Isnin, 19 Mac 2012

LUASKAN BUDAYA POLITIK JALAN RAYA




SATU MEI TARIKH KERAMAT

















RAKYAT TELAH BERANI BANGUN




KOMENTAR TUKAR TIUB


amat jelas budaya demo
telah menyerap masuk ke dalam
sanubari semua warga malaysia

madey kata demo bukan budaya kita
tapi jelas demo sedang menjkadi bidaya kita

kenapa politik jalan raya penting?

ini untuk memberikan tekanan kepad gerombolan
ini untuk memeri tekanan kepada para yb
ini kerana para yb hanya suka bercakap tapi tak buat apa
bila rakyat berdemo maka pasti ada susulan positif

ingat 26 febuarari di kuantan?
20ribu turun ke jalan raya

hasilnya ditubuhkan jawatankuasa parlimen

inigat demo anti ISA?
ingat demo anti ppsmi?
kalau tak ada demo
tak ada tindakan dari
gerombolan

ingat 7 julai 2011?
kita turun ker jalan raya


hasilnya ditubuhkan jawatan kuasa parlimen
untuk memperbaiki pilihanraya

ingat 8 tuntutan rakyat
jika tidak dirtunai kita semua turunpa ai mei 2012
ini adalah hari kemarahan rakyat

kita wajib ke jalan raya
sebelum ke pilihan raya


JAWABNYA : BANGUN LAWAN



PENGERANG DIKEJUTKAN DENGAN BANTAHAN LOJI GAS - mkini

Pengerang di Johor yang dianggap lesu, hari ini menyaksikan kira-kira 200 orang mengadakan bantahan terhadap rancangan Petronas untuk menubuhkan sebuah kilang petrokimia bagi projek pembangunan hab industri minyak dan gas penapis gas di pekan itu.

Mereka bimbang bahawa loji penapisan berharga RM20 bilion itu akan mencemarkan alam sekitar.

Selain itu, mereka juga kuathir bahawa loji berkenaan akan turut menjejaskan aktiviti penangkapan ikan laut, yang merupakan sumber pendapatan utama bagi penduduk tempatan.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Bertindak Penduduk-penduduk Pengerang berlangsung jam 10 pagi.

Peliknya, acara bantah yang menyaksikan penunjuk perasaan membawa sepanduk dan poster selain melaungkan slogan di pantai berhampiran Kampung Sungai Kapal hanya berlangsung kira-kira 20 minit.

Penduduk dan aktivis alam sekitar membawa pelbagai poster dan kain rentang bagi membantah projek berkenaan antaranya tertulis:

"Selamatkan Bumi Pengerang", "Jamgan Cemarkan Bumi Pengerang" dan "Pengerang tanah tumpah darahku".

Manakala kain retang pula tertulis "Kekalkan Alam Semula Jadi Pengerang" dan "Kekalkan Kampung Tradisi Kami".

SATU MEI KITA BERDEMO





1 ulasan:

Jurutera berkata...

Walaupun aku selalu sokong demo2 ni, tapi demo menentang loji gas ni adalah tidak munasabah. Kalau diorg nak minta pampasan, itu tiada masalah. Petronas dah cukup kaya utk bayar juta2 kpd diorang. Tapi yang penting projek ini tidak dibatalkan.

Hari2 kita semua buka komputer buka internet, buka lampu & kipas, tak tahu ke tenaga elektrik tu dtg dari mana? Sumber tenaga elektrik utama di Malaysia dijana dari gas. Skrg juga kita tahu Petronas dah kekurangan gas utk dibekalkan kpd TNB.

Kalau diorg ni asyik bantah bantah bantah, macamana nak dpt letrik? Nanti bila dah blackout, punyalah memaki hamun kat TNB, Petronas & kerajaan.

Kalau nak tukar tong gas dapur tapi kedai takde stok, sekali lagi diorang maki hamun. Padahal punca masalah adalah diorang sendiri. Kalau kita semua kena masak guna kayu api, lagilah teruk pencemaran alam berbanding dgn loji gas.

TT pun sama gak. Padahal diri sendiri gembira hari2 dpt main komputer & internet. Dengan kemudahan2 itulah TT dpt suarakan pendapat & idea kpd berjuta2 rakyat Malaysia. Tapi diri sendiri menentang loji gas, stesen janakuasa elektrik, menara elektrik & telekomunikasi, kilang & etc. Kalau bijak sgt cubalah buka internet menggunakan tanah, kayu & batu.