan percaya!

Tanpa Nama berkata...

aku sokong tt bab2 menibai kerajaan, tpi bab ni, aku bangkang 100%. xyah komen la tt.. buat habis beras je.. aku pecaya tt boleh terima kesilapan sendiri. cyalah tt..!

Tanpa Nama berkata...

askum bro tt...bila ckp tntg islam amat jelas yg bro terlalu sempit, dangkal pemikiran....

Tanpa Nama berkata...

ko pnye cara pemikiran tntg islam sama dengan s.i.s bro...

Tanpa Nama berkata...

mcm umngok jugak haluan ko ni TT

Tanpa Nama berkata...

Bertaubatlah tt.. Islam itu adalah agama yang tinggi dan sempurna.. Carilah para ulamak/guru untuk memperbaiki diri sendiri.. Tambahkan ilmu agama di dada dan beramallah dengan Islam sebaiknya.. InsyaAllah kita semua akan selamat di dunia dan akhirat..