Isnin, 16 April 2012

BERITA BAIK UNTUK SABTU 28 APRIL INI @ DATARAN MERDEKA

KOMENTAR TUKAR TIUB

semua telah disusun
semua telah diatur
semua telah dirancang

penyokong bersih diharapkan telah bersedia diri
penyokong bersih di harapkan telah menyusun diri
penyokong bersih di harapkan telah mengatur diri

sabtu 28 april ialah ibu segala demo
sabtu 29 april ialah ibu segala tunjuk perasaan
sabtu 28 april ialah ibu segala protest

mari bersama membuat sejarah!


ANAK MUDA MENGGUGAT DUNIA




BERSIH TETAP AKAN BERHIMPUAN DI DATARAN MERDEKA JIKA TIADA KEBENARAN - minsider


KUALA LUMPUR, 15 April — Bersih 2.0 hari ini berkata mereka akan “memberitahu” Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan perhimpunan di Dataran Merdeka 28 April ini dan menambah akan tetap menggunakan dataran berkenaan dengan atau tanpa kebenaran.

“Sekiranya mereka tidak membenarkan kami menggunakan Dataran Merdeka, kami akan tetap berkumpul di sana, atau berada berhampiran dengan kawasan tersebut,” jelas ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 Wong Chin Huat kepada The Malaysian Insider hari ini.

Namun Wong tetap optimis mereka akan tetap mendapat kebenaran, dan menambah kegagalan DBKL mengeluarkan permit akan menunjukkan Perdana Menteri Najib Razak sebagai tidak ikhlas and telah “hilang kawalan terhadap DBKL”.

“Kita letakkan ia begini — DBKL sebahagian daripada kerajaan, dan kami bergantung kepada Najib untuk menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan memahami kehendak rakyat,” katanya.

Tambahnya, beliau yakin DBKL sudah mengetahui tentang rancangan Bersih 2.0 untuk menggunakan Dataran Merdeka dalam perhimpunan 28 April ini, dan permohonan tersebut hanyalah satu bentuk formaliti.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Bersih 2.0 telah menerima nasihat Putrajaya untuk berbincang dengan DBKL berkenaan rancangan perhimpunan tersebut.


Tiada ulasan: