Rabu, 14 September 2011
MINTA MAAF - SATU KESILAPAN BESAR
CIK SITi PUAN ROSMAH
nota:
sedang kyusuk dan terdudoq
waduk melikok likok
tandan umalok yang sikok
kok kok kok
CIK SITI PUAN ROSMAH
Kita baru sahaja berhari raya. Masa saya kecik-kecik dulu raya – kami kanak-kanak menganggp hari raya ini satu bulan. Dari lojik kanak-kanak kalau kita berpuasa sebulan maka berhari raya pun wajib satu bulan juga. Jadi, minggu ini saya harapkan kita semua masih lagi berhari raya. Lalu, dihari baik bulan baik ini biarlah saya meminta maaf dari para pembaca sekelian.
Saya meminta maaf ini bukan kerana saya buang tabiat. Atau saya dapat seru untuk memulakan perjalanan ke Mekah. Juga bukan kerana saya ternampak Hantu Kopek ketika main mercun pada malam raya dahulu. Saya minta maaf ini kerana saya telah membuat satu kesilapan yang amat besar. Memang besar kesilapan saya ini.
Ceritanya bagini : selama satu bulan – dibulan puasa – saya selalu mengidam hendak berbuka puasa dengan Rosmah berendam ...oopsss maaf dengan badak berendam sambil minum air tuak. Idaman saya ini gagal. Kerana kegagalan ini maka munculah kesedaran kepada saya bahawa selama ini saya telah silap kerana sebenarnya badak berendam...opps maaf ... sebenarnya Cik Siti Puan Rosmah Mansor bukan musuh. Kesilapan besar saya ialah menganggap Rosmah sebagai musuh. Ini silap yang betul betul silap.
Saya sedar - habis sahaja para pembaca membaca ayat diatas maka pastilah ramai yang akan menuduh bahawa saya telah belot. Atau saya telah dibeli. Atau saya telah bertaubat. Wahai pembaca yang budiman. Sabar dahulu biar saya terangkan kenapa saya tidak lagi menganggap Rosmah Mansor sebagai musuh.
Kesahnya bermula sebelum bulan puasa lagi. Saya mula mendengar cerita dari Haji Desas bin Lebai Desus. Dari hari ke minggu dari minggu ke bulan - cerita ini semakin kuat saya dengar. Mula-mulanya saya hanya terbaca dari laman dan blog yang terkenal sebagai laman fitnah dan tohmah. Tetapi bila saya lakukan kaji selidik maka saya dapati cerita dari Haji Desus ini bukan lagi desas desus tetapi telah menjadi fakta.
Mula-mula dahulu saya mendengar bahawa Munyiddin Yassin amat marah kepada Cik Siti Puan Rosmah kerana beberapa kali Rosmah Mansor telah mengambil tempat dan kedudukan resmi Muhyiddin dalam hal pembelajaran. Rosmah seakan-akan telah menjadi Menteri Pelajaran. Telinga saya sendiri telah mendengar dari tim Muhyiddin tentang bagaimana Muhyiddin menyinga marah terhadap Cik Siti Puan Rosmah.
Kemudian muncul pula berita tentang Cik Siti Pun Rosmah kita ini pergi ke Kazakhtan untuk meminang. Memang pelik - bak kata orang Melayu ini macam perigi mencari timba. Atau lebih tepat lagi macam lesong mencari antan. Ini bukan kerana anak perempuan Rosmah ini memiliki mulut seluas lubang lesong atau bakal menantu Rosmah ini memiliki anu sebesar antan. Ini tanda kehebatan pepatah Melayu – tepat lagi erotik
Semua kesah-kesah ini cuba memburukkan Rosmah Mansor. Tak cukup dengan kesah lubang mencari antan tetiba timbul pula kesah besan Rosmah ini rupa-rupanya ada kaitan dengan Marlon Brando oopps...salah... bukan dengan Godfather Itali tetapi dengan mafia Russia. Tidak diketahui bagaimana berita ini terbocor dalam akhbar Kompas – harian terbesar di Indonesia. Nampaknya kempen membenci Cik Siti Puan Rosmah ini telah menular ke seberang.
Kesah ini rupa-rupa tidak berhenti disini sahaja. Tup tup terbarai pula berita Cik Siti kita ini telah membeli sebentuk cincin berlian dari New York. Untuk saya berita cincin ini tak masuk akal. Cuba para pembaca renung dan fikirkan - munusabah kah Cik Puan kita yang berat badannya 143 kilo 75 gram ini mahu menambah setengah kilo lagi berat cincin ditangan? Mustahil.
Dengan melihat semua ini, saya mengambil rumusan bahawa telah wujud satu perancangan yang licik lagi rapi untuk memburuk-burukkan Rosmah Mansor. Telah ada ajenda yang tersusun untuk memastikan Rosmah kita ini tidak tidur lena. Semua berita dan kesah-kesah ini adalah gangguan yang menjadikan Rosmahr tidak nyenyak tidur. Apabila Cik Siti Puan Rosmah kurang tidur maka berat badannya akan menurun. Inilah strateji jahat puak puak ini. Apabila Rosmah kehilangan berat badan pastilah rakyat jelata satu Malaysia tidak dapat mengenal mukanya lagi. Anak-anak yatim piatu yang selalu berteduh dibawah dagu Rosmah akan mencari kopek yang baru untuk berteduh.
Kemudian - dua minggu sebelum berhari raya saya terbaca berita yang amat menakutkan. Berita ini melaporkan tentang bekas balaci Mahathir telah mula mengumpulkan satu pasokan politikus pencen untuk meminta Najib berundur. Kumpulan yang memanggil diri mereka Penawar Kaseh ini telah menerangkan bahawa salah satu dari kesilapan Najib Razak ialah Najib tidak ada keupayan untuk mengawal tingkah laku Rosmah Mansor.
Apabila saya kumpulkan semua berita dan kesah kesah ini maka barulah saya sedar bahawa Cik Siti Puan Rosmah ini bukan seorang musuh. Cik Siti Puan Rosmah ini adalah sahabat baik kita yang perlu kita sokong. Para pembaca yang budiman kita tidak harus terikut-ikut dengan politik semasa. Jangan sesekali terpengaruh dengan jalur pemikiran yang menuduh Cik Siti Puan Rosmah kita ini seorang Mak Janda yang menggunakan khidmat bomoh kerana gila kuasa. Kesah kesah Nasi Kang Kang yang mula tersebar luas dikalangan Mak Cik Felda itu adalah fitnah semata-mata. Saya sendri tahu bahawa Cik Siti Puan Rosmah tidak meminati Nasi Kang Kang. Cik Siti kita ini adakah peminat setia Nasi Dagang dan Nasi Kerabu.
Haji Desas bin Lebai Desus selalu bercerita tentang Rosmah Mansor ini adalah seorang Mak Janda Ligat sebelum berkahwin dengan Najib. Ini juga berita palsu. Ini berita fitnah yang cuba melukakan hati Cik Situ Puan Rosmah. Adalah fakta sejarah yang tidak boleh diubah-ubah bahawa ketika berkahwin dengan Najib dahulu Rosmah Mansor ini masih seorang anak dara. Istilah anak dara disini bermakna - 300 lelaki yang terawal itu tidak akan diambil kira.
Setelah para pembaca membaca dan faham apa yang saya tuliskan diatas – kini saya ingin membawa para pembaca sekelian ke satu babak dalam sejarah Eropah. Babak ini berlaku dalam kancah politik Revolusi Peranchis. Pada zaman ini ditakdirkan ada seorang perempuan bernama Marie Antoinette yang telah menjadi pemaisuri kepada Raja Louis Ke14. Marie Antoinette ini juga mengakui dirinya sebagai First Lady of France. Perempuan ini juga amat suka memiliki intan berlian dan selalu mengadakan ‘soiree’ dengan para artist. Ketika ini Sharukh Khan dan Bollywood belum wujud maka artis yang dijemput datang dari Sepanyol dan Austria.
Sebelum Revolusi Peranchis berjaya pada tahun 1789 banyak kesah dan cerita Marie Antoinette telah tersebar. Marie Antoinette dikatakan seorang perempuan yang gila mengumpul harta, gila intan berlian, gila beg kulit dan suka memakai bomoh. Cerita ini tersebar luas untuk warga kota Peranchis mendengar. Warga Paris pada ketika ini amat meluat dengan tingkah laku Marie Antoinete. Tetapi ketika ini belum ada blog dan laman fb maka warga kota Paris hanya menunggu masa untuk memancung kapala betina ini.
Mungkin ada pembaca kurang faham kesah Marie Antoinette kerana berlaku ratusan tahun dahulu. Maka biar saya buka kesah baru yang dekat dengan kita.. Malah perempuan yang hendak saya kesahkan ini masih hidup lagi. Nama perempuan ini ialah Imelda. Cik Puan Imelda adalah bekas ratu cantik dan juga seorang pelacur. Dengan menggunakan khidmat bomoh Puan Imelda telah dapat berkahwin dengan Marcos yang kemudian menjadi Presiden Filipina.
Puan Imelda ini juga telah menggelarkan dirinya FLOP – first lady of the Philipines. Puan Imelda amat suka pergi berkonferensi dimerata dunia. Pekara paling disukai oleh Cik Siti Puan Imelda ialah melihat mukanya keluar di kaca tv tiap tiap malam. Malah Cik Siti Puan Imelda ini akan menalipon ketua pengarang semua akhbar untuk memastikan ada laporan berita tentang diri dalam akhbar setiap hari.
Rakyat Fililipa amat menyampah dan meluat melihat kerenah Ilmeda Marcos ini. Bertahun tahun rakyat Filipina mememdam rasa. Mereka menyusun. Mereka mengumpul kekuatan. Imej Imelda Marcos telah menjadi ikon yang mengumpulkan kemarahan rakyat Filipina. Kemarahan ini meluap-luap. Akhirnya rakyat Filipina seperti rakyat di Peranchis 300 tahun dahulu telah turun ke jalan raya. Kalau di Paris kepala Marie Antoinete telah dipenggal, di Manila Cik Siti Paun Imelda sempat lari dengan suaminya Ferdinand Marcos ke Hawaii.
Justeru, saya meminta para pembaca yang budiman jangan sesekali menganggap Cik Siti Puan Rosmah sebagai musuh. Rosmah Mansor sebenarnya sedang membantu kita untuk menaikkan rasa kebencian rakyat. Dengan adanya Rosmah Mansor dikaca tv tiap-tiap malam orang ramai semakin meluat. Kerana itu gerakan anti Rosmah ini sebenarnya ialah gerakan untuk menyelamat United Malay National Organisation.
Ramai pemimpin United Malay National Organisation melihat Rosmah sebagai biawak hidup yang sedang dipikul oleh United Malay National Organisation. Mengikut kumpulan anti Rosmah ini jika Rosmah dapat dinyahkan maka keyakian rakyat terhadap United Malay National Organisation akan kembali. Yang dibenci orang ramai bukan United Malay national Organisation tetapi Rosmah Mansor.
Dengan ini saya berdoa agar Cik Siti Puan Rosmah akan lebih lama duduk di Putrajaya. Kalau tahun ini Yang Di Pertuan Agong sendiri telah tidak menyampaikan ucapan Hari Raya – hanya Rosmah seorang yang berucap – ini adalah tanda yang baik. Malah Hari Raya Haji nanti hendaknya bukan sahaja Rosmah berucap malah kalu boleh membaca khutubah.
Kita jangan sesekali bersetuju untuk menghumbankan Rosmah. Spesie Rosmah ini hanya datang ke Tanah Melayu seribu tahun sekali. Kita jangan tergopoh gapah. Pada hemat saya masa dan ketikanya belum ranum. Kita tunggu ke tahap kebencian orang ramai terhadap Rosmah Mansor masak ranum seperti kebencian terhadap Mahathir. Bila ini terjadi maka amat senang untuk kita menghumbankan Rosmah Mansor walau pun berat badannya 400 kilo.(TT)
p/s:
Imelda suka mengumpul kasut kulit
Rosmah suka mengumpul beg kulit
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan akhbar
mingguan ini sila pukul talipon
03-22-72-40-45
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
29 ulasan:
400kg?
kah kah kah
kalau rosmah jumpa tt dia akan cakap "isham, kau kata aku 400kg ye? cuba kau dukong, betul ke tak tuduhan kau?'
tak cukup tanah tt lari....
kah kah kah
kah, kah, kah rosmah berendam + air tuak kah, kah, kah siot ko TT
mmg best....
kasut kulit & bag kulit........bau yang amat menggumbirakan wanita2 ini..
mahal tu. Bally, Gucci, Ferragamo..
untuk wanita2 gemok
yang badan dah out, barang pun worn out.
lebih kurang mcm lelaki & extension of their small little oinky-dengan kereta yang berderum...
aku akan lari, terus berlari....
Berat Rosmah 400 kilo...kah kah kah..kah kah
Aku nak tambah 50 kilo jer
Jadi 450 kilo...dah cukup untuk tendang Bini Rosmah yang BANGANG tu...kah kah kah..kah kah
Dear TT,
Another masterpiece form U.
U R SUPERB!!!!!!!!
Mak oii...300 lelaki...sebab tu boleh beli cincin 24juta....sorang bayar 10 ribu....kahkahkah
Malah Hari Raya Haji nanti hendaknya bukan sahaja Rosmah berucap malah kalu boleh membaca khutubah.
KAH...KAH...KAH - Amacam JAWI dah sediakan script ke?
Terbaeeekkkkk!!!
FIRST!!!!!
HAHAHAHAHAHHAHA~ KLAKAR SIOT~
HIDUP ROSMAH!!!!!!
HIDUP ROSMAH!!!!!!!
HIDUP BADAK AIR!!!!!!
HIDUP ROSMAH!!!!!
HAHAHAHAHAAHHAHAAHHAAHAHAHA~
-jef buttersound-
GUA CAYA SAMA LU BRO ISHAM....
GUA SOKONG SAMA LU PUNYA KEPALA...
YG PATUT KITA HANCURKAN UMNGOK...
BUKAN ROSMAH....
-Tukar Tiuun-
aku salute bro isham yang berjiwa besar dan sanggup meminta maaf kerana tersalah anggap kat bik mama.
kita di bulan raya ni elok bermaaf-maafan sesama umat islam. mana tau, kalau bik mama baca nukilan bro isham ni dia tangkap nangis wakakaka
ustazah el-rosmahi al-mansuri al-BADAKiahcamBABI la bro..........
syg kak rosmah dak endam..
muahhh..!
nak dara tuh...
~ptrjya~
Kah..kah..kah..pecah perut n pecah urat kentut aku bace artikel ko..truskan berjuang..
badak air?
kah kah kah kah
oink oink oink oooopps sorry salah bunyi.
"Kalau tahun ini Yang Di Pertuan Agong sendiri telah tidak menyampaikan ucapan Hari Raya – hanya Rosmah seorang yang berucap – ini adalah tanda yang baik. Malah Hari Raya Haji nanti hendaknya bukan sahaja Rosmah berucap malah kalu boleh membaca khutubah."
lawak giler....
Kalau tahun ini Yang Di Pertuan Agong sendiri telah tidak menyampaikan ucapan Hari Raya – hanya Rosmah seorang yang berucap – ini adalah tanda yang baik. Malah Hari Raya Haji nanti hendaknya bukan sahaja Rosmah berucap malah kalu boleh membaca khutubah.
Lawak giler
Bro isham...gua teringin nak tengok kak rosmah kita pakai bikini!!..ada class 'big and busty'
TT YANG DI SAYANGI... TT PERNAH TENGOK CERITA SICKO OLEH MICHAEL MOORE TAK?
CUBALAH TENGOK, NK TAHU PENDAPAT TT TENTANG KAPITALIS LAWAN SOSIALIS DLM VIDEO DOKUMENTARI ITU... ADA CITER TENTANG FIRST LADY (BUKAN BIK MAMA) TP LADY CLINTON...
SAMA TAK APA YANG BERLAKU KT MALAYSIA SEKARANG... APABILA TERSEPIT AJER KAPITALIS KALAH HUJAH...TERUS SERANG KOMUNIS/SOSIALIS...
VIDEO DOKUMENTARY INI SANGAT-SANGAT BAGUS DI TONTON OLEH SETIAP... DIBERITAHU SEKALI LAGI, SETIAP RAKYAT MALAYSIA, TERUTAMA PAK CIK & MAKCIK FELDA YG KENA TIPU DGN DUIT TANAM SEMULA...DENIAL UTK DPT DPT DUIT TANAM SEMULA...
INI WEBSITENYA...
KALAU BOLEH TT SEBARKAN CERITA DOKUMENTARY TENTANG KEJAHATAN KAPITALIS DI MANA2...MALAYSIA KALU TAK KENA BUAT, JADI MCM INI (ATAUPON MUNGKIN DH JADI DAH...DH LAMA DAH...)
http://topdocumentaryfilms.com/sicko/
http://topdocumentaryfilms.com/sicko/ DRPD VIDEO DOKUMENTARY INI... KESIMPULAN YG DPT DIBUAT IALAH, MALAYSIA BUKAN SAHAJA MENIRU BENDERA AMERIKA... TETAPI JUGA PENIPUAN YG CARA KAPITALIS YG SAMA...
HARAP TT SEBARKAN SUPAYA RAMAI ORG DI MALAYSIA DPT GUNA OTAK UTK BERFIKIR...
Ye ke pecah perut?
Aku baca biasa jer..?
Takde apa2..sekadar penglipur duka lara je..
TT memang suka buat lawak bodoh supaya korang jadi leka dan akhirnya sewel bila membaca.
Lagi korang suka lagi TT buat gila2...
Lama2 korang semua jadi bahlul dan tolol...
Artikel2 camtu layak di baca oleh orang2 zaman batu jer...mcm korang lah..lepas tu ketawa kah kah kah kah..tanpa mengetahui apa yang diketawakan..
Ntahlah..
bro tt sedang membodek bik mama habis2an sbb akhirnya bro tt takdapat menangkis hawanafsu (maklum lah, bulanpuasa dah berlalu!) keinginan yg meluap2 sekianlama - nak merasa bagaimana nikmat berendam sama2 dgn anakbadak! (bro tt heran, nikmat tahap apa nih, yg betul2 memukau hinggakan perdanamenteri negara sendiri, bukan org2 biasa mcm aku nih, cukup setiasayang dulu kini dan selamanya walaupun gedempol 400kilo!!)
kahkahkahkah
-average joe-
klakka-la.blogspot.com
KAPITALIS PENIPU BESAR & kekawan semua :Terima kasih banyak2 kerana berkongsi maklumat. Kalau diteliti puak2 gerombolan ni, walaupun punya penasihat profesional spt APCO dia punya modus operandi sama je, apabila tindak tanduk diserang maka komunis lah atau apa2 fahaman yg bertentangan dgn kapitalisma dijadikan sbg bahan,cuma mereka takut nak serang, ialah Islam sbb kajian menunjukkan bhw ramai orang Melayu mahu dikenali sebagai orang Islam/Muslim dulu, kemudian baru sbg orang Malaysia dan akhirnya sebagai Melayu. Ada kah kerana sikap elit UMNO ni yg tamak, oportunis, kaki ampu, buat ape saje demi wang & kuasa sehingga sanggup melacurkan agama serta bangsa nya, menyebabkan ramai org Melayu merasa MALU untok di "associate"kan dengan MELAYU tu. Lepas tu baru ni Mat Sabu buka kisah sejarah Merdeka, kita dimerdekakan oleh tali barut British. Dulu, masa aku belajar sejarah, selalu tertanya-tanya mengapa dlm Suruhanjaya Reid (suruhanjaya yg membuat Perlembagaan persekutuan, undang2 yang paling tinggi di M'sia tuh) takde sorang pun rakyat Malaysia, mana pi Tunku Rahman & pejuang kemerdekaan lain masa menderaf Perlembagaan), kita cuma "rubber stamp" aje Perlembagaan tuh..jika Mat Sabu kata yg melaungkan merdeka itu tali barut British, ada betul jugak, satu kajian mendalam perlu, wajib dilakukan, Tak mahu puak laknat tu nanti kata sejarah ikut kerajaan semasa yg memerintah dan kita rakyat pun tak mahu sejarah kini diulangi lagi, UBAH mesti UBAH...UMNO:BN MUST GO!!~MARIA~
Bik mama baca khutbah??? Siapa la jadi audience tuk khutbah dia ye???
Tak sanggup den memikiornye...
Kah kah kah
You are so ...... funny.
You need to hire a crane to lift a400kg b-d-k.
which wet markets are short of hippo meat?
Ini lah kePuanan Melayu. kah,kah,kah.
Sesiapa termakan Nasi Kankang Rosmah akan jadi macam Sultan Berak Laluliluan.
Sila baca lagi rencana...
1)Nasi Kankang Rosmah pt1,...
http://warongpakyeh.blogspot.com/2008/11/nasi-kankang-rosmah-dan-winds-of-change.html
2)Nasi Kangkang Rosmah pt2,...
http://warongpakyeh.blogspot.com/2009/01/nasi-kanghang-rosmah-pt-2.html
3)Nasi Kangkan Rosmah pt3,...
http://warongpakyeh.blogspot.com/2009/03/nasi-kangkang-rosmah-pt3-king-kong-nak.html
This is most FUNNY....recommended reading for all PMR, SPM and University/College students.
Laugh until cry for sure
Catat Ulasan