Khamis, 5 Ogos 2010
SELAMAT HARI LAHIR UNTUK TUKAR TIUB
DUA TAHUN - DUA TAHUN YANG KAH KAH KAH
SELAMAT HARI JADI TUKAR TIUB
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
ketua pengarang, sidang redaksi - wartawan, reporters dan jaringan tukar tiub
dari seluruh negara mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke dua TUKAR TIUB.
kerana ini : hari ini kami bercuti - tidak masuk berita.
tim tukar tiub berpesta sakan.
setelah genap dua tahun tukat tiub telah diklik oleh 8.6 juta pembaca dan peminat. tukar tiub mengucapkan ribuan terima kaseh atas sokongan pembaca dan peminat.
kepada yang benci tukar tiub cuba lagi - mungkin satu hari ini surat
tuan akan disiarkan - kalau marah sangat sila klik semua iklan dalam tukar tiub.
tukar tiub akan cuba terus membawa humour politik - lawak politik - lawak politik bodoh, politik membuat lawak, politikus membuat lawak bodoh dan politikus bodoh kah kah kah.
tukar tiub mengucapkan terima keseh kepada semua yang telah menghantar bunga, kad dan fax dan pesaan ringkas. duit dan cek hadiah tolong simpan dahulu.
kepada yang menghantar 2 kueh Black Forest tukar tiub mengucup ciuman manis.
hanya satu ingatan dari tukar tiub kepada semua peminat tukar tiub :
ketawalah sebelum permit diwajibkan untuk ketawa kah kah kah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
85 ulasan:
selamat ulangtahun tt..
semoga selamat dan terus selamat.. , dedah jgn tak dedah, bongkar terus bongkar.. teruskan agenda bro tt...
untuk yang peduli, tahniah.. dan buat makcik pakcik felda yg tak berapa nak peduli... gua no komen...
-my seposen dua-
tahniah tahniahh.. bravo bravo tukartiub.. teruskan usaha anda, banyakkan lagi tunjuk ajar dan banyakkkan lagi lawaking untuk kami semua peminat tegar tukartiub.. ya betul tue.. ketawalah banyak2 sebelum ada ditangkap.. (kerana tak ada permit ketawa);p
Patutlah takda update. :D Selamat menyambut ulangtahun! Selamat maju jaya TT!
Tahniah tuan ..! Tenggelamkan hegemoni budaya temberang dan falasi negara kita! Teruskan perjuangan!
happy birthday tukar tiub. dah setahun lbh wa hari2 mesti baca tukar tiub. kecuali tu hari wa sikit heran apasal masa wa kat london wa tak dpt access tukar tiub.
apa-apa pun, tahniah. kah...kah... kah...kah...kah
TT,
ketawapun mesti pakai otak jgn pakai otot saja.
kah kah kah
Baraakat Salaamat
happy birthday TT...semoga typo error akan berkurangan..hehehe (kadang2 yg silap type tu yang menarik..)
Bhai TT...
Hepi anniversary.... wei... FRU ader gempur lu punya anniversary ker? hahaha
ceh! patut la tak dak any apdet...pi selebret besday rupenyer...tahniah jugak daripada aku atas ulangtahun TT ke-2...kasi pukui gerombolan abis-abisan lagi pasni...lawan tetap lawan!
Fikirkan, hari-hari tanpa TUKAR TIUB.......
Ish..... tak boleh idup den
epieee besdayyyyyy.... smoga tukat tiub sentiasa dilindugi dari hambatan FRU.. KDN dan ISA... hahahhaa
Semoga 1 hari nnt Tukar tiub akan ada satu rancangan sendiri di TV..
Selamat Ulang Tahun ....
Salam bro,
Hepi bird day to you.... opppsss... to Tukar Tiub kah..kah..kah...
tahniah
tahniah bro.
hampeh..
patut arini aku tunggu berita tak muncul muncul..
anyway.. happy birthday to tukar tiub..
selamat hari lahir tt
semoga terus berani, telus dan luhur dalam menulis dan menyedarkan semua orang di malaysia ini betapa kita semua sudah begitu jauh ketinggalan dalam semua bidang berbanding kebanyakkan negara lain di dunia ini.
tanpa tt yang unik dan berseni ini, tidak akan lengkap pembacaan seorang manusia yang inginkan perubahan dalam hidup.
p.s-mampuih pi apa orang lain berbaju batik nak kata!
Selamat untuk Bro.dan tim tt.....
Baru 2 tahun sudah mengigit sana mengigit sini.Hebat Bro.ni
Babi la lu syam, bikin gempak je, gua tunggu seharian untuk gelak, lu suda potong stim la, ape2 pun selamat ari jadi TT kah kah kah . . . kah kah kah . . .
ape gerombolan nak kate yg penting kite gelak kah kah kah . . . kah kah kah . . .
moga panjang umur..
dan murah rezeki..
moga panjang umur..
dan murah rezeki..
Ingat dah kena bawa pergi makan nasi raja Malaysia...senyap aje.
Congratulation.
ku ingatkan team TT dah termakan akta papa dino... kah kah kah kah...
waaa... gua ingat lu sudah masuk dalam itu isa maa... kasi suspen sama gua saja kah kah kah
itu macam wa ucap silamat hali jadi sama tukar tiub maaa....
woit! belapa hali lu olang cuti maaa... wa manyak ketagih sama tukar tiub punya belita.. kah kah kah
teman pikior blog mike dah kena hack, tapi mengkome semua bercuti sakan! tahniah selamat harilahir!
Woi pak hisyam,
lepas nie ko boleh wat buku Tukar Tiub plak. Lg masyuk la duit ko ye...
Tapi aku mintak ko upgrade ckit blog ko nie. beli domain. pakai blogspot nampak x profesional.
len kali org bukak www.tukartiub.com/
aku harap ramai yg setuju ngan idea aku nie.
TT tayar aku pancit... nak tukar tiub sempena birtday ang... tapi aku nye tayar tubeless... kahkahk boleh ke?
Syabah Tim Tukar tiub."Selamat Menyambut Hari Jadi Tahun Ke2".
Tahniah tidak terhingga.Semoga perkhidmatan mu membawa berkat demi kepentingan rakyat Malaysia.
Smoga perkhidmatan dilanjutkan Tuhan Yang Mahakuasa.
hepi besday to tukartiub.
lu bikin wa saspen la. wa ingat lu dah kena ISA. atau pegi manchester cari pasal sama mat mongol n bik mama.
tp wa mintak lu update 20 artikel satu hari. baru gempak jadinye TukarTiub nie.
bukan ape, ramai anak muda laparkan maklumat dr TukarTiub. Dah jadi mcm ketagih keretek plak.
slamat ari jadi tt dan tim...
semoga panjang umor...
semarakkan persamaan semua..tiada lagi chauvinist
semarakkan kekitaan...
langgar mak cik mak cik pak cik2 yg suka sangat pandang perr pada cina...
langgar mamak mamak yang suka menyamar...
langgar pak pak boroi yang suka mengaku tuan tapi tinggal di rumah sewa...
bukan kat felda jer yeop...kat PJ pun banyak lagi...
dunia milik semua..bukan melayu ajer woii...
aku ingat TT dah kena humban dlm ISA...atau kena hempap dek badak....tahniah. lu mmg bes giler...
Bahlol...patutpun dekat sepoloh x lebih klik,berita tak ubah ubah..
TT,
Happy 2nd Anniversary...
Enjoy your funny & yet sarcastic remarks, awal2 pagi memang tgk TT dulu b4 buat keje..
all the best
selamat bro tim tt...
dher sham, teruskan hentam kapitalis tak kira dari gerombolan atau pakatan...
gua anak muda benci kapitalis, lu dah banyak sedarkan gua dher...
trimas, gua tak bagi hadiah ape2 sebab gua tak nak mengkayakan para kapitalis,he..he..
selamat ulang tahun tuan tt,
penulisan anda telah memberi semangat baru kepada penyokong atas pagar( belum masuk mmana mana parti politik) saperi saya...
dari
PA.
Ingatkan sesat mencari nyior muda di Melaka.
yb
selamat ulangtahun TT.. sejak TT di wujudkan.. rasanya saya hanya gagal membaca ulasan tt beberapa kali sahaja... teruskan TT.. teruskan usaha mendedahkan apa yg tidak diketahui rakyat dalam bentuk humor begini... lebih banyak pendedahan lebih bagus...
sapot sapot sapot
hahah aku saja nak membanyakkan komen untuk tunjukkan sapot
Woit TT ... jgn kenyang ngan black forest aje. nanti kena kencing manis daaa!
Anyway, selamat diucapkan untuk 2 tahun yg penuh dengan kah kah kah.
pulun jgn tak pulun!
teruskan perjuangan TT
Hidoppp TT!
kah..kah..kah
SELAMAT HARI BERANAK.....ketawa hanya akan dibenarkan 2 kali setahun setelah dilesenkan....1 kali dipagi raya puasa, 1 kali dipagi raya haji....
:Hishamuddin Yang Tidak Ku Kenali:
Sesiapa yang biasa melusuri laman web alternatif pasti tidak janggal untuk mengenali dan memahami pemikiran Hishamuddin Rais melalui ruangan tetapnya, kolum ‘dotmai’ di laman web www.malaysiakini.com mahupun kolum ‘dari jelebu’ di laman web www.malaysia-today.net. Anak kelahiran Jelebu ini biasa memberikan pandangannya yang kritis dan analitis terhadap pelbagai isu meliputi politik semasa, isu masyarakat dan persekitaran sehingga isu estetika kebosanan hidup. Meninjau sejarah awal perjuangannya yang begitu banyak berkisar dengan gerakan pelajar yang telah memperjuangkan pelbagai isu-isu rakyat sehinggakan pernah di tahan dan di reman di penjara Air Molek. Rentetan daripada peristiwa mogok di Baling, kerajaan pada ketika itu telah melakukan penangkapan besar-besaran. Hisham yang tidak mahu kebebasannya selaku seorang manusia di rampas sewenang-wenangnya telah melarikan diri ke luar negara.
Hishamuddin Rais kemudiannnya mendapat suaka politik daripada kerajaan Belgium. Dia belajar bahasa Perancis di salah sebuah universiti di Belgium. 20 tahun di rantauan, hidup berpindah randah tanpa kaum keluarga, saudara mara handai taulan. Berhijrah dari satu negara ke satu negara. Dari benua terbesar, rantau asia, timur tengah, eropah. Dari jajahan demokrasi hingga ke kuku besi. Dari negara republikan, feudal hinggalah bersistem komunis, bahkan bagai hampir ke serata pelusuk dunia. Pengalaman lari meninggalkan Malaysia sewaktu teman-teman yang lain berhadapan dengan segala kemungkinan mempunyai pelbagai tafsiran sehingga mungkin mengandaikannya bagaikan seorang yang pengecut. Mungkin andainya ditakdirkan tidak seperti itu, Hishammuddin Rais sudah menjadi ahli kabinet Mahathir, atau lebih jauh hebatnya dari Ibrahim Ali. Setidak-tidaknya memimpin Jelebu atau Negeri Sembilan yang ketandusan kepimpinan selain Rais Yatim.
Hasratnya untuk pulang ke tanahair menjadi kenyataan setelah sekian lama dinafikan, ditambah pula ibunya sakit kuat ketika itu, beliau amat dirindui keluarga dan sanak saudara. Maka kepulangannya amat dinantikan. Hisham pulang ke Malaysia pada tahun 1994. Sekembalinya ke Malaysia dia telah ditahan dibawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) untuk kali pertama selama dua minggu. Tapi tiada siapa menjangka wataknya kali ini amat berbeza seperti yang diharapkan. Hishammuddin Rais yang dahulu dan yang pulang ini jauh berbeza pembawakannya. Ramai juga yang mencemuh gaya dan pendekatan beliau. Sosialis, begitulah. Namun dia tetap punya keistimewaan.
Kini, Hisham terus kritis mengadun pengalamannya di banyak negara, mempelajari perbagai kerenah sosial, politik dan ekonomi yang menjejak semua lapisan masyrakat. Mungkin kegemarannya juga membaca, kerana setiap tulisannya berfakta, menarik dan adakalanya lucu tapi bernas.bebas. Setiap teguran, sindiran sinis tajam dan jarang tersasar. Beliau terus menjadi penulis bebas. Memberikan pandangan terbaik untuk gaya pentadbiran Malaysia mengikut adunan dari serata dunia yang sempat disinggahi sebagai kebaikan seluruh rakyat.. Karyanya dilihat bersifat terbuka. Hisham juga boleh dikatakan sebagai seorang intelektual rakyat. Dia menjadi jambatan penghubung idea-idea dan konsep-konsep yang kompleks ke dalam bahasa mudah dalam tulisan-tulisannya.
Banyak kompilasi tulisan Hishamuddin Rais untuk ditatap, diteliti dan difikir supaya kita dapat bersama melihat pelbagai isu yang telah, sedang dan akan melanda dari sudut pandangan yang berbeza, yang kadangkala sukar di capai oleh mereka yang hanya berfikiran sehala. Mungkin kadang-kadang terdapat pendapat Hisham yang agak kontroversi untuk diterima. Sebagai peneliti bebas, kita wajar menilai semua pendapat-pendapat yang diberi dan tidak menerima sepenuhnya tanpa pemerhatian yang mendalam.
copy paste bahan lama sempena bestday tt..kahkahkah
Selamat ulangtahun brother TT!
Thank you kerana mengkayakan hidup Internet kami sebagai media alternatif dan memperluaskan minda kami tentang politik negara dengan menyuluhkan realiti politik, bukan menyuap-paksa kami dengan propaganda penipuan macam mainstream media a.k.a. U. Meloya, B. Hairan dan New Cirit Times.
Semoga TT terus maju jaya dan mendapat naungan daripada seramai boleh rakyat Malaysia yang ingin tahu realiti politk dan bergelak-gelak sambil mengetahuinya.
patutlah hari ni aku tak senang duduk. bukak blog TT, refresh, yang ada, kerusi merah. kah kah kah.
selamat ulang tahun.
sempena dua tahun TT, jom kita dengar lagu RAKYAT BERSATU.
hoh hah.
kok kak.
hang po.
semua ada.
sape belum ada DRUR, kena ada. dengar masa baca TT. baru cool.
Salam bang isyam
Selamat panjang ummur dan terus menulis. Kalau bang dah tak de tentu sunyi dunia ni..Hari-hari aku senyum sorang pasal tulisan bang. Dahla duduk satu bilik sorang. masa bang tulis pasal ezam dan wahyu dari Allah tu..aku ketawa tak henti-henti camana tak boleh stop. Bila bukak Malaysia today ada lagi artikel tu..aku baca lagi..aku kah..kah lagi. Aku bayangkan ezam kat gua herak, aku ketawa lagi..kelakar betul tulisan tu. Aku ketawa lagi bila baca kalau lagu tu, Tuhan tu double standard..aku ketawa lagi...camana ni..aku cerita kat kawan ketwa lagi sampai tak boleh nak cakap..aduh..kalau tak baca tt ni cam ilang satu benda plak. Bukan apa seronok mengutuk orang bodoh, orang sembab, orang jahat...terima kasih banyak2. anda menceriakan hariku..kah..kah
HAPPY ANNIVERSARY TUKAR TIUB A.K.A HISHAMUDDIN RAIS
BE BLESSED
TAKE CARE
-haji karim de cruz's grandnephew-
can i request for you to create a channel in youtube for all hishammudin videos. I wish to hear all his ceramahs or interviews. and also put the link in tukartiub for many to know
Dear bro/kru tt
Wa ucapkan slamat maju dan jaya utk tt. teruskan membogelkan gerombolan umgok..kita kasi depa panas perut dan bontoot...
Umgok kasi bungkus ..!! Najis dan bik mama kasi masuk kubur!!!
Hanya satu dua hari hang tak update blog membuatkan ramai orang merasa gusar termasuk aku.
Memikirkan kemana hang menghilang
adakah sudah diISAkan hang
tapi alhamdulillah hang masih ada diluaq masih menghirup udara kebebasan dan masih boleh berkarya
walaupun sudah pasti sb sb senantiasa dok perhati hang punya blog
hang mampu membuat orang merasa gumbira dan senyum sendirian(aku)
takkala membaca blog hang yang sarat dengan macam macam makna
Anyway selamat celebrate(bukan selak bu**t kan kan hehehehe)ulang tahun tt .semoga lebih padu lagi karya hang.
...mat dollah balek bukit...
joyeux 2ème anniversaire
dalam bergumbira jangan lupa kedatangan ramadhan al mubarak
diucapkan selamat berpuasa kepada tim tt
rtm klg
selamat ulang tahun ke dua tt
semuga lebih kah kah kah kah
Salute....!!!!Hepi besday tukartiub..Moga lepas ni makin meletop2..Blog yg paling cool and rare kat tanahair tercinta ni..Sape2 yg x baca blog tukartiub memang kodi yg amat sgt2..Teruskan perjuangan!!Lawan terus lawan..sampai gerombolan tesungkur x bangun2 lagi!!
salam bro isham, usia kita bertambah... kematangan kita akan menjadi sesuatu yang berharga jiks memberi manafaat pada masyarakat ... teruskan lagi ... semoga allah sentiasa memelihara saudara ...
golok perak
dua hari tukak tiub takdak sunyi sepi. ingatkan dah kena angkut. happy birthday. kah kah kah
tahniah isham..terus bertahan,siapa la kami tnpa TT x kering gusi kami d buatnye..thankz bro
selamat ulang tahun.....semoga bertambah ganas dan kejam dalam menerbitkan berita tentang puak umco.
happy birthday bro......
Tuan TT n Tim
Waa..dah 2 tahun arr..dah tak pakai lampin lagi..patut lah dr semlam tak apdet..
purata 11 ribu hits 1 hari..kalo di tukar jadi duit,banyak tu dan TT boleh jd kaya dan leh kawan ngan bik mama shoping kat paris.kah kah kah
pape hepi besday TT dan Tim
-kiung-
long live TT!!
long live TT!!
Gua akan sentiasa klik iklan2 lu...
kahkahkah...
Allah Selamatkan Kamu,
Allah Selamatkan Kamu,
Allah Selamatkan Tukar Tiub,
Allah Selamatkan Kamu.
kahkahkah! selamat menglahirkan jenaka suasana politik Malaysia...
Happy Bitrhday tukartiub...satu genre baru dalam penulisan/ulasan politik...kebanyakan blog terlalu meleret2 but u make simple and full of humour...
Aku bukak 60ribu kali kelmarin. Haram tak updet pon. Cis, Kalau la aku tau TT cuti, aku tak buangla masa aku bukak intenet. Boleh la satu hari kemarin aku pi merendek kat danok.
Len kali nak cuti habaqla dulu. Tak la saspen sgt.
umuq manusia, kalau 2 tahun, dah sudah lepas bertatih dah.. langkah pun dah kejap.. boleh lari laju dah nei. sementara pru13.. boleh pecut arr..
Selamat menyambut ulang tahun kepada TT..kalau click TT mesti ketawa punya...kah!kah!kah!
Tahniah tt!!!
gua ingat lu dah kena tangkap dude....kah kah ka...upanya tengah meraikan air tapai yaeee...tak ajak pung
congratz!!!!
bro isham,wa caya lu!!tukar tiub lebih HOT dari you tube...cuma minta spelling tu type betul-betul-melayukan slanga inggeris ..selamat berjuang tim tukar tiub...xpernah ada blog yang kupas otak melayu cara santai..inilah dia tukar tiub..tukar kebocoran masukkan angin yang mantop..baru melantun..toing-toing...identiti tukar tiub :KAH KAH KAH...
Barak Allah hu fik....Geng songkook tinggi ,porot boroi berbaju batik apo khabar....ado kirim salam samo TT appy birdday!
selamat hari mula kah kah kah yg ke dua kepada tt n tim
iklas dari teruskan kah kah kah
jangan lupa puasa jangan asik kah kah kah aja
bukan nk bongkak atau sombong tp gua antara susuk tubuh terawal melayari tt..8ogos2008..pilihanraya permatang pauh..gulai itek menjadi topik pertama..kemudian berkmbang setiap hari gua melayari..mnjadi sumber inspirasi sblm memulakn hari..730 hari tanpa sehari trtinggl..blog tt juga gua sebarkn pd kengkawan lain..segala majlis yg tt hadiri gua akn cuba juga utk menepel agar suatu hari mungkin tt akan trpandang gua..sedar x sedar gua telah mnjadi fanatik lu tt..2thn yg hebat..agar brterusan utk 10thn yg lbh brsinar..hrapn baru
hepi besday TT..semoga pjg umur murah rezki..teruskan buat kami ketawa dgn lawak bodo ahli politik negara!
la patutler.. ingatkan dh kena ISA ! anyway happy birtday tt ... u will have my 1000% support sehinggalah pemimpin2 melayu umno terasa 'segan' nk bodoh2kan org melayu..
All the best team TT, teruskan usaha untuk mengajar anak bangsa..
Perjalanan Masih Jauh.......... pastikan selamat, TUKAR TIUB!
Selamat ULTAH Kedua.
Ramadhan Al-Mubarak Memberkati Kita.
vikmoro kombet
Perjalanan Masih Jauh.......... pastikan selamat, TUKAR TIUB!
Selamat ULTAH Kedua.
Ramadhan Al-Mubarak Memberkati Kita.
hpy bestday TT
God bless u
hapi basday tt... keh keh keh
orang kuantan
Selamat ulang tahun
SALUTE!!! 360 x 2 hari... kah kah kah
teruskan usaha ...buka minda rakyat dengan pandangan alternatif
TT rules!!!
mana ganbar tim tukar tiub?..nak jugak kenal...
walau pun ter'lewat' nak ucap selamat hari lahir tukar tiub tapi rasanya sempat jugak lagi kan...
blog yg WAJIB tengok tiap2 hari.... walaupun boss ada kat belakang... peduli apa...
syabas "tukar tiub"...
sajak bertajuk: SUKA
suka,
kita suka,
kamu suka,
depa suka,
suka
apa suka,
dimana suka,
suka apakah itu ia,
suka lah tukar tiub...
Catat Ulasan