Isnin, 1 Ogos 2011

GEROMBOOLAN NAK JADI BARUA ZIONIS





ORANG RAMAI MAKIN MARAH





JANGAN BELI KORMA JORDAN RIVER


Kurma menjadi produk tumpuan ketika Ramadhan. Jangan terpedaya, ada dalam pasaran negara Kurma jenama Jordan River. Jika anda membeli Kurma ini ia umpama berbuka puasa dengan darah dan air mata anak Palestin.

Kurma ini didapati berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura dan kemudian dibungkus semula sebelum dibawa masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia.

Dalam satu sisi regim ini memunculkan imej anti Israel dan pro Palestin. Malah Regim ini pula mewajahkan lawan politik dalam negara sebagai agen Amerika dan perbagai imej seolah anti Islam. Namun sedarkah kita dalam wajah yang lain Malaysia ialah antara negara Umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin munafik yang menjadi rakan dagang penyumbang kepada ekonomi Israel.

Dahulu sememangnya Malaysia ada satu undang - undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang lansung dan tidak lansung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid.

Namun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan 'runtuh' maka pada tahun 1994 dibawah kabinet Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk jalin hubungan dagang dengan Israel.




Sejak itu Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

Di Perpustakaan MITI dengan jelas banyak terdapat bahan untuk promosi produk Israel sepertimajalah Israel-Asia Trade, Israel Review, bukuAdvantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.

Oleh itu kita tidak hairan, jika Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihanraya umum 1986, Najib hari ini mengunakan Apco Worldwide untuk persediaan Pilihanraya ke-13.

Micha Harish, Israel Minister of Industry & Trade dalam Israel-Asia Chamber of Commerce menulis pernah menulis kata-kata aluan yang dipetik dalam satu makalah promosi perdagangan Israel seperti berikut :

The public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister of International Trade and Industrial that their country intends to pursue economic relations with Israel is another milestone in the development of trade with this continent.

Micha Harish menggambarkan bahawa Perdana Menteri Malaysia telah menyatakan hasrat dengan kementeriannya, Kementerian Dagangan Antarabangsa dan Industri bahawa Malaysia ingin mewujudkan hubungan ekonomi dengan negara Israel.

Benarkah kenyataan ini? Sekiranya tidak benar, Najib harus menafikan kenyataan Micha Harish ini.

Memerangi Israel wajib ke ke atas semua kerana kezaliman mereka. Lebih lagi kita umat Islam ia ialah perang pembebasan kiblat pertama Umat Islam. Kita tidak mampu untuk memikul senjata memerangi tentera Israel tetapi percaya dan yakinlah sama 'maqamnya' dengan memerangi Israel apabila kita bangkit menjatuhkan Umno Bn kerana dengan jatuhnya Umno Bn kita akan menghentikan hubungan dagang dengan Israel dan seterusnya melumpuhkan sumber ekonomi mereka.

Kepada Mukhriz anak kepada Mahathir, harus tampil menyatakan pendirian sebenar dalam isu ini bukan diam berkubu di MITI yang menjadi pusat pengkhianatan yang menjadikan Malaysia negara munafik.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Buku boleh didapati di semua kedai-kedai buku Kinokuya, Borders, MPH, Popular Book Store, RiceCooker Annex Central Market
atau datang ke Bau Bau Cafe Central Market"
Sham, ko buang le nama kedai rice cooker dan 'bau-bau jubo' dari blog ko..kedai ko tu dah x wujud lagi..nampak 'munafik' la...

serenity9260 berkata...

xde pe nk diherankan bile najib jadi barua zionis sebab dasar die dengan zionis memang serupa

1.Koleksi Gambar Bersemuka Dengan Haiwan Daripada Stefano Unterthiner(7 Gambar)
2.Monyet Menyusukan Anak Harimau(Video)
3.Robot Pony Mengeluarkan Api(Video)

Tanpa Nama berkata...

Sudah sah lagi terang jika berita TT ni sahih, wajar parti gerombolan umco regim ganas Yahudi ala Israel patut dihumban kedalam neraka. Ayuh kita tumbangkan pemimpin Apno- Apco, yahudi laknaktullah kerana menipu melayu dan islam kononnya anti Yahudi,tapi hanya berlakon dan di sebalik tabir berkerjasama dengan Yahudi. Seperti kata TT,Tun mahataik memang agen yahudi kerana membayar sejumlah wang rakyat Malaysia yang beragama islam semata-mata menjilat ponggong Bush yang anti islam. Tetapi yang teruknya wahai semua anak-anak muda sekalian! Sejarah yang paling terkutuk buat Mahataik kerana menyokong Amerika menyerang Iraq dalam perang teluk yang pertama. Walaupun alasannya hendak mengusir tentera Iraq dari Kuwait, itu bukan tugas Amerika menyibuk di negara-negara Arab sebab Yahudi sahabat baik Amerikalah perancang utama dan didokong secara tidak sedar oleh Mahataik yang amat bodoh itu. Sehingga sekarang Iraq terus menderita akibat Mahataik yang banggang memberi undi kepada PBB ketika Malaysia menjadi pengerusi tetap PBB ketika itu. Sejarah tidak akan menipu manusia lebih2 lagi di bulan puasa ini, yang batil mesti di tentang dan yang hak wajib di tegakkan. Jika lihat pati gerombolan belambang keris karat itulah parti yahudi yang sebenar kerana menyokong israel.
Di awal 80an Malaysia diharamkan berurusan dengan Israel,tetapi manusia laknat bernama Mahataik kutty mamak pariah telah membenarkan pemain kriket Israel masuk malaysia, tapi bila rakyat Malaysia termasuk mahasiswa U berdemo, tak pasal-pasal mereka semua masuk lokap.Jadi sah pemimpin Apno memang talibarut Yahudi walaupun mereka mempertikai, tapi tindakan mereka mengesahkan mereka memang Yahudi. Sama juga mat monggol,guna wang umat islam beri pada Yahudi terutama pada APco. Jangan kata ftnah,Tuan2 ada kepala hotak pikir sendiri. Kerana Tuan2 akan ditanya selepas mati kenapa tidak mengguna otak yang diberi untuk menolong umat seagama tetapi terus menyokong Yahudi yang sudah dikutuk oleh yang Maha Esa.

Tanpa Nama berkata...

Tu la aku dok dengaq kuliah Ustaz Azhar..ada pokcik dah berkali2 per gi Haji tapi tetap undi dacing..agak2nya pokcik pegi haji pakai duit bonus simpanan ASB yg diragui kehalallan nya...siapa2 yg masih belum tahu pasal ASB tu cuba2 check berapa % saham dari syarikat yg x halal..dan ASB ada panel syariah ataupun x?

Tanpa Nama berkata...

Orang seni yg reti buat filem dan pandai masak memang arif apa itu ekonomi dalam hidup ini. Sapa tak baca TT satu hari batal posa...ops silap...sori...

Tanpa Nama berkata...

dulu melayu digelar tidak-apathy. hari ini aiman-tak-kisah. tu sbb eee nampak kokok milayoo berdoga-doga, jubo ponoh taik. reformasi ke, transformasi ke, memang nak kena transisi- oleh eeee. ngape, tak caye ke? ekonomi, politik .. tinggal kuah yo utk dihirup. yg dapek sokotul isi barua-barua kroni. pulis pun tumpang sekaki. ustaz, mufti, ulama dah citer pasal kubur, kiamat dan anak dara sunti tapi tak mati-mati.. cheh! tt, makcik felda tanyo, zionis tu apo? anak den ado belajar kek jordan apo lak kurma dia haram? tv1 tak cakap pun.

cheguBard berkata...

Kalau Hisham Rais tulis sumber tulisan tu dr http://chegubard.blogspot.com pun cun gak... :)