Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Isnin, 19 Mac 2012

LEBAI CHIA AKAN TANDING DI BATU PAHAT





HANYA SEORANG LEBAI







KEADILAN MENGALU-ALUKAN DATO’ SERI CHUA SOI LEK BERTANDING DI BATU PAHAT


Saya merujuk laporan-laporan media baru yang menyebut ura-ura UMNO memberi laluan kepada MCA yang akan menurunkan Dato’ Seri Chua Soi Lek untuk bertanding di Parlimen Batu Pahat.

Saya menyambut baik perkembangan ini kerana KEADILAN Batu Pahat bersedia pada bila-bila masa untuk berdepan dengan mana-mana parti Barisan Nasional. Jika ini berlaku, ia mengesahkan keresahan pimpinan UMNO di Johor yang tidak yakin dapat memenangi hati pengundi pelbagai kaum di Batu Pahat. Walaupun ini tidaklah mengejutkan, tetapi ia melunturkan lagi kedudukan UMNO sebagai parti utama yang boleh menjadi tunjang kepada sebuah kerajaan persekutuan kerana ia ditolak oleh sebahagian besar pengundi bukan Melayu di Batu Pahat khususnya dan Malaysia secara amnya.

Tindakan MCA menurunkan Dato’ Seri Chua Soi Lek di Batu Pahat akan menguatkan lagi peluang KEADILAN dan Pakatan Rakyat merampas kerusi ini. Selain dari peristiwa mengaibkan melibatkan Dato’ Seri Chua Soi Lek yang berlaku di Batu Pahat sendiri, sebahagian besar dari pengundi Cina di Batu Pahat terdiri dari pengundi muda yang tidak terpengaruh dengan rekod wakil rakyat Dato’ Seri Chua Soi Lek di masa lalu.

Mereka juga mengambil pendirian yang konsisten mengenai perlunya ada reformasi yang menyeluruh di dalam negara.

Keputusan persaingan dalam Pilihanraya Umum Ke-13 di Batu Pahat kelak akan ditentukan oleh pengundi muda berbilang bangsa. Jentera KEADILAN Batu Pahat yang sebahagian besarnya terdiri dari anak-anak muda di bawah 30 tahun menguatkan lagi semangat dan keyakinan KEADILAN bahawa peluang Pakatan Rakyat di Batu Pahat adalah baik; tidak kiralah calon atau parti Barisan Nasional mana yang bertanding.

SYED HAMID SYED ALI
Ketua Cabang KEADILAN Batu Pahat
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN
18 Mac 2012
Batu Pahat





11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aktor porn nak tanding kat BP?? kecik tapak tangan... TAPAK KAKI AKU TADAHKAN. jangan sampai nko hilang deposit.
Sedor la wei.. PRU12 MCA menang 2 kerusi jer!! Ini kali kita kasi 'O' mcm parti gerakan.

-orang Semerah

rakyatbiasa76 berkata...

Berapa peratus pun polis terlibat dengan rasuah bukan faktor.Jika 50 peratus pun ini juga bermakna warganegara juga 50 peratus yg mnyuap mereka.Polis celaka makan rasuah,warganegara celaka suap rasuah.Kenapa kita hnya crter dan benci kan polis yg rasuah tetapi tidak mengutuk warganegara2 yg pemberi rasuah? Warganegara yg suka membuat kesalahan tetapi tidak mahu bertanggungjawap dan merasuah kerana ingin terlepas dari tindakan undang2 adalah sangat di alu-alukan oleh polis yg kurop juga begitulah sebaliknya.Pemberi dan penerima rasuah adalah celaka juga saling perlu-memerlukan dan seharusnya kita menghapus kan amalan kedua-dua celaka ini.

Tanpa Nama berkata...

International News:Defense Industry Daily On Malaysian Submarine Murder

http://malaysian-spirit.blogspot.com/2012/03/international-newsdefense-industry.html

Tanpa Nama berkata...

BOSS MCA NAK TANDING DI TANAH TUMPAH MANI KU

Tanpa Nama berkata...

BOSS MCA NAK TANDING DI TANAH TUMPAH MANI KU

http://tukartiub.blogspot.com/2012/03/lebai-chia-akan-tanding-di-batu-pahat.html

Tanpa Nama berkata...

Tak payah kisah lagi.
Bogel "Lek" ni tanding mana "Maut" di mana !

“When a stupid man is doing something he is ashamed of, he will always declare that it is his duty.”
George Bernard Shaw quotes (Irish literary Critic, Playwright and Essayist. 1925 Nobel Prize for Literature, 1856-1950)



Bangang dan bodoh semacam Mamak Kutty

kah........kah......kah...
kah........kah......kah...
kah........kah......kah...

Tanpa Nama berkata...

salam isham tt mamak pudukan..

mamak tt pudukan pulak nak tanding kat mana?

penang ok ka? hehehe

Tanpa Nama berkata...

"Peter North" Cina Malaysia nak bertanding jugak...kah..kah..kah....biaq pi kat dia.....pkat ramai-ramai pi sedekah SARKOT kat "Peter North" nih....

Tanpa Nama berkata...

"Peter North" Cina Malaysia nak bertanding jugak...kah..kah..kah....biaq pi kat dia.....pkat ramai-ramai pi sedekah SARKOT kat "Peter North" nih....

Tanpa Nama berkata...

silap hari bulan mamat ini memang lagi, bukan pasal apa. sebab puteri, wanita dan kaum hawa sokong dia sebab benda tu panjang. kah kah kah
malaysia semua boleh
kah kah kah

kampong lad berkata...

ulamak mca