Rabu, 23 Februari 2011
KHAMIS ESOK - SATU JEMPUTAN FORUM
SEMUA DI JEMPUT
FORUM: PILIHANRAYA ATAU PILIHAN JALAN RAYA ?
24hb Februari 2011, Khamis
8.30 malam
Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor (Monorel Maharajalela)
Facebook - http://www.facebook.com/event.php?eid=179832178726327
Di Tunisia dan Mesir pemerintah diguling dalam revolusi di jalanan dan beberapa negara di Timur Tengah dan Afrika turut terkena tempias Revolusi di era Facebook, Twitter dan Youtube.
Jangan dilupakan, tahun 1998 jiran kita Indonesia juga berjaya menumpaskan pemimpin diktator melalui pilihan jalan raya, malangnya pilihan raya setelahnya itu tidak memberi banyak impak terhadap kesejahteraan rakyat. Adakah Tunisia dan Mesir akan mengulangi kesilapan ketidaksiapan Indonesia dalam menangani perubahan.
Melihat hal ini, bagaimana dengan kita negara Malaysia? Adakah kita siap untuk berjuang di jalan, dan jika bukan di jalan adakah pilihanraya tempang yang ada diakui. Apakah sikap kita terutama anak muda?
Jika punya masa terluang, dijemput hadir untuk mendengar dan berkongsi pandangan bersama panelis yang dijemput, malangnya Saudara Helme Hanafi dari UMNO tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen lain.
Saudara Hishamuddin Rais - aktivis NGI, penulis dan pembikin filem
Saudara Ngurah Termana - aktivis Taman 65, Bali & aktivis mahasiswa semasa reformasi Indonesia
Saudara Haekal Talib - pemuzik (Komplot), Fellow RIGHTS dan Research Analyst, CPPS
Saudara Hilman Idham - aktivis mahasiswa
Pertanyaan Zulhabri 010-512 6836
Anjuran Forum Frinjan dan Distro Buku
Forum Frinjan cuba nak membawa topik2 menarik dan penting untuk didiskusikan secara terbuka dan rasional. Banyak lagi dalam perancangan meliputi topik seni budaya, politik dan ekonomi.
http://frinjan.blogspot.com/
DISTROBUKU adalah sebuah kedai online yang bergerak menerusi konsep "kedai buku + distro". Meletakkan fokus yang tinggi terhadap buku-buku terbitan tempatan dan antarabangsa yang boleh menyumbang kearah pembangunan sosial negara. DISTROBUKU juga menyediakan ruang bagi penggerak seni independen tempatan mempamerkan karya mereka sama ada dalam bentuk muzik,filem,karya seni dan t-shirt.
http://www.distrobuku.com/
Terima kasih!
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
Alahai TT, aku nak borong buku distro tapi aku belum gaji lagi la esok ... Jumaat baru gaji.
Boleh hutang dulu ker? Aku kenal Zulhabri tu ... dulu dia yang sendiri hantar kat aku buku Daulah Pecah ko tu.
Mungkin pilihanraya jalan lebih berkesan, lihat ya bagaimana rakyat Mesir, Libya dan Tunisia begitu lama tidur lena dek cengkaman diktator mereka akhirnya dapat kekuatan dan bangkit mengguling pemimpin korup Islam mereka. Di negara kita amat sulit sedikit untuk perkara mirip Timur Tengah berlaku kerana adanya isu agama dan etnik. Rakyat kita belum sampai tahap mantop yang bertindak di luar agama dan etnisiti. Kemiskinan ada, himpitan hidup ada, FRU pun ada, semua pemimpin jajaran pentadbiran dan dirasuahkan, aktivis pro rakyat ada tapi untuk keluar beramai-ramai sehingga 18 hari berkumpul di dataran merdeka misalnya masih sesuatu yang jauh namun tahap itu bakal tiba, tetapi Bila? Bila? Bila?
Kita kena belajar revolusi di Timur Tengah tiada dibawanya isu agama, bang, poligami, haram sana sini, rumah urut, valentine, Ketuanan Arab dan all that nonsense. Mereka berjuang atas nama menghapuskan penindasa, hak-hak demokrasi dan kesejahteraan hidup.
Sesetengah pembaca blog ini telah menghubungi Google kerana mereka percaya kandungan blog ini tidak menyenangkan. Secara amnya, Google tidak meneliti dan tidak juga menyokong kandungan ini atau sebarang blog. Untuk maklumat lanjut mengenai dasar kandungan kami, sila lawati Terma dan Perkhidmatan Blogger.
Bro TT,
Nampak gayanya lepas nie Blog tuan maunya kena banned, umNGOK takut ANAK MUDA BANGUN BERARAK DIJALANRAYA AKIBAT TERBACA BLOG TUAN.
-wakleman
i follow bro.. terbaik sila ke link http://myfriends2talk.blogspot.com
brunei juga kaya...ngara anak branak...tp knapa tiada suara rakyat untuk bgn mnntang
@brader 23 Februari 2011 11:52 AM
brunei sama dengan UAE, sultan dia kasi rakyat makan kenyang2.. penganggur ada elaun lagi Brunei Dollar $2000 sebulan..
sama macam UAE, penganggur ada elaun.. buat hapa nak revolusi.. nak cari nahas?
Catat Ulasan