Rabu, 22 Disember 2010

100 HARI JADI KERAJAAN - INI AKAN DILAKUKAN




INI BUKAN CERAMAH MAT MONGOL?



nota:
pernah gerombolan ada rapat umum
kalau buat bik mama menari bogel
pun tak pasti orang datang atau tidak
bagi duit pun belum tentu nak datang kah kah kah



10 PEKARA ASAS 100 HARI PAKATAN RAKYAT – harakah daily

Rakyat negara ini tidak perlu teragak-agak untuk memberikan undi kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang kerana jika peluang itu diberikan, semua pihak boleh melihat sendiri perubahan yang akan dilakukan hanya dalam masa 100 hari pemerintahannya dengan perubahan awalnya tertumpu kepada 10 perkara asas bagi kepentingan semua pihak.

Sebaik sahaja Pakatan Rakyat diberikan peluang memerintah negara, perkara pertama yang akan dilakukan dengan mengheret perasuah-perasuah negara ke muka pengadilan, bagi membersihkan negara dari amalan rasuah yang akan merosakkan masyarakat dalam pelbagai aspek.

Setelah itu, ia akan disusuli dengan langkah kedua iaitu menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ternyata merupakan akta zalim dan tidak menepati kehendak Islam, manakala langkah ketiganya pula menstrukturkan semula pinjaman PTPTN bagi memudahkan para pelajar meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan, selain itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan terus menyusun langkah keempat yang melibatkan dasar media dengan memperkenalkan akta kebebasan maklumat iaitu dengan melonggarkan proses permohonan akhbar, majalah atau media yang kini ternyata amat ketat.

Menurut beliau, sekiaranya rakyat negara ini memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah negara, setiap pihak turut berpeluang melihat kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negara dengan lebih baik berbanding Kerajaan BN dalam pelbagai perkara lain termasuk yang melibatkan kebajikan kepada warga emas.

"Kita tidak akan cakap kosong. Sesiapa pun boleh melihatnya. Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara, langkah kelima yang akan kita lakukan dengan memberikan keutamaan kepada kebajikan kepada warga emas, iaitu dengan menaikkan kadar bantuan kepada golongan warga emas kepada kadar yang boleh melegakan kehidupan mereka berbanding kadar sekarang yang tidak seberapa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Selain itu, katanya, langkah keenam yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan


PEMBANGKANG TIDAK BERPAKSI KEPADA REALITI KEMAMPUAN SEBENARNYA : NAJIB - mStar

Najib Razak berkata pelbagai tawaran yang dikemukakan pakatan pembangkang kepada rakyat, tidak berpaksi kepada realiti kemampuan sebenar mereka.

"Lain kalilah sebab kita akan beri respons yang terperinci," katanya selepas menyaksikan pemeteraian memorandum perjanjian persefahaman antara Malaysia danIndia untuk kerjasama berkaitan perkhidmatan bantuan teknikal bagi pembangunan dan pengurusan lebuh raya di pejabatnya di sini, Selasa.

Najib berkata demikian ketika mengulas mengenai tawaran dalam Program 100 hari yang dikemukakan pakatan pembangkang pada konvensyen mereka yang diadakan di Pulau Pinang, Ahad lepas.

Ia mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum ke-13.


NAJIB GELISAH JANJI 100 HARI, MEMBAZIR 100 TINGKAT – harakah daily

Pemimpin Umno BN gelisah mengenai janji 100 hari Pakatan Rakyat (PR) yang diisytiharkan di Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 pada Ahad lepas.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata ini jelas kelihatan daripada kenyataan pemimpin BN termasuk daripada NGO Umno menuduh ini janji yang tidak realistik.

Mereka, katanya mengeluarkan kenyataan bahawa program ini membazir dan memberi kesan buruk kepada struktur ekonomi negara.

“PAS merasa pelik dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Umno BN yang menuduh ini suatu usaha yang membazir,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, semua program yang menguntungkan rakyat dianggap membazir seperti kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang memberikan air percuma 20 meter padu kepada rakyat di negeri tersebut.

“Apabila Najib hendak membina Menara Warisan 100 tingkat tidak dianggap membazir. Untuk kroni dan anak beranak tidak membazir,” katanya lagi.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… MAT MONGOL SUDAH GELABAH…. kah kah kah..

kah kah kah… TUDUH PAKATAN RAKYAT TAK TAHU HAL EKONOMI… kah kah kah..

kah kah kah…. TAK BERPAKSI PADA REALITI… kah kah kah,..

woit… REALITI INI CUKUP SENANG…. kah kah kah..

kah kah kah…. 100 HARI PAKATAN MEMERINTAH TAK PERLU MODAL… kah kah kah….

kah kah kah.. TAK PERLU PINJAM DUIT WORLD BANK... kah kah kah..

kah kah kah... SEMUA BOLEH DILAKUKAN... kah kah kah

dalam masa 100 hari ini akan dilakukan:

1 - hapuskan isa
2 - hapuskan osa
3 - hapuskan uuca
4 – hapuskan akta cetak
5 – tangkap kembali razak baginda – kes bunuh altantuya
6 – tangkap mahathir muhamad – kes tipu undi ku li
7 – tangkap tajuddin ramlee kes tipu mas
8 - tangkap samy velu dan anaknya kes bunuh sujatha
9 - tangkap musa hassan – kes lepaskan kepala gengster
10– tangkap ghani patail – kes rasuah dalam ag chambers

semua tak kena apa apa belanjawan
tak perlu pinjam duit dari bank dunia
tak perlu jual bond
tak perlu jual tanah pada singapura
tak perlu minta apco beri nasehat

kita sebagai rakyat pastikan:
madey
razak baginda
tjuddin ramlee
samy vellu dan anak samy yang bernama s.vell paari
musa hassan
ghani patail
tidak melarikan diri


28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

samy vellu bunuh sapa?

Tanpa Nama berkata...

nak 100 hari ke nak 100 tingkat..pilihan di tangan kita

Tanpa Nama berkata...

Woii!!!!

Najib...Najib... hang ingat semua

orang bangang macam mak cik,

pak cik FELDA ka?

Hangpa menang undi pun,

penipu besaq,

Hang tunggu la balasan ALLAH TAALA!

Tanpa Nama berkata...

jadi...sapa yang lari ke luar negara lepak sampai 20 tahun kat sana dulu? Lepas tu amsuk balik Malaysia.

keh keh keh

eh...silap.


KAH KAH KAH KAH KAH KAH!

apa apa pun ok berkata...

ada filem india tajuk dia aku x ingat le, versi hindi hero dia anil kapoor, versi tamil klu x silap aku hero dia kamal hasan... diaorg ambik 24 jam je... kahh.. kahh.. kahh.. pr minta 100 hari @ 2400 jam.. kahh.. kahh... kahh.. ok apa... mesti boleh punya.. apa yg x logik.. kahh.. kahh.. kahh.. apa yg x paksi.. kahh.. kahh.. kahh.. yg x logiknya bik mama akan slim mcm ziana zain... kahh.. kahh.. kahh.. yg x paksinya ustaz al-mongoli dan ustazah al-badakiah-cambabi cakap pasal jgn bunuh orang, berdosa... kahh.. kahh.. kahh..

cicit ngah layor berkata...

Tangkap perempuan gemok tu,cukor ghambotnyer.Kalau dah botak,baghu gheti nak pakai tudong.

Unknown berkata...

100 hari melingkup negara...kahkahkahkahkah

opisboi berkata...

tangkap & kuruskan bik mama supaya jadi slim-melim.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama 11.42, lepak luar negeri sampai matipun tak ape, ni larik luar negeri sebab dah rembat duit rakyat

Balasubramaniam berkata...

tawaran yang cukup baik
boleh try nih

tapi bagi akulah...
kalau pr menang
cukuplah kalau:
-harga petrol turun RM1.00
-harga gula turun RM1.00
-harga tepong turun 80 sen
-harga beras turun 80 sen
-harga ikan turun 50 %
-anak aku dapat biasiswa balik. ptptn aku tak nak
-gaji minimum aku RM1000
-tol aku tak payah bayar
-letrik aku nak macam LLN dulu
-air aku nak macam tahun 1995
-cukai pintu tak payah bayar sebab aku duduk flat
-harga kereta import turun 300% sebab aku nak merasa pakai kereta import. aku dah puas naik kapcai
-bonus wajib 2 bulan setahun

itu pun cukuplah.
yang lain2 aku tak berapa nak peduli
kalau yang ni pun PR tak boleh buat, tak payah menanglah!

MadeyBersiong berkata...

ok, kita bagi PR peluang, tapi kalau lepas 100 hari, cakap lebih...lu tunggu PR, gua pastikan lu tau apa itu REFORMASI sebenar!

Tanpa Nama berkata...

HalO Balasubramaniam,

Engkau ni bercakap macam takde otak.

Engkau ini leka.

Umpama ralit tengok tv besar sambil makan gula gula sepuloh sen tak sedar tiang rumah tengah ranap dimakan anai-anai.

Ajak duduk rumah baru tak nak sebab tak sanggup tinggalkan tv besar dan gula gula sepuloh sen. Almaklumlah rumah baru takde tv dan gula gula sepuloh sen itu.

Engkau nanti padan muka bila rumah kau runtuh menghempap kau dan anak anak kau nanti.

Tak paham? Takpelah.

Kau memang bodoh!

Orang Kluang

Lankaman berkata...

TT ~ Hang cadangkan supaya PR masukkan dlm manifesto utk lupuskan hutang PTPTN untuk suma mahasiswa bila tawan putrajaya..aku berani jamin suma rakyat 22 - 35 thn(majoriti beb) undi PR..time tue undi post boleh dibakulsampahkan ja..kahkahkah..

Tanpa Nama berkata...

Tak kisah apa pun
Janji ada dua kumpulan parti yang dominon...

Tak boleh hanya ada satu kumpulan parti yang dominon, untuk elakkan depa buat duit macam kepala bapak dia yang punya

Tanpa Nama berkata...

ko sendiri dah cakap, kalau pilihanraya boleh mengubah sesuatu memang dah lama ia di harankan. pasang cita-cita. memang dapat di lakukan. cuma satu je. pilihanraya akan datang takkan dapat mengubah kerajaan.
kecuali spr tu bukan komponen BN

Tanpa Nama berkata...

Betul serius ni? hanya dengan majoriti mudah, akta boleh dimansuhkan? bukan 2/3? Kena check betul-betul prosedur untuk memansuhkan akta. kalau dah bagi majoriti nanti kata tak boleh pasal isu teknikal, cari nahas aje.

Dejan berkata...

ubah spr dulu..baru boleh ubah keputusan pilihanraya..

Tanpa Nama berkata...

jgn lupa, saman ekor kasi hapus.. apa barang main ekor2.. tak gentle la. Saman depan2 la...

Tanpa Nama berkata...

apekah?

ubah spr br boleh gomen..

mcm tu baik ko, aku, mereka xyah sibuk nak mengundi!

hampeh...

demo air bley buat..

jom aa g demo mansuh spr

Tanpa Nama berkata...

Ubah SPR?
Errr... nak ikut sistem mcm mn yerk? Mcm sistem pemilihan PKR ker?
Wakakakakaka......!!!

Chee Kuang Tai berkata...

Menangkan dulu pilihan raya ..baru boleh ubah SPR...

Tanpa Nama berkata...

sokong seratus peratus apa yg bala cakap pas tu tangkap semua penyamun INSYAALAH PR BUKAN SAHAJA MEMERINTAH SELAMA 100 HARI MALAH SERIBU TAHUN PUN SAYA DAN RAKYAT MALAYSIA GUMBIRA......PERCAAAAAYAAAALAAAAAA...MOHD KAMAL

Tanpa Nama berkata...

Kita buat satu museum "Ripley’s Believe It or Not" versi Malaysia Bolehland

Tanpa Nama berkata...

APA PUKIMAK LA KORANG NIE... CAKAP MAKCIK N PAKCIK FELDA NIE BODOH N BANGANG??? SAPA CAKAP DIORG BODOH N BANGANG? SIAPA CAKAP? KORANG LA YG CAKAP... MAKCIK N PAKCIK FELDA MANA ADA BANGANG.. KORANG TENGOK ATAS KEBIJAKSANAAN DIORGLAH.. BN DAPAT KEKAL LAMA MEMERINTAH.. DIORG DAPAT TANAH SEKANGKANG KERA.. JUAL GETAH HARGA MURAH.. DAPAT MERASA DUIT SAWIT BERMUTU TINGGI DIBAYAR RENDAH N MURAH.. KORANG BOLEH BUAT TAK? MAKSUDNYA.. MAKCIK N PAKCIK FELDA NIE LAGI HANDAL LA DARI KORANG SEMUA.. PORAH LA KORANG NIE SEMUA TADA OTAK MAU FIKIR.. KORANG TENGOK MAKCIK N PAKCIK FELDA.. BERTUNGKUS LUMUS MENGUSAHAKAN LADANG.. IKAT PERUT TAHAN MAKAN.. KEHULUR KEHILIR KEJA DARI PAGI SAMPAI PETANG.. SUPAYA SENYTIASA BERJAYA UNTUK MELANGSAIKAN HUTANG KELILING PINGGANG.. SUPAYA DAPAT JUAL HARGA SAWIT N GETAH PADA HARGA YG RENDAH.. TERUSKAN BERUSAHA AGAR DAPAT DITIPU SETIAP HARI OLEH FELDA.. BUKAN SENANG TAU NAK MERASA MCM TU.. BIJAK KAN?

Tanpa Nama berkata...

mAT sENDAT,Kuching

Aku tak payah nak rasa diri kaya mcm mat monggol,kalau pr perintah 100hari,cukup kerajaan hapuskan cukai rumahyg berinterest tu,makanan murah mcm 15thn dulu atau gaji minimum 2500 dah rasa lega hidup dlm malaysia,sebab itu isi banci 1malaysia menurun 10thn tak berganjak masih 27++++++penghuni,sebab rakyat tak berani nak pasang anak byk,takut anak kebuluran tak makan...haraf pikir2lah Kerajaan PR

Tanpa Nama berkata...

Aku nak luku kepala Madday...
Pukimamak ni memang menyusahkan orang..
Khakkkkk..Puiiiiiiiiiiiii...

Tanpa Nama berkata...

Jom member semua! kita coba!

Tanpa Nama berkata...

ya,kita jgn bagi ada parti yg dominan.biar ada 2.kalau PR pun x leh bagi semua kat depa.bagi ada check and balance.sapa2 pun kalau dpt kuasa penuh dia akan meroyan gila kuasa...jom kita pecahkan undi..