Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Ahad, 14 November 2010

LAGI PAKAI PARANG



KESAH CINTA MAUT




nota:
sesiapa yang belum menonton
filem klasik ini sila cari
dan lihat kesah cinta di zaman
meleset di amerika - dua kekasih
yang hidup merompak dan akhirnya
ditembak mati ta
pi tak pakai parang kah kah kah

TIGA PENYAMUN SERANG POLIS MATI DITEMBAK – melayau

SHAH ALAM 13 Nov. - Tindakan seorang remaja berusia 16 tahun menganggotai kumpulan samun dikenali sebagai Geng Minyak membawa padah apabila dia dan dua lagi rakannya ditembak mati setelah didakwa bertindak menyerang polis dengan parang di Jalan Kerjaya, Glenmarie, di sini awal pagi tadi.

Dua rakannya ialah Mohd. Khairul Nizam Tuah, 20, dan Muhammad Hanafi Omar, 22.
Dalam kejadian pukul 4.15 pagi itu, ketiga-tiga mereka baru menyamun sebuah stesen minyak di U1/1, yang terletak kira-kira dua kilometer (km) dari tempat kejadian tembakan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
selalu penyamun ini pakai parang
selalu penyamun ini serang polis
baca baca ada saja serangan
dari penyamun yang pakai parang
patutlah kena tembak kah kah kah


sila baca:

TIGA NAFI PEMILIK PRANG DALAM KERETA DIPANDU AMINULRASYID - berita harian

2010/10/21

SHAH ALAM: Persoalan siapa pemilik sebilah parang yang ditemui dalam kereta dipandu Aminulrasyid Amzah yang mati dalam satu kejadian tembakan di Seksyen 11 di sini, belum terjawab selepas tiga saksi pendakwaan yang memberi keterangan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini menafikan pernah melihat atau meletakkan parang itu dalam kereta berkenaan.

Mereka ialah kakak kedua Aminulrasyid, Tuty Shaninza Anom Amzah, yang pemilik kereta Proton Iswara putih yang dipandu oleh remaja itu pada hari kejadian, suami Tuty, Muzafar Mahali dan bapa mentua Tuty, Mahali Ramlan, pemilik berdaftar kereta itu.
Parang itu ditemui oleh polis di bahagian bawah tempat duduk penumpang di sebelah kiri kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid, 15.

Dalam keterangannya, Tuty Shaninza, 36, berkata beliau tidak pernah meletakkan parang di dalam kereta itu, dan ketika ditunjukkan sebilah parang, iaitu satu daripada barang kes, saksi pendakwaan ke-20 itu berkata beliau tidak pernah lihatnya dan tidak tahu siapa pemiliknya.

Tuty Shaninza juga berkata beliau tidak pernah melihat Aminulrasyid membawa parang sebelum kejadian.

Mahali, 69, yang merupakan saksi ke-21 pendakwaan, pula berkata beliau tidak pernah menyimpan parang dalam kereta itu yang dibelinya pada 2006 sehingga beliau memberikan kereta itu kepada Tuty Shaninza, empat bulan selepas itu.

7 ulasan:

yb berkata...

Saya ketakutan selepas suatu kecelakaan dan saya diberi sebilah parang untuk lindung diri.

Saya letakkan di sisi katil pada waktu malam. Ketakutan saya tidak juga reda kerana parang itu lebih menyeramkan.

Esoknya saya pulangkan.

yb

Tanpa Nama berkata...

apa bro...kes aminul rashid memang otek salah kot,...tapi kalau dah merompak tu....dah kira merbahaya la....kalau dah kat tangan pegang parang...sapa saja pon misti tembak punya,...lain kali jangan rompak stesen minyak..rompak la yb yng kaya raya sebab korap kurap

Sudin berkata...

Ceh....!
Leceh lah PDRM ni...tak pro langsung.
Lain kali letak le syabu ke,ganja ke,M16 ke,AK47 ke,C4 ke...

Koman sangat cara nak menipu PDRM ni...

Dadah dalam balai di Johor lagi boleh lesap..ni kan pulak parang.
Tilam dan bantal tak hendak tunjuk kat hakim ke....?Ada dalam simpanan musang hassan.

Anand Raj berkata...

watch filem Le Samourai oleh Alain Delon

Tanpa Nama berkata...

tengok kat berita malam tadi,mayat ditepi kereta mereka,bila masa dia pergi serang polis dengan parang?....

Tanpa Nama berkata...

ha3.. aku mmg benci polis.. polis skang lg menakutkan dari samseng.. asyik nak tembak je.. dah tu wat cite org nak serang dia plak.. pakai parang plak tu.. mmg x logik la.. pasni polis x yah bawak pistol dah la.. bawak parang plak.. baru adil..hahaha.

din kaki lutu dreba berkata...

kenapa tembak
kenapa tak c4kan aje
baru bole hilang bukti