Rabu, 22 Disember 2010

KEKALAHAN JADIKAN KEMENANGAN




BERFIKIR MELAWAN !



POLITIK DAN PEMIKIRAN STRATEJIK


Ketahui diri mu
Ketahui musuh mu
Seratus pertempuran
Seratus kemenangan
(petikan dari buku Seni Perang oleh Sun Tzu )

Untuk mengambil alih kuasa bukan sesuatu yang mustahil. Sejarah telah menunjukkan tentang satu gerakan Pak Tani berbaju hitam - yang sering diperlekeh oleh media Barat – tetapi telah berjaya mengalahkan tentera Amerika Syarikat pada tahun 1975. Pada tahun 2006 satu lagi kuasa bala tentera yang tercanggih dan terkuat di Timur Tengah telah dialahkan oleh anak anak muda dan Pak-Pak Lebai yang bergerila di Selatan Lebanon.

Apa yang ada pada Vietcong? Apa yang ada pada gerakan Hezbollah di Lebanon? Apa kekuatan mereka? Kalau dikaji selidik maka kita akan mendapati bahawa politik mereka bergerak melalui pemikiran stratejik.

Jangan silap anggap. Pemikiran stratejik ini bukan hanya bersabit dengan perang atau kuasa politik. Hukum dan syarat pemikiran stratejik yang sama boleh diguna pakai dalam hal perniagaan dan jual beli. Malah dalam semua hal kehidupan harian, kita memerlukan pemikiran stratejik.

Justeru , jika ada sesiapa yang berahi untuk mengambil alih kerajaan - keberahian sahaja tidak mencukupi. Kudrat dan tenaga kerbau tidak diperlukan sepanjang masa. Apa yang diperlukan ialah taktik dan strateji. Apa yang diperlukan ialah pemikiran stratejik. Untuk mendapat sokongan orang ramai sebuah parti politik memerlukan lebih dari jeritan – Reformasi atau takbir!

Dalam usaha gigih sebuah gerakan atau sebuah parti politik untuk mengambil alih kuasa ianya memerlukan garis politik yang tepat. Semua perjuangan memerlukan sahabat dan kawan. Ada sahabat berjangka pendek ada sahabat berjangka panjang. Ada setiakawan sementara dan ada setiakawan sepanjang masa. Ini hakikat perjuangan. Ini adalah taktik dan strateji untuk mengambil alih kuasa. Ini realpolitik – politik yang dieja dengan huruf K.

Untuk mendapat sokongan orang ramai sebuah parti politik wajib menghebohkan dasar yang ingin diajukan kepada orang ramai. Dasar-dasar ini wajib dilihat masuk akal dan berdiri di bumi yang nyata. Bukan dasar yang berterbangan dilangit atau di awang awang. Janji-janji yang tidak masuk akal akhirnya akan menjerut leher sendiri. Inilah politik – inilah hakikat realpolitik.

Hari ini telah terpadu satu perserikatan tiga buah parti politik - PKR- PAS dan DAP. Munculnya Pakatan Rakyat bukan kerana harga ayam di pasar Chow Kit naik harganya. Atau kerana sotong makin berkurangan untuk dicandat di Kuala Terangganu. Setiakawan Pakatan Rakyat lahir kerana hukum dan syarat realpolitik dalam negara kita ini.

Kelahiran Pakatan Rakyat adalah hasil dari pemikiran stratejik yang memahami asas budaya dan politik tanah air. Kesedaran untuk memahami cita-cita dan harapan anak semua bangsa dalam negara ini adalah wajib. Warga dari pelbagai agama dan anak semua bangsa memerlukan perserikatan dan kerjasama untuk mengambil alih kuasa.

Justeru, realpolitik di Malaysia ini telah melahirkan syarat bahawa parti politik atau gerakan apa pun yang ingin mengalahkan kerajaan pimpinan United Malays National Organisation wajib berkongsi kuasa. Ini hakikat realpolitik. Perkasa dan Pekida boleh meloncat tunggang terbalik and terberak atas busut – ianya tidak akan mengubah hakikat ini.

Minggu ini satu tarikh pilihanraya kecil di Adun Tenang akan diumumkan. Pakatan Rakyat akan meletakan calon. Umum telah didesas desuskan tentang bakal calon ini akan datang dari parti Pas.

Dalam suasana sedemikianlah Pakatan Rakyat terutama parti Pas wajib memiliki keupayaan untuk berfikir secara stratejik. Untuk berfikir jauh melihat politik berjangka panjang dan mengambil langkah dan jejak politik yang stratejik. Ini realpolitik bukan mimpi dan angan angan Mat Bunga.

Jika Pas bertanding di Adun Tenang jawabnya ialah kekalahan. Ini satu kepastian. Kekalahan ini bukan kerana perjuangan Pakatan Rakyat atau Pas tidak jujur. Kekalahan ini kerana hakikat realpolitik. Menghantar kerbau untuk melanggar kereta kebal Sherman T-20 adalah kerja yang amat bebal. Justeru satu pemikiran baru wajib dimunculkan apabila berhadapan dengan keadaan sedemikian.

Realpolitik telah menunjukkan bahawa reka bentuk penduduk di Tenang tidak menyebelahi Pas. Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 14,511 pengundi; 49.66 peratus Melayu, 38.13 peratus Cina, 12.11 peratus India dan kaum-kaum lain 0.10 peratus.

Sekali baca sahaja sesiapa yang waras akal fikrahnya akan bersetuju untuk bersependapat bahawa calon Pas akan bungkus. Ini tidak memerlukan pemikiran stratejik. Jangan tersilap baca dan berdulak dalik – bertanding dalam piliharaya bukan untuk berdakwah atau bertabligh. Atau hendak ‘ mencuba pasaran’. Bertanding dipilihanraya bertujuan untuk menumpaskan parti lawan dan mengambil alih kuasa. Ini realpolitik bukan angan-angan Mat Bunga yang baru jatuh cinta.

Pada tahap ini Pakatan Rakyat sedang diserang oleh media United Malays National Organisation. Jangan bersedih terbarai menangis sayu. Jangan berkata ini tidak adil. Ini tidak siuman. Ini satu kezaliman yang penuh dengan tohmah dan fitnah. Dalam pertempuran realpolitik apa yang dilakukan oleh media milik United Malays National Organisation ini adalah tugas suci mereka.

Dalam serangan ini PKR dan Pas telah dituduh menjadi barua kuda tunggangan DAP. Ini amat senang untuk difahami dan tidak memerlukan pemikiran stratejik. Ini sap sap soi. DAP adalah parti China maka apabila Pas dan PKR ditohmah sebagai kuda DAP maka dilihat PKR dan Pas ini menjadi barua parti China. Dengan ini diharapkan orang Melayu akan lari dari menyokong PKR atau Pas. Ini bukan pemikiran stratejik ini pemikiran ikan belukang yang mulut ternganga di tepi longkang.

Bayangkan jika minggu ini para pemimpin Pas bersidang dan berbincang. Mereka melihat Tenang dari kaca mata realpolitik. Membaca politik dengan pemikiran stratejik. Lalu mereka mengambil satu pendekatan yang amat stratejik.

Pemimpin Pas secara berbesar hati memulangkan kerusi yang menjamin kekalahan mereka ini kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat. Dalam masa yang sama Pas akan menerangkan kepada ahli parti dan para penyokong bahawa dari kajian kependudukan , parti Pas berpendapat bahawa adalah lebih baik kerusi ini ditandingi oleh PKR.

Lihat reaksi umum. Seluruh negara akan gempar. Media United Malays National Organisation akan kering dakwat dan hilang punca tidak tahu apa yang perlu ditohmah tentang Pas. Laman web dan blog pro Barisan akan menjadi ungka menyalak berpanjangan dalam rimba politik yang baru. Tetapi yakinlah langkah Pas ini adalah serampang dua mata.

Langkah stratejik Pas ini akan memaparkan Pas sebagai sebuah parti politik mendewasa dan bukan lagi parti kampongan dari Ulu Kelantan atau Seberang Takir. Pas dilihat cekal bertakwa dan sedang bersedia untuk mengambil alih pemerintahan Malaysia.

Hadi Awang dan Nik Aziz akan dilihat sebagai penyelamat anak semua bangsa dan bukan kaum kerabat Taliban. Persepsi umum terdadap Pas sebagai Taliban akan pecah berderai-derai.

Besar kemungkinan - malah hampir pasti calon yang akan diletakan oleh PKR itu akan kalah. Disebalik kekalahan ini ada kemenangan yang amat besar di Tenang. Secara stratejik Pakatan Rakyat telah memusingkan satu kekalahan untuk dijadikan satu kemenangan. Kemenangan besar adalah propaganda dan persepsi kepada umum – orang ramai akan melihat dan membaca bahawa setiakawan antara tiga parti ini adalah kukuh, ampuh dan padu.

Kemenangan yang hakiki akan dimiliki oleh Pas. Parti ini akan dilihat sebagai sebuah parti yang berupaya untuk melihat politik berjangka panjang bukan politik ego Taliban berserban tinggi. Jika langkah stratejik ini diambil walau pun Pakatan Rakyat kalah di Tenang tetapi keyakinan orang ramai terhadap perserikatan ini akan bertambah kukuh.

Apakah yang dibaca ini satu mimpi? Jawabnya tidak. Apa yang ditulis diatas adalah pendekatan pemikiran stratejik dalam gerak langkah politik. Inilah yang dipanggil taktik dan strateji. Inilah satu-satunya cara yang membawa kemenangan kepada rakyat Vietnam. Inilah caranya kuasa imperial Anglo-Amerika akan dikalahkan di Iraq dan Afghanistan. Inilah juga pendekatan Hezbullah ketika mengepong zionis Isreal di Lebanon.

Harus kita sedari bahawa United Malays National Organisation sebagai sebuah parti tidak lagi memiliki sokongan ampuh dari orang ramai. Parti ini semakin terpinggir dan semakin terpencil. Lalu timbul persoalan jika gerombolan ini tidak mendapat sokongan kenapa mereka terus berkuasa?

Jawapan kepada soalan ini cukup senang. Gerakan dan parti politik yang cuba menumpaskan gerombolan ini masih lagi dibungkus oleh ego kepartian. Ego kepimpinan. Gagal melihat kepentingan orang ramai lebih penting dari kepentingan diri dan parti.

Berahi untuk mengambil alih kuasa tanpa memiliki pemikiran stratejik samalah seperti saekor kerbau ingin memandu Boeing 747. Bercita-cita untuk menjadi kerajaan tanpa memiliki pemikiran stratejik samalah seperti ingin naik Haji tetapi tidak menyimpan duit dan tidak memohon paspot. Akhirnya, sila bertanya kenapa agaknya Najib dan Rosmah melanggan Apco?(TT)

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Is Wikileaks Endgame Internet Censorship?
By F. William Engdahl
12-21-10


"A closer look at the details of what has so far been carefully leaked by the most ultra-establishment of international media such as the New York Times reveals a clear agenda. That agenda coincidentally serves to buttress the agenda of US geopolitics around the world from Iran to North Korea. It is almost too perfectly scripted to be true. A discontented 22-year old US Army soldier on duty in Baghdad, Bradley Manning, a low-grade US Army intelligence analyst, described as a loner, a gay in the military, a disgruntled "computer geek," sifts through classified information at Forward Operating Base Hammer. He decides to secretly download US State Department email communications from the entire world over a period of eight months for hours a day, onto his blank CDs while pretending to be listening to Lady Gaga.

...

http://rense.com/general92/wikkkd.htm

tungkaran hati.blogspot berkata...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

shukor mohd berkata...

maha hebat pemikiran tt....idea/pandangan sangat msok akal...tebarai/naik hangin individu bkpntngan dalm pakatn dgn idea nie....suggest utk tt panjang2 kan idea nie pd kepmpinan pakatan.....x guna idea nie tsmpan dalam blog/detik keadilan!

mat lendir berkata...

Tukaran hati...Johor.

Anda sebenarnya seorang umno
Di sini anda menyamar sebagai penyokong PAS
Ini cara kotor yang selalu diamalkan oleh mat mongol

Lebih baik anda bermadah-madah
Berlunak-lunak dengan jiwa lelaki
Teruskanlah jadi Mat Bunga
Kerana Mat Bunga sesuai denga anda
PR tak begitu sesuai dengan Mat Bunga atau yg berbaju batik

Kecuali kalau anda dah betul2 masuk parti pas.

Tanpa Nama berkata...

Tungkaran hati,

Blog anda penuh berbau UMNO pekat biru. Janganlah nak menyamar jadi ahli PAS pulak. Ahli PAS sebenar takkan mempersoalkan Tuan Guru. Kami menyanjungi beliau.

Orang Kluang!

Tanpa Nama berkata...

Gred A

limaumasam berkata...

Kalau TGHR (Tuan Guru Hishamudin Rais), memegang puncak PKR, dan dalam situasi ini adakah TGHR akan memberi kerusi Tenang kepada parti lain?

TGHR tak belajar ke politik ada menikam tertikam dan ditikam. Tak payah nak berlakon baik la dey. Politik itu muaranya kekuasaan. Siapa tidak mahu kuasa? PKR, DAP, PAS, semuanya berunsurkan niat mahu berkuasa.

Dey macha, tak payah cakap strategik2, cakap je 'lu orang duduk diam diam, bagi kerusi Tenang kat PKR' kan senang dan Tenang ayat macam tu. Cakap berdegar degar, ekor bergelimang tahi, pooorah!

Lagi satu, TGHR kena jaga diri selalu ye!

huruhara berkata...

kalau pilianraya kecil di Bukit Bintang, DAP boleh suruh PAS bertanding, kan comel tu.

Atau di ipoh barat dan ipoh timur.

atau dun kota lama di kota bharu letak calon melayu.

kalau bagi PKR, silap2 jadi macam DUN Sementa, pagi nomination day, mamat tu lari.

rattlehead berkata...

tungkaran hati....

memang sesuai nama utk org mcm ko...PAS tak perlu idea kuno ko tu....

pas tetap mendaulatkan islam walaupun bersama PKR dan DAP....

Apa jua keadaan pun PAS akan flexible dgn PKR dan DAP selagi ianya tidak menjejaskan syiar islam.....Takbir

Ha ha ha berkata...

Ha ha ha..

Tungkaran Hati...ha ha ha..

Hentikanlah bermadah tu...aku naik boring tengok ko bermadah kat blog Pemikir rakyat...baik ko bermadah dalam blog penyokong kerajaan..macam parpu kari..baru bulih merapu ..ha ha ha.

Balik-balik isu kerajaan Islam...PAS kena terima Hakikat, buat masa ini Matlamat Kerajaan Islam sukar untuk di-gapai...sebab utama kerana Orang Islam UMNO sanggat menolak konsep ini..Alternatifnya..kalau tak dapat Kerajaan islam tetapi suatu kerajaan yang mirip ISLAM pun sudah memandai..walaupun bukan Islam menjadi sebahagian kepimpinan Kerajaan....ha ha ha

Itu yang Nik Aziz lihat.....itu realpolitik ..bukan politik songkok tinggi.

Walaubagaimanapun ..matlamat kerajaan Islam ialah matlamat jangka panjang PAS setelah Melayu UMNO (Islam) dapat menerima konsep Kerajaan Islam....ha ha ha..

Bigfish berkata...

Baguslah jika PR ada pelan strategi jangka panjang untuk memerintah negara. harap dapat disebarkan di seluruh negara manifesto dan juga iltizam bagaimana untuk menyumbang ke arah kebaikan dalam negara.

Aku dah muak nak muntah tengok tiap2 hari kemusnahan yang dibuat oleh kerajaan korup UMNO-BN kat malaysia nih.

Selamat berjuang buat PR!

Tanpa Nama berkata...

aku setuju sangat dgn huruhara, bagi kat PKR, senang2 calon kena beli! X dpt tempat dlm umno masuk PKR........

Orang PR berkata...

PERGHHHHHHHHHHHHHH
T.T SYABAS BETEY
PEKAT MELEKAT TERSEKAT2X
PENUH BERMAKNA DAN MENDALAM!!!

Tanpa Nama berkata...

....'bahawa dari kajian' kelompatan adun, lebih baik dan mulia lagi kerusi ini dikekalkan oleh PAS. Woit! Dah berapa ramai adun pkr melompat jadi bebas sejak 2008? Itu belum kira yang merajuk nak keluar.....

Tanpa Nama berkata...

TT, Jika calon dari parti PAS yang diletakkan di Tenang. Adalah lebih baik mereka mengurangkan bajet untuk poster lambang parti atau calun. Lebih baik menggunakan bajet itu mengeluarkan risalah atau berita mengenai pakatan rakyat. Banyakkan menyerang melalui penerangan dan billboard. Poster lambang parti dan gambar calon terbukti tidak berkesan di kawsan seperti ini.

Tanpa Nama berkata...

BETUL, AKU SETUJU PR MASIH ADA EGO PALAT DAN KEPENTINGAN POLITIK MASING2 BERBANDING RAKYAT, PAS, PKR DAN DAP, ITU YANG MEMBODOHKAN MEREKA.

Tok Man berkata...

Bung Isham,

Pemikiran stratejik memang bagus untuk diamalkan dan dilaksanakan, dan memang diperlukan untuk menentang mereka yang lebih gagah. Tetapi melihat kepada realiti politik semasa seperti yang Bung Isham sebut, apakah satu langkah yang strategik untuk memberikan kerusi daripada PAS kepada PKR? Melihatkan suasana PKR sekarang, sedangkan ayam sabung yang pernah digilap, diperagakan dan diletak bertanding kerusi parlimen pun boleh terbang keluar kandang, siapa lagi yang boleh diharap dalam PKR? Realitinya pucuk pimpinan PKR hatta Anwar sekalipun tidak mempunyai pemikiran stratejik yang meyakinkan. Beliau sendiri dan partinya kelamkelibut, bagaimana mungkin disuruh PAS berpemikiran stratejik, sedangkan orang yang hendak disuruh menggantikan PAS tidak berstrategik langsung. The best, tanya orang bahagian Tenang, siapa mereka mahu sebagai calon mereka, jangan pucuk pimpinan syok sendiri pilih ikut kesukaan sendiri hingga menerima padah, itu sudah terbukti apabila pucuk pemimpin tidak mahu mengikut suara orang ramai, diambil ayam KB diletak di Ulu Selangor.

Tanpa Nama berkata...

TT,

mamat pro BN nie dah semakin merapu..

http://mahaguru58.blogspot.com/2010/12/karpal-singh-accepting-syariah-laws.html

nota:
marah betul dia dengan TG nik aziz sejak nik aziz tolak perpaduan dengan UMNO..

Tanpa Nama berkata...

kalau letak cina muslim camana?...

orang cina dapat wakil rakyat cina...

orang melayu dapat wakil rakyat islam...

Tanpa Nama berkata...

the best article ever...

Tanpa Nama berkata...

Salam sahabat,

aku short katkan statement lu tu supaya makcik felda boleh paham.

masa belajar bodo takpe janji hidup sekarang kita takBOLEH bodo.

dei, 53 tahun dah kena bodo.

pendapat aku betoi la apa yg TT nie tulis. letak PKR.

P/S-
MaNGKUK2X PKR yg melompat tu semua bekas anak haram UMNGOK & BongokN

aku nak calun PKR mcm Tian CHUA, YUSMADI YUSSOF. baru real BUKAN calon JEMBALANG.

Takbirrr

Tanpa Nama berkata...

kalau bagi pkr..pemikiran strategik..

1. kemungkinan calun pkr lari gi port dickson pada hari kenamaan.

2. kemungkinan jika pkr menang, yb pkr akan mengikuti jejak langkah zul nordin

3. kemungkinan yb pkr terlibat dengan aksi tayang apa hampir dengan paha.

Unknown berkata...

Salam...

Artikel yang menarik dengan sentuhan yang selalu membuatkan minda menjadi aktif.. TT, tak rugi aku beli tu, muahua3!

Pasal calon di Tenang nanti, aku setuju dengan idea "Tanya ahli n penyokong PR di Tenang siapa yang paling sesuai."

Apapun, selamat maju jaya buat warga PR..!