Isnin, 19 Mac 2012
CERAH MEMBAWA PENCERAHAN - TIDAK ADA PAKSAAN UNTUK KE SYURGA
KONSEP BAIK DAN JAHAT
PENGANUT
salam, betui la dlm islam x da paksaan utk masuk islam.tp tu utk org kafir. tp yg dah islam samada lahir dr keluarga islam atau yg dah terima hidayah ketika besaq wajib belajar islam dan kena faham islam betui2 walau pun sikit kalau org islam murtad,apabila telah d nasihat kembali ke pangkal jln x mahu, malah dia mencaci islam darahnya halal d bunuh, tu sbb kawan iran td lari ke astralia, kalau dia duk kat iran dah lama padam kat msia ramai kwn2 tt yg namanya islam berani nak murtad ( fahaman komunis ) x leh kena bunuh sbb msia bawah pentadbiran bn & sahabat katak bukan negara islam.. faham..
sesungguhnya rugilah depa2 yg nak murtad sesudah islam. sbb islam tu adalah agama yg benar/syumul/agung dan yg paling penting ugama islam tu pilihan ALLAH. ugama selain islam tertolak & batil, siapakah hangpa yg tolak islam? perlu d jelaskan d sini yg jahat tu bukan ugama islam, tp penganutnya yg jahat. jd kalau nak marah, marahkan penganutnya jgn terlalu emosional sangat dgn islam
By sheikhalfarisi on BOLEH KAH DI PAKSA - KALAU ORANG TAK NAK MASUK SYU... on 3/18/12
HANYA SATU KONSEP
Syurga itu cuma konsep dari idea utopia manusia tentang "dunia yang baik". Saya berpendapat jika sekiranya saya nak berbuat baik untuk masuk syurga, yang telah diceriterakan ada sungai wain, sungai susu dan sungai yang bila minum takkan haus selamanya, lebih baik saya tak payah masuk syurga.
Kenapa? Lama-lama saya pun jadi bosan, minum sekali dah tak haus-haus. Lama-lama minum wain, nak juga minum tuak, sake, atau stout. Nak juga minum beer atau cider. Wain pun ada banyak jenis. Lagi satu, tidakkah anda semua fikir yang syurga ini hanya "konsep" bagi orang-orang Arab?
Cuba baca betul-betul, dalam Quran, cara diterangkan betapa indahnya syurga itu penuh dengan nilai-nilai kearaban. Saya bukan orang Arab, justeru itu saya rasa ini bukan tempat saya. Dan saya rasa untuk berbuat baik semata-mata masuk syurga, saya rasa itu tidak ikhlas. Saya berbuat baik kerana saya rasa saya perlu berbuat baik. Saya tak pernah fikirkan syurga atau neraka kerana, kalau nak ikutkan takut masuk neraka, saya rasa tidak ada seorang pun akan masuk syurga.
Sebab dunia ini penuh dengan peperangan dan hasad dengki, pembunuhan dan kebuluran. Mungkin kawan saya ada logiknya, dia mahu jadi penyanyi rock sepanjang hayatnya. Jika dia mati dan masuk syurga, apakah dia dapat jadi penyanyi rock? Sudah tentu tidak, sebab semua orang dalam syurga lagi mendengar Mirwana dari Nirvana. Jadi, apa guna? Nak kutuk, kutuklah. Tapi saya rasa syurga dan neraka hanyalah konsep idea utopia yang mahu menjadikan manusia mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Itu pandangan jujur dan ikhlas dari saya. Dan bagi saya, orang yang paling tak bertanggungjawab ialah orang yang menjanjikan syurga atau neraka kepada orang lain. Kalau syurga itu milik Tuhan, siapa awak nak menjanjikan syurga atau neraka?
By Ez Puella Sapiens on BOLEH KAH DI PAKSA - KALAU ORANG TAK NAK MASUK SYU... on 3/17/12
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
33 ulasan:
Allah SWT inginkan manusia berjaya tak kira dia melayu, arab,India, Cina, Iban dsbnya. Kejayaan hanya dalam agama bila kita taat Allh dan amal sunnah Nabi Muhammad SAW. Perkara ini kena belajar dari sekarang tak kira sikit atau banyak dan kita perlu amal sungguh-sungguh apa yang kita tahu. Agama tidak boleh bersandarkan logik 100% dan tak boleh 100% sandarkan orang yang mengaku tahu agama semata-mata. Kerosakan hari ini akibat amalan orang yang bertentangan dengan agama walaupun mereka itu ustaz, org "alim", apatah lagi orang biasa. Jangan sekadar "buat baik", org kafir pun lagi baik dari kita. Yang penting akidah, kena betulkan tapi jangan ikut hassan ali 3 line....
hati2 dlm membuat pencerahan.diharapkan agar mendapatkan pencerahan daripada orang cerah sebelum membuat pencerahan...takut2 disebabkan pencerahan yang terpesong akan membawa kepada penggelapan....
maaf saya tidak pasti EZ PUELLA SAPIENS penganut agama islam atau tidak.....sekiranya anda islam...cepat2 mengucap dua kalimah syahadah.... bukan apa takut dah terkeluar jer....
nauzubillahiminzaalik.
Ez Puella Sapiens, Mungkin perlu belajar lagi. Agama, Syurga dan Neraka adalah benda ghaib. Benda yang ghaib tidak boleh difikir dengan akal. Anda berfikir dengan menggunakan akal. Bolehkah saya katakan bahaya udara itu tidak wujud kerana anda tidak nampak udara itu, padahal anda sentiasa bernafas dengannya. Itulah konsep benda ghaib yang telah disampaikan oleh Nabi Muahammad, manusia teragung sepanjagn zaman. Orang macam kita memang tak boleh nampak syurga dan neraka, tapi Nabi sendiri dah tengok masa Israk dan Mikraj. Tak percaya? Bermakna anda tidak percaya Al-Quran, apakah hukumnya kepada orang yang tak percaya Al-Quran? Tiada IMAN. Sebab itu adalah rukun Iman. Sebab itulah dalam Al-Quran Allah menyeru "Wahai orang-orang beriman...", bukan "wahai orang-orang Islam...." kerana seorang Islam belum tentu beriman. Semasa anda berada di perut ibu, katakanlah ada seorang utusan membawa khabar, 'kamu tidak perlu bernafas dalam cecair lagi selepas lahir kedunia, kamu cuma perlu bernafas dengan udara, nescaya tidak akan lemas lagi'...Adakah anda akan mengatakan bosannya kalau bernafas dengan udara, baik tinggal dalam perut, tak payah bernafas? Cuba fikirkan...Bolehkah perkara yang ghaib sebegitu dianalisa dengan akal? Sebab itulah dalam Islam ada dalil Aqli ( Akal ) dan Naqli (Al-Quran& Hadis). benda basic jer bro, takan dah lupa....
Kalaulah penghuni-penghuni syurga ramai orang seperti Ibrahim Ali, Hassan Ali, Mahathir, Harussani, Zul Bisul Pejuang Islam tak bayar hutang, Razak Baginda, Shahrizat, Reezal Merican, Khir Toyol, Tajuddin Ramli, Rahim Tamby Chik, dan Free Loaders & Rajah Gopal seperti Tengku Fuckry, Jefri Bolkiah, Yang Tak Bayar Hutang Di Kasino London... saya lebih rela berada di neraka bersama dengan
Bill Gates, Steve Job, Madonna, Lady Gaga, Michael Jackson, Brad Pitt, Angelina Jolie, John Lennon, George Harrison, Whitney Houston, dan ada sesentengah komentar kat Tukar Tiub kata Hisahmuddin Rais sebab kononnya dia berfahaman kominis (jadi dia juga masuk neraka).
Apa gunanya syurga jika penghuninya tidak makan babi tetapi makan rasuah?
Apa gunanya syurga jika penghuninya tidak minum arak tetapi buka kilang arak San Miguel?
Apa gunanya tinggal di syurga jika penghuninya selalu ke Mekah tetapi menyalahgunakan wang rakyat untuk beli kondominium untuk pelihara lembu?
KAH KAH KAH KAH KAH
Ez Puella Sapiens.Anda hanya menggunakan akal yang logik untuk buat perbandingan tanpa berpandu kepada nas-nas dari Quran dan Hadis. Mengikut sebuah hadis yang bermaksud lebih kurang di dalam syurga manusia boleh melakukan apa yang dia selalu kehendaki seperti mana di dunia. Dan Allah akan beri lebih baik dari yang di dunia. Kalau di dunia dia jaguh dan sebati dgn kereta lumba, di syurga nanti dia boleh meminta Allah memberikan dia perkara yang sama, tetapi Allah akan memberi kereta lumba yang lebih baik dari kereta lumba di dunia. Macam mana baiknya, saya tak boleh nak komen sebab saya masih di dunia yang serba kekurangan.
Mengenai berbuat baik kerana hendak ke syurga. Tok guru mana awak belajar cakap macam tu? Orang islam yang berniat membuat baik kerana nak syurga, belum tentu akan dapat. Orang islam berbuat baik bukan bersebab macam itu, mereka berbuat baik kerana untuk mendapat keredhaan Allah dan bukan meletakkan niat syurga sebagai tujuan. Semua perkara baik yang hendak dilakukan hendaklah diniat kerana Allah. Bila Allah dah redha, terpulanglah kepada Allah nak balas macam mana. Sebab itulah semua niat dalam amalan selalu di akhiri dengan "kerana Allah" bukan "kerana Syurga"
Di dalam syurga semua ada dan melebihi apa yang kita lihat di dunia dan lebih baik dari itu. Kalau wain mutunya amat bagus walaupun minum tidak memabukkan. Tapi wain dunia terus mabuk. Ini maknanya mutu dan kualiti wain syurga tersebut teramat amat bagus. Kenapa kita nak rasa bosan bila mendapat barang yang lebih baik. Contohnya kalau kita seorang yang pengemar makan nasi, kita tidak akan memakan beras siam lagi walaupun yang paling mahal setelah kita mampu membeli beras basmati. Perumpaan yang boleh saya katakan kepada awak, ada dua gelas air, satu gelas ada air mineral Evian dan satu lagi air kencing orang yang baru lepas makan petai. Jadi saya rasa awak ini seorang yang memilih air kencing itu lagi berbanding air mineral Evian
rukun islam dan rukun iman ada.
marilah kita berusaha kearahnya,nabi menyeru ke arah itu.quran alkitab dan sunah rasul kita jadikan panduan.
tiada sangkal baginya.
jika ada,wajib lah kita bertemu dengan sibijak pandai.wajiblah juga sibijak pandai menyebarkan ilmu-ilmunya.
kita lahir dengan tujuan,sejak nabinya adam lg.syaitan pon ada tujuannya,tanpa prejudis.
tiada syak lg.
janganlah kita mengegokan diri kita.
Ulasan di atas amat menarik. Sebab orang tidak belajr geografi mekah.
Manusia selalu membandingkan benda yang di depan mata. Mata Quran bercakap tentang sungai mengalir tanpa henti di depan rumah mereka dan mereka membasuh badan mereka 5 kali sehari. Tidak bersihkah lagi?
Janganlah ayat ini dibandingkan dengan penduduk Temerloh di musim tengkujuh. Tentu mereka gerun kerana banjir yang menimpa mereka.
tapi ayat ini turun di Mekah. Mekah gurun. Tanah Mekah adalah batu! batu bata saja yang ada di Mekah tu. Kalau tak kerana mukjizat Nabi Ismail maka tiadalah telaga Zam-zam. Ini satu kurniaan Allah Taala bagi manusia ingat kepada Allah Taala.
Kalau tak nak ingat dengan Allah Taala maka yang duduk di Mekah pun ramai tak solat dan mencari-cari peluang untuk mabuk macam Arab Quraish dulu kala.
Saudara Isham, syurga bukan untuk orang yang sombong dan takkabur.
salam..orang islam buat kebaikan dan ibadat seelok adalah ikhlas kerana allah..bukan sebab nak masuk syurga atau neraka.sungai wain dan gambaran yg di tulis tu adalah sebahagian dari perkara yg di sebut dalam quran shj.byk lagi benda lain yg di nyatakan..TAK KENAL ISLAM MAKA TAK CINTA..percaya atau tidak ikut hangpa la,tapi hidup bukan lama mana pun..bleh tgu dan tengok la nanti pendapat peribadi kita bleh pakai tidak. lagi satu malaysia bukan negara islam tapi negara melayu,melayu bukan islam dan islam bukan melayu.Ada juga manusia melayu yg nampak macAM islam tapi sebenarny munafik.Jangan salahkan islam hya kerana kerosakan yg melayu dan melayu munafik yg laku..jgn keliru
bagus makin ramai yang menjadi atheist di malaysia ni koh.....koh.....koh.....koh......koh
yang janji buat baik masuk syurga buat jahat masuk neraka bukan manusia.
yang janji buat baik balasan baik dan buat jahat balasan jahat bukan manusia.
yang janji itu semua Allah.
Nabi itu utusan Allah. dan dalam al quran tu bukan konsep orang Arab. Nabi Adam cerita sama, Nabi Nuh cerita sama, baik Nabi orang yahudi, nabi kaum luth,semua Nabi cerita sama. hidup dunia sementara, hidup akhirat kekal abadi.
rugi le masuk syurga pun ada haus lapar...............
cuba tanya kawan yang suka jadi penyanyi rock tu, dia suka orang puja dia ke sebenarnya dia puja diri dia sendiri.......
Salam pencerahan semua..
MasyaAllah, amatlah mustahil bagi Allah menghalalkan tumpah darah diantara segala kejadianNya. Ini sangat bertentangan dgn sifatNya yg. Maha Pengasih & Maha Penyayang.
~ "La illaha, illaAllah" - 'Tiada tuhan, hanya Allah [yg. Hirabbil Alamin]. ~
Islam adalah "AdDeen" iaitu cara hidup yg diredhaiNya. Kalau semua org ber"ugama" Islam dlm dunia ini murtad sekali gus, maka Allah sebagai "tuhan" kpd 'ugama' Islam akan lenyap! Tetapi, Allah yang "Hirabbil Alamin" ('Raja sekalian Alam') tetap UJUD dan kemuliaanNya tidak tergugat langsung!
Yang tak boleh ujud dan tergugat mata pencarian adalah si Hassan 'Smegol', Ibrahim 'Banggang' Ali, Zul Taliban, Mufti Perak & seangkatan dengannya - sebab hilang mata pencarian mereka atas nama "ugama" Islam!
"Wahai orang-orang yang AMANAH! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam KEADAAN* Islam." (Quran 3:102)
Dalam konteks ugama, "Alif", "Mim", "Nun" adalah "Iman" (Fardhu "Ain"), tetapi dalam konteks '*keadaan', ianya adalah 'Amanah' (Fardhu "Kifayah").
Maha Adil Allah, maka tidak Dia menjadikan 5++ billion manusia didunia ini untuk diseksa dalam neraka semata2 kerana mereka tidak ber"ugama" Islam demi iradatNya semata2.
~ Le'Bonggok aka Lebai Bonggok
ni la org yg terpengaruh dengan dakyah2 zionist bercakap...ko ni komunis ke ape ni...ckp mcm xpercaya kpd ALLAH je...bertaubatla...mengucapla...kalo ko xmau percaya syurga neraka umpama ko xpercaya kpd ALLAH...kalo ko xpercaya kpd ALLAH...ko xpyh duk kat atas bumi ni..xpyh ddk dlm cakerawala ni...ko buat bumi sdiri...ko buat alam ko sdiri...kmana ko nk pegi slepas mati ni...ko igt ko hidup abadi ke...kalo ko thp mcm ni ko pikir mmg otak ko bodoh lg...sempit lg pemikiran ko ni...ko nmpk dunia skeliling ko aje..cuba la ko pikir ko idup xkan ko blh idup mcm tu aje...msti ada pnciptanya..ko igt ko idup ni kerana teori big bang...hahaha...atapun drpd beruk yg mcm teori darwin ke...tu semua teori bapak2 zionistla...nk mnyesatkan kita..diorang pn bodoh jgk main reka je teori tu...yg percaya dua tiga kali bodohla semua termasuk ko tu...haha...bertaubatla..mengucapla..jgn skali2 membuat teori sdirala...ilmu ko sampai stakat mana ko nk ckp mcm tu..cari ilmu dl byk2......buat kajian dl..kaji dl ISLAM...kaji dl AL_QURAN..jgn main hentam keromo aje...tp xtau la ko ni mmg di upah oleh zionist@freemason@illuminati@triniti utk buat pencerahan yg menyesatkan dlm ni ke...maybe..jd semua pembaca berhati2la dengan dakyah2 mereka ni...kita xtau sape sbenarnya mereka yg buat pencerahan ni...byk mengeluarkan kata2 yg manis dan mengelirukan...terutamanya kpd org ISLAM...ALLAHUAKBAR...
Sekiranya EZ PUELLA SAPIENS anak seorang islam....
beliau ada lah hasil dari tiada adanya penerapan didikan islam yg sempurna dizaman kanak2 nya, jadi ia hanya kenal islam setakat apa yg ia nampak dan yg boleh dicapai oleh pemikirannya sahaja... munkin juga beliau ni tak kenal apa itu wahyu Illahi... habis nak kata apa?... dan siapa yg hendak disalahkan... Wallahua'lam.
akhirnya agenda marxisme, komunisme ,sosialisme dan atheistme tukar tiub alias hishamudin rais tidak lagi berselindung, hang memang tak pernah berubah dari tahun 70an sampai sekarang masih istiqamah memperjuangkan agenda sesat ni baguih dok ada koh.....koh......koh......koh.....koh
kominih...kominih. hati-hati dengan dakyah kominis.
Ramai yang kutuk EZ PUELLA SAPIENS tetapi saya puji EZ PUELLA SAPIENS kerana beliau mendapat pencerahan. Menurut profile EZ PUELLA SAPIENS, beliau adalah seorang anak gadis Melayu yang tidak percaya kepada dogma orang lain melainkan dogmanya sendiri.
I refused to accept any dogmatic points of view,is that a part of dogma too?Dogma also point of view,if you don't want to accept it,then you're also a dogmatic person.Think about it,a dogma hater is a dogmatic person itself. So,it's makes me look very dogmatic
Memang bagus! Kalaulah anak muda di Malaysia semua macam EZ PUELLA SAPIENS, Malaysia tentu akan maju dan damai dan bebas dari korupsi dan rasuah. Yang kutuk EZ PUELLA SAPIENS tu adalah mangsa LEBAISATION yang masih berada didalam gelap kerana tidak ada minda sendri untuk berfikir kerana terlalu bergangtung kepada dogma dan cerita dongeng purba Arab padang pasir.
ez puella. anda tak paham apa itu realiti dan ilusi. anda sebenarnya tertipu dengan dunia. dunia cuma ilusi. hayat kita di dunia umpama mimpi yang panjang.Tiada yang benar-benar wujud didunia ini. dunia adalah himpunan persepsi. panas,sejuk,lapar,kenyang,gembira, sedih,sakit,tidak sakit,marah,bosan. jumpa kamu di demensi lain! harap kamu sempat mengaku kewujudan syurga dan neraka sebelum kita berjumpa.
Salam peringatan semua,
~ Tak payahlah nak berkokok lebih2 kalau ekor kita penuh najis. ~
Ala.. pejuang2 Islam ni semuanya syok sendiri. Masing2 belumba2 mengaku lebih Islam dari yg lain. Ini bukan tomah, fitnah, umpat atau caci. Hakikatnya, semua negara Islam berkiblat ke Mekah tapi mengamalkan sistem kapitalis berasaskan riba yg. dikuasai Zionist! Hasil pelancungan haji & umrah yg. berkurun2 pun telah dilabur oleh Raja Saudi di Amerika dan Negara Barat untuk dikelolakan oleh Zionist jugak!
Sila tunjuk kpd semua mana negara Islam yg mengamalkan sosialis Islam cara baginda Rasulullah sebenarnya yg boleh dicontohi. Hampir semua negara Islam gagal & mempunyai rekod kemanusiaan yg buruk terutama yg. mengikut tradisi arab zaman batu yg. mendaulatkan rajagopal mereka selain drpd Allah & menindas kaum wanita.
DiMalaysia sendiri Islam telah menjadi satu paksaan. Drp menguatkan ilmu ketuhanan, ulama2 bergaji yg. bertuhankan pangkat & gelaran telah menyalahkan org. lain walhal mrk sendiri telah gagal dalam tugas yg telah diamanahkan kpd mereka kerana ulama2 ini lupa yg. pemberi rezeki bukannya raja, pemimpin atau ketua mereka.
"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mendapat hidayah petunjuk". (Surah Ya Sin 36:21)
Biasalah bila melayu jumud berfikiran totok yg. malas membaca & berusaha dah taksub dan mempertuhankan Tun Mutahir, Ibrahim & Kembar siamnya si Hassan, Zul Taliban, Awang TakSelamat dan yg. seangkatan dengannya (yg. suka mengadu domba demi menutup maksiat mereka) untuk menentukan & membela pintu rezeki mereka.
"Biar mati adat, jangan mati anak!" ~ Perpatah Melayu Celik.
Jgn sampai satu waktu kelak anak2 perempuan kita kerja jadi pembantu rumah manakala anak2 lelaki kita jaga tandas di kompleks belibelah diluar negara. Fikir2kan & sedarlah lah wahai kaumku yg sedang dilaknati Tuhan kerana ("nahi maaruf, amal mungkar") menyokong & mempertuhankan pencuri, perasuah & penindas; -
"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." ~ Al Quran 13:11
Org2 Melayu Islam janganlah nak harap & tunggu pemimpin2 perasuah & pengkianat serta baruah2 mereka ini dihukum dineraka kelak, kerana neraka sebenarya adalah disini & sekarang apabila kehidupan melayu terhimpit dlm ketakutan & segala kekurangan (setelah ditakbir oleh kaumnya sendiri yg. ber'ugama' Islam selama setengah abad) disebabkan menyokong dan mempertuhankan pemimpin yg. tidak amanah.
~ Sudah sampai masanya kita sama2 humbankan politik perkauman, feudal & keugamaan yg basi kedalam tongsampah sejarah! Kemunduran Melayu tidak akan berubah selagi mereka sanggup ditakbir oleh pengkhianat melayu Islam yg. tidak AMANAH (dlm ertikata sebenar "IMAN" dari akarhuruf "Alif", "Mim", "Nun") drp makhluk2 Allah lain yg. "AMANAH" - iaitu nilai murni sejagat yg. juga sangat dituntut oleh Islam. ~
~ Le'Bonggok aka Lebai Bonggok
Yang atas tu nampak macam betul.
Yang bawah tu betul-betul tak betul!!! Ptuihhh... Karang aku baling selipar kat EZ PUELLA SAPIENS nie plak kang. Dasar homosapien!!
sangat kritikal! terbaik... Ez Puella Sapien
btol lah apa yg EZ PUELLA SAPIENS tu cakap. Org melayu berbuat baik sebab nak masuk syurga semata mata,
sebenarnya org kapir, atheist, komunis, sosialis yg tak percaya Tuhan ada yg lebih baik dpd kita.
mereka tak berzakar dan berzikir, tapi mereka peka terhadap pencemaran alam sekitar, benci rasuah dan kezaliman, sensitif terhadap penindasan dan kemiskinan, selalu menderma dan terlibat dgn aktivisme.
berbanding dgn org kita yg berzakar dan bezikir, meludah merata tempat, suka buang sampah merata tempat, rasuah, dan sebagainya.
cuba pergi ke Eropah, ramai je mat salleh yg baik, walaupun mereka itu mungkin seorang athiest atau freethinker, kalau kau mintak duit atau pertolongan mereka akan tolong.
mereka bukan tolong sebab mereka nak masuk syurga, bukan nak tolong sebab nak entot bidadari di syurga. tapi sebab mereka ada CONCSCIENCE.
(kalau tak faham apa itu conscience p tanya lebai google)..
sebab itu mereka maju. Walaupun mereka itu "liberal".
bro..interesting gak cite pasal sorga ini..
ko penah denga lagu..
"tuhan aku tk layak masuk sorga mu.. tpi aku tk nk gak masok neraka mu"..
kamon men.. buat ape ko solat tonggang tonggeng tiap hari..solat jomaat tk tenggal.. tp dah tahu tk leh nak masok sorga???
ini la masalah orng mcm hasan ali ni...
tegak Islam la itu la ini la.. sgala benda nk ditegak.. tp diri sndiri pun tk abis tegak...
kamon la..ambush night kelab nk tangkok anak melayu konon.. apa kat night club je ke ada maksiat.. dalam komuter seremban ke rawang tk de maksiat?? marah toke night kelab tu... berani mai la ambush ktmb..berimpit2 anak dara dan anak teruna yang ISLAM.... lebih maksiat daripada orng kristian..
harharhar...
kamon JATI kamon PERKASA..setiap wording u all adelah palsu belaker..
Mengucaplah engkau wahai saudara tukar tiub . Islam bukanlah agama mainan - Ia adalah satu peraturan hidup dari Tuhan Pencipta Alam ini .
Aku sokong pandangan isham ttg umno yg korup. Tp bila bab dok hina agama dan cuba menyebarkan fahaman yg songsang ttg agama ni yg aku tak sokong. Hai isham & mereka yg sealiran pemikiran agama mcm isham, kembalilah kpd ajaran islam yg benar.
tuhan dah bagi banyak petunjuk kat ez kan, emak ez, adik ez..kembali lah kepada tuhan wahai ez puella..orang yang percaya tuhan tak rugi apa2 ez. kalau tuhan takde then habis macam tu je laa, kita mati nanti tak masuk syurga tak masuk neraka. Tapi, kalau tuhan itu betul2 wujud? kan naye masuk neraka selamanya2 (selama-lamanya wey tak mati2 terseksa). Lebih baik bertuhan dari tak bertuhan, sebab dengan bertuhan you got nothing to lose selepas mati nanti.
Bagi aku tuhan itu wujud, begitu juga syurga neraka..Tuhan melemparkan kita di dunia untuk memastikan penghuni syurga adalah dari golongan hamba nya yang taat yang sebenar2 hamba, siapa yang benar2 layak hidup di syurga.
hisham dengan si ez puella ni dua2 agnostic, pembaca kena paham. Buang yang keruh, ambil yang jernih.
marxisme, komunisme ,sosialisme itu sistem ekonomi..
syurga, neraka, atheistme itu perbincangan mengenai teologi..
macam mane boleh bercampur-aduk aku pun kurang faham.. kapitalis tu masuk surga dan komunis masuk neraka kot? atau kapitalis tu amal sunnah Nabi dan komunis mabuk wine siang malam agaknya..
hebat betul fikiran orang-orang ultra fasis ni, boleh tahu hubung kait antara sistem ekonomi dengan urusan syurga neraka.
aku selak "manifesto komunis" tak ade pun karl marx cakap dia tak percaya ALLAH. Tak ade satu ayat pun karl marx suruh orang Islam murtad. Tak ade pun peta bukit kepung yang karl marx lukis untuk mat indera serang kat situ.
semua ini adalah kelentong kaum kapitalis untuk buruk-burukan komunis dan orang kiri.
*Kpd penjual candu : jgn gunakan ugama untuk berpolitik*
Ez member gua la der. Dia memang bukan Islam pun. yang korang kecoh ni pahal?
kahkahkah. semua bercerita macam dah book tiket masuk syurga.
Kesian, kalau aku jadi Tukar Tiub, aku berblogging pasal hal masak ke, hal teknologi ke, atau hal buku-buku yang mereka ni semua tak baca. Hari-hari lawak sama aku baca. Tak larat aku.
"Kalau Ez ni orang Islam.." dah, tak payah kalau. Dah bukan pun. Korang nak butthurt kena troll ni dah kenapa?
bro TT,
ramai betul LEBAI di sini
KAH KAH KAH
konsep tauhid yg paling penting. akidah kena jaga. bukan buat baik sebab rasa nak buat baik. kita hidup kerana Allah swt. buat amal kerana nak redha Allah swt. kita hambanya. segala yg kita buat adalah kerana Allah swt. kat dunia ni kita boleh cakap macam2 ikut akal logik tapi dihari pembalasan semua akan disangkal. janji masuk syurga dan neraka tu sebab ada panduan dalam al quran dan hadis bukan ikut sedap mulut. walaubagaimana pun memang ia tetap milik Allah swt dan Dia yg maha berkuasa tentukan untuk masukkan hambanya ke dalam syurga dan neraka. Islam bukan ikut hukum akal je. akal pun tak seberapa. ilmu agama kena tuntut dan wat amal ibadah. bukan ikut sedap mulut je....
operafaRukun Islam ada 5. Rukun Iman ada 6. Jika tak percaya pada rukun iman, maka bererti tak beriman. Tak beriman bermaksud tak beriman pada ALLAH. Tak beriman pada ALLAH maknanya bukan Islam lah..
So, what is the problem? Memang tak ada paksaan lah untuk masuk syorga bagi orang yang tak beriman sebab SURE TAK MASUK NYE....
cakap tak serupa bikin laa sham, ulasan aku untuk ez tak keluar plak eh..kata kebebasan bersuara? kalau jumpa Madey dengan ko Sham, aku ketuk kepala ko dulu
org tak solat..
maka keluar lah ayat-ayat mmacam nih,,
benda simple utk rakan pembaca yang lain..
jaga lah solat anda..
Catat Ulasan